Anda di halaman 1dari 31

PRAKT I S 2

Praktis

2 Pemahaman Teks

BAHAGIAN B Pemahaman Antologi

Prosa Moden – Cerpen


Latihan 1

Baca petikan cerpen ‘Oren’, halaman 37 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan
membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya.
Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang
menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk
menjadi teman Oren bermain.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya.
Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada
Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu.
Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.
Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap
kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan
Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah
laku Kelabu.
Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah
makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan
yang ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu
bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh.
Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah ini? Tetapi tabiat
Oren memang begitu sejak dia menghuni rumah ini. Segala tindakannya agak
pasif berbanding dengan perilaku Kelabu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Oren’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 16


PRAKTIS 2

(i) Berikan dua faktor Kelabu lebih disayangi oleh Ayah dan keluarganya berbanding Oren.


[3 markah]

(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.


[3 markah]

(iii) Terdapat banyak binatang yang berkeliaran dan dibiarkan di jalanan tanpa mendapat
KBAT penjagaan yang sepatutnya.
Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?


[4 markah]

17 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 2

Baca petikan cerpen ‘Hadiah’, halaman 51 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali.


Secara tradisi, murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk
menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru mereka di hadapan tapak
perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti giliran menyuakan hadiah
ciptaannya.
“Cikgu ... ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu.
Buka di rumah.” Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal
Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar pembalut hadiah daripada Azizah.
“Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”
Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung
Azizah lama-lama. Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan
“besar” itu.
“Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya
tak mampu membeli dengan wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak tak
ada gaji tetap.” Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha memaut bahu
kanan Azizah.
“Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya
kerana kamu memang layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap
seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan kepada cikgu.
Tolong, ya?” Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan Borang
Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B
khusus untuk Azizah, iaitu menghasilkan dua puluh karya anyaman dengan
menggunakan bahan semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah
yang diiktiraf sebagai murid yang serba boleh, cuma sifat rendah diri dalam diri
Azizah itu terlalu tebal.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hadiah’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 18


PRAKTIS 2

(i) Mengapakah Azizah mengatakan bahawa dia tidak mampu?


[3 markah]

(ii) Jelaskan dua perwatakan Azizah berdasarkan petikan tersebut.


[3 markah]

(iii) Setiap murid perlu bersiap sedia sebelum menyertai sesuatu pertandingan.
Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan usaha-usaha yang patut dilakukan oleh
KBAT
seseorang murid sebelum menyertai sesuatu pertandingan.


[4 markah]

19 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 3

Baca petikan cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, halaman 56 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima
Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

"Sejak dia lahir, ...

... Lim Pooi marah akan Lim Meng.

(i) Apakah punca yang menyebabkan Lim Pooi amat marah akan Lim Meng?


[3 markah]

(ii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.


[3 markah]

(iii) Setiap orang berhasrat untuk memiliki keluarga yang bahagia.



KBAT Sebagai generasi muda yang akan menjadi asas binaan keluarga pada suatu hari nanti,
sarankan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.


[4 markah]

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 20


PRAKTIS 2

Latihan 4

Baca petikan cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, halaman 59 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima
Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Apabila orang kampung ...

... Batinnya menjerit.

(i) Apakah faktor kemusnahan perniagaan Lim Pooi menurut Sim Pau?


[3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.


[3 markah]

(iii) Kerajaan sangat menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan sebelum memulakan
sesuatu perniagaan?


[4 markah]

21 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Prosa Moden – Drama

Latihan 1

Baca petikan drama ‘Hadiah’, halaman 69 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ke pangkuan bonda, ...

... adinda yang dikasihi.

(i) Berikan dua perkara yang dinyatakan oleh Hayati dalam suratnya.


[3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersebut.


[3 markah]

(iii) Surat memainkan peranan untuk merapatkan hubungan.



KBAT Apakah andaian anda mengenai penulisan surat yang dikatakan kurang diamalkan pada
masa ini?


