Anda di halaman 1dari 6

SPM 2018 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Fikir Aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa
seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya?

Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan
perkara itu. Jari-jemarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang
tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin
hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.

Kepada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap dirinya. Tamparan
selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di
manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku?

Tenaga berlebihan? Oh, tidak! Kudrat melebihi ketepuan? Tidak juga. Kelebihan
kalsium semasa proses kehamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara
berlebihan semasa proses berkenaan. Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak
berlaku juga ada.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’


Oleh Illias Zaidi
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Apakah bukti Aiman mendapat makanan yang secukupnya?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan


seimbang?
Nyatakan pendapat anda.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan
[4 markah]
SPM 2018 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu, apatah lagi setelah menyedari kehadiran anak
gadis Tuan Booth di surau, setiap kali Ahmad Mutawakkil balik ke kampung untuk berceramah.

Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk menjaga
tepi kain orang lain – di mata kami, misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun
waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin
nombor dua parti di peringkat daerah.

Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut
menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang
Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya,
perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat
buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan
pandangan sempit masyarakat kita … .”

(Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil,”


oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Ahmad
Mutawakkil seorang yang sibuk.
[2 markah]
(ii) Seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri yang
tertentu agar kewibawaannya tidak dipertikaikan oleh masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menonjolkan kewibawaannya
sebagai pemimpin masyarakat?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2018 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“kuasa graviti yang lebih besar dan kuat itu, menetapkan semua planet dalam sistem suria pada
kedudukan orbit masing-masing.”

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya untuk menguliti diri. Betapa
tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia tiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-
beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah.
Kedua-dua orang adiknya itu mudah dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada
suasana sekitarnya.

“Ah, tambah, kurang, darab, dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!” Aiman mengetis
sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.

“Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah, “ yang tengah selalu marah-marah
terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah. Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya
kepada babah dan ibu.

“Mengapa bosan?” Tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu
berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.

“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru
berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan maslaah matematik
Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri
Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’
Oleh Illias Zaidi
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan punca-punca Aiman sukar dibentuk.


[2 markah]
(ii) Kanak-kanak genius ibarat permata negara.
Pada pandangan anda, apakh tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk mendidik
kanak-kanak genius supaya mereka dapat mengekalkan tahap kecerdasan mereka?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain daripada
keseluruhan cerpen itu yang tidak terdapat dalam petikan
[4 markah]
SPM 2018 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia, harganya sekitar
RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjualnya
kepada Shahmeem. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada Shahmeem yang berjaya
menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepadaku kerana dapat
menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.Tiba-tiba tercetus semalam
hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada orang lain. Bagaimana
kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu aku kunjungi di tanah air? Aku tahu
bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barangkali
terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu
gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah.
Aku berharap agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak
berasa bongkak. Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-
mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh
demi gaya hidup yang
penuh kemodenan.

Dipetik daripada cerpen 'Jaket Kulit


Kijang dari Istanbul
oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi
]aket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan
Bahasa dan Pustaka

1. Mengapakah 'aku' ingin menjual jaket kulit yang dibelinya daripada Shahmeem?
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran terhadap larangan pembunuhan haiwan-haiwan


yang dilindungi dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat?

Nyatakan tiga usaha memupuk kesedaran tersebut.


[3 markah]

3. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran yang lain
berdasarkan keseluruhan cerpen.
[4 markah
SPM 2018 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
SPM 2018 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di
dalam almari yang memperincikan sejarah asal-usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda dalam-
dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu.
Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat
cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda
moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya
sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang
musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi
mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti
yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor
pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel,
sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji
sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta
kejayaan yang besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda
besar untuk bangsa dan keturunannya.”
Dipetik daripada cerpen ‛Munsyi’
oleh Husna Nazry
dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah harapan bonda kepada Mel?


[2 markah]

(ii) Semangat patriotik semakin terhakis dalam jiwa generasi muda.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda?
[3 markah]

(ii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai