Anda di halaman 1dari 4

KESELAMATAN BENGKEL/MAKMAL REKA CIPTA

Pengenalan Kesedaran betapa pentingnya aspek keselamatan perlu ditanamkan kedalam jiwa setiap pelajar. Kemalangan sering berlaku dibengkel /makmal disebabkan pelajar tidak mematuhi atau mengambil berat langkah-langkah atau cara menggunakan peralatan atau perkakas dengan betul dan yang paling sukar dibendung ialah cuai dan terlalu yakin pada kerja yang dibuatnya. Ketika melaksanakan tugas ikutilah perturan sepanjang masa. Peraturan umum adalah seperti berikut: 1. Bekerja dengan bersih dan teratur termasuk kawasan sekitar perlu bersih dan selesa. 2. Belajar dan mengamalkan peraturan yang betul apabila menggunakan perkakas dan kelengkapan. 3. Lihat setiap langkah ketika bergerak daa berfikir sebelum memulakan kerja 4. Buat kerja dengan berhati-hati dan lakukan dengan yakin . 5. Jangan sekali-ali membuat kerja sambil lewa. 6. Ambil perhatian yang lebih ketika bekerja bagi mengelakkan kemalangan bukan sahaja diri sendri, orang lain bahkan harta benda. Punaca-Punca kemalangan Kemalangan merupakan peristiwa yanng tidak diminta atau dirancang. Setiap kemalangan itu ada mempunyai punca atau punca-punca yang menyebabkan ia berlaku. Secara umumnya terdapat dua faktor berlakunya kemalangan iaitu : a. Kemalangan disebabkan oleh faktor teknikal. Mesin atau jentera yang berbahaya tiada tanda amaran Penyelahgunaan alat-alat pemotong . Contoh alat pemotong digunakan sbg penukul Lantai yang licin dan mudah tergelincir Bahan mudah terbakan tidak dikawal rapi Pendawaian elektrik yg tidak baik Sistem keselamatan dan pencegahan kebakaran tidak teratur Kegagalan bhg mesin Sistem pemeliharaan yg tidak baik Bahan beracun atau gas tidak dikawal rapi Keadaan tempat kerja yang tidak memenuhi syarat asas , lampu-lampu, udara suhu , ruang dan lain-laintidak standard Latihan keselamatan tidak diamalkan.

b. Punca kemalangan yang dikaitkan dengan manusia . pelajar kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kerja yang diuruskan . sikap yang tidak betul terhadap kerja keresahan dan kelalaian disebabkan oleh perkara lain tidak memberi tumpuan kepada tugas disebabkan oleh keletihan taua mengantuk keadaan emosi yang tidak terkawal bekerja pada kadar kelajuan mesin yang tidak selamat penggunaan alat-alat yang tidak sepatutnya tidak menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan tidak menerima latihan keselamatan yang cukup. Faktor kesihatan .

Langkah-langkah Keselamatan dan Amalan Keselamatan Susun atur bengkel/makmal Susun atur mestilah berasaskan penjimatan masa untukmecari dan menyesuaikan alat ketika bekerja Susun atur yang kemas dapat menarik banyak pelangan disamping meninggikan minat mekanik bekerja Susun atur yang kemas dapat menarik minat untuk pelajar melakukan kerja Mempunyai pintu yang secukupnya untuk kerj a memunggah dan ruang kecemasan ketika terjadi kebakaran Menempatkan alat pemadam api ditempat yang mudha terjadi kebakaran spt tempat menyimpan minyak, stor alat ganti dan lain-lain. Penempatan alat pemadam perlu terbuka dan mudah diambil serta sentiasa dalam keadaan siap sedia digunakan Bengkel perlu mempunyai edaran udara yang mencukupi

Stor Bahan Bahanapi perlu disimpan disatu bilik khas yang mempunyai edaran udara yang mencukupi. Labelkan bilikdengan tanda yang jelas dan tanda amara spt BAHAN MUDAH TERBAKAR- DILARANG MEROKOK Jangan menggunakan petrol atau bahan yang mudah terbakar ketika melakukan kerja mencuci alat/bahan berhampiran dengan alat elektrik atau sumber elektrik yang sedang dibaiki.

