Anda di halaman 1dari 2

Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal

bersama-sama keluarga tersayang.

Jelaskan ciri- ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

Petempatan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah


tamadun. Tanpa sebuah petempatan kekal, maka tidak akan wujudlah Tamadun
Mesir Purba, Tamadun Indus dan sebagainya. Sebuah petempatan yang maju dapat
menjadi pendorong kepada kegemilangan sesebuah tamadun. Bagi saya dan
keluarga petempatan yang selesa, bersih dan selamat menjadi pilihan.

Keselesaan adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih
sesebuah petempatan. Apa gunanya jikalau rumah yang dibeli dengan harga
beratus-ratus ringgit tidak selesa untuk didiami oleh pemiliknya. Bukankah ini satu
kerugian namanya. Keadaan sekeliling yang masih mengekalkan keadaan
geografinya serta bebas daripada pencemaran amat sesuai bagi kami sekeluarga
yang sangat mencintai flora dan fauna. Setelah penat sehari-harian menjalankan
tugas di kota metropolitan yang dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti gas
karbon dioksida, gas karbon monoksida dan sebagainya, sebuah petempatan yang
dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, burung-burung berkicauan, udara yang
segar serta bunyi deruan air sungai dapat mengembalikan ketenangan fikiran serta
mencergaskan badan yang kelesuan. Oleh itu, sebuah petempatan yang berada di
pinggir kota menjadi pilihan saya dan keluarga.

Selain itu, sebuah petempatan yang tersusun turut menjadi pilihan. Semasa
tamadun Indus, Bandar Harappa, mempunyai susunan bangunan yang sangat
terancang. Bangunan berbentuk segi empat disusun rapi pengaplikasian ilmu
matematik dan geometri telah menjadikan tamadun ini sebuah tamadun yang
gemilang. Petempatan yang terancang lebih menyedapkan mata yang memandang
jikalau dibandingkan dengan sebuah petempatan yang bangunannya disusun
sesuka hati. Fikiran yang sudah sarat dengan masalah di tempat kerja akan menjadi
lebih serabut apabila terpandang keadaan petempatan yang tidak
terancang.Jelaslah bahawa, sebuah petempatan yang tersusun dapat membentuk
sebuah organisasi yang kukuh dan hal ini telah dibuktikan oleh tamadun-tamadun
sebelum ini.

Kebersihan sesuatu tempat amatlah penting kerana kebersihan tempat


tinggal menjamin kesihatan penduduk. Cuba bayangkan sebuah petempatan yang
mempunyai sistem perparitan yang tersumbat disebabkan oleh sampah sarap,
tempat pembuangan sampah yang tidak pernah dibersihkan serta anjing-anjing liar
berkeliaran di sana sini. Keadaan ini pasti mengundang penyakit berbahaya seperti
denggi, taun, keracunan makanan dan sebagainya. Jikalau saya memilih
petempatan seperti ini, nescaya kos perubatan keluarga saya akan meningkat dan
generasi saya pada masa akan datang berpotensi tinggi mengalami sebarang
penyakit. Saya tidak tergamak mahu merampas masa depan generasi akan datang.
Hanya kerana sikap tidak prihatin akan kebersihan seluruh generasi saya akan
menanggung akibatnya. Oleh yang demikian, petempatan yang bersih pasti menjadi
pilihan kami. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.
Petempatan yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan-
kemudahan lain adalah menjadi impian banyak keluarga, begitu juga dengan
keluarga saya. Dengan adanya kemudahan seperti sekolah, klinik, taman rekreasi,
telefon awam dan sebagainya dapat menjadikan kehidupan sesebuah keluarga lebih
mudah. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan seperti sekolah, ibu bapa tidak
perlu bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke tempat yang lebih jauh
untuk menuntut ilmu. Ada pepatah mengatakan menuntut ilmu hingga ke negeri
China. Namun, pada usia yang mentah, anak-anak lebih mementingkan
keseronokan daripada keselamatan . Dengan adanya sekolah yang berhampiran
dengan tempat tinggal, tidak perlulah saya berasa bimbang akan keselamatan anak-
anak ketika mereka pergi mahupun pulang dari sekolah kerana saya akan
menghantar dan mengambil mereka pulang. Risiko penculikan atau
pemerdagangan kanak-kanak dapat dihindari. Sesungguhnya kemudahan
infrastruktur yang lengkap dapat menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu
menjadi lebih bahagia.

Kemudahan lain seperti pengawal keselamatan yang mengadakan rondaan


yang kerap dapat mengatasi masalah penculikan dan rompakan yang sering berlaku
di negara kita belakangan ini. Dengan adanya kemudahan seperti ini, tahap
keselamatan penduduk di kawasan petempatan tersebut lebih terjamin. Tambahan
pula, dengan adanya pekerja-pekerja yang diupah bagi menjaga kebersihan
kawasan tersebut dengan memastikan sampah-sampah dikutip dan dibuang ke
tempat pelupusan sampah, rumput-rumput dipotong, sistem perparitan berfungsi dan
sebagainya lagi. Petempatan yang mempunyai ciri-ciri ini amat bersesuaian dengan
keluarga kami.

Apa gunanya jikalau sebuah petempatan itu cantik dan bersih tetapi jiran
sebelah-menyebelah tidak bertegur sapa. Keluarga kami sangat mementingkan
semangat kejiranan kerana perkara ini ada ditekankan di dalam Al-Quran.
Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyat . Perpaduan
rakyat bermula dengan semangat kejiranan yang jitu. Jiran yang mengambil berat
akan perihal jirannya serta bersedia membantu jirannya yang berada di dalam
kesusahan dapat memajukan sesebuah negara. Komuniti yang mesra serta
mengambil berat antara satu sama lain adalah satu komuniti yang menjaminkan
kehidupan yang bahagia. Perkara ini telah dibuktikan dengan pembukaan Kota
Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kesediaan kaum Ansar membantu kaum
Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah sekali gus menjadikan Kota Madinah sebuah
empayar Islam yang teragung. Oleh itu, petempatan yang menawarkan komuniti
yang bersatu padu menjadi idaman sekeluarga. Sesungguhnya perpaduan rakyat
merupakan landasan kejayaan sesebuah negara.

Kesimpulannya, petempatan yang selesa, bersih, selamat dan masyarakat


yang bersatu padu merupakan petempatan idaman kami sekeluarga. Apa gunanya
memiliki rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah tetapi dikelilingi bangunan-
bangunan konkrit,kawasan sekeliling tercemar dan jiran tetangga yang
mementingkan diri sendiri. Hidup umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing bukan pilihan kami sekeluarga. Biarlah rumah itu sederhana tetapi
petempatnnya, selesa, bersih , selamat dan masyarakatnya hidup dalam harmoni.
Maka dengan ini negara Malaysia akan terus maju di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai