Anda di halaman 1dari 2

Faedah menjaga kebersihan alam sekitar

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan pengerusi majlis, para hakim

yang arif lagi bijaksana, penjaga masa, guru- guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Tajuk pidato

saya pada pagi ini yang indah ini ialah faedah menjaga kebersihan alam sekitar.

Para hadirin sekalian,

Alam sekitar ialah segala yang ada di sekeliling kehidupan kita seperti flora dan fauna,

sungai, bukit, dan sebagainya. Tanpa alam sekitar yang baik, kehidupan kita pun tidak akan aman.

Kita memperoleh pelbagai benda dari alam sekitar kita. Misalnya, makanan, minuman dan bahan-

bahan lain untuk kegunaan harian kita.

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya,

kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang memainkan peranan penting

dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan

alam sekitar. Bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat

penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit

dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya

kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal persekitaran.

Di samping itu, senario kebersihan juga akan membentuk otak yang cergas dan badan

yang sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar

mudah belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif dalam

pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan.

Sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang

menarik. Imej kita dipandang tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai.

Misalnya, dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.

Hadirin dan hadirat,

Dengan menjaga kebersihan , kita dapat menjauhi daripada haiwan-haiwan yang boleh

mendatangkan penyakit seperti tikus, lalat dan nyamuk. Haiwan-haiwan ini begitu menggemari

tempat yang kotor seperti nyamuk yang membiak di dalam air yang bertakung dan tikus berada di
tempat sampah-sarap. Kuman yang dibawa oleh haiwan-haiwan ini boleh mendatangkan maut

kepada kita. Jika kita menjaga kebersihan alam, maka kita dapat menjauhi diri daripada haiwan-

haiwan ini.

Menjaga kebersihan juga penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal

mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang.

Oleh itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat

dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, kita perlu menjaga alam sekitar supaya gerasi akan datang peluang menikmati

segala anugerah Tuhan ini. Kita tidak seharusnya bersikap bagai enau dalam belukar ,

melepaskan pucuk masing-masing dan mewariskan bumi yang rosak kepada mereka.

Para hadirin sekalian,

Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada

sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi

dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga

kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata

hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.’’ Oleh yang demikian, saya

menyeru para hadirin agar bersama –sama menjaga kebersihan kerana kebersihan penting dalam

kehidupan harian kita.

Sekian ,terima kasih.

Dipetik dan diubahsuai: 222 koleksi Penulisan Bahasa Malaysia

Penerbit: The Malaya Press Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai