Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KURSUS PENINGKATAN


KEMAHIRAN PENSYARAH SENIBINA IKMKK

1. NAMA PROJEK/PROGRAM

Memohon peruntukan perbelanjaan mengikuti kursus peningkatan kemahiran pensyarah


Program Senibina Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK) dalam bidang 3D
Modelling – Building Information Modelling (BIM) dan REVIT.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Bahagian
Kemahiran dan Teknikal (BKT) bagi Cadangan Kursus Peningkatan Kemahiran Pensyarah
Program Sijil Senibina IKMKK.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Program Sijil bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di
Malaysia mengalami perubahan dan pembangunan yang sangat pesat. Ini
kerana terdapat perubahan iklim pendidikan teknikal di seluruh dunia dan
keperluan pekerjaan yang tinggi di industri.

3.2 Sehubungan itu, IKMKK melalui perbincangan pembangunan kurikulum


RMk12 telah mengambil inisiatif dengan mencadangkan menaiktaraf Program
Sijil Senibina kepada Program Diploma Senibina Teknologi 3D Visual.
1
3.3 Justeru, tahap kemahiran teknikal pensyarah serta pengajaran dan
pembelajaran perlu dipertingkatkan secara berterusan bagi memastikan
modal insan yang berkemahiran tinggi mampu dilahirkan bagi memenuhi
keperluan industri.

4. JUSTIFIKASI KURSUS

Permohonan peruntukan perolehan kursus ini dilakukan dengan justifikasi seperti berikut :

4.1 Kemahiran yang yang ada pada semua pensyarah senibina hanya terhad
untuk skop senibina sahaja mengikut kepada lulusan dan kemahiran masing-
masing.

4.2 Pensyarah senbina berpeluang meningkatkan kemahiran berkaitan dengan


bidang lain yang masih berkait rapat dengan bidang seni/rekabentuk yang
boleh diterapkan kepada pelajar atau usahawan.

4.3 Dalam pada itu juga, pensyarah senibina memerlukan kepakaran/


pengetahuan dalam bidang ini dalam proses mendapat pengiktirafan SKM
tahap 3 melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) oleh pihak Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) sekiranya perlu.

4.4 Peningkatan kemahiran bagi menepati keperluan pembelajaran yang terdapat


didalam silibus bagi Program Diploma Senibina Teknologi 3D Visual dan
NOSS berkaitan oleh JPK kelak.

2
5. IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran kos untuk kursus peningkatan kemahiran pensyarah senibina dianggarkan


sebanyak RM4,200.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu Dua Ratus Sahaja).

BILANGAN HARGA
BIL. KURSUS TEMPAT TEMPOH
PESERTA (RM)
Building Information Advanced Business
1. Modelling (BIM)-Revit Systems 1 hari 2 orang 600.00
Architecture Level 1 Consultants, KK
Building Information Advanced Business
2. Modelling (BIM)-Revit Systems 1 hari 2 orang 600.00
Architecture Level 2 Consultants, KK
JUMLAH KESELURUHAN 4200.00
Nota: Rujukan sebutharga bagi setiap kursus adalah seperti di lampiran….

6. PENUTUP

Adalah dimohon cadangan kursus peningkatan kemahiran pensyarah senibina


dengan peruntukan sebanyak RM4,200.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu Dua
Ratus Sahaja) mendapat pertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT.

DISEDIAKAN OLEH:
IKM Kota Kinabalu

7. SOKONGAN PENGARAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA KOTA KINABALU

Permohonan cadangan kursus peningkatan kemahiran pensyarah senibina dengan


peruntukan sebanyak RM4,200.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu Dua Ratus
Sahaja) adalah disokong / tidak disokong.

___________________________

3
KHAIRIL ANUAR BIN SOBRI
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu
Tarikh:

8. KELULUSAN PENGARAH BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA

Permohonan cadangan kursus peningkatan kemahiran pensyarah senibina dengan


peruntukan sebanyak RM4,200.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu Dua Ratus
Sahaja) adalah diluluskan / tidak diluluskan.

___________________________
IR. MAHZAN BIN TEH
Pengarah
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai