Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS AUDIT LEAN MANAGEMENT IKMKK 3 DIS 2019

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Kahiril Anuar Bin Sobri, Pengarah IKM
Kota Kinabalu, yang Dihormati En Mohd Sufian Ahmad, Juru audit MPC dengan
diiringi timbalan-timbalan pengarah. Hadirin sekalian diminta berdiri.
Hadirin Sekalian diminta untuk terus berdiri. Majlis dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Malaysia Bersih dan Amanah Rakyat.
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.
Sebelum kita meneruskan majlis, siding hadirin diminta memberikan perhatian bagi
taklimat keselamatan berikut.
Sidang hadirin sekalian sedang berada di dalam Dewan Sri Kundasang, IKMKK.
Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sidang hadirin diminta untuk
meninggalkan dewan ini dari pintu yang berada di hadapan dan belakang dewan ke
kawasan pengunsian di Padang B yang terletak di belakang dewan ini. Sidang
hadirin diminta untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan mengikuti
arahan oleh pegawai keselamatan yang bertugas. Semoga keprihatinan dan
perhatian sidang hadirin akan memastikan kita sentiasa selamat dan sejahtera
sepanjang majlis ini berlangsung.
Bismillahirrahmanirrahim.
Terang malam cahaya pelita,
Pelita ayan ditatang dara,
Umul kalam pembuka kata,
Pantun warisan pemula acara.
Yang Berbahagia, En Khairil Anuar Bin Sobri, Pengarah IKM Kota Kinabalu
Yang Dihormati, En Mohd Sufian Ahmad, Juruaudit MPC,
Yang Berusaha, En Mohamad Zaki Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Hal Ehwal
Akademik IKMKK
En. Lazarus Bin Alip, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar
IKMKK
Puan Natisya Bt Supiyan, Penyelaras Lean Management IKMKK,
Warga kerja IKMKK, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
di dalam dewan ini bagi sesi audit Lean Management IKMKK pada pagi ini.
Tanpa melengahkan masa, bagi memperolehi berkah dan rahmat di sepanjang
majlis ini berlangsung, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadzil
Ustaz Suhaili Bin Said bagi membacakan doa. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz diatas bacaan doa itu tadi.

Sungguh indah cempaka hutan,


Harum baunya mekar mewangi,
Ucapan pemula ucapan aluan,
Lean management agenda kami.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, En
Khairil Anuar Bin Sobri, Pengarah IKM Kota Kinabalu untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia, En Khairil Anuar Bin Sobri, Pengarah IKM
Kota Kinabalu
Di atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian. Sebelum memulakan sesi taklimat dan
pembentangan audit Lean Management IKMKK, majlis mempersilakan tetamu
kehormat dan tetamu jemputan untuk mengambil tempat yang telah disediakan.
Dipersilakan.

Dari Kudat ke Pensiangan,


Bawa sumpit bersalut lilin,
Sesi taklimat sesi pembentangan
Majlis audit pengurusan lean,

Sesi audit pagi ini dimulakan dengan taklimat Lean Culture oleh Yang Berusaha,
Puan Natisya Bt Supiyan, Penyelaras Lean Management IKMKK. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Natisya Bt Supiyan, Penyelaras Lean
Management IKMKK diatas taklimat Lean Culture yang disampaikannya sebentar
tadi.

Seterusnya adalah pembentangan projek-projek Lean Management IKMKK oleh


ketua-ketua kumpulan yang dilantik. Untuk pengetahuan juruaudit dan sidang
hadirin sekalian, Projek 1 dan 2 adalah projek yang telah berjaya disempurnakan
sehingga ke peringkat VSM Future bagi tahun 2019, manakala Projek 3 dan 4 adalah
projek yang berjaya disempurnakan sehingga ke peringkat VSM Current dan akan
diteruskan bagi tahun 2020. Semasa pembentangan berlangsung, juruaudit
dipersilakan untuk mengemukana soalan sekiranya perlu.
Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput En. Rahim Bin Abu, bagi
membentangkan projek pertama pagi ini iaitu Projek Pemilihan Majlis Perwakilan
Pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih kepada En Rahim Bin Abu dan ahli kumpulan atas pembentangan
Projek Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar itu tadi.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ustazah Haslinda Bt Ahmad, selaku ketua
kumpulan untuk membentangkan projek kedua iaitu Projek Aduan Kerosakan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih kepada Ustazah Haslinda Bt Ahmad dan ahli kumpulan atas
pembentangan Projek Aduan Kerosakan itu tadi.
Seterusnya dipersilakan pembentangan projek ketiga iaitu Projek Pendaftaran
Pelajar Baharu. Dipersilakan Puan Aizom Bt Saipudin dan ahli kumpulan bagi sesi
pembentangan projek tersebut.
Terima kasih kepada Puan Aizom Bt Saipudin dan ahli kumpulan atas
pembentangan Projek Pendaftaran Pelajar Baharu itu tadi.
Seterusnya dipersilakan pembentangan projek keempat dan terakhir pada hari ini
iaitu Projek Sewaan dan Pinjaman Fasiliti. Dengan itu dipersilakan Puan Aleya Bt
Abdullah dan ahli kumpulan untuk membentangkan projek berkenaan.
Terima kasih kepada Puan Aleya Bt Abdullah dan ahli kumpulan atas
pembentangan Projek Sewaan dan Pinjaman Fasiliti itu tadi.
Dengan pembentangan terakhir itu tadi, demikianlah sesi taklimat dan
pembentangan Lean Management IKMKK bersama juruaudit MPC. Seterusnya
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan juruaudit MPC
dengan diiringi tetamu kehormat dan jawatankuasa terlibat bagi sesi lawatan
tapak. Seusai sesi lawatan tapak, kita akan kembali berkumpul di dewan ini bagi
bersama-sama mendengar rumusan dan pergulungan oleh juruaudit MPC. Dengan
itu, majlis diteruskan dengan sesi lawatan tapak. Dipersilakan.
Sidang hadirin sekalian. Demikianlah sesi lawatan tapak bersama-sama juruaudit
MPC. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan
juruaudit MPC, En Mohd Sudian Ahmad bagi memberikan rumusan dan
pergulungan kepada sesi audit Lean Management IKMKK kita pada hari ini.
Dipersilakan.
Terima kasih kepada En Mohd Sudian Ahmad, juruaudit MPC diatas rumusan dan
pergulungan yang disampaikan sebentar tadi. Semoga kita semua akan
memperoleh ilmu dan manfaat dalam memastikan projek-projek IKMKK pada masa
akan datang akan dapat dijayakan dengan lebih efisien dan mudah.
Dengan sesi rumusan dan pergulungan itu juga, maka berkahirlah majlis kita pada
hari ini. Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan
IKMKK, juruaudit, jawatankuasa yang terlibat dan seluruh warga kerja IKMKK dalam
menjayakan Lean Management di IKMKK ini.

Terbang rendah si burung pucung,


Patah sayap burung terkukur,
Sampai sudah majlis di penghujung,
Ampun maaf tersalah tutur.

Majlis menjemput dan mempersilakan tetamu kehormat dan jemputan, serta


jawatankuasa terlibat untuk ke jamuan makan tengahari. Dipersilakan.
Dengan itu, wabillahhitaufik walhidayah. Wassalammualaikum WBT. Sekain terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai