Anda di halaman 1dari 17

SET 2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
membaca dalam kalangan pelajar di negara ini dan usaha-usaha untuk meningkatkan minat
membaca. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kenyataan bahawa kegiatan membaca menghasilkan pelbagai manfaat tidak dapat
dipertikaikan oleh sesiapa. Para ilmuwan tidak jemu-jemu memberikan ingatan kepada khalayak
tentang kewajaran amalan membaca ditingkatkan. Bagi ibu bapa pula, keculasan anak-anak
membaca kerap menjadi rungutan meskipun ada antara mereka bertindak "seperti ketam mengajar
anaknya berjalan betul".
Aktiviti membaca akan menjadikan seseorang itu memiliki berbagai-bagai ilmu bergantung
pada bahan yang dibaca. Melalui pembacaan juga pelajar akan memiliki maklumat tentang perkara
yang berada di dalam negara atau perkembangan yang berlaku di luar lingkungan tempat
tinggalnya. Namun, sesetengah pelajar cukup gemar membaca tetapi kebanyakan bahan bacaan
pilihan mereka hanyalah bahan bacaan picisan yang lebih menfokuskan dunia hiburan dan ada yang
berbaur lucah. Sesetengah pelajar pula lebih cenderung untuk memiliki bahan bacaan yang
berunsur jenaka atau cerita-cerita tahyul yang tidak menguntungkan. Lambakan bahan bacaan yang
murah di pasaran seperti komik turut menarik perhatian pelajar. Meskipun bahan-bahan bacaan
yang sedemikian diakui dapat meningkatkan minat membaca generasi muda, namun tanpa
pengawasan orang dewasa, pembaca sering terpedaya.
Kecenderungan anak-anak kita yang bergelar pelajar untuk menjadikan buku sebagai
keperluan penting dalam kehidupan sehari-hari masih belum meluas. Sehingga. kini, ada dalam
kalangan pelajar di negara ini yang tidak berasa apa-apa kekurangan berada dalam situasi ketiadaan
sebarang bahan bacaan. Secara tidak langsung sesetengah bahan bacaan yang dibaca dapat
menjelaskan perkara tertentu yang dipelajari di dalarn bilik daijah. Keadaan ini akan dapat
membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Pelajar tidak seharusnya
beranggapan bahawa amalan membaca merupakan satu aktiviti yang membosankan dan
membebankan mereka. Sebaliknya amalan ini akan
membantu penguasaan berbahasa mereka dengan memiliki kosa kata yang luas.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pelajar perlu mempunyai minda yang cerdas
untuk berfikir. Secara tidak langsung amalan membaca sebenarnya berjaya melatih dan
menggerakkan minda pelajar berfikir tentang perkara yang dibacanya. Kebiasaan ini akan melatih
pelajar menjanakan idea tentang sesuatu perkara untuk menjadikan mereka lebih cekap membuat
keputusan. Gabungan ilmu dan pemikiran juga penting dalam pembentukan sahsiah pelajar menjadi
insan yang bernilai murni, termasuk bersopan santun. Tegasnya, melalui pembacaan juga banyak
perkara yang dapat dijadikan teladan atau sempadan oleh pelajar dalam melayari bahtera kehidupan
dengan cemerlang.
Walaupun begitu, umum mengakui bahawa usaha untuk mengubah sikap dan minat
seseorang amatlah sukar, lebih-lebih lagi ke arah yang positif. Meskipun berbagai-bagai wacana
tentang budaya membaca diadakan dengan berbagai-bagai cadangan dikemukakan, tanpa cita-cita
dalam diri seseorang, keberkesanan agenda kita sukar untuk menjadi kenyataan.
(Diubahsuaikan daripada "Membaca Membuka Minda

oleh Waris Pendeta, Pelita Bahasa, Februari 2006)


Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata keculasan anak-anak membaca.
[2 markah]
(ii) Nyatakan tiga bahan bacaan yang diminati oleh golongan pelajar.
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua kriteria yang perlu diambil kira untuk memilih bahan bacaan
mengikut pendapat anda.
Jelaskan dua kriteria yang perlu diambil kira untuk memilih
bahan bacaan mengikut
[4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kalau tidak pun habis tahun ini Junid masuk darjah satu. Dan terbayang sesuatu dalam
kepala Mohsin, Junaidi tarnat darjah enam. Darjah yang paling tinggi dalam kampungnya.
Sekolah Melayu. Dan Junid juga akan masuk sekolah Melayu. Pelajaran setakat tulis baca
itu sudah cukup. Dia tidak perlu anaknya belajar jauh-jauh. Lembunya yang hampir dua
puluh ekor dan tanah bendangnya lapan ekar serta kebun kelapanya enam ekar
memerlukan tenaga anak-anaknya. Mereka akan hidup dengan lembu-lembu,
kambing-kambing dan tanah-tanah ini. Tak perlu belajar, untuk akhirat, sekarang apa,
kurang. Di mana-mana, masjid dan madrasah kampungnya mempunyai guru.
Darjah satu? Seperti tidak perasan pertanyaan itu keluar dari mulut Musalmah.
Mohsin menikamkan pandangannya kepada isterinya.
Bila Junid ke sekolah, dia tidak asyik dengan Pusaran lagi, Mohsin meneruskan.
Tapi dalam kepala Mohsin teringat juga. Bagaimana, kalau seperti yang
lepas-lepas juga? Ah, tak mungkin! Dia mendengar cakap-cakap jiran tentang Pusaran
dengan Junid.
Anak kembar. Ya Allah! Cakap apakah begitu menghina? Bagaimana, Junid
kembar dengan Pusaran seekor anak lembu? Dan banyak dongeng dipercakapkan orang
tentang Pusaran dan Junid. Sangat tidak menyenangkan. Ucapan yang sangat
menakutkannya ialah dari Pak Cik Kar, bomoh tua yang buta itu.
(Dipetik daripada cerpen Pusaran oleh S.Othman Kelantan
dalam antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Berikan dua hal yang difikirkan oleh Mohsin.


[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang


mengikut pendapat anda.
Nyatakan tiga kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang
mengikut
[3 markah]
(iii) Nyatakan dua latar masyarakat dalam petikan di atas dan dua, latar
masyarakat dalam cerpen tersebut.
[4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka dilihat oleh Hang Jebat Laksamana membelakang lagi berkata-kata itu, maka Hang
Jebat pun segera melompat ditikamnya dada Laksamana; maka Laksamana pun lepa sedikit
menyalahkan tikaman Hang Jebat itu, salah, kena pada dinding kambi itu; maka
disentakkannya, tiada tanggal. Maka Laksamana pun tertawa lalu melela di hadapan Hang
Jebat itu tertitar-titar, sambil berkata, Hai Si Jebat, mati engkau olehku sekali ini! Maka
oleh Hang Jebat dua tiga kali disentakkannya tiada juga tercabut daripada papan kambi itu.
Maka hendak ditikam oleh Laksamana, terkedang rasanya tangan Laksamana. Maka Hang
Jebat pun amarah serta ditentangnya papan kambi itu disentakkannya, keris itu pun tanggal.
Maka diusirnya akan Laksamana; Laksamana pun berdiri menantikan tikam Hang Jebat.
Hang Jebat pun datang serta ditikamnya dada Laksamana bersungguh-sungguh. Maka
Laksamana pun melompat undur menyalahkan tikam Hang Jebat itu seperti tiada berjijak
rupanya. Maka hang Jebat pun terlalu lelah terdiri di atas talam itu menantikan Laksamana
datang. Maka Laksamana pun terdiri pada suatu tempat menantikan pertandaan alamat Si
Jebat itu. Maka dilihat dan ditiliknya oleh Laksamana: bahawa Si Jebat pada hari ini tiada
mati; tetapi luka Si Jebat hari ini.
(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat
dalam antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud dilihat dan ditiliknya?
[2 markah]
(ii) Nyatakan tiga tingkah laku Laksamana ketika Hang Jebat tidak berjaya
mencabut kerisnya yang terlekat pada dinding.
[3 markah]
(iii) Kemukakan tiga cadangan yang dapat dilakukan untuk mengelakkan
pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat mengikut pendapat anda.
[3 markah]

Soalan 2(d) Petikan Puisi Tradisional


Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

SYAIR KELEBIHAN ILMU


Ilmu itu gemala sakti,
Sinamya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
Bagi yang duka ia penghibur,
la penerang bagi yang kabur,
lalah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.
la penerang jalan ke syurga,
la pemuas tekak yang dahaga,
lalah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
lalah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hampamya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
Za'ba Puisi Warisan, 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)

Berikan maksud rangkai kata Harganya tidak dapat dinilaikan.


[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga cara seseorang pelajar boleh menimba ilmu mengikut
pendapat anda.
[3 markah]
(iii) Kemukakan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.
[4 markah]
[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) licin-licau
(ii) sedu-sedan
(iii) lambat-laun
(iv) simpang-siur
(v) semak-samun
(vi) lintang-pukang
[6 markah]
(b)

Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat perintah
tersebutialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan.

(i) Kamu keluar dari rumah ini sebelum pukul 2.00 petang.
(ii) Pulanglah kamu ke rumah sekarang, sebelum ibumu marah.
(iii) Tidak usah datang lagi ke sini selagi kamu tidak bersedia untuk belajar.
(iv) Janganlah bersedih lagi kerana setiap permainan ada kalah dan menangnya.
(v) Saya jemput kamu datang ke rumah saya pada petang ini untuk kenduri arwah.
(vi) Tolong hantarkan buku latihan tatabahasa awak ke bilik guru sebelum waktu rehat
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu

semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.


(i) Masyarakat penyayang merupakan masyarakat
menghormati, dan berkerjasama.

yang

bermufakat, saling

(ii) Langkah jangkapanjang untuk menangani wabak Selesema Burung yang


menularkan ayam-ayam di kawasan itu sudah diambil tindakan oleh kerajaan.
(iii) Ceramah yang dianjurkan oleh stesyen televisyen itu sangat menarik kerana
penceramah dapat menjawab soalan yang dikemuka oleh para peserta.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
(i) Semasa cuti semester lepas, Harlina mengambil alih untuk menggantungkan
gambar keluarganya di dinding rumahnya.
(ii) Sejak akhir-akhir ini aktiviti jenayah di negara ini semakin meningkat meskipun
pelbagai usaha pihak kerajaan lakukan mengikut rekod polis.
(iii) Ayah kesal akan tingkah perangai abang yang telah lupa diri sejak Syarikat
Nippon Elektronik menaikkan pangkat dan gajinya berlipat ganda.
[6 markah]
(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa yang diberi supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.
(i)

katak di bawah tempurung

(ii)

menatang minyak yang penuh

(iii)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


[6 markah]

Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Terminal Tiga karya Othman Puteh


Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
Bukit Kepong karya Ismail Johari
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
Julia karya Abu Hassan Morad
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Persoalan berkaitan maruah dan harga diri turut dikemukakan oleh pengarang dalam
sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa
yang berkaitan dengan maruah dan harga diri yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[7 markah]
(b) Nilai bekerjasama turut dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.
Huraikan tiga contoh nilai bekerjasama yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN
Rumusan

Pendahuluan
Petikan membincangkan manfaat / faedah-faedah / kebaikan amalan membaca
dalam kalangan penuntut sekolah di Malaysia.

2m

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)

Markah

S1 Memiliki berbagai-bagai ilmu bergantung pada bahan yang dibaca


S2 Memiliki maklumat tentang perkara yang berada atau perkembangan

2m
2 2m

yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggalnya


S3 Menjelaskan perkara tertentu yang dipelajari di dalam bilik darjah
2m
S4 Membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik
2m
S5 Membantu penguasaan berbahasa mereka dengan memiliki kosa kata 2 2m

yang luas.
S6 Melatih dan menggerakkan minda pelajar berfikir tentang perkara yang2 2m

dibacanya.
S7 Menjanakan idea tentang sesuatu perkara untuk menjadikan mereka

lebih cekap membuat keputusan.


S8 Banyak perkara yang dapat dijadikan teladan atau sempadan.
Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)

2m
2m

Markah

T1 Mengadakan/menganjurkan Kempen Galakan Membaca oleh pelbagai 2 2m


T2
T3
T4
T5
T6
T7

pihak
Mengadakan Projek Nilam di peringkat sekolah
Mewujudkan perpustakaan mini / sudut bacaan di rumah
Ibu bapa membawa anak-anak ke kedai buku / pameran buku
Penerbit mengeluarkan buku yang berkualiti dan harga yang berpatutan
Menganjurkan parneran dan j ualan buku secara besar-besaran
Kaunselor / guru menggalakkan murid membaca

2m
2m
2m
2m
2m

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak pertu menyokong usaha-usaha membudayakan
amalan membaca agar dapat melahirkan generasi berilmu pemangkin kejayaan
negara pada masa hadapan.

