Anda di halaman 1dari 9

[Document title] [Date]

Soalan 1 : Rumusan
[30 Markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
remaja lari dari rumah dan cara-cara membina hubungan kekeluargaan yang baik.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat kita sedang berhadapan dengan masalah berikutan tindakan segelintir


remaja yang lari dari rumah. Mengikut statistik polis, pada tahun 2015 sahaja sebanyak
2540 remaja mengambil tindakan lari dari rumah. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam
gejala ini mengakui bahawa mereka meninggalkan rumah disebabkan oleh pengaruh dan
ajakan rakan atau kekasih. Sehubungan dengan itu, anggota masyarakat harus prihatin
terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mereka bertindak demikian.
Sebagai anggota masyarakat, perkara ini kian hari kian meresahkan kita apabila
anak-anak remaja ini menyatakan bahawa mereka kurang mendapat perhatian dan kasih
sayang daripada ibu bapa. Saban hari, orang tua mereka begitu sibuk menghabiskan masa
untuk mengejar kemewahan tanpa mempeduikan keadaan anak-anak dan membiarkan
mereka hidup sendiri. Kebanyakan ibu bapa keluar rumah sebelum terbitnya matahari dan
pulang bersama-sama sinaran bulan. Situasi sebegini memaksa anak-anak menghabiskan
masa bersama-sama orang gaji yang begitu membosankan mereka. Kebosanan yang
dialami oleh anak-anak itu mendorong mereka mencari teman-teman yang sehaluan dengan
mereka. Apabila berasakan diri mereka disisihkan oleh ibu bapa, mereka beranggapan ibu
bapa tidak memandang penting kehadiran mereka dalam keluarga sehingga mereka
merumuskan bahawa mereka tidak ubah seperti melukut di tepi gantang. Oleh sebab
sering berhadapan dengan situasi begini, remaja berasa tertekan ketika berada dalam
lingkungan keluarga lalu mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah. Alasannya,
mereka tidak mahu dianggap sebagai beban keluarga.
Kita terpaksa akur bahawa sebahagian daripada masalah yang berlaku itu ada kaitan
secara langsung dengan ketidakmampuan ibu bapa dalam mengawal kemarahan tentang
karenah remaja. Kemarahan ibu bapa itu semakin merapuhkan hubungan anak dengan
anggota keluarga lalu mereka membawa diri dan tinggal sebumbung dengan kawan-kawan
senasib dengan mereka serta ingin hidup bebas daripada kongkongan ibu bapa. Pada masa
yang sama, anak-anak yang tergores perasaan danmasih pendek fikiran itu menghadapi
kekeliruan untuk memilih jalan hidup. Kehidupan anak itu bertambah malang dan celaru
apabila terdapat anggota keluarga yang sering bergaduh, dan seterusnya merasakan
mereka berasa tidak betah berada di rumah yang dirasakan bagai berada di dalam relau
dan bahangnya sentiasa membakar kehidupan mereka.
Masalah yang berlaku ini akan terus melebar dan anggota masyarakat tidakboleh
memandang ringan terhadap permasalahan ini. Ibu bapa yang menghadapi situasi ini
hendaklah bertindak seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung
jangan berserak. Kebijaksanaan dan kesabaran mereka sangat dituntut apabila
berhadapan dengan karenah anak-anak yang bersifat sangat sensitif ketika meniti usia
remaja.

(Dipetik dan diubah suai daripada Tangani Kes Remaja lari dari Rumah
oleh Noor Mohammad Shakil Hamuud, Utusan Malaysia, 6 Januari 2016)

1
[Document title] [Date]

Soalan 2 : Pemahaman
[35 Markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata merapuhkan hubungan.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan, terdapat beberapa dakwaan bahawa sikap ibu bapalah yang
menjadi pendorong anak-anak melarikan diri dari rumah.

Nyatakan kebenaran-kebenaran dakwaan tersebut.


[3 markah]

(iii) Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala lari dari rumah ini mengakui
bahawa mereka meninggalkan rumah disebabkan oleh pengaruh rakan atau
kekasih.

Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah remaja lebih mempercayai rakan


sebaya berbanding dengan ibu bapa mereka sendiri?
[4 markah]

2
[Document title] [Date]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Hal Hakim inilah yang

hendak kuceritakan di sini. Dia belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya

yang bermaksud bijaksana itu. Hakim semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan

yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dunia ini penuh dengan penganiayaan.

Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya

yang telah terlepas ke tangan raja. Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat

baiknya Azam, seorang mahasiswa jurusan undang-undang. Mereka bersetuju bahawa

ini merupakan satu penganiayaan dan mula mengatur strategi untuk menuntut hak yang

dirampas.

Setelah berkerja, Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk.

Dia melantik Azam sebagai peguammnya. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan

teliti mencari segala bahan bukti, menulis dengan kemas dan terperinci, berbahas

dengan fasih dan bernas.

Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di makamah. Yang Arif, apabila

raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia

akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna

Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya.

(Dipetik daripada cerpen Kaduk, Ayam dan Raja


oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

3
[Document title] [Date]

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah tindakan-tindakan yang dilakukan


oleh Hakim setelah bekerja?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat mempertahankan


tanah yang menjadi warisan keluarganya?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal
penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka
Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari
tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar
kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. maka dilihatnya tempat itu terlalu baik
menaruh harta. maka ia pun berjalanlah turun dari bukit Cina itu.
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersiap dirinya;
maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang
kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka
Kertala Sari pun masuk makan bersama sama saudagar itu. Hatta setelah jauh malam,
maka saudagar itupun masuk tidur. Maka Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar
itu sekuasa kuasa ia membawa dan bini saudagar itupun dicabulinya. Maka ia pun kembali
pada tempatnya singgah itu.
Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itupun gemparlah mengatakan dirinya
kecurian. Hatta maka haripun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula
sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia
pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang
kaya- kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itupun masuk
menghadapa raja berdatang sembah, Ya Tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik
sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam


antologi Jaket Kulit dari Istanbul, Dewan
4
Bahasa dan Pustaka
[Document title] [Date]

(i) Berikan maksud habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.


[2 markah]

(ii) Apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari ketika masuk ke rumah
seorang saudagar kaya?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh
saudagar-saudagar tersebut untuk menghalang perbuatan Kertala Sari ?
[3 markah]

Soalan 2(d) Puisi Tradisional (Sajak)

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GELANGGANG

Ini gelanggang kita


Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
Lima dekad yang lalu
Satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
Di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


Dan air mata
Dengan gelanggang inilah Negara aman makmur rakyat
Bersepadu
Kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
Kita memeprtahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
Kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
Keturunan

Dan pendekar kita harus berani berjuang menangkis tomahan


Demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
Suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
Hati nurani
Kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
Gelanggang
Jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


Elakkan pertelingkahan sesama sendiri

5
[Document title] [Date]

Kitalah pewaris abadi ynag menjunjung amanah ini


Agar kecemerlangan tercerna di persada arena
Terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
Membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
Kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat

ONN MALINI
Anotolo gi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak dia atas, nyatakan dua harapan penyajak terhadap rakyat.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
kita?
[3 markah]

(iii) Huraikan gaya bahasa yang terkandung dalam sajak di atas.


[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap patah perkataan di bawah ini bagi menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bicara
(ii) perbicaraan
(iii) membicarakan
(iv) galang
(v) bergalang
(vi) menggalangkan
[6 markah]

6
[Document title] [Date]

(b) Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pelbagai program telah kami usahakan untuk meningkatkan kesedaran


masyarakat.

(ii) Rakyat yang miskin akan diberikan kemudahan pinjaman oleh kerajaan untuk
melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputera.

(iii) Program kemasyarakatan itu dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman


Megah.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Iklan televisen yang berkaitan dengan makanan ringan berjaya dipengaruhi
kanak-kanak sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

(ii) Saya berharap agar kerajaan Malaysia berusaha untuk menjadikan Institiut
Penyelidikan Perubatan sebagai badan penyelidik perubatan yang terkena
pada peringkat antarabangsa.

(iii) Penduduk di kawasan pedalaman itu berpegang teguh pada mempercayai


nenek moyang bagi memastikan jatidiri mereka sentiasa terpelihara.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semburan bunga api itu kelihatan sungguh indah di malam sambutan Hari
Kemerdekaan negara yang diadakan di Dataran Merdeka.

(ii) Pergerakan Hafiz di dalam pertandingan badminton itu kelihatan cekap


kerana dia semakin mahir dalam sukan tersebut.

(iii) Banyak isu-isu semasa yang menjadi bahan pertengkaran masyarakat


semasa mereka berkumpul dalam sesuatu majlis.
[6 markah]

7
[Document title] [Date]

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Kamu haruslah sepakat dengan suami kamu dalam apa-apa jua keadaan
umpama__________(i), kata ibu kepada kakak yang akan melangsungkan perkahwinnnya
pada hari itu. Ibu berpesan kepada kakak juga agar menyesuaikan diri di tempat baharu
apabila berpindah mengikut suaminya yang tinggal di selatan tanah air, seperti kata
pepatah ________(ii). Selain itu, ibu menasihati kakak agar sentiasa berusaha jika
mahukan sesuatu, bukan hanya bergantung pada nasib kerana ________(iii)

[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan salah sebuah novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azman Nordin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Silir Daksina karya Nizar Parman

(vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(viii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

8
[Document title] [Date]

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang berkaitan
dengan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut
[7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua teknik plot yang terdapat
dalam novel tersebut.

[8 markah]

SOALAN TAMAT.
SEMOGA BERJAYA.

Anda mungkin juga menyukai