Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM BUDAYA SALAM

A. BUTIR-BUTIR AM
1.Tajuk Program

BUDAYA SALAM

2.Penasihat Program

En. Che Hussin bin Harun

3. Kumpulan Sasaran

Semua Guru dan Pelajar

4. Tempat

Sekolah Kebangsaan Beta Hulu

5. Tarikh

B. PENGENALAN
Program Budaya Salam akan diadakan bagi membentuk peribadi pelajar sekolah ini
agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para pelajar itu sendiri. Secara
langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam
diri pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi bahasa diamalkan
oleh semua lapisan masyarakat. Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah
mewujudkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang disiarkan di dalam media cetak
dan media elektronik. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan
Program Budaya Salam ini adalah bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat murni
kerajaan dan diadakan di peringkat sekolah. Malah ianya juga dapat mendidik para
pelajar supaya mewujudkan sikap bersopan santun, ramah mesra dan sedia menolong
di antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan sillaturrahim dan
dapat mengenali dengan lebih erat.

C. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbir agar
program ini dapat dijalankan sepertimana yang telah dirancangkan.

D. OBJEKTIF
Di akhir program ini, adalah diharapkan para pelajar dapat:
1.

Agar pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk
warga sekolah dan masyarakat luar.

2.

Mendidik pelajar agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong


dan menghormati guru, kakitangan sekolah, dan rakan-rakan.

3.

Agar pelajar merasa dihargai kerana pelajar yang berbudi bahasa dan
berakhlak mulia akan diberi ganjaran.

4.

Agar pelajar dapat mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan


seharian.

5.

Memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai


murni diperingkat sekolah lagi.

E. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
1.

Button Senyum

115 X RM 2.00

RM 230.00

2.

Kad Manila

X RM0.60

RM

3.

Polistrine

X RM 12.00

RM 24.00

4.

Hadiah

50 X RM 1.00

RM 50.00

5.

Banner

1 x RM 50.00

RM 50.00

3.00

_______________________________________________________________
JUMLAH
=
RM 327.00
_______________________________________________________________

F. AJK PELAKSANAAN
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI

: En. Che Hussin bin Harun


: En. Che Ab Ghazak bin Che Omar (PK HEM)
: Tn. Hj. Mat Zawawi bin Yahaya (PK Pentadbiran)
: Pn. Juliyaiza bt Husin ( PK Koko)

SETIAUSAHA

: Pn. Hjh. Napisah bt Ab Rahman

AJK KERJA
Penyelaras
Pn. Hjh. Napisah bt Ab Rahman

Urusetia
Tn, Hj Mahamad Asri Bin Mohamad
Pn. Zakiah Bt Musa
Pn. Hjh Che Jah Bt Jusoh
Pn. Masliza Bt Idris
Kawalan Murid
Tn. Hj. Mahamad Asri B Mat Zin
Semua Guru

Dokumentasi/Siaraya
En. Ramdan Bin Ali
Pn. Sharifah Ruzanna Bt Syed Kassim
En Mahadi Bin Mat Nor
Persegaran
Pn Zakiah Bt Musa

G.TENTATIF
PELANCARAN PROGRAM
Ucapan perasmian oleh En Che Hussin bin Harun ( Guru Besar).
-

Warga sekolah akan mengambil tempat untuk mengetuai nyayian lagu


Senyum dan lagu Budi Bahasa Budaya kita.

Pelajar akan turut bersama menyanyikan lagu dengan panduan lirik lagu
yang diedarkan kepada mereka oleh AJK program.

H. AKTITI
Pelajar digalakkan berbudi bahasa, senyum, memberi salam dan menyapa guru-guru,
rakan-rakan dan warga sekolah. Penilaian akan dibuat kepada pelajar-pelajar yang
bersahsiah terpuji dengan berdasarkan pencalonan guru-guru kelas.

Sepanjang program ini diadakan, pelajar digalakkan untuk mengamalkan


nilai-nilai murni seperti :
1. Tingkah laku sopan
2. Berpakaian kemas
3. Memberi ucapan salam seperti Assalamuaikum, Selamat Pagi,
Selamat Petang, Selamat Sejahtera, kepada guru atau tetamu.
4. Mengucapkan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada orang lain
Guru akan dibekalkan dengan gula-gula untuk dihadiahkan sebagai imbuhan kepada
pelajar yang mengamalkan sikap-sikap tersebut khususnya ketika mereka berjumpa
dengan guru.

I. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk sentiasa
mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini
dapat menyemai sikap ramah mesra di kalangan pelajar, guru dan warga sekolah.

Disediakan oleh,

(Napisah bt Ab Rahman)

Diluluskan oleh,

LAPORAN PROGRAM BUDAYA SALAM

Murid berhimpun di tapak perhimpunan

Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Salahudin bin Seman

Perasmian oleh PK Hal Ehwal Murid sebagai mewakili Guru Besar SK Beta Hulu

Murid mendengar pelaksanaan program yang sampaikan oleh Penyelaras Program.

Guru-guru dan pelajar memakai button Senyum

Penyampaian hadiah saguhati kepada murid

Anda mungkin juga menyukai