2m

Pemahaman
Petikan Umum
(i) Maksud rangkai kata keculasan anak-anak membaca
- generasi muda malas, menelaah bahan bercetak
- pelajar-pelajar malas, merujuk bahan bercetak
- pelajar-pelajar tidak berminat memerhatikan sesuatu yang

2m
2m
2m

tertulis atau tercetak


(ii) Tiga bahan bacaan yang diminati oleh golongan pelajar ialah
- bahan bacaan picisan yang berbentuk hiburan dan porno/lucah
- bahan bacaan berunsur jenaka/lucu
- bahan bacaan berunsur tahyul
- bahan-bahan murah
(Pilih mana-mana tiga jawapan)
(iii) Dua kriteria untuk memilih bahan bacaan
- Mempunyai ilustrasi yang menarik untuk menarik perhatian pelbagai
golongan
- Harga yang berpatutan supaya mampu dibeli oleh semua golongan
2m

1m
1m
1m
1m

2m
2m
2m
2m

- Mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan panduan/teladan


2m
- Bahasanya mudah difahami supaya dapat mengaplikasikan maklumat
2m
(Pilih mana-mana dua jawapan)
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
(i)

- Junaidi akan tamat darjah enam


- mahukan anaknya belajar setakat menulis dan membaca / darjah enam

1m
- Junaidi akan masuk sekolah Melayu
- tidak mahu anaknya belajar jauh-jauh
- mahukan tenaga anaknya menjaga lembu, tanah bendang, dan kebun
kelapa
- hendak belajar agama di kampungnya ada guru
(ii)

1m
1m
1m
1m
1m
1m

kepentingan i1mu.
- menjamin masa depan
1m
- peluang pekerjaan lebih terjamin / gaji lumayan
1m
- tidak ditipu / diperdaya / ditindas
1m
- sebagai aset modal insan / memajukan negara
1m
- meningkatkan taraf hidup
1m
- meningkatkan imej diri
1m

1m
1m
1m
1m
1m
1m

(Pilih mana-mana tiga jawapan)


dalam petikan.
- masyarakat kampung yang mempercayai bomoh / kepercayaan karut

(iii)

1m
- masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan / pelajaran tinggi

1m
1m
1m
1m
1m

1m
dalam cerpen
- masyarakat yang menyayangi haiwan / binatang ternakan
1m
- masyarakat yang mementingkan hubungan kekeluargaan
1m
- masyarakat petani, penternak / bekerja sendiri
1m
- masyarakat yang mengamalkan gotong-royong.
1m
(Pilih mana-mana dua jawapan)
Soalan 2(c) Prosa Tradisional
(i)

diperhatikan / direnung / dipandang dengan teliti


- diperhatikan / dipandang / direnung

(ii)

tingkah laku Laksamana.


- tertawa dan memperagakan diri / menggerakkan tangannya seperti
mempersedendakan Hang Jebat.
- memberitahu Hang Jebat bahawa Hang Jebat akan mati di
tangannya
- Laksamana cuba menikam tetapi tangannya terkejang / terhulur
lurus

(iii)

2m
1m
1m
1m
1m

tiga cadangan:
- Hang Tuah memujuk Hang Jebat supaya menyerah diri
- Membawa Hang Jebat ke muka pengadilan
- Bendahara / pembesar memujuk Sultan supaya mengampunkan
kesalahan Hang Jebat
- rakyat memohon jasa baik pembesar menyelesaikan pertikaian
- meminta keluarga Hang Tuah khususnya ibu Hang Tuah memujuk
Hang Tuah supaya tidak meneruskan niat untuk bertikam dengan
Hang Jebat.
- rakyat memohon bendahara atau pembesar lain menjadi orang
tengah menyelesaikan pertikaian Hang Tuah dan Hang Jebat
- mencadangkan kepada Hang Tuah dan Hang Jebat melakukan kerjakerja kebajikan untuk rakyat daripada bersengketa.
- Hang Jebat lari dari Melaka dan membina kehidupan baru.
[Pilih mana-mana tiga jawapan]

1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m

Soalan 2(d) Petikan Puisi


(i)

maksud rangkai kata:


- Ilmu / pengetahuan sangat berguna / berharga / tidak boleh dijual
beli

2m
1m

- pelajaran yang berharga


1m
(ii)

cara mendapat i1mu:


- melalui pembacaan bahan ilmiah
1m
- melayari internet / laman web
1m
- menumpukan perhatian ketika guru mengajar