Langkah Keselamatan Diri Jangan berlari , bergurau atau bermain dengan alat tajam didalam bengkel Jauhkan tangan atau anggota lain ketika bekerja pada mesin sedang bergerak Pakailah pakaian yang sesuai untuk bekerja dibengkel Berambut pendek dan kemas Menggunakan gogel atau pengadang mata ketika mencanao,menggerudi, meracik, mengimpal atau menjalankan kerja dibawah kenderaan untuk mencegah mata dari termasuk serpihan logam atau kotoran-kotoran lain. Jangan membawa atau menyimpan alat tajam dalam saku keranan ia boleh menikam diri sendiri. Ketika bekerja dengan alatan gunakan dengan teknik yang betul dan mengikut tatacara kerja yag dicadangkan. Jangan memakai perhiasan ketika bekerja dibengkel, ini mencegah anggta dari tercacat apabila terjadi kemalangan Gunakan kasut keselamatan bagi mengelak kaki dari tercedera bila tersepak benda-benda tajam atau ditimpa benda keras. Ketika menjalankan kerja mengamgkat benda berat, biasakan amalan mengangkan dengan membengkokkan kaki dan tidak membongkokkan pinggang. Sediakan peti kecemasan yang lengkap dibengkel. Setiap kemalangan atau kecederaan hendaklah dirujuk keoada pegawai perubatan yang bertauliah .

Langkah-langkah Keselamatan Alat dan Mesin Mesin Sebelum menggunakan sesuatu mesin anda mestilah tahu dan faham cara mengguna , mengendali dan memberhentikan mesin dengan cara yang betul Mengetahui tempat tempat yang merbahaya diatas mesin . tahu bila waktunya mengguna dan mengenakan gogel dan bila pula perlu memegang sesuatu alatan elektrik Perkakas kuasa perlu dijaga supaya bersih dan kering . kekotoran atau longgokan gris yang terkumpul boleh menyebabkan berlakunya litar pintas Alatan kuasa mudah alih sentiasa dibumikan bagi mencegah sebarang renjatan elektrik . Semasa menggunakan peralatan ini pastikan alatan itu yang membuat kerja , jangan sekali-kali memaksa alatan dengan daya yang berlebihan . Daya yang berlebihan menyebabkan bebanan dan boleh merosakkan alatan atau menerbangkan cebisan pepejal.

Hindarkan daripada menggunakan perkakas elektrik ditempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar. Pastikan bahagian yang bergerak dimesin mempunyai pelindung atau pengadang keselamatan . Ketika menggerudi pastikan benda kerja dicengkam teguh diats meja gerudi bagi mencegah benda kerja dari terlucut atau terpusing Ketika bekerja dengan mesin pencanai laraskan kedudukan penyandar pada jarak 1-5 mm dari roda pencanai. Jika jarak berlebihan , benda kerja akan mudah terlekat dicelah penyandar dan memberhentikan roda pencanai dengan mengejut. Gunakan gogel ketika mencanai dan hindari membat kerja mencanai tanpa bantuan penyokong atau penyandar. Cuci semua alatan atau perkakas selepas digunakan . Simpan ditempat yang baik dan selamat.Matikan semua suis. Pastikan sambungan dawai tidak longgar atau ada dawai yang terdedah . Semasa menggunakan mesin kimpal MIG pastikan semua peraturan penggunaan mesin berkenaan dipatuhi.

Peringatan : Bekerja dengan elektrik perlu selalu beringat tentang arus tidak dapat dilihat dan sebarang renjatan datang tanpa isyarat. Jika ada dikalangan pelajar yang melakukan kerja projek menggunakan perkakasan elektrik perlulah dapatkan khidmat nasihat dari guru terlebih dahulu ataupun mereka yang arif dalam bidang elektrikal. Meja Kerja Pastikan ragum dipasang dengan teguhnya dimeja kerja. Pastikan saiz, jenis dan kegunaan sepana yang betul dan mengikut cara yang betul. Sebelum menggunakan alat pengetuk seperti tukul, pastikan pemegangnya terpasang teguh dan hindarkan menggunakan tukul yang rosak. Pastikan alatan tangan atau pemotong mempunyai pemegang yang sesuai dengan saiznya. Jangan sekali-kali menggunakan kikir yang tidak berhulu kerana ia boleh mencesderakan tangan pengguna. Hindari dari menggunakan pahat dan juga alatan lain yang berkepala cendawan kerana dikhuatiri serpihan kepala cendawan akan terpelanting dan boleh mencederakan diri pengguna atau orang lain . Jangan meletakkan alat atau perkakas ditepi meja kerana ia mudah terjatuh apabila tersentuh dan boleh mencederakan .

Disediakan oleh Zulkurnain bin Abdul Rahman Panitia RC SMK Ayer Baloi (Nov 2012) 4

Anda mungkin juga menyukai