Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAWANG

43950 SUNGAI PELEK, SEPANG , SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM


PROGRAM 3S
(SENYUM,SAPA dan SALAM)
2022

TARIKH : 25 hingga 29 April

TEMPAT
Sk Sungai Rawang
PENGENALAN
Program 3S (Senyum, Sapa dan Salam) akan diadakan bagi membantu peribadi
pelajar sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para pelajar
itu sendiri. Secara langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-
nilai murni dalam diri pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi
bahasa diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.
Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi Bahasa
Budaya Kita yang disiarkan di dalam media cetak dan media elektronik. Oleh itu,
Unit Hal Ehwal Murid (Bimbingan dan Kaunseling) akan menganjurkan Program 3S
ini bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat murni kerajaan dan diadakan di
peringkat sekolah. Malahan ianya juga dapat mendidik para pelajar supaya
mewujudkan sikap bersopan santun, beramah mesra dan sedia menolong di antara
satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan sillaturahim dan dapat
mengenali dengan lebih erat.

TUJUAN
1. Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikan di sekolah.
2. Mengurangkan salah laku pelajar.
3. Meningkatkan kehadiran pelajar.
4. Merapatkan kerjasama sekolah dengan masyarakat.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan para pelajar dapat :

1. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk warga sekolah dan
masyarakat luar.
2. Mendidik pelajar agar berbudi Bahasa, bersopan santun, tolong menolong dan
menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan.
3. Merasa dihargai kerana pelajar yang berbudi Bahasa dan berakhlak mulia akan diberi
ganjaran.
4. Mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan seharian.
5. Memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai murni
diperingkat sekolah lagi.
6. Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah.

KUMPULAN SASARAN

Semua warga sekolah (pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar, kakitangan


sekolah, pengawal keselamatan dan tetamu yang hadir ke sekolah).
AKTIVITI
Apabila murid sampai ke sekolah, mereka disambut dengan senyuman daripada guru-
guru bertugas. Murid digalakkan untuk turut melemparkan senyuman sebagai tanda
pertemuan.
Murid akan menyapa guru dengan ucapan
 Assalamualaikum cikgu
 Selamat pagi cikgu
 Good morning teacher
 Apa khabar cikgu
Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu memberikan
salam.
Seterusnya murid boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan tanda hormat
yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan badan atau meletakkan
tangan di dada.

PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk sentiasa
mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini
dapat menyemai sikap ramah mesra dalam kalangan pelajar, guru dan warga sekolah.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………… ………………………..
Cik Farizan Bt Mohd Taib
(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Disahkan oleh

……………………..

Anda mungkin juga menyukai