Anda di halaman 1dari 4

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)

Pengenalan

KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan oleh
Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.

Taarifan

Kebersihan : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih,


indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan
berkesan.

Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya murid dapat
mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan
pembangunan sahsiah diri.

Keselamatan: Siasana yang Selamat didalam atau diluar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan
kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

Skop dan Bidang Tugas :-

1.  Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan iaitu;

 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah


 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi berkaitan
 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah
 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan
 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan perjanjian/kontrak
seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama,
pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

2.  Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan
murid.

3.  Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah;

 Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program


kebersihan sekolah.
 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan

4.  Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu,
keracunan makanan dan lain-lain.

5.  Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan


6.  Menyediakan laporan secara berkala.

Cadangan Pelaksanaan Aktiviti

1.  Melaksanakan program kebersihan;

 Program Penjagaan Gigi dan Mulut


 Program Bebas Kutu
 Program Cuci Tangan
 Program Penjagaan Kuku
 Program Kemas Diri
 Program Membasmi Kudis Buta

2.  Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;

 Pertandingan Kebersihan
 Petandingan landskap
 Pertandingan Kantin
 Pertandingan Angkat Kelas
 Pertandingan Melukis dan Mewarna
 Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
 Pameran

3.  Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut keceriaan


dan sekolah kawasan Larangan Merokok.

Program 3K melibatkan faktor keselamatan , keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Sekolah
yang ceria dan kondusif dapat menarik minat pelajar datang ke sekolah setiap hari dan dapat
membentuk nilai sayang , bangga dan cintakan sekolah. Gambaran awal terhadap imej sesebuah
sekolah terletak pada keindahan persekitarannya dan wajah bangunan yang seronok mata
memandang. Untuk mencapai hasrat ini , pihak pengurusan sekolah harus melihat faktor berikut :

 Keceriaan kawasan persekitaran sekolah


 Keceriaan bangunan 
 Keceriaan landskap
 Keceriaan kantin
 Keceriaan bilik darjah
 Kemudahan pasarana

Program 3K dibawah Unit Hal Ehwal Murid yang mana unit ini menubuhkan Ahli Jawatankuasa
Program 3K peringkat Sekolah. Ahli jawatan kuasa terdiri dari pihak sekolah dengan agensi luar yang
terlibat anataranya Pasukan Bomba dan Penyelamat , Polis DiRaja Malaysia , , Majlis Perbandaran ,
Pejabat Kesihatan Daerah , Persatuan ibubapa dan komuniti setempat.

Persekitaran yang ceria dapat menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari. Mereka
merasa seronok ketika berada dalam kawasan sekolah. Pondok yang disediakan membolehkan
mereka belajar bersama - sama sebelum sekolah bermula. Untuk mengindahkan kawasan persekitaran
sekolah memerlukan kos dan masa untuk melaksanakannya. Untuk tujuan itu pihak sekolah boleh :

 Mengadakan aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah


 Mengadakan usahasama dengan pihak pibg
 Mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar
 Sumbangan ikhlas dari ibubapa pelajar

Mural peta Malaysia pada dinding bangunan sekolah ditempatkan di tempat yang strategik
menjadikan wajah sekolah bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan
pakaian yang cantik dan menarik. Dari jauh sudah kelihatan keindahan dan keunikannya. Bangunan
sekolah yang malap akan mengakibatkan 

 Kelihatan kurang daya tarikan awal


 Menggambarkan imej awal pihak pentakbiran sekolah
 Keseronokan tidak wujud diperingkat awal lagi
 Pesepsi yang kurang baik dari pandangan orang luar serta ibubapa pelajar Wujudnya perasaan
malas pelajar untuk datang ke sekolah kerana tidak ada dayatarikan

Sekolah yang berkonsepkan sekolah dalam taman memerlukan keceriaan landskap yang tersusun dan
menarik. Kaedah sagmen ( sudut ) dan lorong boleh digunakan sebagai strategi susun atur. Wujudkan
sudut sains , taman tumbuhan , dan galeri kemerdekaan. Kejayaan pihak sekolah membangunkan
keceriaan landskap banyak bergantung kepada hubungan dengan pihak : Kontraktor pembersihan
sekolah ,Persatuan ibubapa dan guru ,Kelab dan persatuan di sekolah.

Kantin yang ceria dan selesa menambah seri sesebuah sekolah. Kemudahan asas hendaklah lengkap ,
dalam keadaan baik dan teratur. Menu makanan haruslah dipelbagaikan terutama barang makanan
yang berkhasiat. Keceriaan dan keselesaan ini boleh dibantu oleh pengusaha kantin dan kekerapan
ahli jawatankuasa kantin menilai tahap kebersihan , keceriaan dan keselamatan pelajar. Laporan
mingguan harus diteliti dan jika ada sebarang isu atau pandangan , hendaklah diambil tindakan pantas.
Faktor penting adalah keselesaan dan keselamatan pelajar. 

Kelas yang ceria dan selesa serta bersih dapat meransang minda pelajar untuk belajar dalam suasana
yang kondusif.  Maklumat - maklumat yang ditampal pada papan kenyataan harus menarik dan
diselenggara selalu supaya dikemaskini.  Untuk tujuan ini pihak sekolah harus mengerakkan :

 Penglibatan guru darjah dan seluruh warganya


 Mengadakan program pertandingan keceriaan kelas setiap minggu
 Memberi pengiktirafan berstatus bintang yang dilekatkan pada papan kenyataan dalam kelas
yang bertujuan untuk memberi ransangan supaya terus berusaha mengekal dan
mempertingkatkan keceriaan kelas mereka.
 Penglibatan pihak persatuan ibubapa serta ibubapa pelajar kelas tersebut dengan cara
memberikan bantuan dari aspek pembelian cat  dan kain langsir.

Asas utama kepada kejayaan program ini adalah kerjasama yang bersepadu serta seronok
melaksanakan keceriaan dengan bantuan pelbagai pihak. Penat lelah akan terubat jika segala usaha
yang dijalankan mendapat sokongan dari pelbagai pihak khasnya ibubapa pelajar itu sendiri.

Bilik - bilik khas dan pondok rehat adalah merupakan sebahagian daripada prasarana sekolah yang
boleh membantu meningkatkan suasana keceriaan sesebuah sekolah. Prasarana yang lengkap dan
diselenggara dengan baik serta sentiasa dimunafaatkan demi kemenjadian pelajar.

PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Kesihatan melibatkan 3 elemen penting yang harus diberikan perhatian sama penting dengan
akademik pelajar. Tiga faktor yang harus diberikan perhatian iaitu :

 Kesihatan fizikal yang melibatkan jasmani


 Kesihatan mental yang melibatkan rohani
 Kesihatan sosial atau gaya hidup

Pentadbir sekolah harus peka dengan perkembangan kesihatan yang melibatkan guru dan juga pelajar
kerana jika diabaikan ia mengundang masalah tekanan , ketidakselesaan dan ketegangan @
ketidaktenteraman. Ia juga boleh mengakibatkan kemurungan atau kecelaruan jiwa jika dibiarkan
berpanjangan. Persekitaran kerja yang tidak kondusif atau gaya kepimpinan yang tidak bersesuaian
boleh menjadi faktor penyumbang. Persekitaran pembelajaran yang tidak harmoni dan kurang
menarik menyebabkan pelajar menjadi bosan atau tertekan.

Anda mungkin juga menyukai