Anda di halaman 1dari 10

SULIT

1103/2
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (1103/2) KERTAS 2
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM II ( SEPTEMBER) 2019

Markah penuh : 110 markah


Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan:
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 6 8 10 12 16

(iii) Isi tersirat 12 10 8 6 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20
Pendahuluan

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2
ISI JAWAPAN MARKAH
Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / tindakan-tindakan 2
P untuk menangani jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.

Rumusan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / tindakan- 2


tindakan untuk menangani jenayah seksual kanak-kanak dan punca-punca jenayah
P seksual.

Isi Tersurat (langkah-langkah untuk menangani jenayah seksual kanak-kanak)

ISI JAWAPAN MARKAH


S1 Kempen kesedaran awam harus ditekankan bagi mendidik orang ramai tentang 2
penderaan seksual akank-kanak dan fedofilia
S2 Pertubuhan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kempen dan 2
ceramah kesedaran tentang isu ini.
S3 Pihak berkuasa seperti polis harus turut sama melaksanakan tanggungjawab 2
membanteras jenayah seksual.
S4 Ibu bapa pula perlu memberikan pendedahan kepada anak dengan menerangkan 2
jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka tidak mudah menjadi mangsa.
S5 Ibu bapa juga harus memberikan pendidikan agama dan moral kepada anak tentang 2
perbuatan seksual terlarang termasuk sumbang mahram.
S6 Ibu bapa juga wajib menetapkan waktu penggunaan Internet oleh anak di rumah dan 2
faham akan cara mereka berkomunikasi dengan orang luar kerana mereka mungkin
berkomunikasi dengan fedofilia.
S7 Guru di sekolah pula harus peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid 2
untuk mengesan tanda penderaan fizikal, emosi dan seksual.
S8 Guru lain seharusnya mempersiapkan diri dengan pengetahuan supaya bersedia untuk 2
memberikan sokongan kepada murid yang memerlukan bantuan, termasuk mangsa
penderaan seksual.

Isi Tersirat (Punca-punca jenayah seksual)

ISI JAWAPAN MARKAH


T1 …kurangnya didikan agama dan moral 2
T2 …gagal mengawal nafsu 2
T3 Masalah penagihan dadah dan arak menjadikan penjenayah bertindak di luar 2
batasan manusia
T4 Ibu bapa kurang mengawal dan memantau pergerakan anak-anak kerana 2
menganggap anak-anak sudah matang
T5 …salah guna laman web 2

Kesimpulan

ISI JAWAPAN MARKAH


K1 Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam 2
mengambil langkah-langkah bagi membanteras jenayah
seksual agar keselamatan kanak-kanak terjamin.

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2
K2 Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam 1
mengambil langkah-langkah bagi membanteras jenayah
seksual.

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 – 20 9 – 10  Kesinambungan isi baik.


Baik 15 - 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul

12 – 14 6–7  Kesinambungan isi masih baik


8 – 11 4–6  Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana memuaskan.
 Kosa kata masih memuaskan
 Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1–4  Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan

Soalan 2: Pemahaman
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


SOALAN (i) Maksud rangkai kata stigma masyarakat ialah:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) …anggapan masyarakat terhadap seseorang dianggap tercela 2

SOALAN (ii) Antara simptom yang dialami oleh mangsa jenayah seksual ialah:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 …mengalami kemurungan 1
2 …tekanan selepas trauma 1
3 …gelisah 1
4 …takut 1
5 …gangguan tidur/hilang selera makan/paranoid/sukar untuk 1
mempercayai orang lain

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2
SOALAN (iii) Pada pendapat saya, antara sebab kelewatan atau tiada laporan dibuat
apabila anak-anak menjadi mangsa jenayah seksual ialah:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 …ibu bapa menganggap jenayah seksual satu stigma yang 1
memalukan keluarga
2 …ibu bapa yang ingin melindungi anak-anak tidak mahu anak-anak 1
mereka menjadi bahan perbualan orang ramai
3 …mereka berasakan menghadiri prosiding mahkamah yang 1
mengambil masa terlalu panjang sangat membebankan

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen


SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim ialah
P1 …jalan masuk ke kawasan penternakan tidak berturap dan 1
becak pada musim hujan
P2 …semasa hujan, lori tersangkut dalam selut 1
P3 …dicaci maki oleh orang kampung kerana kemasukan 1
lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan
P4 …Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA 1

(ii) Tindakan-tindakan yang akan saya ambil untuk mengatasi masalah


dalam perniagaan saya itu ialah
P1 …meminta pendapat dan berkongsi masalah serta 1
pengalaman dengan usahawan-usahawan lain
yang berjaya
P2 …bersabar dan tidak berputus asa dalam 1
menempuh cabaran dan rintangan
P3 …berfikiran positif 1
P4 …merangka strategi baharu untuk membolehkan 1
perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan
masalah yang timbul

(iii) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen ialah
P1 …masyarakat yang dihimpit masalah 1+1
kewangan.
Huraian: Hakim banyak berhutang dengan syariat
RAJA yang membekalkan anak-anak ayam, dedak
dan ubat-ubatan.
P2 …masyarakat yang prihatin. 1+1
Huraian: Azam mengambil berat tentang masalah
yang dihadapi oleh Hakim.
Satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen ialah
P1 … masyarakat generasi muda yang terpelajar. 1+1
Huraian: Hakim dan Azam berpendidikan tinggi.
P2 …masyarakat yang sedar akan hak mereka. 1+1
Huraian: Hakim gigih memperjuangkan hak milik
datuknya.

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Reaksi Tun Perak setelah mendengar kata Seri Amerta ialah
P1 …berdiam diri dan tidak menjawab pertanyaan Seri 1
Amerta
P2 …hanya membalas pertanyaan Seri Amerta setelah kali 1
ketiga pertanyaan dibuat

(ii) Alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta
mempersoalkan kehadiran isteri dan anak-anak dalam pasukan
orang Kelang ialah
P1 …kehadiran isteri dan anak-anak akan 2
membuatkan perajurit dari Kelang berlawan
dengan bersungguh-sungguh demi keselamatan
anak-anak dan isteri mereka
P2 …semua orang bertanggungjawab menjaga 1
keamanan negara

(iii) Pada pendapat saya, selain kebijaksanaan, ciri-ciri yang harus


dimiliki oleh seorang panglima ialah
P1 …berani menentang musuh 1
P2 …taat setia kepada pemerintah 1
P1 …berhemah tinggi 1
P2 …bertanggungjawab 1

Soalan 2 (d) – Puisi

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Dua sebab penyajak tidak mahu menyanjung Hang Tuah
sebagai pendekar paling gagah ialah
P1 …kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah 1
bahagi hanya kepada raja
P2 …Hang Tuah tidak bersikap saksama 1
walaupun wujud pendustaan
P3 …Hang Tuah sanggup membiarkan 1
kesengsaraan berlaku di kota

(ii) Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah


P1 …bijaksana dalam mengambil tindakan bagi 1
menyelesaikan masalah
P2 …memiliki prinsip hidup yang tinggi 1
P3 …tidak mudah terpengaruh dan tetap 1
pendirian
P4 …prihatin dan mengambil berat terhadap 1

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2
kesusahan rakyat

(iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap kelima sajak


ialah
P1 Kita hendaklah berani menegakkan keadilan 2
jika berlaku pendustaan agar seseorang tidak
teraniaya
P2 Kita harus insaf bahawa peperangan akan 2
meninggalkan kesan buruk yang akan
menggugat keharmonian sesebuah negara

Skema Jawapan Soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa)

Markah penuh iaitu 30 markah dibahagikan kepada :


Soalan 3 (a) :6 markah
Soalan 3 (b) :6 markah
Soalan 3 (c) :6 markah
Soalan 3 (d) :6 markah
Soalan 3 (e) :6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan
soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.
6. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikah markah penuh 1 markah.
7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Idea tidak jelas, berikan 0 markah.

Jawapan 3(a)
i. desas-desus
Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan
jawatan dan menubuhkan syarikat baharu.
ii. lekak-lekuk
Kemasukan lori-lori ke kampung memburukkan lagi keadaan jalan masuk ke kampung yang
tidak berturap dan menjadi lekak-lekuk apabila hujan turun.
iii. gilang-gemilang
Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini diadakan secara gilang-gemilang.
iv. simpang-siur
Jalan yang simpang-siur sering mengakibatkan kemalangan.

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2
v. pindah-randah
Orang asli mengamalkan cara hidup pindah-randah untuk mencari kawasan pertanian yang
subur.
vi. licin-licau
Lantai tandas sekolah menjadi licin-licau kerana baru dicuci.

Jawapan 3(b)

(i) Zaidi berkelulusan tinggi.

Zaidi tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

(ii) Hasil kerja tangan Mak Limah halus.

Hasil kerja tangan Mak Limah kemas.

(iii) Adakah Aiman hendak plih jurusan perniagaan?

Adakah Aiman hendak pilih jurusan perakaunan?

[6 markah]
Jawapan 3(c)
Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) eko-pelancongan - ekopelancongan


memaju - memajukan

(ii) bertanggung jawab - bertanggungjawab


bermuat - memuat

(iii) prodaktiviti - produktiviti


meningkat - meningkatkan
[6 markah]

Jawapan 3(d)
Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa
(i) Balai - Pusat
di - pada
(ii) koyak-koyak - koyak-rabak
di atas - di bawah
(iii) tulus - mulus
daripada - dari
[6 markah]

Jawapan 3 (e)
Peribahasa

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2
(i) masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau
menguak
(ii) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(iii) berkait-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian [6 markah]

Soalan 4
[Markah penuh 15 markah]

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4


(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Beri 1 markah kepada perenggan pengenalan yang mengandungi tajuk novel dan
penulis, dan 1 markah untuk 1 isi – peristiwa dan 1 markah untuk 1 huraian. Calon
mestilah memberikan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam sebuah novel
yang dipelajari sama ada novel yang dipelajari di tingkatann 4 atau tingkatan 5.
iv) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada
markah isi.
v) Markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
viii) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum: 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap dan berperenggan.
iii) Jawapan mesti menyatakan satu konflik bagi setiap dua novel yang dikaji dan cara
penyelesaiannya.
i) Aspek Pemarkahan:
- Berikan 1 markah untuk satu konflik bagi sebuah novel dan berikan 2 markah
untuk cara penyelesaiannya yang lengkap/jelas.
- Berikan 1 markah untuk cara penyelesaian yang tidak lengkap / jelas
- Maksimum markah setiap isi = 3 markah
v) Huraian tanpa menyatakan penyelesaian yang terdapat dalam novel, 0 markah
vi) Markah isi maksimum, 6 markah
vii) Markah bahasa maksimum, 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi
viii) Markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
x) Calon tidak menjawab, 0 markah
[Maksimum: 8 markah]

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT


SULIT

1103/2

Jawapan
4. a) Dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam sebuah novel yang pelajari
Di Sebalik Dinara karya Dayang Silir Daksina karya Nizar Parman
Noor
1. Peristiwa Farisha meminta masa untuk 1. Peristiwa Tauke Lim yang menjaga
memikirkan tawaran kontrak yang amanah Cikgu Abdullah bin Kayan.
bernilai RM1.5 juta daripada Soft Lab Tauke Lim menyerahkan segala urusan
kerana dia berasa waswas dan menyedari
kelapa sawit kepada Haiqal dan bersedia
ada sesuatu tugasan yang berat disebalik
tawaran lumayan tersebut. Dia menolongnya jika Haiqal ada masalah.
mengambil tawaran tersebut selepas Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada
meminta pendapat daripada abangnya, kita kerana kita harus menunaikan amanah
Azraai. Peristiwa ini dapat dijadikan yang diserahkan kepada kita.
teladan kepada kita kerana kita tidak harus
mudah terpengaruh dengan kebendaan dan 2. Peristiwa Tauke Lim tidak mahu
perlu berfikir sebelum membuat sesuatu
membeli kereta baharu kerana dia mahu
keputusan.
menyimpan wang untuk keperluan
2. Peristiwa Azraai memberitahu Farisha persekolahan anak-anaknya. Peristiwa ini
bahawa dia menghidap penyakit jantung. dapat dijadikan teladan kepada kita kerana
Farisha berasa sedih dan menangis kita harus menyimpan wang untuk tujuan
kerana bimbang akan kesihatan pelajaran dan menghadapi kecemasan.
abangnya. Peristiwa ini dapat dijadikan
teladan kepada kita kerana kita harus
menyayangi dan mengambil berat terhadap
ahli keluarga.

4. b) satu konflik dan cara penyelesaian bagi setiap dua novel yang dipelajari.
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Silir Daksina karya Nizar Parman
Konflik Medina dengan Karl yang menanam Konflik Haiqal dengan uminya kerana dia
pelbagai implan ke dalam tubuh Farisha. ingin ke kampung arwah bapanya di Johor.
Cara penyelesaian:
Cara penyelesaian:
Medina melarikan anaknya daripada menjadi
Haiqal bertekad dengan keputusannya untuk
bahan kajian Karl.
pulang ke kampung arwah bapanya walaupun
uminya melarangnya berbuat demikian.

1103/2 © panitiabmsmktpdhnormah SULIT

Anda mungkin juga menyukai