Anda di halaman 1dari 5

9 Soalan 1 : Rumusan ( 30 markah ) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara pelajar

memanfaatkan masa senggang dan tujuannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Masa senggang bermaksud masa lapang dan masa terluang bagi remaja yang memerlukan cara bagi menggunakannya. Masa senggang biasanya terdapat pada hujung minggu atau waktu cuti atau waktu masa-masa tertentu yang lain. Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa berlaku. Masa senggang kalau digunakan dalam menimba ilmu pengetahuan menerusi ulangkaji dapat meningkatkan prestasi pelajaran. Masa itu sesuatu yang amat bernilai kerana sehari yang telah pergi tidak kan kembali lagi dan sehari yang berlaku mendekatkan manusia ke hujung usia. Dalam bahasa lain masa yang tidak digunakan dan disalahgunakan boleh meninggalkan beban kepada kita. Masa senggang bagi remaja adalah banyak. Tetapi masa senggang kadang-kadang menyebabkan remaja tidak memiliki jadual atau perancangan tertentu. Disebabkan tiada perancangan, remaja akan terdorong mengisi masa senggangnya atas pelawaan rakan sebaya atau menghabiskan masa di warung-warung. Keadaan seperti ini amat merugikan bakat dan usia remaja. Masa senggang yang beerti apabila dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan bakat yang diminati. Melakukan riadah dan kegiatan rekriasi untuk kesihatan badan adalah aktiviti yang baik untuk mengisi masa senggang. Selain itu, remaja wajar mengisi masa senggang dengan mendengar lagu-lagu menimbulkan kesedaran disamping hiburan dengan lirik-lirik yang merangsang kebaikan. Membaca akhbar, majalah dan buku yang tidak melalaikan adalah juga aktiviti yang perlu dilakukan. Seterusnya kita wajar mengisi masa senggang dengan menolong ibu bapa dan jiran dengan kerja kebajikan. Sekarang kita memberi fokus kepada remaja yang masih menuntut. Apabila habis sahaja sesi persekolahan, apakah yang patut diisi untuk memenuhi waktu yang terluang? Oleh itu, dicadangkan, para pelajar mengikuti kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Masa senggang masih banyak dan masih banyak yang boleh diisi. Pada hari minggu, tidak bersalahan mengemaskinikan nota-nota pelajaran. Jika ibu bapa mengajak kita untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan taulan orang tua kita, eloklah kita ikut serta. Sebenarnya hidup kita perlu ada matlamat. Matlamat hidup kita bukanlah bermula setelah keputusan SPM diumumkan. Ketika masih bergelar pelajar lagi sewajarnya kita sudah mempunyai impian yang besar. Sebelum minat kita luntur, kita wajar mengikuti kursus motivasi untuk memperteguh jati diri kita menghadapi hari-hari mendatang. Sesungguhnya setiap hari, masuk ke minggu dan bulan yang beredar, para remaja mencapai kejayaan diri dan peribadi keluarga dan akhirnya kejayaan untuk masyarakat dan negara. Masa senggang yang ditempuhi tidak berlalu dengan sia-sia. Masa senggang yang di rancang dan dijadual dengan baik boleh dijadikan sebagai sumber mengatur hidup. Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah orang yang mendisiplinkan dirinya dengan masa. Mereka adalah orang-orang yang menepati masa, tidak membazir masa, tahu menggunakan masa dengan bijaksana, cemburu terhadap masa, dan menghubungkan masa sebagai usaha meningkatkan amal dan ibadah. Oleh itu amat penting bagi remaja membiasakan diri dengan menggunakan masa senggang dengan jadual kegiatan yang baik.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana Manfaatkan Masa Senggang, Oleh Dr. Sidek Baba, Utusan Malaysia, 2 Februari 2006)

9 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (b) Petikan Cerpen. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. "Anak kembar". Ya Allah! Cakap apakah begitu menghina? Bagaimanakah Junid kembar dengan Pusaran seekor lembu? Dan banyak dongeng dipercakapkan orang tentang Pusaran dan Junid. Sangat tidak menyenangkan. Ucapan yang sangat menakutkan ialah dari Pak Cik Kar, bomoh tua yang buta itu. "Pusaran itu bukan lembu betul-betul. Mungkin jiwanya manusia. Anak kembar dengan anakmu, yang kerana suatu kesalahan, rohnya masuk ke dalam ibu lembu. Sebab itulah ibunya mati. Pernah kau dengar ibu lembu yang beranak, mati?" Ucapan itu sangat menakutkan Mohsin. Dia menjadi berdebar mendengar ucapan itu. Walaupu dia tidak meyakini benar-benar tapi itu meragu-ragukan fikirannya. Bagaimana kalau kata-kata bomoh itu benar? Mana mungkin tubuh lembu jiwa manusia. Mohsin cuba menetapkan fikirannya apabila tiba kepada puncak keraguannya. Keakhraban Junid dan Pusaran sangat berlainan. Dia masih ingat: dia cuba memisahkan Junid dengan membawanya ke rumahnya ke kampung ulu. Dia melihat Pusaran tidak galak. Rumput-rumput yang dimasukkan ke dalam kandangnya tidak disentuh selama tiga hari, selama Junid tidak ada. Dan langkah anehnya, datuk Junid membawa cucunya yang dikasihi itu pulang. Junid tidak dapat tidur. Makannya tidak lalu dan selalu demam-demam. (Dipetik daripada cerpen Pusaran oleh S.Othman Kelantan, dalam antologi Anak Laut, DBP)

( 35 markah ) Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.
ii.

Berikan maksud rangkai kata memperteguh jati diri kita menghadapi hari-hari mendatang. (2 markah) Apakah kesilapan remaja dalam mengisi masa senggang? (3 markah)

iii.

"Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah orang yang mendisiplinkan dirinya dengan masa". Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai disiplin? (4 markah)

i.
ii.

Terangkan akibat tindakan Mohsin memisahkan Junid dengan Pusaran. (3 markah) Jika anda di tempat mohsin, apakah reaksi anda apabila diungkapkan kata-kata yang tidak masuk akal tentang hubungan Junid dengan Pusaran? (3 markah) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. (3 markah)

iii.

9 Soalan 2(c) Puisi Tradisional Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tikar pucuk, tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu, Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serungkai, Burung dekut meniti batang, Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Tebang gelam, tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung, Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu, Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung, Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. (dipetik daripada antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. iii. Jelaskan maksud rangkap keempat pantun. (3 markah) Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan agar berjimat-cermat? (3 markah) Huraikan tema pantun tersebut. (3 markah) iii. Soalan 2(d) Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah hari pun malamlah, ia pun datang kepada sarang bayan itu. Lalu ditutupnya lubang bayan itu. Setelah hari siang, maka burung bayan itu pun hendak keluar, dilihatnya pintu lubangnya tumpat ditutup orang. Maka kata bayan, "Hai anakku, apatah kataku? Bahawa sesungguhnya bencana ini daripada cerpelai juga datangnya, tetapi marilah kita muafakat, apabila datang budak itu hendak mengambil kita, maka kita matikan diri kita." Setelah sudah tinggi hari, maka budak itu pun datanglah hendak mengambil bayan itu. Maka segala bayan itu pun bermatikan dirinya. Maka pada hati budak itu, "sungguhpun mati bayan itu, oleh kerana aku lambat datang, lubangnya pun aku tutup: itulah sebabnya maka ia mati." Lalu dibuang ke tanah segala burung bayan itu. Maka tinggal seekor lagi bayan yang tua itu. Arkian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia pun marahlah, lalu turun ke tanah, katanya, "Binatang haram jadah ini, ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya. Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetepi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku." Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendaklah disembelih. Maka kata bayan itu, "Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingkuyang sekepal ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai nak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakitnya sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia." (Dipetik daripada. "Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya" Antologi Anak Laut, Dewan bahasa dan Pustaka)

i.
ii.

Apakah maksud rangkai kata bermatikan diri kita? (1 markah) Apakah cadangan bayan kepada budak itu budak itu apabila bayan ditangkap oleh budak itu? (3 markah) Pada pendapat, wajarkah budak itu menerima cadangan bayan tua tersebut? Berikan alasan anda itu. (4 markah)

9 Soalan 3: Pengetahua dan Kemahiran Bahasa (30 markah) Jawab semua soalan

d)

a)

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jekas nenunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. i. ii. iii. iv. v. vi. botol berbotol-botol tiba tiba-tiba pindah pindah-randah (6 markah)

Dalam setiap ayat dibawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. ii. Harun menjual beberapa kajang tanah untuk dijadikan saham bagi memulakan perniagaan. Pegawai Pelajaran Daerah Seremban menyampaikan ucapan selama satu setengah jam sebelum melancarkan sukan tahunan sekolah kami yang ke dua belas. Setelah ceramah sudah, para peserta saling bersalam-salaman. (6 markah)

iii.

b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif dengan mengekalkan maksud asalnya. i. ii. iii. Faisol melakar wajah orang tua itu pada kanvas. Guru disiplin mengarahkan kami mengutip sampah di padang. Guru-guru menyayangi Shuib kerana dia rajin dan cerdik. (6 markah) i. ii. iii.

e)

Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan berikan ayat yang menunjukkan maksud peribahasa tersebut. Bagai menatang minyak yang penuh. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Panjang tangan. (6 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan imbuhan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat semula. i. ii. iii. Bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu dan bahasa komonikasi sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Pesakit kenser memerlukan kaedah perawatan yang khusus. Naim menyandang jawatan sebagai pengurusan dalam sebuah syarikat pengantaran dan perkapalan. (6 markah)

Soalan 4: Novel (15 markah) Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

i. ii. iv.

Terminal Ketiga karya Othman Puteh. Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof.

iii.

Di Hadapan Pulau karya A. Samad said.

Bukit Kepong karya Ismail Johari.

Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari. (7 markah)

Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Huraikan. (8 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai