Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM
KECERIAAN
KELAS

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN KELAS

1.0 TAJUK
Kertas kerja program keceriaan kelas 5 Rafflesia tahun 2017.
2.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat dan rumah bagi pelajar di sekolah. Kelas yang menarik
dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi
menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan
untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid
dalam kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium
untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan
menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan
semasa belajar di dalam kelas. Semoga Program Keceriaan Kelas ini akan dapat
mencapai objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana
pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.

3.0 OBJEKTIF
1) Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
2) Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan
kelas bersih dan ceria.
3) Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama,
hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
4) Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang kepada
pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
5) Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 MATLAMAT
1) Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
2) Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.
3) Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.

5.0 PELAKSANA
Guru kelas tahun 5 Rafflesia dan murid-murid tahun 5 Rafflesia dengan bantuan
ibu bapa murid.

6.0 PELAKSANAAN
Program keceriaan kelas ini dijalankan pada 28 April 2017 bersamaan dengan hari
rabu pada waktu petang.

7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN PROGRAM


1. Menghias kelas dengan hiasan dan kata-kata motivasi untuk belajar.
2. Menghasilkan sudut pembelajaran interaktif di kelas.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL BAHAN KOS PERBELANJAAN
01. BAHAN PEMBELAJARAN RM 100.00
-Carta pembelajaran

JUMLAH RM 100.00

9.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa
panjangr. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini juga
diharap objektif penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang
lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semuapihak.
Disediakan oleh,

______________________
( FAIZURAH BINTI WASLI)
GURU KELAS TAHUN 5R
SK. ULU SAPI TELUPID.

Disahkan Oleh,

_____________________
( EN. JULIUS MANDASA )
GURU BESAR
SK. ULU SAPI TELUPID.

Anda mungkin juga menyukai