Anda di halaman 1dari 5

MPU 1213/2213/3213 Page 1 of 5

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN


MASA: 2 jam

Arahan am: Kertas soalan ini mempunyai empat soalan. Jawab semua soalan.

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti.kemudian buat satu rumusan tentang inisiatif untuk
merangsang mutu sukan negara dan kekangan untuk melaksanakannya.Panjangnya rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada kejohanan Piala Asia
(AFC) serta tumbangnya pasukan hoki dalam kejohanan Hoki Dunia baru-baru ini,seolah-olah
mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum.Itu belum lagi mengambil kira
prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki,olahraga,renang,dan sebagainya.Kemerosotan
pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di
nagara ini.
Apakah punca permasalahan ini?Dalam hal ini,perkara utama yang perlu di beri perhatian
adalah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan.Bukan
lagi rahsia,kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit
politik.Malangnya,para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini,sering menjadikan
persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik
mereka.Keghairahan memenuhi agenda peribadi menyebabkan program pembangunan sukan dan
atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka.Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan
memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita.
Di samping itu , program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas
baru dalam usaha melahirkan atlet yand berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara
pada peringkat antarabangsa.Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan
peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di
negara ini seperti penubuhan Majlis sukan Negara (MSN) dan Institusi Sukan Negara
(ISN).Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti
kewangan,kejurulatihan,pemakanan,psikologi,dan sebagainya.Selain itu,para atlet negara juga
jarang didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara konsisten.Penyertaan secara
berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di
dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.Kekurangan kepakaran teknikal dan kejurulatihan
juga tidak boleh dipandang remeh.Usah terlalu berkira untuk menghantar tenaga tempatan
menimba ilmu di luar negara demi kebaikan sukan negara.
Motivasi dalaman dan keyakinan atlet juga memerlukan modul khas sebagai rutin harian
latihan mereka.Gelaran jaguh kampung dan kerapuhan atlet kita berdepan dengan tekanan dalam
pertandingan sering menyebebkan mereka kecundang lantas meletakkan mutu sukan kita
terumbang-ambing di persada antarabangsa.
Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan
kerana sedikit sebanyak ia berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa .Sejajar
dengan usia kemerdekaan negara seharusnya turut mematangkan pencapaian kita dalam bidang
sukan.

_____________________________________________________________________________
Asia Pacific University of Technology & Innovation 2210
MPU 1213/2213/3213 Page 2 of 5

perhatian adalah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah


persatuan sukan.Bukan lagi rahsia,kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin
oleh elit politik.Malangnya,para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini,sering
menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan
agenda politik mer

Soalan 2 (20 markah)

Soalan 2 a. (10 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Aku pernah mendakap mama erat lantas mengucup tangan sejuk mama
apabila kata-kata itu menghanyutkan aku ke alam keharuan. Rasanya aku ingin
sentiasa dalam pelukan keibuan mama yang tersangat kurasakan darjah
perlindungannya. Siapakah aku tanpa mama? Di manakah aku tanpa mama?
Bagaimanakah aku tanpa mama?
“Kita harus buktikan kepada semua orang yang kita boleh survive tanpa
lelaki dalam hidup. Ma bukan hendak mempengaruhi Zel agar menafikan
kewujudan lelaki dalam hidup Zel. Buktinya mama tak pernah larang Zel daripada
berjumpa dengan abah. Tetapi dalam keadaan yang menghimpit dan kita terasa
dihimpit oleh peristiwa yang berlaku, kita wajar bersikap optismitik: Kita mesti
kuat demi untuk terus hidup, untuk terus berjaya. Ma hampir dapat buktikan yang
ma dapat teruskan hidup, dapat mencipta kejayaan, dapat didik Zel hampir dapat
melanjutkan pelajaran ke U.K. Ma bangga dengan kejayaan kita. Ma bangga
dengan Zel, sayang”.

(Dipetik daripada cerpen “Virus Zel untuk Abah”


karya Mawar Shafei dalam Puyan Jelepek terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.)

(i) Jelaskan harapan yang diletakkan oleh Mama terhadap dirinya dan juga Zel.
[4 markah]

(ii) Mama seorang wanita yang gigih. Buktikan kenyataan ini.


[4 markah]

(iii) Bincangkan persoalan yang terpapar melalui petikan cerpen ini dengan memberikan
contoh yang sesuai.
[2 markah]

_____________________________________________________________________________
Asia Pacific University of Technology & Innovation 2210
MPU 1213/2213/3213 Page 3 of 5

Soalan 2 b. ( 10 markah)

Baca sajak di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

TUKANG GUNTING

Pada batang bongkok Sementara pelanggan tiba


semarak api tua ini ia duduk di hadapan cermin
ia tambatkan perahu menyikat remajanya
hidup dan merapikan tuanya
di tebing lalu-lalang dengan sisir rongak
di lumpur sungai
manusia. Pada batang bongkok
semarak api tua ini
Dengan sebilah gunting ia tambatkan masa depan
sebuah cermin sompek empat orang anak
sebuah sisir rongak serta isteri setianya.
dan bangku kaki tiga
ia ukir nafkah T. ALIAS TALIB
keluarganya.

Seperti semarak api


begitulah bersemarak
hatinya
seperti bunga semarak
api
gugur di tanah
begitulah berbunga
denyutnya
terkumpul di darah.

(i) Apakah yang dilakukan oleh Tukang Gunting pada waktu lapangnya?
[4 markah]

(ii) Tukang Gunting jelas hidup dalam kedaifan. Berikan bukti-buktinya.


[3 markah]

(iii) Jelaskan latar tempat yang terpapar melalui sajak di atas.

_____________________________________________________________________________
Asia Pacific University of Technology & Innovation 2210
MPU 1213/2213/3213 Page 4 of 5

[3 markah]

Soalan 3 (20 markah)

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif (10 markah).

i. Pihak kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia makan ulam-ulam untuk menjaga kesihatan.

ii. Aku terbayang wajahnya beberapa kali.

iii. Kejayaan siswa-siswa Asia Pasific Universiti telah mengharumkan imej Negara kita.

iv. Kita perlu menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa itu menjadi bahasa komunikasi pada
peringkat antarabangsa

v. Pelukis itu mengadakan pameran lukisan solonya di Gelanggang Seni Budaya Seremban
selama tiga minggu.

(b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula (10 markah).

i. Penggunaan peralatan electron dan radar memudahkan ikan nelayan kesan terutama di laut
dalam.

ii. Pengusaha industri kraf tangan menghadapi masalah kekurangan sumber bahan mentah
supaya menghasilkan produktiviti mereka .

iii. Asap dari kenderaan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan manusia terdedah
kepada penyakit bronchitis dan barah paru-paru.

iv. Perbuatan membawa masuk pendatang asing tidak izin oleh rakyat Malaysia dikategorikan
sebagai kegiatan subjektif menjual negara yang paling hina.

v. Kita tidak wajar menunjuk jari kepada sesuatu pihak apabila gejala sosial dalam kalangan
remaja semakin meningkat sebaliknya menangani isu sini secara bersepadu.

_____________________________________________________________________________
Asia Pacific University of Technology & Innovation 2210
MPU 1213/2213/3213 Page 5 of 5

Soalan 4 (30 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
kurang 250 patah perkataan.

1. Kolej anda telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi.
Anda selaku setiausaha projek diminta menyediakan sebuah laporan lengkap
berkaitan program tersebut.

2. Kebelakangan ini,gejala sosial yang melanda masyarakat membimbangkan kesemua


pihak yang berkenaan. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

3. Jumlah penghuni di rumah orang tua-tua semakin meningkat malah semakin banyak
warga tua merempat atau mengemis di kaki lima. Huraikan peranan anak-anak untuk
mengelakkan pengabaian ibu bapa.

………Selamat Berjaya……….

_____________________________________________________________________________
Asia Pacific University of Technology & Innovation 2210

Anda mungkin juga menyukai