1m
1m
1m
1m
1m
1m

1m
- melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS
1m
- melalui perbincangan ilmu / menghadiri majlis-majlis ilmu
1m
- menonton / mendengar visual yang berkaitan ilmu
1m
(pilih mana-mana tiga jawapan)
(iii)

dua pengajaran:
- kita hendaklah berusaha, mencari ilmu kerana ilmu berkekalan,
sepanjang hayat
1m
- Ilmu itu tinggi nilainya dan boleh diamalkan walau di mana-mana
sahaja
1m
- kita hendaklah menjadi orang yang berilmu kerana, ilmu dapat
1m
membezakan imej seseorang.
- Jika kita berilmu, ilmu dapat menjadi pedoman. hidup di dunia dan
1m
di akhirat.
1m
- Ilmu sangat luas dan carilah / tuntutlah sebanyak yang mungkin.
1m
1m
1m
- Menuntut ilmu tiada sempadannya, dan tuntutlah sepanjang hayat.
1m
[Pilih mana-mana tiga jawapan]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 3a
.(i)
licin-licau
- licin sekali
- Contoh : Amin makan nasi sehingga pinggan itu licin-licau.

Keadaan jalan raya itu menjadi licin-licau apabila hujan mulai turun.

(ii) sedu-sedan
- suara yang terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama
menangis)
Contoh:
Kami masih terdengar sedu-sedan kanak-kanak yang malang itu hingga
larut malam.
(iii) lambat-laun
- lama-kelamaan, akhir-akhirnya.
Contoh:
Mahani berdoa agar lambat-laun sikap panas baran suaminya akan
kendur setelah mereka memperoleh cahaya mata pertama.
(iv) simpang-siur
- terlalu banyak dan silang menyilang (jalan raya, kawat telefon)
- terlalu banyak liku-likunya ( jalan ), berliku-liku.
- terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana, berliku-liku,
libat-melibat, sangkut-menyangkut,)
- bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir
mudik.
Contoh:
-Jalan yang simpang-siur di ibu kota itu memeningkan kepala saya.
-Laluan menuju ke Tanah Tinggi Cameron simpang-siur bagi para
pemandu yang jarang melalui jalan itu.
-Perahu-perahu tambang kelihatan simpang-siur di pangkalan itu.
(v)

semak-samun
- berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil.
Contoh:
Kami terpaksa menebas semak-samun di laluan tersebut sebelum sampai
ke pondok buruk itu.

(vi)

lintang-pukang
- tidak menentu arahnya(orang berlari),bergerak bertempiaran,
tunggang-langgang.
Contoh:
Semua penagih dadah di dalam pondok itu lari lintang-pukang apabila
diserbu oleh sepasukan polis.
Nota: Potong markah bagi setiap kesalahan ejaan dalam setiap ayat.
Soalan 3b
(i)
Ayat suruhan
(ii)
Ayat silaan
(iii)
Ayat permintaan
(iv)
Ayat larangan
(v)
Ayat suruhan
(vi)
Ayat larangan

Soalan 3c
(i)
bermufakat - bermuafakat
berkerjasama - bekerjasama

(ii)

jangkapanjang - jangka panjang


menularkan - menulari

(iii)

stesyen - stesen
dikemuka - dikemukakan

Soalan 3d
(i) alih - kesempatan / peluang
di dinding - pada dinding
(ii)

aktiviti - kes / masalah


pihak kerajaan lakukan - dilakukan oleh pihak kerajaan

(iii)

perangai - laku
Syarikat Nippon Elektonik - Syarikat Elektonik Nippon

Soalan 3e
(i)
katak di bawah tempurung
orang yang teramat cetek/ tidak luas pengetahuannya
Contoh ayat :
Anak Pak Samad sanggup menimba ilmu walau di mana-mana tempat
supaya dia tidak
dianggap katak bawah tempurung.
(ii)

menatang minyak penuh


seseorang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Contoh ayat :
Orang kaya di kampung itu menjaga anak perempuannya seperti
menatang minyak yang penuh kerana itulah satu-satu anaknya.

(iii)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia
dilepaskan
Contoh ayat :
Ramli dinasihati supaya berfikir semasak-masak sebelum menerima
jawatan baru itu
agar tidak menyesal, seperti kata pepatah mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan.

Soalan 4 a
JULIA
i.

ii.

Peristiwa Julia dihantar belajar ke Hidayah Islamic College,Perth


Australia oleh kedua ibu bapanya.
-Julia membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ibu dan
bapanya belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia
demi menjaga maruah diri dan keluarga
Peristiwa Jun datang menziarahi tanah perkuburan ibu bapa.
Julia,berpakaian Melayu dan melamarnya setelah memaklumkan
dirinya sudah Islam

-Julia menjaga batas-batas perhubungan dengan Jun demi


mempertahankan maruah diri dan agama.
ii.
Peristiwa Julia dipelawa oleh Rashid untuk bersiar-siar
bersama-samanya.
-Julia menolak ajakan Rashid untuk berfoya-foya sekembalinya dari
Hidayah Islamic
College demi mempertahankan maruah diri
iii.

Peristiwa Julia bertengkar dengan Syed Mustafa tentang butik


milik keluarganya.
-Julia tidak mengikut kemahuan Syed Mustafa yang meminta. Julia
menyerahkan butik
milik keluarganya demi mempertahankan maruah keluarga
iv.

Peristiwa Julia mengambil alih urusan syarikat BMPRO Holding


milik keluarganya walaupun usianya masih muda.
-Julia sanggup menerajui syarikat peninggalan arwah ayahnya demi
mempertahankan maruah keluarganya.

v.

Peristiwa Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk


menyiasat penyelewengan
-Julia sanggup menyiasat sendiri masalah yang berlaku dalam
BMPRO Transport demi mempertahankan maruah diri syarikat.

(Terima mana - mana 2 jawapan di atas)


PERLUMBAAN KEDUA
i.
Peristiwa Sang Kancil mencabar Sang Arnab agar berlurnba dengan
Tuk Kura
-Sang Arnab sanggup menyahut cabaran Sang Kancil untuk
menyertai Perlumbaan Kedua demi mempertahankan maruah diri
dan keturunan.
ii.
Peristiwa Sang Kancil memujuk Tuk Kura untuk berlumba
-Tuk Kura sanggup berlumba dengan Sang Arnab demi
mempertahankan maruah keturunannya.
iii.
Peristiwa suku sakat Tuk Kura meninggalkan latihan
-Tuk Kura sanggup berlatih bersendirian untuk perlumbaan kedua
walaupun suku sakatnya tidak mahu. bekerjasama demi
mempertahankan maruah diri
iv.
Peristiwa Tuk Kura hadir tepat masanya pada hari pertandingan.
-Tuk Kura menepati janji dan muncul pada hari perlumbaan derni
mempertahankan maruah diri
Terima mana-mana 2 jawapan di atas
Bahasa maksima 3 markah
4b
JULIA
i.

Bekerjasama dalam perniagaan


Julia dan Jun bekerjasama dalam perniagaan menerusi usaha
sama syarikat Cinta Sejati Travel milik Jun dan Syarikat BMPRO
Travel & Pro milik Julia/ Bekerjasama menjayakan program
Homestay

ii.

Bekerjasama menyelesaikan masalah dalaman


syarikat Julia mendapat kerjasama En Hashim untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Syarikat BMPRO
Holding

iii.

Bekerjasama dalam pelajaran


Julia mendapat kerjasama daripada rakan-rakan senior semasa
belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia.

iv.

Bekerjasama dalam pengurusan syarikat


Dato' Bakar mendapat kerjasama, dalam bentuk khidmat nasihat
daripada Tan Sri Yahaya

Perlumbaan kedua
(i)

Bekerjasama menghimpunkan warga rimba


Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai
menghimpunkan semua binatang warga rimba untuk menjadi
saksi pertemuan antara Sang Amab dan Tuk Kura mahu Sang
Arnab menyebut sendiri syarat-syarat perlumbaan.

(ii)

Bekerjasama menjemput suku sakat


Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai bagi
menjemput suku sakat Tuk Kura berbincang bersama-sama
mengenai perlumbaan kedua.

(iii)

Bekerjasama antara warga rimba menjayakan perlumbaan


Semua binatang warga rimba berhimpun dan memainkan
peranan/ jalankan tugasan masing-masing semasa perlumbaan
agar dapat berjalan lancar

(iv)

Bekerjasama menjalani latihan


Suku sakat Tuk Kura bekerjasama menjalani latihan secara
intensif pada peringkat awal setelah bersetuju untuk berlumba.
Terima mana-mana 3x 2 =6 markah
Bahasa = 2 markah

Anda mungkin juga menyukai