Anda di halaman 1dari 29

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANGAR

PETI SURAT 23
81907, KOTA TINGGI

NAMA :
KELAS :
PROFIL MURID

NAMA : _________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________

NO PENDAFTARAN SEKOLAH : _________________________________

NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : ___________________________________

ALAMAT : ___________________________________________________

____________________________________________________________

NO TELEFON : (R) : __________________________

(HP) : __________________________

TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan.
Meninggalkannya/ menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini
adalah menjadi satu kesalahan.

2
PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid :
Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing


secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-
tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di
tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan
Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan
sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School
Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan
Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang
berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan


membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai
satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah
disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain
yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing

Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah
individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

3
ISI KANDUNGAN

Kata-kata Aluan
Latar Belakang Sekolah
Profil Sekolah
Pelan Sekolah
Lencana Sekolah
Cogankata Sekolah
Rukunegara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi Sekolah
Visi Sekolah
Lagu Negaraku
Lagu Bangsa Johor
Ikrar Pelajar
Lagu Sekolah
Disiplin
A Definisi Disiplin
B Matlamat Disiplin
C Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Etika Pelajar
ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G Tanggungjawab pelajar terhadap negara
Penguatkuasa Peraturan
Kuasa Menghukum

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


1. Pakaian
2. Rambut
3. Perhimpunan
4. Kebersihan
5. Kawasan sekolah
6. Sakit
7. Kawasan yang dilarang
8. Kebersihan
Sampah
Kantin
Bilik Darjah
Tandas
9. Keselamatan
Beratur
Waktu Balik
Makmal
Bilik-bilik Khas
10. Pelawat
11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas
12. Ketua Murid dan Pengawas
13. Waktu Sembahyang
14. Waktu Rehat
15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan
16. Bayaran Yuran Tambahan
17. Kerosakan Harta Benda Sekolah
18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

4
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah dan pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih
kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam Buku Peraturan
Sekolah, SK Semangar ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Unit HEM Sekolah Kebangsaan Semangar di atas usaha murni untuk menerbitkan
Buku Peraturan Sekolah yang dapat dijadikan rujukan dan panduan di dalam pengurusan
disiplin di sekolah ini agar dapat berjalan dengan baik dan lancer.
Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi,
jasmani,dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan
berpengetahuan serta akhlak mulia, berketerampilan serta bertanggungjawab.Bagi menjamin
tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar perlu mendapat
didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi
dengan sahsiah yang sesuai.
Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan
ketenteraman dan keselesaan pelajar serta kelicinan dan keberkesanan bagi mewujudkan
keselesaan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Justeru itu, ketika berada di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin
murid sekolah – sekolah rendah di Malaysia.
Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibubapa
atau penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta
meningkatkan disiplin diri.
Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan
dan makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan
sekolah ini.
Besarlah harapan saya agar semua pihak dapat memanfaatkan buku ini untuk
kecemerlangan pengurusan disiplin di sekolah yang kita sayangi ini.

Sekian, terima kasih.

………………………………………………….
(HJH. KHALIJAH BT ATTAN)
Guru Besar
SK Semangar
Kota Tinggi.

5
LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Semangar mula dibuka pada tahun 1963 di tepi Sungai Johor.
Pada tahun 1973 barulah sekolah ini dibina di atas Lot 1984. Keluasan kawasan sekolah ini
adalah 4 ekar, 1 rod dan 22 pol. Ianya terletak kira-kira 20 km dari bandar Kota Tinggi dan
boleh dihubungi melalui dua laluan utam iaitu jalan Kota Tinggi – Kluang atau jalan Kota
Tinggi – Kulai.

Pada bulan Mac 2002 sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang bernilai RM2
juta. Bangunan baru 4 tingkat ini telah dilengkapi dengan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik
khas seperti Pejabat, Bilik Komputer, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik,
Bilik Pusat Sumber dan Bilik PPSMI. Pada tahun 2007, sekolah ini telah mendapat naik taraf
Bilik Pemulihan Khas dan Pra-Sekolah.

Seterusnya pada tahun 2009 sekolah ini telah menerima sebuah lagi bangunan
tambahan 3 tingkat dan sebuah bilik kebal bernilai 2.38 juta di bawah projek RMK Ke-9.
Bangunan ini dilengkapi dengan kelas, bilik J-Qaf, Pusat Akses dan Bilik Matematik.

Sehingga ke hari ini, sekolah ini mempunyai seramai 197 orang murid yang terdiri
daripada Kg. Semangar Dalam, Kg. Semangar Luar, Ladang Alaf, Loji Air Semangar, Ldg.
Sg. Kachur dan Ldg. Sisek dengan 18 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, seorang
Pembantu Pengurusan Murid dan seorang Pembantu Am Pejabat. Sekolah ini juga dibantu
oleh 2 orang Pengawal Keselamatan dan 4 orang Pekerja Pembersihan Swasta. Pada masa ini,
Sekolah Kebangsaan Semangar adalah dibawah kepimpinan Guru Besar iaitu Puan Hajah
Khalijah bt Attan.

6
PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Semangar

KOD SEKOLAH : JBA3014

ALAMAT : Peti Surat 23, 81907 Kota Tinggi, Johor

GRED : B

NO. TEL / FAKS : 07-8899948

GURU BESAR : Pn. Hjh. Khalijah bt Attan

GURU PENOLONG : Pn. Maryam bt Abdullah (GPK 1)


KANAN
En. Zubir bin Ismail (GPK HEM)

En. Mohd Razip bin Hj. Mohd Din (GPK KK)

GURU DISIPLIN : Pn. Hjh. Siti Zaleha bt Abu

GURU PENGAWAS : Pn. Mazidah bt Ismail

BIL. KELAS : 7

BIL. MURID : 197 orang

7
PELAN SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

8
LENCANA SEKOLAH

HURAIAN MAKSUD LENCANA SEKOLAH

1. BULAN DAN BINTANG MELAMBANGKAN KEDAULATAN RAJA DAN


AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.

2. TIGA BULATAN 2 WARNA YANG BERANGKAI BERMAKSUD


KOLABORASI ANTARA GURU, MURID DAN IBU BAPA DALAM USAHA
UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN.

3. TIGA BULATAN BERSEGI MELAMBANGKAN KEMAHIRAN KOGNITIF,


TEKNIKAL DAN ICT DALAM MENCAPAI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

4. WARNA BIRU MELAMBANGKAN PERPADUAN WARGA SEKOLAH DAN


MASYARAKAT KE ARAH PENCAPAIAN VISI DAN MISI SEKOLAH.

5. WARNA MERAH MELAMBANGKAN KEBERANIAN, KESUNGGUHAN DAN


PENGORBANAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.

6. WARNA KUNING MELAMBANGKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


DAN PENGAMALAN RUKUN NEGARA OLEH SEMUA WARGA SEKOLAH.

COGANKATA SEKOLAH

”USAHA JAYA BAKTI”

USAHA - BerUSAHA untuk mencapai cita-cita yang cemerlang.

JAYA - Sentiasa berazam untuk terus berJAYA

BAKTI - Menabur BAKTI kepada ibu bapa, agama dan bangsa.

9
RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia


Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

MISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANGAR MENJADI SEKOLAH UNGGUL PENJANA


GENERASI TERBILANG.

VISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

10
LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

LAGU BANGSA JOHOR

Allah peliharakan Sultan


Anugerahkannya segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan sultan

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANGAR berikrar akan


mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada
kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga,
bangsa, agama dan Negara.

LAGU SEKOLAH
Mari kawan semua
Kita sama berusaha
Menyambut bakti desa
Untuk nusa dan bangsa
Satu tekad bersama
Kami murid janjikan
Nasihat guru diingat
Itu panduan kita
C/o:
Untuk sekolah tercinta
Tuntut ilmu berguna
Sk semangar disanjung
Walau sampai ke mana
SK Semangar disanjung
Walau sampai ke mana

11
DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979


mentakrifkan disiplin sebagai :

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada


disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna
kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan
menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu
dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan
yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak
dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu,
demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu
yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah
kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

 keadilan dan layanan sama rata


 pertimbangan minat dan keperluan pelajar
 kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
 amalan menghormati seseorang individu
 perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan berharmonis
 perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR
A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.


2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong

12
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa


2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang
bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah


1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat

1. Tolong menolong dan bekerjasama


2. Menghormati orang-orang yang ebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama


1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara


1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep Rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara

13
PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM

Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi
kuasa oleh pengetua.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH


UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. PAKAIAN

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di


sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI


1.1.1Baju
(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju
hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar
(a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan stoking


(a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa
diikat.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.
(d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

14
1.1.4 Lencana dan Tanda Nama
(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada
sebelah kiri baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.
1.1.5 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm berwarna gelap
atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan
beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher


(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari Jumaat
dan hari-hari lain yang diarahkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan


a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang
berada di sekolah.

1.1.8 Pakaian kebangsaan


a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari
jumaat.
b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar puth dengan samping
berwarna biru muda.
c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama
pakaian kebangsaan.

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

1.2.1. Baju kurung


a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk
belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru
muda.
b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.
Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung
tetapi tidak mencecah lantai danwajib memakai kain dalam.

1.2.2 Mini telekung


a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih
tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.
b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung.
c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini
telekung.
1.2.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 1.1.3

15
1.2.4 Lencana dan tanda nama
a) Sama seperti 1.1.4

1.1.5Barang kemas / perhiasan


a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas,
alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

1.3 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM


1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru tua yang labuhnya di bawah
lutut.
1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5

1.4 PAKAIAN PENGAWAS


1.4.1 Baju lengan panjang berwarna putih dan seluar berwarna biru
tua bagi lelaki, serta vest berwarna merah hati.
1.4.2 Baju kemeja lengan panjang berwarna putih dan kain sarung bersusun
berwarna biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi pengawas
perempuan beragama Islam dan vest berwarna merah hati.
1.4.3 Baju melayu putih dan samping sekolah bagi pengawas lelaki pada
hari jumaat.
1.4.4 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.
1.4.5 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa
dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada
di sekolah.
1.4.6. Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada
persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA


Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah
berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang
aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan


a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani


a) Lelaki – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.
b) Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek
biru tua serta mini telekung putih.

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan


a) Lelaki – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.
b) Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar
trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab


Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru
penasihat masing-masing.

16
2.0 RAMBUT

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang
dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk.
Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah.
(Rujuk gambar rajah)
2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.


2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas
2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.
2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut,
menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen
mengikut tafsiran sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam
7.30 pagi.
Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai
7.20 pagi.
Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.
Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.


4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran waktu kecuali
waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti
memakai “PAS KELUAR”.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan


meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak
dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar
17
tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan,
membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu


hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang
khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang
bertugas.

5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan atau
penyelia petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada guru
tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT


6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas,
Pengawas atau Ketua Tingkatan.
6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat
rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah
6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah.
6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital
kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANG


Tempat letak kenderaan guru
Kawasan tangki septik
Bilik Guru
Bilik Peperiksaan
Kawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

8.1 Tong Sampah


8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.
8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang
sampah sahaja.

18
8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah
dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah


8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah.
8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh
tangan sahaja.
8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam
sinki atau parit di sekeliling kantin.
8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam
tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

8.3 Bilik Darjah


8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur.
8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga,
tidak dicakar atau dikotorkan.
8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan
koridor.
8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan
seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4 Tandas
8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1. Beratur
9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan
kelas.
9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat
sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke
mana-mana tempat.

9.2. Waktu balik


9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan
kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas
jika digunakan.
9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur.
Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan
apabila diarahkan.

19
9.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.
9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu
jalan dan tidak secara beriringan.

9.3. Makmal
9.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru
berkenaan.
9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat
yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru
berkenaan.
9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.
9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru
berkenaan.
9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.
9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal
yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

9.4. Bilik-bilik khas


9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH,
pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran /
kehadiran guru berkenaan.
9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan
yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.
9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut
arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT

10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada
waktu rehat.
Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.

10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa


dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

20
11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu
tidak hadir.

11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir
pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-
turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-
turut.

11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga


sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari
secara tidak berturut-turut.

11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada


ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat
amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau
20 hari bagi ketidakhadiran
secara tidak berturut-turut.

11.4 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran
terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20
hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS)
8548/ 12 (17))

11.5 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari
kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari
Pengetua, Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah
diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh


Pengetua dengan kerjasama guru-guru.
12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Tingkatan Atas.
12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan
tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu
dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
12.5 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.
12.6 Sifat-sifat Kelayakan

Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai


perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan
mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

21
12.7 Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana
yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan
menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di
perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik
Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah
menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan


sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan
giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab
akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan
santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah
menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah
diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga
Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-masing

14.0 WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun
melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa
cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan pelajar-
pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam
kelasnya berada di situ.

(d) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada
sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-
barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi
hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka
dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan
setingkatannya.
22
16.0 BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah
semasa berada di sekolah seperti :

(a) Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng


(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir
(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, Kemahira Hidup dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.

18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :


a) satu pasukan berunifom
b) satu persatuan/kelab atau lebih
c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja


untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah
yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya


seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan
luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau
jabatan pendidikan.

Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau


kongsi gelap.

23
19.0 KATEGORI KESALAHAN

KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah
tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong
Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.
6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau
wakilnya.
9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi
peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah
dengan kemas.
14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
15. Lewat ke sekolah.
16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
21. Mengganggu kawan.
22. Mengganggu guru.
23. Lewat masuk kelas.
24. Mengotorkan kelas.
25. Tidak duduk setempat.
26. Berada dalam kawasan larangan.
27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran.
28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..
29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
30. Membuang sampah merata-rata.
31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran
pihak sekolah.
34. Memakai cermin mata berfesyen.
35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .
36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.
37. Membawa telefon bimbit dan MP3.

24
KESALAHAN SEDERHANA

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.


2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah
tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harga benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa
Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga


2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.
6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas /
murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang
25
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi
persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
Pengetua atau wakilnya.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku
panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku
ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.


b) Bertindak ganas dan mencederakan.
c) Memeras ugut.
d) Bergaduh.
e) Mencuri.
f) Menipu atau memperdayakan.
g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
h) Menyalahgunakan dadah.
i) Khalwat.
j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAH
a) Mencarut.
b) Berdua-duaan.
c) Becumbu-cumbuan.
d) Melihat / membaca bahan lucah.
e) Melukis / menujlis bahan lucah.
f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.


b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
c) Membuat bising.
d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
e) Mengganggu orang lain.
26
f) Menulis dan menconteng bangunan.
g) Membuang sampah merata-rata.
h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.
i) Memaki hamun.
j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.


b) Meniru tandatangan orang lain.
c) Bercakap bohong.
d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f) Menganiaya sesame rakan.
g) Tidak amanah.
h) Mengampu.
i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l) Berdolak-dalik.
m) Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.
b) Tidak menghormati guru.
c) Menghisap rokok.
d) Berambut panjang.
e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
g) Mempermain / memperlekehkan guru.
h) Selalu lewat.
i) Suka bertengkar.
j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 12/1978
- SPI Bil. 14/1976
- SPI Bil. 3/1983
- SPI Bil. 8/1985
- SPI Bil. 3/1992
- SPI Bil. 6/1993
- SPI Bil. 2/1993
- SPI Bil. 9/1975

27
2. Kesihatan Murid :
- SPI Bil. 2/1982
- SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988
- SPI Bil. 8/1999
- SPI Bil. 7/2000

5. Kesihatan :
- SPI Bil. 4/1989
- SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :
- SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :


- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :


- SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :


- SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :


- SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :


- SPI Bil. 8/1968
- SPI Bil. 6/1968
- SPI Bil. 11/1972
- SPI Bil. 9/1975

15. Penyalahgunaan Dadah :


- SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :


- SPI Bil. 1/1983

28
17. Mengenakan Hukuman Biasa :
- SPI Bil. 8/1983

18. Perhimpunan Sekolah :


- SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :


- SPI Bil. 7/1986

PENGAKUAN SETIA PELAJAR

Bahawasanya saya …………………………………….........................................murid SK


Semangar ………………………… telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah
ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia
menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-
peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

________________________
( )

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang


bernama…………………………….................................................... yang belajar di SMK
……………………............................telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah
ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan
saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

________________________
( )

29

Anda mungkin juga menyukai