Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt..Selamat pagi dan salam sehati sejiwa.

Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ALAM SEKITAR BERSIH
HIDUP CERIA.
Kita sering mendengar ungkapan yang menyatakan hidup yang ceria bermula dari alam
sekitar yang bersih. Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi. termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata serta
fenomena semula jadi yang berlaku. Ceria pula bermaksud bersih dan bahagia.
Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal merupakan amalan gaya hidup
sihat dan mampu menceriakan kita. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar
daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang bersih dan
ceria membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan segar. Kita boleh menjaga
kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di rumah kita
ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga
perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak
sejak kecil lagi.
Seterusnya, sebagai seorang pelajar, persekitaran yang bersih di sekolah terutamanya di
dalam bilik darjah amatlah penting. Kajian yang dilakukan ke atas 333 orang pelajar di Skudai,
Johor dan Kota Marudu Sabah mendapati 78.4% responden bersetuju keadaan bilik darjah
yang bersih merupakan faktor penting bagi keselesaan untuk melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Murid-murid menjadi lebih tenang dari segi emosi
dan mudah untuk menerima pembelajaran sekiranya berada di dalam kelas yang ceria dan
kondusif berbanding kelas yang tidak teratur dan kurang ceria.
Gaya hidup yang ceria juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya
berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan
dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan
efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran
tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria
dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh
gaya hidup yang sihat ini
Kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat, dengan menjaga
kebersihan diri, kita sebenarnya telah menjaga kesihatan kita. Seperti yang kita tahu, apabila
kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit dapat dijauhi dan dihindari. Selain itu, dengan
menjaga kebersihan diri, keadaan mental kita akan lebih positif kerana kebersihan juga
mempengaruhi mood dan psikologi kita. Apabila mood dan psikologi kita positif, ianya adalah
satu tanda kesihatan mental yang baik. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan diri kerana
ianya memberi kesan dalam menjaga kesihatan anda samada jasmani atau pun mental.
Oleh itu, bagi menjalani kehidupan yang ceria seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia
mengambil berat terhadap kebersihan alam sekitar. Janganlah sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata tanpa ada rasa tanggungjawab sebagai seorang
warganegara yang prihatin. Amalkanlah gaya hidup yang baik. Alam sekitar bersih,hidup
ceria.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai