Anda di halaman 1dari 10

1

MODUL GERAK GEMPUR SPM 2017

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan (2d) dan soalan 4 berdasarkan teks
komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

1103/2 SULIT
2

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
permainan tradisional dan langkah-langkah untuk menghidupkan permainan tradisional.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat kita memang kaya dengan pelbagai permainan tradisional. Permainan
tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu.
Antara yang paling popular termasuklah wau, batu seremban, congkak, gasing, konda-kondi, dan
banyak lagi. Permainan tradisional dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada kanak-
kanak, remaja atau orang dewasa. Permainan tradisional dapat dijadikan sebagai suatu produk
pelancongan yang menguntungkan negara.

Permainan tradisional juga seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana
pemainnya perlu bergerak aktif dan pantas. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya
mempunyai badan yang sihat. Selain itu, permainan tradisional juga menjadi kegiatan riadah
untuk mengisi masa senggang setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja. Hal ini
demikian kerana permainan tradisional dapat mengelakkan remaja daripada terdedah dengan
unsur-unsur negatif. Bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan
dapat mengeratkan hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga. Ahli
keluarga boleh berbual-bual sambil bermain. Permainan yang dimainkan secara berpasukan pula
secara langsung dapat menanam sikap dan nilai kerjasama. Tanpa kerjasama ahli kumpulan,
permainan tidak dapat dilangsungkan dengan baik, apatah lagi untuk mencapai kemenangan.

. Sebenarnya, permainan tradisional juga mampu mendidik pemainnya berfikir untuk


mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk menang. Tanpa strategi dan teknik yang
bagus, sudah tentu permainan menjadi hambar. Permainan tradisional dapat memupuk nilai
tradisi dalam kalangan generasi masa kini. Mereka diajar tentang nilai-nilai budaya masyarakat
terdahulu. Permainan tradisional juga boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat.
Masyarakat akan berusaha memartabatkan permainan tradisional bagi menyaingi permainan
moden yang semakin popular dalam kalangan remaja. Namun, kini, permainan tradisional
semakin terpinggir sedangkan permainan tradisional ini merupakan sejenis pendidikan tidak
formal yang amat tinggi nilainya. Remaja berpendapat bahawa permainan tradisional bukan
sahaja tidak menyeronokkan tetapi membuang masa mereka

Untuk mengembalikan permainan tradisional itu ke pangkuan remaja kini agak sukar
kerana kebanyakannya tidak begitu popular lagi dan tidak sesuai dengan persekitaran yang ada
kini. Malahan kebanyakan remaja sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional
merupakan permainan yang ketinggalan zaman dan membosankan Tegasnya, untuk

1103/2 SULIT
3

mengelakkan permainan tradisional daripada terus dilupakan, pelbagai usaha perlu dilaksanakan
bagi memastikan permainan ini terus wujud dalam minda dan hati masyarakat kita kerana
permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa.

Dipetik dan diubah suai daripada


„Remaja dan Permainan Tradisional‟
oleh Hanapi Dollah,
Dewan Siswa September 2009

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin terpinggir [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa tanggapan negatif remaja terhadap permainan


tradisional

Nyatakan tanggapan-tanggapan negatif tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain menghidupkan permainan tradisional di negara kita apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan permainan tradisional di
peringkat antarabangsa?

Kemukakan cadangan anda. [4 markah]

1103/2 SULIT
4

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam tugu dalam
kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” tanya Azman.
Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung berstatus tanah pertanian. Apalagi yang
wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang
dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi
dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA. Hakim
membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu
sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan
sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak
makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar
bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu
ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif….”

Dipetik daripada cerpen „Kaduk, Ayam dan Raja ‟


oleh Zurinah Hasssan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan cara-cara Hakim memanfaatkan tanah Pak Kaduk?
[2 markah]

(ii) Negara kita mempunyai ribuan hektar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif.
Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan
tanah yang terbiar di negara kita? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

1103/2 SULIT
5

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.‟‟

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, „‟Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!‟‟ Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.
Setelah hari malam,maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan
lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari
orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.
Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya
itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja
mengadukan halnya kecurian semalam itu.

Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟


dalam antologi Jaket Kulit Kijang,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berikan maksud rangkai kata berkisah orang kaya-kaya. [2 markah]

(ii) Nyatakan tindakan-tindakan Kertala Sari setelah masuk ke kampung tersebut.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
rumah anda daripada dimasuki pencuri?
[3 markah]

1103/2 SULIT
6

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

KUDUP PERANG
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk


ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak


menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.

1103/2 SULIT
7

Perang pun melecurkan lidah muslihat


bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

Sehingga senja tiba,


kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

Tuah Sujana
dalam antologi Sejadah rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan sebab-sebab penyajak tidak
mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah?
[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menghargai jasa para pahlawan di
negara kita? [3 markah]

(iii)Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

1103/2 SULIT
8

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.


(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) alih-alih

(ii) baik-baik

(iii) duduk-duduk

(iv) hampir-hampir

(v) jarang-jarang

(vi) kira-kira

[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah
maksud asalnya.

Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.
Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan ibu bapa sibuk
bekerja. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak
mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelajar-pelajar yang menghadapi masaalah sebaik-baiknya berbincang dengan guru


kaunseling untuk mencarikan jalan penyelesaian.

(ii) Doktor itu memberi kejelasan bahawa kematian pesakit itu disebabkan oleh virus
selsema burung.

(iii) Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua itu disertakan pendaki yang berusia dalam linkungan
25 tahun hingga 50 tahun.
[ 6 markah]

1103/2 SULIT
9

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para
pengusaha ladang bahawa mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran
terbuka.
(ii) Dua orang doktor pakar daripada luar negara telah berjaya menjalankan
pembedahan menukarkan hati terhadap Zamri.
(iii) Deretan kedai-kedai di Jalan Indah telah terbakar pada petang semalam akibat
litar putus.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
bagi menggambarkan situasi tersebut.

(i) Kecantikan anak gadis Pak Ali sentiasa menjadi sebutan para pemuda di
Kampung Seberang.

(ii) Orang kaya itu kerugian besar kerana batu zamrud yang disangkanya berharga
rupanya palsu.

(iii) Ali sentiasa diingatkan oleh keluarganya supaya pandai memilih pasangan hidup
yang sesuai dengan keadaan keluarga mereka yang miskin.

[6 markah]

1103/2 SULIT
10

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua mesej yang terdapat dalam
novel tersebut.
[ 7 markah]

(b) Huraikan satu perwatakan bagi setiap watak sampingan yang terdapat dalam jadual
di bawah.

Novel Watak Sampingan


Songket Berbenang Emas Embong
Jendela Menghadap Jalan Haji Abdul Rahman (Datuk)

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 SULIT

Anda mungkin juga menyukai