Anda di halaman 1dari 8

2

Soalan 1 - Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu
bapa dalam melahirkan generasi muda yang berilmu dan masalah-masalah yang
dihadapi untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Generasi kini ialah pemimpin pada masa hadapan. Ibu bapa perlu memainkan peranan
penting untuk melahirkan generasi muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini, anak-anak
perlu dididik tentang kepentingan ilmu pengetahuan sejak kecil, bak kata peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu menerangkan kepentingan ilmu kepada
anak secara berhemah dan berlemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu
dapat menerima ajaran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka.

Peribahasa ada menyebut, anak umpama sebutir permata yang belum digilap. Ibu
bapalah yang bertanggungjawab untuk mencanai dan menggilap mereka sama ada indah atau
suram masa hadapan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu
bapa dalam melahirkan generasi muda yang berilmu. Ibu bapa memikul obligasi yang besar
dalam menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah. Dengan wujudnya sudut bacaan, anak-
anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah. Aktiviti ini akan
lebih berkesan sekiranya ibu bapa membaca bersama-sama dengan anak-anak. Dengan itu,
masa senggang anak-anak akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Realitinya, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk melahirkan
generasi yang berilmu. Ibu bapa amat berpengaruh terhadap anak-anak. Hal ini dikatakan
sedemikan kerana anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan
dengan itu, rumah menjadi sumber utama bagi anak-anak untuk menimba ilmu pengetahuan.
Ilmu itu pelita hidup. Ibu bapa yang berilmu pasti akan dapat melahirkan anak-anak yang
berpengetahuan. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan si buta yang kehilangan tongkatnya.
Lantaran itu, ibu bapa harus menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul
tanggungjawab untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, harus menggalakkan anak-
anak ke majlis ilmu. Dengan itu, dapatlah anak-anak membuka mata untuk mempelajari
ilmu pengetahuan yang baharu memandangkan ilmu boleh didapati daripada pelbagai cara.

Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak mereka buku atau bahan-bahan bacaan
yang berkualiti. Elakkan membeli buku-buku picisan agar anak-anak tidak terpengaruh
dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam buku-buku picisan tersebut. Ibu bapa juga
perlulah menggalakkan anak-anak untuk menyertai pertandingan seperti menulis esei,
berpidato, berbahas, bercerita atau pun berforum. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat
mencungkil bakat anak-anak yang selama ini terpendam, selain dapat memberikan peluang
kepada mereka untuk bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


3

Mereka juga akan dapat meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi, selain menonjolkan
bakat mereka dalam kepimpinan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ibu Bapa Mewariskan Generasi Berilmu’
oleh Sharneysha Subramani,
Dewan Siswa, Jun 2013

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata masa senggang.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan penerapan budaya berilmu oleh


ibu bapa terhadap anak-anak.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain usaha yang dilakukan oleh ibu bapa untuk
memberikan ilmu kepada anak-anak, apakah tindakan-tindakan yang wajar
diambil oleh anak-anak sendiri untuk mencari ilmu?

[4 markah]

Soalan 2(b)- Petikan Prosa Moden

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Entah kerana insiden dihina oleh peniaga Turki tadi, puisi peninggalan Mevlana
Celaleddin itu terasa begitu menyentuh rasa. Kasih sayang sesama insan sepatutnya
disebarkan secara meluas. Tanpa mengira apa bangsa, apa agama, apa negara setiap manusia
perlu dilayan dengan sebaik bicara. Malang sungguh peniaga Turki itu kerana tidak belajar
sesuatu daripada puisi agung Mevlana.

Pada hari keenam, kami berpeluang melawat Egyptian Market, sebuah tempat
membeli-belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak seperti di Trafalgar Square.
Kedudukannya di pinggir Selat Bhosporus yang menemukan arus benua Asia dan Eropah
membuatkan suhu di situ begitu sejuk. Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket
jaket kain. Kedua-dua belah kakiku yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut
kulit, turut terasa dingin.

Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas yang nipis.Tudungnya ditarik menutupi
sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak
pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak,
atau warna kasutnya.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Gambarkan keadaan wanita tua yang ditemui oleh penulis. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tiga faktor yang boleh menarik pelancong
untuk datang ke Malaysia ? [3 markah]

(iii) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


5

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka
kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku
ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu
sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan
penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, “ Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang
kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun
jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira
menjadi penggawa.”

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita,
seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh Betara pergi ke
Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkai kata dapat manira alahkan dengan seorang kula.
[2 markah]

(ii) Apakah tujuan Patih Gajah Mada meminta Kertala Sari berjumpa dengan baginda?
[3 markah]

(iii) Dalam petikan di atas, Patih Gajah Mada ingin menjadikan Kertala Sari sebagai
penggawa agung.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin?
[3 markah]

Soalan 2 (d) – Gurindam

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


6

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Dua Belas


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah pelihara kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Hashim Othman


Dalam antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

(i) Apakah maksud rangkap ketiga gurindam di atas?


[2 markah]

(ii) "Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)" bertemakan menjaga kepentingan
anggota diri. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga anggota diri.
[3 markah]

(iii) Nyatakan empat bentuk gurindam tersebut.


[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


7

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan,
menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) reda
(ii) redah
(iii) paras
(iv) parau
(v) kerat
(vi) kelat
[6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah
maksud asalnya.
(i) “Saya dan Azah akan ke sekolah pada hari Sabtu ini,” kata Nini.
(ii) “Awak masih belajar atau sudah bekerja?” tanya Hasnan kepada Zainab.
(iii) “Wah, cantik sungguh baju awak hari ini!” kata Nasirah kepada Mona.
(iv) “Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,” kata Puan Khalijah
kepada murid-muridnya.
(v) “Jangan bermain di tepi jalan,” kata Encik Rahim kepada anaknya.
(vi) “Kita hendaklah mengambil makanan berkhasiat untuk mengelakkan
penyakit,” kata Doktor Noresah kepada pesakitnya.
[6 markah]
]
(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil
negara dalam bidang komersial.

(ii) Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdekan yang berbeza dan perlukan masa
untuk memahami sesuatu perkara yang dipelajari di sekolah.

(iii) Semua pegawai pendidikan yang telah perkhidmatan untuk jangka masa yang
tertentu akan dinaikkan pangkat secara otomatik. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Emak menyuruh kakak merebus air dan membeli pelbagai kuih-muih di
warung untuk minum petang.

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


8

(ii) Demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
bukanlah cara paling terbaik untuk membasmi masalah.

(iii) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan


manis yang sukar dilupakan olehku.
[6 markah]

(e) Lengkapkan peribahasa di bawah:

(i) Masuk kandang kambing mengembek, _______________________________


(ii) Carik-carik bulu ayam ___________________________________________
(iii) Seperti menarik rambut di dalam tepung, ____________________________
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
bin Talib

(a) Terdapat pelbagai peristiwa dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa
menarik dalam novel yang anda pelajari dan sebab anda berpendapat
sedemikian.

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT


9

[7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga persoalan tentang kasih sayang
dalam novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 © 2015 Hak Cipta PPD SBN SULIT

Anda mungkin juga menyukai