Anda di halaman 1dari 7

SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJJAH NORMAH 96200 DARO, SARAWAK.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2 2012 TINGKATAN 4

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), dan Soalan 2 (d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar. Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius. Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat tentang bidang pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan. Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport. Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian negara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, April 2004

Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Jawab semua soalan Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif. Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara? [2 markah] [3 markah]

Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam membantu kerajaan memajukan sektor pertanian? [4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mikraj menuruni anak tangga dengan penuh hati-hati. Maklumlah rumah Wah sudah uzur. Hujan panas berjaya ditangkis, begitu juga El Nino serta La Nina. Rumah inilah yang menyaksikan kehidupan Wah yang sebenarnya sekaligus menyimpan sejuta rahsia hati Wah. Tanggal 4 Oktober yang lalu beberapa prang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah. Mereka ingin membeli rumah Wah untuk dijadikan satu daripada pusat pelancongan. Wah menolak kerana masih berpegang kepada amanah ibunya. Wah juga dibantu oleh Lebai Saleh datang member alas an yang munasabah agar pihak tersebut tidak berkecil hati. Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah, akan tetapi mereka terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mereka berjumpa semula, tetapi waktu itu Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak tiga. Manakala Wah sudah menjadi milim Firdaus Frank, anak buah Frank Swettenham. Wah wanita tabah. Sewaktu kandungannya masuk Sembilan bulan tiga hari, suaminya meninggal dunia, iaitu sebelum Pa lahir. Wah memang cekal. Persis Siti Maryamkah atau Siti Hajar? (Dipetik daripada Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i) Apakah cabaran yang terpaksa Wah?

(3markah )

ii) Pada pendapat anda, nyatakan faktor yang menyebabkan Wah boleh menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi cabran hidup? ( 3markah ) iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. ( 3markah )

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu. Apa hendak tuan hamba kepada hamba ini? Merah Silu berkata, Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat. Kata Megat Iskandar, Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan. Sambut Merah Silu, Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba. Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemuanya kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ. Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain-main menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu member mereka seorang seekor kerbau. Orang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau. ( Merah Silu, Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka ) i) ii) iii) Berikan maksud rangkai kata hendak minta tempat duduk. Nyatakan tiga perkara yang dilakukan Merah Silu semasa menyabung ayam. Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan menyabung ayam tidak harus dicontohi. Berikan tiga sebab. ( 2 markah ) ( 3 markah )

( 3 markah )

2(d) Petikan Pantun Baca pantuni di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pantun Empat Kerat ( Jenaka dan Sindiran ) Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. (Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)

Nyatakan perkara-perkara luar biasa yang menimbulkan kehairanan pada pandangan umum dalam pantun. ( 3 markah ) Pada pendapat anda, apakah kebaikannya jika seorang isteri tahu melakukan kerja-kerja dapur? ( 3 markah ) Nyatakan tiga gaya bahasa pantun tersebut. (3 markah )

ii) iii)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] (a) Jawab semua soalan Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (b) huru - hara sayur - mayur pindah - randah hutang - piutang suku - sakat selok - belok

[6 markah] Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tentukan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan atau ayat tanya. (i) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda ombak tsunami. (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Kasut saya telah dicuri semalam. Tolong jahitkan baju saya, kata Ismail kepada isterinya. Aduh, sakitnya kakiku! Bilakah dia akan datang ke tempat kita? Jangan membuat bising di dalam dewan sekolah.

(c)

[6 markah] Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. And tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu diberi nafas baru. (iii) Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan yang terkenal di negara ini. (iii) Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunung dan lumba basikal bukit dapat tarik minat orang ramai, terutama gulungan remaja di negara ini. [6 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) (iii) Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan oleh kita. Akibat kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat pada hari ini. Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu. [6 markah]

(d)

(e)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Kini sudah tiga bulan aku berada di rantau orang. Namun begitu, aku tetap tidak melupakanmu dan sahabat kita yang lain di tanah air. Di sini aku memperoleh berbagai pengalaman, terutama dari segi pergaulan. Aku terpaksa menyesuaikan diriku dengan kehidupan masyarakat di sini yang lebih berdisiplin. Aku juga mula berdikari bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga melakukan aktiviti yang lain. [6 markah]

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang pernah anda pelajari. (i) (a ) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

Terdapat beberapa watak sampingan dalam sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan satu watak sampingan dalam sesebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b)

Dalam sesebuah novel, terdapat latar masa untuk memastikan pembaca dapat berimiginasi terhadap suasana yang digambarkan oleh penulis. Berdasarkan novel yang anda pelajari, tulis tiga latar masa yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai