Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA SMK ______________________TAHUN 2016

( PERASMIAN )
AKTIVITI
1. Ketibaan Tetamu
Kehormat

2. Nyanyian lagu
Negaraku dan
Bacaan Doa

TEKS PENGACARA
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia
Encik___________________diiringi oleh Yang Berusaha Encik
_________________________, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
____________________ serta rombongan.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pembuka tirai, majlis mempersilakan, para hadirin untuk samasama berdiri tegak bagi menyanyikan Lagu Kebangsaan, Negaraku.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk

Sidang hadirin sekalian,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dengan sukacitanya majlis
menjemput Ustaz ____________________untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
Amin. Amin Ya Rabaal A lamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan itu tadi.

Pengacara

3. Lintas Hormat Oleh


Kontinjen-kontinjen

Sebagai memulakan acara pada pagi ini, marilah kita sama-sama


menyaksikan upacara lintas hormat oleh semua kontinjen yang
mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah
Kebangsaan __________________ Kali Ke________ tahun 2016.

4. Tabik hormat

Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En.


_____________untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia
Encik _____________ untuk menerima tabik hormat .

( apabila kontinjen
hampir sampai ke grand
stand )
5. Memperkenalkan
kontinjen
( apabila hampir dengan
grand stand )

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Dimulakan dengan pembawa bendera kejohanan oleh lima orang pelajar
wakil Unit Beruniform yang melambangkan 4 buah rumah sukan.
i )Barisan kontinjen dimulakan dengan Rumah Alpha / Biru yang
diterajui oleh Cikgu ______________________ dengan motto mereka
ialah
ALPHA GO, FIGHT AND WIN

Rumah sukan ini memberikan saingan yang hebat kepada pesaingpesaingnya :


Satu, dua, tiga, empat
Lima, enam, tujuh lapan
Rumah Alpha memang Hebat
Nombor satu takkan lepaskan

ii )Kontinjen seterusnya

Beta bertahta di segenap tempat


Panggilan manja Sultan dan Raja
Sinaran Beta amatlah kuat
Kerana kami kekal juara
Rumah Beta / Rumah Merah
Pasukan ini diketuai oleh Cikgu ___________________ Untuk makluman
semua hadirin, rumah Beta merupakan juara bertahan dua tahun bertututturut .
Adakah Beta kekal juara tahun ini? Ya, kita lihat nanti.
Moto rumah mereka ialah GLORY LAST FOREVER.

(iii )

Seterusnya
Tepuk, tepuk tangan
Tepuklah dengan gembira
Belum cuba belum tahukan!
Gamma juga nak rebut Juara....

Rumah Gamma/ Rumah Hijau diketuai oleh Encik


__________________. Juga memberikan saingan yang tidak kurang
hebatnya. Moto rumah Gamma,
GO FOR GOLD
DO THE BEST, BEAT THE REST.

( iv) Akhir sekali barisan kontinjen dari rumah Theta / Rumah Kuning
yang diketuai oleh En. ________________________. Moto rumah Theta
DARE TO FAIL DARE TO STAND
WE FAIL WE GAIN

Bagi Rumah Theta


Two , three cats run, run, run
Not as same as the Stripy one
Gamma, Beta, Alpha every where can Find
But Theta, ! Is the only one!!!!

Lenggok Si Pondan amat menawan


Kalahkan lenggok Si anak dara
Rumah lain jangan nak perasan
Tahun ini Theta juara!!!!!
Demikian tadi lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen yang bertanding.
6. Selesai Lintas Hormat

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik


_______________________kerana sudi menerima tabik hormat itu tadi.

7. Mukaddimah
Pengacara

1. Yang Berbahagia, Encik _______________________


2. Yang Berusaha, Encik___________________
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ________________
3. Yang Dihormati, ketua-ketua jabatan, Pengetua, wakil pengetua, Guru
Besar dan Wakil guru besar.
4. Yang Dihormati, Encik _____________________ng
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan
___________________________

5. Yang Dihormati ,
En/ Puan/Cik . _________________, Penolong Kanan Pentadbiran
Cik ___________________. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En _____________________ Penolong Kanan Kokurikulum
6. Barisan guru, para pengawas pelajar-pelajar serta hadirin hadirat yang
dihormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam hormat penuh
takzim.
Selamat datang ke Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan
_________________ tahun 2016.
Untuk makluman semua, kejohanan suka ini merupakan kejohanan kali
______________ dan hari ini merupakan kemuncak daripada siri
kejohanan sukan, bermula dari Kejohanan Merentas Desa yang telah
diadakan pada 21 Jan yang lalu diikuti oleh acara padang yang telah
berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 9 Februari yang lalu.
Hari ini , warga SMK. ________________ berkampung di sini bagi
meneruskan perjuangan dalam acara trek pula.

8. Ucapan alu-aluan
Pengetua

Sidang hadirin sekalian,


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang
Berusaha En. ______________________untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan
itu tadi.

9. Ucapan Perasmian
VIP

Majlis pada pagi yang ceria ini diteruskan lagi dengan menjemput :
Yang Berbahagia ___________________________________untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga
SMK _______________ Kali Ke_____ ini.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan .

10. Selesai ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik


_______________________ itu tadi maka dengan itu rasmilah sudah
Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan
__________________________ Tahun 2016 . Semoga kata-kata dan
amanat itu tadi dapat dijadikan sebagai pemangkin Kecemerlangan Sukan
di sekolah kita.

11. Upacara menaikkan


bendera kejohanan

Para hadirin sekalian,


Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan upacara menaikkan bendera
kejohanan. Untuk itu, majlis mempersilakan ____________________
_______________________________.
Majlis mempersilakan.

12. Selesai upacara

Majlis mengucapkan terima kasih.

13. Upacara melafazkan


ikrar kejohanan

Seterusnya ialah upacara melafazkan ikrar kejohanan. Majlis menjemput


adik ________________________ untuk mengetuai pembacaan ikrar
kejohanan. Dipersilakan

14. Selesai upacara


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar kejohanan itu
tadi.
Buat makluman sidang hadirin, pembaca ikrar, Adik
________________telah memenangi
pingat_______________________________________________________
____________________________________________________________
_________________________________

15. Upacara
penyampaian hadiah
lintas hormat

Sekarang sampailah kita pada upacara penyampaian hadiah kepada


pemenang lintas hormat yang berlangsung sebentar tadi.
Sebelum itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia,
___________________diringi oleh Yang Berusaha
_________________________Pengetua SMK
_______________untuk menyampaikan hadiah.
Majlis mempersilakan .
Keputusan adalah seperti berikut;
Tempat keempat : _______________________
Tempat ketiga
: _______________________
Naib Johan
: ________________________
Johan
: _______________________

16. Cenderamata
Kepada Tetamu
Kehormat

Atas rasa sukacita dan bangganya, majlis menjemput sekali lagi Yang
Berusaha Encik __________________ untuk menyampaikan
cenderamata dan tanda kenang-kenangan buat Yang Berbahagia
Encik ___________________ dari warga
SMK.__________________
Dipersilakan.

17. Selesai upacara


penyampaian hadiah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbusaha


_______________________________________.

18. Nyanyian lagu Ibu


Pertiwiku

Seterusnya ,
Para hadirin dipersilakan sekali lagi untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
kebesaran negeri Sarawak Ibu Pertiwiku.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk

19. Upacara keluar


padang

20. Persembahan
Padang

Seterusnya ialah perbarisan keluar padang oleh kontinjen-kontinjen yang


mengambil bahagian.
Menutup tirai majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Kedua , saksikanlah
persembahan daripada Kelab Kebudayaan dan wakil pelajar dari
setiap rumah sukan SMK________________________
Dipersilakan.

Penutup
AKTIVITI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Dengan demikian maka berakhirlah majlis perasmian kita pada pagi
ini.Sekian, terima kasih. Majulah sukan untuk SMK ______________
TEKS PELAUNG

Acara olahraga bermula Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah acara 117 1500 Meter
perempuan bawah 14 tahun.
Contoh
Bagi acara 117 1500 Meter perempuan bawah 14 tahun diminta semua
peserta bagi acara tersebut ke khemah penyelia untuk pendaftaran .

Pelaung

Anda mungkin juga menyukai