Anda di halaman 1dari 8

SET 1

Soalan 1 :Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan kesan-kesannya
kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dari
segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh kerajaan bagi
meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini. Nampaknya, usaha
mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan kesihatan telah berjaya
meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan di negara ini. Dengan kewujudan
banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan
negara-negara lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini.
Malaysia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri
pelancongan kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk
ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing.
Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap
perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa pihak
swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian
Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar sebagai satu usaha untuk
mengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.. Pelbagai langkah dilakukan untuk
mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan, antaranya, menyusun pakej
pelancongan kesihatan dengan menyelaras tawaran hospital dan hotel serta membentuk
rangkaian rujukan antarabangsa. Selain itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi
antarabangsa dan mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di
dunia. Kerajaan juga menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia
oleh pihak swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor ini. Syarat
imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut dilonggarkan selain
menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina kecemerlangan
klinikal.
Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-ngalukan usaha pihak swasta
mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta
tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination
International Sdn. Bhd. (MSCI) yang menyumbang kepada perkembangan industri
pelancongan kesihatan di negara ini. Sememangnya pelbagai usaha telah dijalankan oleh
pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak
J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan


warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang
berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah
Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya menjadi galakan
kepada perkembangan industri ini di Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Sektor Pelancongan Kesihatan Produk
Perkhidmatan Kesihatan Pilihan yang berkualiti , oleh: Hj. Samat bin Buang,
Fokus, Julai, 2006)


Soalan 2 Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai prasarana kukuh.
[2 markah]

ii) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dalam mengembangkan sektor
pelancongan kesihatan negara ?
[3 markah]


iii) Industri pelancongan negara semakin berkembang pesat. Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kerajaan bagi mengembangkan
lagi industri pelancongan negara?
[4 markah]






J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan


Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di
mana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya , rindu Si
pungguk ialah rindunya, derita si pungguk ialah penderitaan dirinya. Ingatannya kepada
Izwan, kepada Nuryani Iman, kepada Siti Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah
bertukar seperti rambutnya yang sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya yang
berpintalan dengan seribu kedutan.
Angin malam terus bertiup, terlalu dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan
melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu, kesepian malam ini kian
mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumput-rampai, daun-
daunan, walaupun ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan
bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini
supaya sujud kepada-Nya?
(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang
Tua oleh Zahari Affandi dalam antologi
Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)
m/s 119



i) Apakah yang menyebabkan Pak Itam begitu sedih? [2 markah]

ii) Andaikan anda Pak Itam, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda lakukan
untuk mendapatkan anak-anaknya kembali? [3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan dan satu persoalan daripada
keseluruhan cerpen. [4 markah]







J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan


Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya, Wahai
anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu
ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.
Anakanda tidak mahu, ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung
mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.
Mahu tak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan
seraya bertitah, Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana
ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram
ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakandalah yang telah memelihara
geliung ini seisi-isinya!
Ampun Tuanku, titah Tuanku itu adalah benar, tetapi patik adalah menumpang teduh
di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.
(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa
dalam antologi Harga Remaja, DBP)


(i) Berikan maksud memelihara geliung ini seisi-isinya. [2 markah]

(ii) Apakah alasan-alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung kepada Tuanku
Nakhoda Tua apabila baginda memujuknya? [3 markah]

iii) Pada pendapat anda, wajarkah orang seperti Tuanku Nakhoda Tua itu meneruskan
tugas sebagai seorang ketua? Berikan alasan anda. [3 markah]


J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan


Soalan 2 (d) Pemahaman Sajak
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.


BANGKITLAH

Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?

Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!


Rejab F.I
Langit di Tangan,1995.
Dewan Bahasa dan Pustaka.


i) Mengapakah anak-anak muda diseru untuk bangkit oleh penyajak? [3 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh remaja untuk
mencapai aspirasi negara? [3 markah]

iii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas? [3 markah]
J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan


Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. jalan
ii. makan
iii. pucuk
[6 markah]

(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya,
ayat seruan atau ayat perintah.
i. Puan Ruslah berasal dari utara semenanjung.

ii. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!

iii. Mengapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?

iv. Jangan bermain di rumah yang usang itu.

v. Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut
jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Paroi Jaya.

vi. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada
guru kaunseling.
[6 markah]



(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kepulangan peninju negara yang memperolehi pingat emas dalam Sukan
Komanwel telah disambut dengan meriah.

ii. Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia
sekiranya tidak dicegah dari awal.

iii. Pengusaha gerai satay itu telah memperisteri anak lelakinya dengan anak
pengusaha Restoran Azizah.

[6 markah]
J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan






(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.


i. Rumah mangsa angin ganas pada minggu lepas telah mereka bina semula.

ii. Saya suka menengok rancangan kartun dengan semua adik-beradik saya pada
waktu lapang.

iii. Hakim mengenakan hukuman penjara selama lima tahun terhadap banduan itu
di atas kesalahannya memukul Wak Jani.

[6 markah]


(e) Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan-petikan tersebut.
i. Pengurus bank itu telah melakukan kesalahan pecah amanah dan akan
didakwa di mahkamah.Dia merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap
segala urusan bank tetapi dia pula yang melakukan perbuatan yang keji itu.

ii. Walaupun Asmadi telah lama tinggal di Australia, sebuah negara yang maju
tetapi dia tetap berhasrat untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap di
sini walaupun Malaysia tidak semaju Australia.

iii. Adnan telah bergelar pelawak yang terkenal. Kini dia ingin pula menjadi
seorang pelakon, namun bakatnya tidak terserlah dalam bidang lakonan malah
jenakanya pula tidak lagi mendapat sambutan daripada peminatnya.

[6 markah]








J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan


Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah
(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan cara-cara watak utama
menyelesaikan konflik yang dialaminya. [8 markah]




J
P
N

K
e
l
a
n
t
a
n
g-Cakna JPN Kelantan
g-Cakna JPN Kelantan

Anda mungkin juga menyukai