Anda di halaman 1dari 4

1

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
SEKOLAH BERSIH, MINDA CERGAS
LATAR BELAKANG
Proses

pembelajaran

bukan

sahaja

berlaku

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran melalui


aktiviti-aktiviti diluar kelas yang boleh mendorong murid merasai sendiri suasana
berkenaan

bukan

sekadar

teori

sahaja.

Berpandukan

kepada

tema

Hidup

Bermasyarakat di dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan guru boleh


mengadakan gotong- royong atau menghias kelas serta bilik- bilik tertentu untuk
menerapkan nilai- nilai yang harus diterapkan di dalam tema ini. Bagi memberi peluang
kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka
lihat dan pelajari. Menghias kelas serta bergotong royong untuk membersihkan sekolah
boleh memberi kepada murid belajar tentang kepentingan menjaga alam sekeliling
mereka.
Selain itu juga, dengan program Sekolah Indah, Minda Cergas dapat
menceriakan serta menjamin kebersihan sekelinling sekolah. Secara tidak langsung ia
dapat menyegarkan minda murid- murid dan memberi semangat kepada murid untuk
belajar di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Ia juga akan membuatkan murid terasa
gembira belajar di dalam keadaan yang ceria, bersih dan kondusif.

ASAS PERTIMBANGAN
Program dijangka dapat memberikan penerapan nilai murni yang merangkumi
rasa empati, tanggungjawab, kerjasama dan keprihatinan kepada alam sekitar dan
menerapkan nilai sayang kepada bumi kita.
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah :

Menepati tema sukatan pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan berkenaan hidup


bermasyarakat melalui sifat tanggungjawab terhadap kawasan alam sekitar mereka.
Membentuk generasi prihatin dan amalan tanggungjawab sosial.

Membentuk semangat kerjasama untuk menceriakan kawasan sekolah dan


kelas mereka.

Menerapkan nilai menghargai alam sekitar mereka.

Menanamkan rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah
dikurniakanNya melalui pemerhatian terhadap nikmat hidup di bumi.

Melalui pengalaman secara langsung yang mampu memberikan banyak impak


kepada murid-murid dari segi minda dan emosi.

Mendorong sifat kreatif murid untuk menghias kelas.

Membina sikap menjaga kebersihan alam sekitar sejak dari sekolah lagi.

CADANGAN PELAKSANAAN
1.

Sasaran
Semua murid SseMJ
Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

2.

Tarikh / Tempat
Sepanjang tahun 2016
Waktu PdP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Setiap kelas(15 buah kelas) tingkatan 1 hingga 5 dan Makmal Komputer 1

3.

Pengisian
i.

Guru Sivik mengambil masa selama 10 minit untuk memantau murid- murid
membersihkan kelas.

ii.

Guru Sivik perlu membawa murid untuk membersihkan kawasan sekolah


sekurang- kurangnya sekali sebulan.

iii.

Guru Sivik perlu menghias Makmal Komputer 1.

iv.

Guru Sivik perlu sentiasa memantau keceriaan dan kebersihan kelas


semasa PdP Pendidikan Sivik.

BELANJAWAN PROGRAM
(Rujuk Lampiran 1)
KESIMPULAN
Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan
seterusnya mendapat kerjasama dari semua pihak baik di dalam sekolah
ataupun diluar sekolah. Semoga usaha murni membuahkan hasil yang dan
menjadikan Makmal Komputer 1 serta kelas- kelas sentiasa bersih dan ceria

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

............................................
(Cik Nur Atikah binti Noordi)
Ketua Panitia Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan
Sekolah Seni Malaysia Johor

...............................................
(Pn. Suhaibah binti Mohamed)
GKMP Sains Kemasyarakatan
Sekolah Seni Malaysia Johor

LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN (BELANJAWAN)
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
PROGRAM SEKOLAH BERSIH, MINDA CERGAS
SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
PERBELANJAAN
PERKARA

BUTIRAN KOS

JUMLAH (RM)

Pembalut meja berpelekat

RM 35x 6 gulung

RM 210.00

RM 45 x 8 gulung

RM 360.00

RM 31.70 x 17 buah

RM 538.90

Banting Selamat Datang

RM 30.00 x 15 helai

RM 450.00

Kertas berpelekat tingkap

RM 22.90 x 9 gulung

RM 206.10

Kertas dinding
(30 kaki x 10 kaki)
Penyegar udara( Airwick)

Termasuk bateri serta


pengganti
15 buah kelas dan 2
makmal komputer)

JUMLAH

RM 1765.00

SUMBER: DUIT PCG PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Anda mungkin juga menyukai