Anda di halaman 1dari 8

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan

di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja sebagai pengguna dan cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dewasa ini, isu kepenggunaan dalam kalangan remaja menjadi perhatian masyarakat lantaran peningkatan taraf hidup. Tanpa kita sedari, pengguna remaja lebih banyak menjadi mangsa penipuan berbanding dengan pengguna lain. Hal ini terjadi kerana remaja sendiri kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Isu remaja dan pengguna berlaku sepanjang masa, namun yang menjadi persoalannya ialah tidak banyak remaja yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Oleh itu, setiap remaja perlu peka akan peranan mereka sebagai pengguna yang bijak. Mereka perlu melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan kerana melalui cara ini mereka akan memahami definisi, hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat tentang semua perkara berkaitan isu kepenggunaan. Antaranya ialah menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing. Selain itu, remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat. Remaja tidak seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri semata-mata. Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman sosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja boleh menggunakan perkhidmatan laman sosial ini sebagai wadah komunikasi untuk menubuhkan kelab pengguna. Pada masa yang sama, remaja juga boleh mengetahui sebarang produk dan perkhidmatan daripada pelbagai sumber. Hal ini amat penting kerana tanpa disedari, remaja sering menjadi mangsa apabila jurujual menggunakan permainan psikologi. Justeru, remaja bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal kepenggunaan. Selain memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, remaja juga harus mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan. Isu ini boleh dicari dengan mudah melalui media cetak dan elektronik. Antara isu yang mendapat perhatian media ialah isu pengguna remaja yang menjadi mangsa produk tiruan. Hal ini berlaku kerana faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang. Sebagai pengguna, remaja juga bertanggungjawab untuk melakukan kajian terhadap isuisu tertentu kerana hal ini akan membuka minda remaja untuk berfikir dengan lebih luas sebagai pengguna. Dalam pelbagai hal kepenggunaan, remaja sebagai pengguna seharusnya berfikir dahulu dan merancang sebelum berbelanja bagi mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarang isu yang dapat membantu remaja menjadi pengguna yang bijak haruslah dikaji, diselidik, dan difahami oleh remaja sendiri. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanggungjawab Remaja Sebagai Pengguna oleh Asrul Ilham Sany, Dewan Siswa, April 2011)

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata produk tiruan. Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan? Sebagai pengguna, apakah tindakan anda apabila menyedari bahawa anda setelah membeli sesuatu barangan? Berikan tiga tindakan anda. [2 markah] [3 markah] telah tertipu

[4 markah] Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Misalkan saja saudara minat memancing atau menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus menjadi nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga panggung? Begitulah juga saya yang minat menjadi hero. Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon. Kenyataan saudara itu memeningkan saya. Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk saudara memahami kata-kata saya itu. Bagaimana? Saudara berhentilah memuji saya. Sau saudara pujilah diri saudara sendiri, sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung. Si penjaga panggung melongo, terkelip-kelip matanya menatap renungan si hero yang tidak terdaya ditafsirkannya lagi. Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak. Hindarilah diri saudara daripada menjadi lalat dan gagak, saudara. Si penjaga panggung terus melongo.

(Dipetik daripada cerpen Idola oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka)
2

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) (i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan nasihat-nasihat yang diberikan oleh hero kepada penjaga panggung? [2 markah]

(ii)

Andaikan anda penjaga panggung, apakah reaksi anda terhadap nasihat-nasihat yang disampaikan oleh hero kepada anda? [3 markah] Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah tinggal beberapa lama di dalam negeri itu, padi orang di situ habis dimakan kerbau,demikian juga pisang orang di situ. Kata segala orang dalam negeri itu, binatang apa dibawa ke negeri ini; habislah tanam-tanaman kami binasa dimakan oleh binatang itu. Kalau demikian janganlah tuan-tuan duduk bersama-sama dengan kami. Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka Merah Silu berkata kepada mereka, hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain! Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini? Merah Silu berkata, Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat. Kata Megat Iskandar, jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan. Sambut Merah Silu, Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba. Merah Silu pun bermohon pada Megats Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ (Dipetik daripada Merah Silu dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Berikan maksud hendak minta tempat duduk. [2 markah]

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Merah Silu mengatakan bahawa Megat Iskandar akan menjadi bapanya. [3 markah] Pada pandangan anda, apakah yang akan terjadi sekiranya Merah Silu enggan berpindah? [3 markah]

(iii)

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) Soalan 2(d) Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DIRGAHAYU BAHASAKU Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. Ahmad Sarju dalam antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) (i) Berikan maksud Tempatmu di singgahsana. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita? [3 markah] Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

(iii)

Soalan 3:Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) aliran (ii) pengalir (iii) mengalir (iv) arahan (v) pengarah (vi) mengarah [6 markah] (b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bungkusan hadiah itu untuk Sarimah. Budak itu menjerit kesukaan. Rumah itu sangat luas dan cantik halamannya. Cikgu Sukri guru kelas saya. Keluarga Cikgu Zurina akan menetap di kampung. Bangunan itu sudah usang. [6 markah]

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) (c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menulis ayat itu semula. (i) Gadis manis yang berpakai baju berwarna merah dan berambut keringting itu berasal dari pedalaman Sabah. Dukun itu membaca beberapa mentera kepada pesakitnya sebelum mencerita punca sebenar penyakit tersebut.

(ii)

(iii) Satay merupakan makanan yang semakin popular di negara ini berbandingkan dengan makanan tradisional yang lain. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Semua pelajar perlu sedar yang setiap kejayaan akan diperoleh jika ada kemahuan, kesungguhan, dan tidak mengenal putus harap. Kertas rujukan untuk kelas sains itu telah disiapkan oleh saya pada pagi tadi.

(ii)

(iii) Berdasarkan pada laporan guru disiplin, kebanyakan aktiviti keluar sekolah disebabkan pengaruh rakan sebaya. [6 markah]

(e)

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut Semenjak membeli motosikal yang baharu, Zaman membiarkan sahaja motosikal lamanya di bawah rumah. Motosikal itu dibiarkan kotor dan kempis tayarnya. Mak Senah telah menegur sikap Zaman yang membiarkan saja motosikal yang masih boleh digunakan itu. Zaman tetap membiarkan motosikal lamanya kerana dia berasa seronok menunggang motosikal baharunya.

(i)

(ii) Cikgu Zarul berasa puas kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah. Bertahun-tahun lamanya dia melanjutkan pelajaran. Kalau dulu dia hanya lulusan maktab, kini dia berkelulusan universiti. Dia berasa puas kerana titik peluhnya selama ini telah menyebabkan kehidupannya lebih selesa sekarang.

KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) (iii) Beberapa bulan selepas Haji Tamrin meninggal dunia, kehidupan tiga orang anak mereka mula berubah. Masing-masing telah membeli kereta baharu. Haji Tamrin telah banyak meninggalkan harta pusaka kepada anak-anaknya itu. Oleh sebab itulah ketiga-tiga orang anak lelakinya telah mewarisi harta yang banyak daripada ayah mereka. [6 markah]

Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) PAPA (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Renyah karya Gunawan Mahmood Interlok karya Abdullah Hussain Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid

(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


8

Anda mungkin juga menyukai