[4 markah]

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 22


PRAKTIS 2

Latihan 2

Baca petikan drama ‘Hadiah’, halaman 71 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HAYATI: Sudah, ...


PAK MAIL: ... daripada kita.

(i) Berdasarkan petikan drama ini, berikan dua langkah yang dilakukan oleh Hayati dan
keluarganya untuk mengatasi masalah mereka.


[3 markah]

(ii) Berdasarkan petikan drama Hadiah, jelaskan dua perwatakan Pak Mail.


[3 markah]

(iii) Hayati dan keluarganya menghadapi kesusahan hidup.



KBAT Sekiranya anda kawan Hayati, nyatakan usaha yang dapat anda lakukan untuk meringankan
masalah keluarga Hayati.


[4 markah]

23 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Prosa Tradisional

Latihan 1

Baca petikan prosa tradisional ‘Asal Padi’, halaman 20 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’,
Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan
peninggalan orang tuanya. Didapatinya dekat kolam itu tujuh orang wanita
baru sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.
Maka berkatalah anak yatim piatu itu kepada tujuh orang wanita itu, “Jikalau
tuan hamba tidak keberatan, perkenankanlah kiranya saya turut sama.”
Jawab tujuh orang wanita itu, “Jikalau saudara mahu, apa salahnya. Kami
tidak berkeberatan sama sekali. Akan tetapi saudara sendirilah yang mahu ikut
dengan kami dan kami tidak keberatan.”
Kemudian tujuh orang wanita itu pun pergi dan diikuti oleh anak yatim piatu
itu. Mereka menuju ke kayangan dengan mempergunakan pelangi sebagai
tangganya. Tujuh hari tujuh malam, mereka berjalan, akhirnya sampailah
mereka di kayangan. Setibanya di kayangan, maka anak yatim piatu itu melihat
tujuh orang wanita yang diikutinya tadi sudah tidak ada lagi. Entah ke mana
mereka itu menghilang. Fikirannya menjadi kusut. Tidak berapa lama
kemudian, maka dilihatnya di tengah-tengah sebuah dusun ada sesuatu yang
dijemur orang di bawah panas teriknya matahari. Benda itu kuning warnanya,
berkilau-kilau ditimpa sinar matahari. Maka berkatalah anak yatim piatu itu
di dalam hatinya, “Yang kuning kemilau itu tentu selonggok emas.” Kemudian
didekatinya, diperiksanya benda itu. Dilihatnya pula bahawa benda itu sedang
dijaga oleh yang empunya. Maka anak yatim piatu itu pun bertanya kepada
yang empunya emas itu, “Hai, dari manakah gerangan tuan mengambil emas
sebanyak ini?”

(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Asal Padi’,


dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Hal. 20, Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 24


PRAKTIS 2

(i) Apakah peristiwa yang dialami oleh Si Bongsu di kolam ikan tersebut?


[3 markah]

(ii) Nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan tersebut dan peristiwa yang berlaku
di situ.


[3 markah]

(iii) Sikap suka bertanya mesti ada dalam diri setiap orang.

KBAT Sebagai generasi muda yang akan menjadi salah seorang peneraju negara bangsa ini,
mengapakah kita perlu melatih diri agar suka bertanya?


[4 markah]

25 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Puisi Tradisional

Latihan 1

Baca Pantun Dua Kerat (Nasihat), halaman 5 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Berapa jauh wujud dengan sifat,


Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,


Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,


Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa,


Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,


Satu memegang satu memikul.

(Dipetik daripada ‘Pantun Dua Kerat (Nasihat)’,


dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Hal. 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 26


PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan rangkap keempat Pantun Dua Kerat (Nasihat), apakah kesannya jika
seseorang itu bersikap malas?


[3 markah]

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.


[3 markah]

(iii) Meskipun sering dipinggirkan oleh generasi muda pada masa ini, namun puisi tradisional
KBAT tetap kelihatan indah dengan penggayaan bahasa klasiknya.
Apakah cadangan anda tentang usaha yang patut dilakukan bagi memastikan generasi
muda menghargai puisi tradisional?


[4 markah]

27 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 2

Baca Syair Pohon Buluh, halaman 6 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Pohon Buluh

Menara tinggi banyak bertingkat,


Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,


Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,


Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,


Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.

(Dipetik daripada ‘Syair Pohon Buluh’,


dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Hal. 6, Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 28


PRAKTIS 2

(i) Apakah perkara yang ingin disampaikan oleh penyair melalui rangkap ketiga syair
tersebut?


[3 markah]

(ii) Jelaskan dua ciri syair yang terdapat dalam syair tersebut.


[3 markah]

(iii) Tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan boleh mengukuhkan keseimbangan dan
KBAT pembangunan sesebuah negara.
Berdasarkan pernyataan tersebut, berikan alasan anda tentang sebab perpaduan mesti
diamalkan dalam kalangan masyarakat.


[4 markah]

29 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Puisi Moden – Sajak

Latihan 1

Baca sajak ‘Kita Umpama Sehelai Daun’, halaman 11 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’,
Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kita Umpama Sehelai Daun

kita umpama sehelai daun


bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari

andai kikir jasa dan bakti


di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat

kita umpama sehelai daun


bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup

jadilah sehelai daun


hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja

(Dipetik daripada sajak ‘Kita Umpama Sehelai Daun’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 30


PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak tersebut, apakah perkara yang ingin disampaikan
oleh penyajak?


[3 markah]

(ii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[3 markah]

(iii) Setiap manusia diseru agar sentiasa melakukan amal kebajikan dalam hidup.

KBAT Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah kesan amalan kebajikan terhadap seseorang
individu dan orang lain?


[4 markah]

31 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 2

Baca sajak ‘Kuingin Berterima Kasih’, halaman 12 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’,
Tingkatan 1, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kuingin Berterima Kasih

Sesekali kuingin berterima kasih


kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpadam.

Sesekali kuingin menyemai budi


kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamu


ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan derita
nelayan tua di pondoknya.

Sesekali kuingin kalungkan kagum


kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.

Sesekali kuingin pula menjadi bunga


menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada keangkuhan perang.

Alangkah indahnya dunia


andai semua merenung
kekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada sajak ‘Kuingin Berterima Kasih’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 32


PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan sajak tersebut, penyajak ingin berterima kasih kepada siapa?


[3 markah]

(ii) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.


[3 markah]

(iii) Kerajaan sering menguar-uarkan kebaikan amalan berterima kasih, malahan pelbagai
KBAT iklan yang berkaitan amalan tersebut telah disiarkan di media elektronik dan media cetak.
Apakah kesan amalan berterima kasih terhadap seseorang individu dan anggota masyarakat?


[4 markah]

33 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 3

Baca sajak ‘Aku’, halaman 13 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku

Tidak ada manusia lain


di pantai ini
kecuali diriku.

Kususur pasir panjang


sambil kubayangkan
aku ini Adam.

Hari inilah aku tercipta


dan pertama kali melihat
laut, langit, dan pohon.

Kelmarin aku belum ada


tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.

Tidak terasa olehku


sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.

Bahkan aku tidak tahu


kulit kerang dan ru
pernah wujud di sini.

Tuhan
aku percaya Kau pencipta
kerana aku baru ada.

(Dipetik daripada sajak ‘Aku’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 34


PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah yang dilakukan oleh penyajak?


[3 markah]

(ii) Nyatakan dua ciri yang terdapat dalam sajak tersebut.


[3 markah]

(iii) Sebagai makhluk Tuhan, kita harus bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya dan tidak
KBAT bermegah-megah dengan kemewahan yang dikecapi.
Sebagai seorang insan yang kerdil di bumi ini, bagaimanakah anda menunjukkan rasa
syukur kepada Tuhan?


[4 markah]

35 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 4

Baca sajak ‘Kunci Bahasa, halaman 14 dalam ‘Antologi Kuingin Berterima Kasih’, Tingkatan 1,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahasa bermaruah ...

... berbahasa bermadah.

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah perkara yang ingin disampaikan oleh
penyajak?


[3 markah]

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.


[3 markah]

(iii) Bahasa jiwa bangsa.


Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan perkara yang menjadi punca pencemaran
KBAT
bahasa pada masa ini.


[4 markah]

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 36


PRAKTIS 2

BAHAGIAN B Novel

SEJAMBAK BAKTI
Johor, Sarawak, Sabah, Labuan
Sinopsis

Novel ini mengisahkan kegigihan ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan memajukan koperasi sekolah mereka. Cikgu Zulkifli,
Cikgu Robeah, Razali, Harun, Swee Lan dan Saridevi antara yang berusaha gigih dan
sentiasa melaksanakan tugas mereka di koperasi tersebut. Selain menjual alat tulis dan
makanan, mereka juga memelihara ayam telur dan menubuhkan sebuah bilik bacaan.
Kejayaan Razali menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha koperasi menyebabkan
Munir marah dan menyimpan dendam terhadapnya kerana dia menginginkan jawatan
tersebut. Munir bukan sahaja menghina Razali sebagai anak yang tidak tentu bapanya,
malahan dia dan dua orang rakan baiknya, Leong dan Silvam telah memukul Razali. Akibat
perbuatan itu, mereka telah dirotan oleh Pengetua. Razali telah dipilih untuk mengikuti
kursus koperasi di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling Jaya.
Kemudian, Swee Lan telah mencadangkan agar mereka menyertai Pertandingan
Koperasi Sekolah-sekolah Malaysia. Sejak itu, mereka bertungkus lumus bekerjasama
untuk memajukan semua kegiatan koperasi, termasuklah menyusun barang jualan,
mengemaskinikan akaun, baucar, menghias kedai koperasi dan menguruskan bangsal
ternakan ayam telur serta bilik bacaan.
Suatu pagi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang bertugas berasa terkejut apabila mendapati
kedai koperasi mereka telah dicerobohi. Razali disoal siasat oleh polis kerana dia memegang
kunci kedai koperasi selain Pengetua. Munir, Leong dan Silvam menuduh Razali
menceroboh kedai koperasi. Pak Zakaria telah menghalau Razali keluar dari rumah apabila
Munir memberitahunya bahawa Razali yang telah menceroboh kedai koperasi sekolah.
Sementara itu, Pengetua, Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah dan Cikgu Hassan bersetuju untuk
mencari jalan supaya penceroboh tersebut dapat diperangkap.
Pada suatu hari, kedai koperasi telah dicerobohi lagi. Kebijaksanaan Cikgu Zulkifli
menulis huruf ‘K’ pada duit kertas di kedai koperasi membuahkan hasil apabila penceroboh
kedai koperasi tersebut berjaya dikenal pasti. Melalui pemeriksaan mengejut yang
dijalankan, Munir tertangkap. Cikgu Khalid telah menemukan kunci dan duit yang bertulis
huruf ‘K’ di dalam beg sekolah Munir. Ahli Jawatankuasa Disiplin sekolah bersetuju
menjatuhkan hukuman tiga kali rotan di hadapan perhimpunan terhadap Munir. Munir
dirotan dan digantung persekolahan selama seminggu. Munir meminta maaf daripada
Razali. Tidak lama selepas itu, Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Ibu
bapa pelajar telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk meraikan
kemenangan tersebut. Pada hari itu juga terbukalah rahsia bahawa Pak Ramli merupakan
ayah kandung Razali dan Ramlah ialah adik tiri Razali.

37 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

DESTINASI IMPIAN
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya
Sinopsis

Johari bersama-sama sepupunya, Firdaus dan Azlina menyahut cabaran datuk mereka untuk
berbasikal sejauh lebih 50 kilometer menuju ke Pantai Morib. Dalam perjalanan, mereka
menghadapi pelbagai cabaran termasuk kerenah Firdaus yang selalu merungut keletihan dan
menyesal kerana menyertai aktiviti tersebut. Azlina sering kali menyindir abangnya, Firdaus
kerana dia merasakan bahawa abangnya terlalu lemah dan tidak bersikap seperti lelaki sejati.
Dalam perjalanan tersebut, berlaku beberapa pertengkaran kecil dan perselisihan faham
antara mereka, terutamanya antara Firdaus dengan Azlina. Namun begitu, mereka berjaya
tiba di Pantai Morib setelah waktu hampir petang. Firdaus disambut dengan meriah oleh
rakan-rakan sekelasnya yang selalu memperkecil kebolehan dirinya di sekolah akibat
perwatakannya yang lemah lembut.
Firdaus berasa bangga apabila dipuji dan hal tersebut telah berjaya membuktikan
kemampuannya terutamanya apabila berhadapan dengan gadis yang diminatinya dalam
diam, Mazlinda. Oleh sebab riak, Firdaus mengatakan bahawa perjalanan mereka
mengambil masa yang lama disebabkan oleh adiknya yang sering berhenti rehat kerana
merungut keletihan. Dua orang rakannya, iaitu Sazali dan Moksin tidak mempercayai
perkara yang dikatakan oleh Firdaus dan mereka ingin menyiasat hal tersebut daripada
Azlina. Sementara itu, Johari dan Azlina pula disambut dengan mesra oleh rakan kolej
Johari dan mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus.
Pada malam itu, Firdaus bermimpi dirinya lemas di dalam laut setelah dihumban oleh
Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut menyedarkan Firdaus akan
kesalahannya dan dia mula berasa takut. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang
terlebih dahulu dan meninggalkan Firdaus bersama-sama rakan-rakannya setelah dia
enggan mengikut mereka untuk pulang bersama-sama. Ketika mandi-manda di pantai,
Mazlinda lemas dan Firdaus segera membantunya. Walau bagaimanapun, Firdaus lemas dan
pengsan kerana tidak pandai berenang. Sebenarnya, Mazlinda hanya berpura-pura tidak
pandai berenang kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus insaf akan kesilapannya yang
angkuh dan dia menerima teguran daripada Johari secara positif. Rakan-rakannya datang
melawat Firdaus di hospital.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 38


PRAKTIS 2

FORMULA TERMODINAMIK
Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu
Sinopsis

Novel ini mengisahkan Amir dan Usamah yang mahu mengubah suai mesin rumput dan
menghasilkan pemotong rumput yang mempunyai dua fungsi, iaitu untuk memotong
rumput dan membajak tanah. Amir memerlukan bantuan daripada Profesor Othman untuk
menjelaskan kepadanya tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Sementara
itu, Aswan berasa risau apabila mengetahui Amir mahu mencipta mesin 2 dalam 1. Dia
mahu mencipta model yang sama cuma berbeza fungsi. Aswan pergi ke rumah nenek Amir
dan dia berasa gembira kerana memperoleh maklumat Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik yang diidamkannya.
Amir gelisah kerana kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular
Termodinamiknya. Pada malam itu, Amir dan Usamah pulang ke rumah ibu bapa Amir.
Mereka terus masuk ke pejabat persendirian Damit, ayah Amir. Amir menghadap komputer
untuk mencari Formula Termodinamik. Ketika Amir sedang menyemak storan data
Termodinamik, tiba-tiba data Syarikat Bahagia milik bapanya terpapar pada skrin komputer.
Amir dapat mengesan ada orang yang sedang berusaha untuk memindahkan storan data
syarikat ayahnya itu. Fikiran Amir kalut kerana bukan sahaja kehilangan storan Formula
Termodinamiknya, bahkan storan data syarikat bapanya juga menjadi mangsa.
Apabila tiba musim menanam padi, penduduk kampung datang untuk menolong nenek
menanam padi di sawahnya. Tiba-tiba, suasana menjadi hingar-bingar apabila nenek jatuh
ke dalam paya. Nenek pengsan. Nenek dibawa ke rumah sakit. Jam 9:00 pagi, Amir masuk
ke pejabat bapanya. Amir menekan kod rahsia komputer. Tiba-tiba, muncul mesej yang
diikuti oleh perkataan amaran.
Intan, ibu Amir memberitahu suaminya bahawa maklumat syarikat mereka telah bocor.
Damit terkejut. Sementara itu, Amir dan Usamah yang sampai di Kampung Warisan
diberitahu oleh Zaid bahawa dia dan Adnin telah dapat mengesan penjenayah di kampung
itu. Amir mengatur strategi untuk menangkap penjenayah itu. Usamah dan Amir menduga
pemacu pena itu ada kaitan dengan kehilangan storan data Formula Termodinamik mereka
sebelum ini. Zaid memberitahu bahawa Asma akan berkahwin dengan abang Aswan, iaitu
Asman. Rupa-rupanya, mereka telah ditunangkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka sejak
kecil lagi. Amir hampa. Kemudian, Adnin datang memberitahu bahawa kampung mereka
dilanda banjir. Aswan, Fikri dan Majibon yang dihanyutkan air telah berpaut pada sebatang
kayu. Amir dan rakan-rakannya menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon yang terapung-
apung di permukaan air. Apabila Aswan mulai aktif, dia meminta maaf kepada Amir kerana
telah mengkhianati persahabatan mereka. Aswan juga mengaku bahawa dia telah mencuri
storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
Amir dan Usamah mendapat biasiswa atas kejayaan mereka mencipta projek mesin
2 dalam 1, sekali gus memenangi Anugerah Saintis Muda. Mereka akan melanjutkan
pengajian ke luar negara. Mereka bertekad akan pulang dengan membawa kejayaan
yang gemilang.

39 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

PELARI MUDA
Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Sinopsis

Kamarul, pelari terpantas yang kian terkenal di seluruh negara dilihat menjadi semakin
angkuh dan bongkak di hadapan rakan-rakan dan jurulatihnya. Mereka menjadi hairan akan
sikap Kamarul yang cepat lupa diri dan angkuh. Dia enggan berlatih bawah bimbingan
jurulatihnya kerana merasakan bahawa dia mampu berlatih dan berjaya bersendirian.
Hubungannya dengan jurulatih dan rakan-rakan kelasnya juga semakin renggang. Dalam
diam, seorang rakannya, Sures juga sedang gigih berusaha untuk mengatasi rekod
pencapaian Kamarul sebelum ini. Kamarul terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan
lutut dan mukanya cedera.
Selepas insiden tersebut, Kamarul menjadi insaf dan kembali berlatih bawah bimbingan
jurulatihnya. Kamarul dan peserta yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam Sukan
SEA di Bangkok gigih berlatih untuk mendapatkan pingat emas dan berjaya dalam sukan
tersebut. Atas dorongan dan semangat yang diberikan oleh jurulatihnya, Kamarul terus
berusaha walaupun fizikalnya belum pulih sepenuhnya. Dia juga bersemangat setelah
bertemu dengan pelari dari Filipina yang menjadi idolanya, De Wega. Hari yang dinanti
telah tiba. Kamarul berjaya mendapatkan pingat emas dalam acara larian yang disertainya
dan berjaya meletakkan Malaysia di tangga kedua. Kamarul menerima cenderamata
daripada De Wega sebagai tanda kenangan dan daripada jurulatihnya sebagai tanda
perpisahan. Kamarul yang pulang ke Malaysia disambut dengan meriah oleh keluarga dan
rakan-rakannya.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 40


PRAKTIS 2

BAHAGIAN B Novel

Latihan 1

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I.


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Fokus penceritaan dalam novel merupakan bahagian utama yang dicari oleh pembaca untuk
mendapatkan tema cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Berdasarkan sebuah daripada
novel di bawah, huraikan tema yang diutarakan oleh pengarang berserta bukti-buktinya dalam
novel tersebut.
NOVEL TEMA
Sejambak Bakti Kegigihan memajukan koperasi sekolah.
Destinasi Impian Cabaran yang perlu ditempuhi dalam kehidupan.
Formula Termodinamik Sifat kreatif dan inovatif yang memberikan manfaat kepada
masyarakat.
Pelari Muda Kegigihan seorang remaja untuk mencapai impian.

41 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I.


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Persoalan merupakan aspek penting penceritaan dan menjadi fokus utama dalam sesebuah
novel. Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan tiga persoalan yang
dikemukakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji berserta contoh peristiwa yang
sesuai.
NOVEL PERSOALAN
Sejambak Bakti • Semangat kerjasama.
• Ketabahan menghadapi dugaan.
• Semangat setia kawan.
Destinasi Impian • Ketabahan menghadapi dugaan.
• Amalan membaca akan menambahkan pengetahuan.
• Kepentingan menjaga bahasa.
Formula Termodinamik • Keinsafan akan kebesaran kuasa Tuhan.
• Sikap dengki akan keejayaan orang lain.
• Kebijaksanaan dalam melakukan tindakan.
Pelari Muda • Kepentingan ilmu dalam hidup.
• Sikap mudah lupa diri apabila sudah berjaya.
• Insaf akan kesilapan diri.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 42


PRAKTIS 2

Latihan 3

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I.


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Dalam sesebuah novel, tempat menjadi saksi kepada peristiwa yang berlaku di dalamnya dan
menjadi salah satu aspek yang mewarnai novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji,
huraikan tiga latar tempat yang diberikan dan peristiwa yang berlaku di situ.
NOVEL LATAR TEMPAT
Sejambak Bakti • Kedai koperasi
• Bilik Pengetua
• Pondok di tengah sawah
Destinasi Impian • Laut Pantai Morib
• Gerai air tebu
• Hospital
Formula Termodinamik • Rumah nenek
• Sawah padi
• Rumah sakit
Pelari Muda • Rumah Kamarul
• Di dalam bas
• Stadium Nasional, Bangkok

43 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 4

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I.


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Kewujudan pelbagai watak merupakan aspek penting dalam sesebuah karya sastera.
Berdasarkan watak yang diberikan di bawah, jelaskan tiga perwatakan watak tersebut dalam
novel yang anda kaji yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan.
NOVEL WATAK DAN PERWATAKAN
Sejambak Bakti Razali
Destinasi Impian Firdaus
Formula Termodinamik Amir
Pelari Muda Kamarul

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 44


PRAKTIS 2

Latihan 5

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I.


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Kewujudan kelompok masyarakat yang pelbagai merupakan antara perkara yang terdapat
dalam sesebuah novel. Berdasarkan pernyataan kelompok masyarakat yang diberikan
di bawah, huraikan peristiwa yang menggambarkan latar tersebut dalam novel yang anda kaji.
NOVEL KELOMPOK MASYARAKAT
Sejambak Bakti Masyarakat yang gigih berusaha.
Destinasi Impian Masyarakat yang menyahut cabaran.
Formula Termodinamik Masyarakat yang hidup saling membantu.
Pelari Muda Masyarakat yang sedar akan kesalahan diri.

45 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 2

Latihan 6

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti karya Rejab F. I.


(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

Selain berperanan sebagai salah satu bentuk hiburan, novel juga berperanan untuk
menerapkan pelbagai ilmu dan pengajaran melalui nilai-nilai positif dan negatif untuk dijadikan
pegangan dan panduan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, huraikan tiga nilai murni yang boleh diteladani
daripada novel yang anda kaji.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 46

Anda mungkin juga menyukai