Anda di halaman 1dari 11

KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.MARY


KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

BAHASA MELAYU KERTAS 2


2 JAM 30 MINIT 1103/2

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan.

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlaku
masalah sosial remaja dan peranan keluarga dalam menangani masalah ini. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Negara yang ingin maju dan makmur mestilah mempunyai individu yang rajin dan
berdedikasi. Rakyat memainkan peranan penting untuk memajukan negara, terutama dalam kalangan
remaja. Kata-kata hikmat “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” telah membuktikan
perkara ini. Namun begitu, penularan gejala sosial yang kian meruncing telah menyebabkan negara
kerugian tenaga muda. Perkara ini bertambah serius sehingga negara terpaksa membawa masuk
tenaga kerja yang banyak dari luar.

Menurut kajian, fenomena ini berlaku kerana kurangnya kawalan dan kasih sayang daripada
ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak sahsiah anak-anak mereka. Dalam
konteks kehidupan moden ini, ibu bapa terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga meminggirkan
perasaan anak-anak. Mereka menyerahkan segala tanggungjawab mengajar dan mendidik anak -anak
kepada pihak sekolah. Pada masa yang sama, pemikiran remaja pula masih belum matang dan
sentiasa membuat keputusan serta tindakan secara terburu-buru. Akhirnya hal ini mendorong mereka
terlibat dalam masalah sosial.

Sementara itu, persekitaran juga boleh menjuruskan remaja kepada aktiviti yang meruntuhkan
akhlak. Kewujudan industri hiburan telah mempengaruhi orang ramai terutam anya remaja
mengamalkan cara hidup bebas. Pengambilan bahan-bahan terlarang seperti pil khayal menyebabkan
remaja terjerumus ke kancah maksiat.
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

Pada masa yang sama, pengaruh budaya Barat terhadap remaja tidak dapat dinafikan. Remaja
sebagai individu yang masih mentah sering mengagung-agung budaya Barat. Sebagai contohnya,
banyak remaja suka menggayakan diri dengan gaya punk dan gaya gotik. Masalah ini bertambah
serius dengan wujudnya masalah gengsterisme.

Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baharu telah menyebabkan mereka
dipengaruhi oleh kawan yang mempunyai masalah tingkah laku yang salah, terutamanya yang
terkandas dalam pelajaran. Sebagai contohnya, mereka akan terikut -ikut dengan kawan yang
ponteng sekolah dan melepak. Mereka juga sering merosakkan harta benda sekolah. Jika masalah
ini tidak diberi perhatian, kemungkinan besar mereka akan terlibat dengan pengambilan dadah
seterusnya terlibat dengan kegiatan jenayah. Hal ini kerana dadah boleh meracuni fikiran yang
menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan waras.

Jelaslah, masalah kerugian tenaga kerja muda di negara kita kian parah kerana masalah sosial
yang semakin membimbangkan. Langkah segera dan berterusan perlu diambil untuk membendung
masalah ini daripada menular dalam kalangan masyarakat agar kekurangan tenaga kerja mahir dan
separuh mahir dapat diatasi.

(Dipetik dan diubah suai daripada Masalah Sosial Remaja,


Kurangkan Tenaga Kerja, oleh Dr. Aminuddin Mansor
Dewan Siswa, Mac, 2013)
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata mencorak sahsiah. [2 markah]

2. Penularan gejala sosial dalam kalangan remaja telah meninggalkan beberapa kesan terhadap
negara.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

3. Jelaskan pendapat anda tentang dua kepentingan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam
pembangunan negara. [4 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Zaman sudah berubah. Si Kaduk telah meninggal dunia. Raja yang zalim itu pun sudah mati,
eh, silap, sudah mangkat! Anak dan cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka dan sempat
mengecapi kemajuan negara. Kota raya semakin megah dengan bangunan-bangunan yang
tinggi menjulang. Ya, mereka hidup pada zaman kita yang serba maju. Pada zaman ini, tiada
lagi raja yang pergi ke kampung-kampung mengajak rakyat menyabung ayam.

Kaduk menamakan anaknya Hassan atas nasihat ustaz yang datang mengajar di
madrasah kampungnya. Hassan membawa pengertian “yang baik”. Hassan juga telah memilih
nama yang baik untuk anaknya, selaras dengan ajaran Islam, iaitu Hakim yang bererti
“bijaksana”. Kau lihat, nama juga mencerminkan kemajuan. Mereka tidak mempunyai nama-
nama yang primitive dan jelik seperti Si Kaduk, Si Kacong, Si Buntal, Si Labu, Si Labi atau Si
Hodoh.

Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Hal Hakim inilah yang hendak
kuceritakan di sini. Dia belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya yang
bermaksud bijaksanaan itu. Hakim semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang
berlaku di sekelilingnya. Dunia ini penuh dengan penganiayaan. Pengajiannya telah
memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya yang telah terlepas ke tangan
raja. Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat baiknya Azam, seorang mahasiswa jurusan
undang-undang. Mereka bersetuju bahawa ini merupakan satu penganiayaan dan mula
mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.

(Dipetik daripada cerpen Kaduk, Ayam dan Raja, karya Zurinah Hassan dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Instanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Kaduk menamakan anaknya, Hassan? [3 markah]


KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengusahakan tanah terbiar? [3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang lain daripada
keseluruhan cerpen. [3 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosal tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah.
Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari masuklah ke dalam kota.
Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar tu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu
gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun
berjalan ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdiri atas kepala Laksamana itu, katanya", Teririk bangkai pula aku ini!"
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada
Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, "Ceh, mati engkau olehku!"
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula megusir Laksamana. Dua tiga
langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya
lalu ia kembali ke rumahnya.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka
segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja sembahnya," Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh
penjurit yang terlalu buas itu."

(Dipetik daripada prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan, dalam


antologi Jaket Kulit Kijang dari Instanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud dilihatnya seorang perlente mati? [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari ? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu
pekerjaan ? [3 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

Soalan 2(d) – Petikan Gurindam


Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Gurindam Dua Belas
(Fasal yang ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpeihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan dan
kakinya? [2 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingya kita menjaga
pertuturan dalam pergaulan.
Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang tidak tidak menjaga tutur katanya? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang dapat diperoleh daripada gurindam di atas. [4 markah]

Soalan 3:Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kata
(ii) katakan
(iii) perkataan
(iv) mengatakan
(v) dikatakan
(vi) berkata-kata
[6 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat Tanya, ayat
seruan ayat ayat perintah.
(i) Semua pihak bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu.
(ii) Usahlah dikenang lagi peristiwa pahit itu supaya hidup awak lebih tenang.
(iii) Amboi, awalnya awak datang ke sekolah hari ini!
(iv) Mengapakah awak memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya?
(v) Minat membaca dalam kalangan kanak-kanak perlu dipupuk sejak kecil lagi.
(vi) Tolng hantar buku-buku latihan ini ke meja saya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan –kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Pertunjokan bunga api bersempena dengan ulang tahun Hari Kemerdekaan dilangsung tepat pada
pukul dua belas tengah malam.
(ii) Perkhawinan Azahari dengan Rohaida tidak terdapat restu daripada keluarga masing-masing .
(iii) Kebebasan hidup dalam kalang remaja boleh terjerumus mereka dalam gejala sosial seperti
gangsterisma.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam pendapat saya, pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani masalah pelajar cabut
sekolah.
(ii) Pihak pemaju projek yang berkenaan akan mengambil langkah dramatik untuk mengelakkan projek
tersebut dari terbangkalai.
(iii) Pusat membeli-belah di bandar itu tumbuh bagai cendawan lepas hujan sejak kawasan tersebut
dimaklumkan sebagai sebuah bandar raya.
[6 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang
sesuai denagn maksud ayat tersebut.

(i) Orang yang menurut perintah dan kehendak orang lain secara membuta tuli.
(ii) Golongan muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.
(iii) Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku atau diperoleh.
[6 markah]

Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarakan novel yang anda kaji.

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talip

(a) Bincangkan dua persoalan yang terkandung dalam novel yang anda pelajari.
[7 markah]
KERTAS SOALAN SEKOLAH TARGET SKOR A+

(b) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan bagi watak utama yang terdapat dalam novel
tersebut.
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai