Anda di halaman 1dari 12

NOTA BIMASAKTI MENARI

SINOPSIS
Novel Bimasakti Menari bermula dengan kisah Nurul Hafsa yang
memulakan hari pertama dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Pada permulaan tugasnya, dia
telah menerima kunjungan sekumpulan pengunjung yang dianggotai oleh
15 orang murid dan tiga orang pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima, Jepun yang ingin melihat bintang-bintang di
Kuala Selangor. Malangnya, hasrat murid-murid tersebut untuk melihat
bintang-bintang yang dicartakan dalam peta langit tidak tercapai akibat
langit terlalu cerah pada malam tersebut. Mereka juga tidak dapat melihat
kelip-kelip. Gelagat Nurul Hafsa melayan murid-murid sekolah itu telah
diperhatikan oleh Muhammad Taufik, iaitu anak salah seorang individu
terkaya di Asia Tenggara yang juga mempunyai sifat cinta akan alam
sekitar yang tinggi.
Nurul Hafsa cuba melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan
memastikan dakwaan salah seorang peserta rombongan itu, iaitu
tentang kelip-kelip di Kampung Kuantan. Hasrat tersebut juga
tercapai. Dia hanya dapat melihat beberapa ekor kelip-kelip
mengeluarkan cahaya yang tidak begitu terang dan kerlipan
dihasilkan tidak kekal sepanjang masa kelip-kelip itu terbang.

untuk
Utada
tidak
yang
yang

Kegagalan ini telah membuatkan Nurul Hafsa berusaha untuk


menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
Rasionalnya projek tersebut adalah untuk mengembalikan populasi kelipkelip ke Kuala Selangor dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor
sebagai sebuah pusat kajian falak yang terkenal di peringkat
antarabangsa. Penggunaan lampu-lampu yang amat terang cahayanya
akan digantikan dengan lampu-lampu yang menggunakan gelombang
yang amat rendah. Dengan ini, pantulan cahaya ke langit akan berkurang.
Hasrat Nurul Hafsa telah mendapat sokongan daripada Muhammad Taufik
yang turut ingin menjayakan projek Kawasan Langit Gelap di Kuala
Selangor tersebut.

NOTA BIMASAKTI MENARI

Dengan menggunakan pengaruh ayah Muhammad Taufik, iaitu Tan


Sri Muhaimin, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah berjaya membuat
pembentangan projek mereka kepada Pegawai Daerah, iaitu Dato Hj.
Mustofa al-Hamidi. Walau bagaimanapun, projek Kawasan Simpan Langit
Gelap tersebut mendapat tentangan daripadda musuh perniagaan ayah
Muhammad Taufik, iaitu Dato Johann Arlington-Majid. Permusuhan antara
Dato Johann dengan Tan Sri Muhaimin bukan sahaja dalam perniagaan
tetapi juga berbentuk permusuhan peribadi yang berpunca daripada bekas
isteri Tan Sri Muhaimin, iaitu Marion Wickham atau nama Islamnya,
Maryam yang berbangsa Kaukasia memilih Tan Sri Muhaimin sebagai
pasangan hidupnya.
Menteri Besar yang bersetuju dengan projek yang dibentangkan
oleh Nurul Hafsa telah memanggil satu majlis terbuka di Bangunan SUK,
Shah Alam untuk mendengar pembentangan tentang Projek Kawasan
Simpan Langit Gelap daripada Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Pada
hari tersebut, Dato Johann Arlington-Majid turut hadir. Beliau telah
mengemukakan pelbagai soalan dengan tujuan untuk mempengaruhi
Menteri Besar agar membatalkan projek tersebut. Walau bagaimanapun,
semua soalan yang dikemukakan oleh Dato Johann Arlington-Majid dapat
dijawab dengan tuntasnya oleh Nurul Hafsa.
Lantaran Projek Kawasan Langit Gelap ingin diwartakan, satu tender
pembekalan lampu akan dikeluarkan. Dato Johann bertambah marah
kerana lampu itu tidak dapat dibekalkan oleh syarikat beliau. Lantaran itu,
Dato Johann merancang untuk membuat gangguan terhadap Muhammad
Taufik dan Nurul Hafsa agar dapat mempengaruhi Menteri Besar untuk
membatalkan projek tersebut.
Pada mulanya, Muhammad Taufik telah diserang dan dipukul ketika
dia balik dari masjid. Mujurlah, Budiman dan Nurul Hafsa datang dan
menyelamatkannya. Selepas menjalani rawatan di hospital, Muhammad
Taufik telah diminta supaya mengikut ibunya balik ke Otago, New Zealand.
Sewaktu
Muhammad
Taufik
bersiap-siap untuk keluar dari hospitak dan terus ke lapangan terbang
untuk ke Otago, Muhammad Taufik telah menerima jambangan bunga.
Secebis kertas terjatuh daripada jambangan bunga tersebut. Tertulis katakata yang mahu dia menunggu seorang diri di PETRONAS pada hari
Jumaat, pukul 8.30 pagi. Paling membimbangkan Muhammad Taufik
adalah apabila dia melihat kerongsang mutiara milik Nurul Hafsa yang
tersemat pada selendang yang menjadi pembungkus jambangan bunga

NOTA BIMASAKTI MENARI

itu. Lantaran itu, sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang,


Muhammad Taufik telah meminta pemandu ayahnya agar berhenti di
PETRONAS di hadapan hospital atas alasan hendak ke tandas. Muhammad
Taufik mengambil kesempatan itu untuk pergi ke van putih yang telah
sedia menunggunya. Muhammad Taufik telah ditarik ke dalam van dan
dilarikan ke suatu tempat. Muhammad Taufik dapat merasakan bahawa
Nurul Hafsa turut berada di situ yang dicam melalui suaranya. Nurul Hafsa
telah diculik terlebih dahulu, iaitu sewaktu dia balik dari mencerap kelipkelip bersama abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah dipergunakan oleh
penjahat-penjahat itu untuk mendapatkan Muhammad Taufik.

Kumpulan penjenayah itu telah melepaskan Nurul Hafsa dengan


menolaknya keluar dari kenderaan yang membawanya di kawasan estet.
Nurul Hafsa yang dibantu oleh seorang pemandu ban sekolah pergi ke
balai polis untuk membuat laporan. Berita penculikan Muhammad Taufik
telah menjadi berita hangat. Pihak polis juga telah mengatur siasatan dan
mengadakan sekatan jalan raya dalam usaha menjejaki kumpulan
penjenayah tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah dapat
mengesan sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Sepasukan Pasukan Gerak Khas telah
dikerahkan ke sana. Akhirnya, penjenayah-penjenayah itu telah dapat
diberkas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
Selepas peristiwa hitam tersebut, hubungan antara Muhammad
Taufik dengan Nurul Hafsa semakin rapat. Mereka sering berhubung
melalui telefon dan bercerita tentang peristiwa yang menimpa mereka.
Selepas peristiwa itu juga, ibu dan ayah Muhammad Taufik telah bernikah
semula. Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di masjid. Sewaktu
mengemas dulang-dulang yang digunakan dalam majlis itu, Muhammad
Taufik telah menzahirkan hasratnya untuk meminang Nurul Hafsa. Nurul
Hafsa yang berasa malu terus beredar tetapi Muhammad Taufik telah
menghantar mesej yang menyatakan bahawa mereka berdua ialah dua
ekor kelip-kelip terakhir di dunia.

TEMA
Tema novel ini Bimasakti Menari ialah cinta akan alam sekitar. Sikap
cinta akan alam sekitar ini telah ditunjukkan oleh dua orang aktivis alam
sekitar, iaitu Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Muhammad Taufik

NOTA BIMASAKTI MENARI

sedang berusaha untuk menyelamatkan kawasan kelip-kelip dan membina


rumah yang mengambil pendekatan mesra alam. Nurul Hafsa pula
berusaha untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap untuk memastikan bintang-bintang boleh dicerap di
Kuala Selangor dan kelip-kelip dapat dilihat di Kampung Kuantan. Hasrat
kedua-dua orang aktivis ini mendapat tentangan tetapi mereka tidak
mengalah dengan cabaran yang dihadapi itu.

PERSOALAN
Sikap tidak bertolak ansur antara suami dengan isteri akan
menyebabkan berlakunya penceraian.
Tan Sri Muhaimin terpaksa menerima kenyataan bahawa Maryam
ialah seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan
tidak boleh diikat.
Penceraian antara suami dengan isteri menyebabkan anak-anak
menjadi mangsa kerana kehilangan kasih-sayang.
Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan peranan untuk
mendidik dan membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan
Maryam meneruskan impiannya untuk menyelamatkan dunia.
Sikap tamak dan dendam mengakibatkan seseorang itu terjebak
dalam perbuatan jenayah.
Sikap tamak dan dendam Dato Johann Arlington-Majid terhadap Tan
Sri Muhaimin menyebabkan beliau sanggup mengupah penjenayah
untuk menculik dan mencederakan Muhammad Taufik.
Sikap penjawat awam yang bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Sebagai pegawai di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Nurul Hafsa
telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan
kawasan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap
demi kepentingan pencerapan bintang malam dan kelip-kelip.
Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuan.
Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika

NOTA BIMASAKTI MENARI

Seorang yang cinta akan alam sekitar.


Contohnya, dia berpendapat bahawa pembangunan yang tidak dirancanng
dengan teliti di Kuala Selangor akan membawa kesan yang buruk terhadap
alam sekitar.
Seorang yang bijak dan berilmu.
Contohnya, dia dapat mematahkan hujah Dato Johann Arlington-Majid sewaktu
pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Seorang yang tabah.

Contohnya,dia begitu tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan untuk


melaksanakan cita-citanya, iaitu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap.

bertemu dengan Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran kelipkelip di Kampung Kuantan.

WATAK & PERWATAKAN

NOTA BIMASAKTI MENARI

Seorang yang cinta akan alam sekitar.


Muhammad Taufik mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalam, iaitu pembinaan
rumah yang berkonsepkan kediaman mesra alam.
Seorang yang bersikap prihatin.
Muhammad Taufik sanggup menemui penjenayah dengan tujuan untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh mereka.
Seorang yang komited dalam melakukan sesuatu.

Muhammad Taufik telah membina sebuah rumah prototaip Ikhtiar Teknoalam


walaupun memerlukan modal yang besar untuk menyelamatkan alam sekitar.

NOTA BIMASAKTI MENARI

Seorang pendendam.
Dato Johann Arlington-Majid masih berdendam dengan Tan Sri Muhaimin
kerana Maryam Wickham menerima Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan
hidupnya, bukan dirinya.
Seorang yang berhati jahat.

Dato Johann Arlington-Majid sanggup mengupah orang untuk menculik


Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.

NOTA BIMASAKTI MENARI

LATAR
LATAR TEMPAT

Balai Cerap Sultan Salahuddin.


Tempat Nurul Hafsa bekerja selepas pulang dari luar negara.
Kampung Kuantan.
Tempat Muhammad Taufik memberitahu Nurul Hafsa bahawa
populasi
kelip-kelip telah berkurang.
Hospital Besar Tanjung Karang.
Tempat Muhammad Taufik telah dibawa untuk mendapatkan
rawatan setelah diserang oleh sekumpulan penjenayah.

LATAR MASA

Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin.


Peristiwa Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi
kumpulan pengunjung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga
orang pengiring yang ingin mencerap bintang-bintang di langit.
Waktu malam.
Peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji Yassir pergi ke
Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
Pukul 11:30 malam.
Peristiwa Nurul Hafsa dan Budiman selesai memberikan keterangan
kepada Ketua Inspektor Lim di Hospital Besar Tanjung Karang
berkaitan dengan serangan terhadap Muhammad Taufik.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang mementingkan kerjaya sehingga sanggup


mengambil tindakan yang radikal.
Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang mementingkan perniagaan

NOTA BIMASAKTI MENARI

dan Maryam Wickham yang mementingkan aktiviti mencintai


alam sekitar sanggup bercerai apabila masing-masing tidak
dapat bertolak ansur.
Masyarakat yang terpelajar.
Contohnya, Nurul Hafsa belajar sehingga ke Jordan dalam bidang
Fizik dan ilmu Falak dan bekerja di Balai Cerap Sultan
Salahuddin.
Masyarakat yang berkahwin campur.
Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang berketurunan Jawa telah
berkahwin dengan Maryam Wickham yang berketurunan
Kaukasia.

TEKNIK PLOT
Teknik pemerian.
(a) Pengarang memerihalkan kenderaan hibrid yang menjadi idaman
Nurul
Hafsa. Contohnya,
Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk
menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol
dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap
minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan
tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta.
Bentuk kereta aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan
hasilnya ialah penjimatan tenaga. (hlm. 28)
(b) Pengarang memerihalkan suasana di kawasan lelaki kelip-kelip
yang
hendak ditemui oleh Nurul Hafsa bersama-sama dengan
abangnya,
Budiman. Contohnya,
Tidak sampai pun 10 minit, kereta kompak buatan tempatan yang
dipandu abangnya tiba di satu kawasan berpagar yang mengelilingi
tanah yang luas dan diisi dengan taman kehijauan. Budiman
terpaksa bercakap dengan pengawal di pondok keselamatan
sebelum pagar dibuka. (hlm. 49)
Teknik dialog.
(a) Perbualan antara Muhammad Taufik dengan ibunya, Maryam
Wickham

NOTA BIMASAKTI MENARI

10

tentang tempat ibunya menginap ketika mereka bertemu di Balai


Cerap
Sultan Salahuddin. Contohnya,
Di mana ibu menginap malam ini?
Di rumah tumpangan De Palma. (hlm. 16)
(b) Dialog antara Muhammad Taufik dengan Nurul Hafsa ketika Nurul
Hafsa
melihat rumah teknoalam yang sedang diusahakan oleh
Muhammad
Taufik. Contohnya,
Awak mampu mengubah keadaan dengan satu cara yang
begitu
komersial.
Saya cuba yang terbaik.
Berapa kosnya?
Sama dengan kos membeli sebuah rumah teres di ibu
kota.
(hlm. 60-61)

NILAI
| Nilai cinta akan alam sekitar.
Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk
membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk memastikan
habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi
pencerapan bintang.
| Nilai setia kawan.
Contohnya, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat
di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata
untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah
diculik.
| Nilai tanggungjawab.
Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak tunggalnya

NOTA BIMASAKTI MENARI

11

dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun dia


seorang bapa tunggal.
| Nilai kasih sayang.
Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya, iaitu
Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan
memasakkan makanan untuk anaknya itu.
| Nilai ketabahan.
Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi
ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk mengembalikan
kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan
menjaga habitat kelip-kelip

PENGAJARAN

Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita


dan makhluk lain tidak terancam.
Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk
menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi
memastikan khazanah alam seperti kelip-kelip dan pencerapan
bintang terus dinikmati.

NOTA BIMASAKTI MENARI

12

Kita mestilah mempunyai sikap setia kawan supaya tidak


berlakunya pengkhianatan dalam menjalin hubungan
persahabatan.
Contohnya, Muhammad Taufik sanggup bertemu dengan
penjenayah semata-mata tidak mahu keselamatan Nurul Hafsa
yang telah diculik terancam.
Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang terhadap anak-anak
supaya mereka dapat membesar dengan sempurna.
Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anaknya,
Muhammad Taufik dengan baik serta memenuhi segala
keperluan anak.
Kita mestilah taat akan ajaran agam supaya hidup kita diberkati.

Contohnya, Muhammad Taufik yang taat pada ajaran agama


dengan mendirikan solat telah menjadikan hidupnya diberkati
seperti berjaya dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai