Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN AKTIVITI PERKHEMAHAN TAHUNAN .

Pihak penganjur haruslah mengutamakan kemampuan peserta dari segi ekonomi,masa dan
jarak tapak yang di pilih.
Penganjur sepatutnya menyediakn khemah.Agar peserta merasai bagaimana mendirikan
khemah dan memberi pengalaman terhadap peserta yang belum pernah terlibat.
Setiap peserta disatukan dan di bahagikan menjadi beberapa kumpulan.Penganjur akan
memberi tugasan dan perintah kepada tiap ketua kumpulan bagi mencungkil bakat pemimpin
dari kalangan peserta dan memupuk semangat setia kawan.
Tiap aktiviti selingan program haruslah berkonsepkan motivasi dan bukan semata mata
matlamat penganjur dan pihak Jabatan.
Penganjur seharusnya mempunyai kaedah sistematik berkaitan pendaftaran peserta dan
penyampaian taklimat kepada peserta.
Pemilihan tapak juga amat penting bagi memudahkan jemputan khas datang dan menarik minat
peserta mengikuti program bukan bergantung kepada pencadang sahaja.
Penganjur perlu memperbanyakkan aktiviti supaya para peserta dapat menimba pelbagai teknik
dan dapat bertukar pendapat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Aktiviti biasa dalam program perkhemahan yang perlu di tamabhbaik adalah seperti larian
2.4km,rentas desa,carian harta karun mengikut petanda dan petunjuk,halangan komando dan
malam kebudayan.
Peserta sepatutnya di tunjuk ajar bagaimana memberi rawatan kecemasan,merisik maklumat
dan melaporkan tiap kejadian.
Penganjur boleh merakam tiap aktivti dan di jual semula kepada peserta bagi menjana dana
yang telah dikeluarkan sedikit sebanyak,selain itu jualan barang-barang kelengkapan juga boleh
dijual pada masa sama.
Penganjur juga boleh aturkan sukaneka dan perlawanan dalam senireka dan bina,persembahan
dan sesi soaljawad bagi mencungkil idea dari kalangan peserta.
Pelaksanaan program adalah tunggak kelicinan dan tidak perlu terlalu banyak bergantung.Setiap
pegawai telah lebih awal terima tugasan masing-masing.pengkhususan dalam pelaksanaan juga
penting bagi menjaga perasaan pegawai dan peserta.
Peraturan dan disiplin pegawai dan peserta juga harus dititikberatkan bagi keselesaan dan
keserasian semua.
Setiap item di atas ini adalah cadangan yang wajib dikajiselidik semula.
Penganjur boleh meniru program-program yang dianjurkan oleh mana-mana jabatan.
Paling penting biarlah program serupa ini memberi impak positif kepada tiap peserta demi
pencapaian bersama.
Penganjur sewajarnya tidak menyelitkan situasi kebiasaan dalam program ini.sepatutnya biarlah
berkonsepkan motivasi dan mengasah,mencungkil,membina,tunjukajar dan perkara yang boleh
diguna pakai oleh peserta bila di saat genting dan meningkatkan pencapaian.
Disediakan oleh.

Anda mungkin juga menyukai