Anda di halaman 1dari 3

PERMOHONAN KELULUSAN BAGI MENGADAKAN

BENGKEL KURSUS PEMBANGUNAN SOALAN LATIHAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN


PAKEJ DIBAWAH INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA)/HOTEL

1. Nama Bengkel : Bengkel Analisa Keperluan Pengguna Sistem Persijilan CIAST


2. Tempat Diadakan : Grand Beach Resort Port Dickson
Negeri Sembilan
3. Kos ILA/Hotel : RM6,800.00
4. Bil Peserta : 15 orang
5. Kumpulan Sasaran : Pengajar Program Pembangunan
Elektronik Dan Multimedia (PEM) serta Program Pembangunan
Pengajar Dan Kemahiran (PPK)
6. Tarikh/Tempoh Kursus: 25-27 April 2018 (3 hari 2 malam)

7. Objektif : Kursus Pembangunan Soalan Latihan


Kemahiran ini bertujuan memberi pendedahan kepada
tenaga pengajar Pusat Bertauliah Awam dan Swasta mengenai
teknik dan tatacara pembangunan soalan yang memenuhi
keperluan unit kompetensi dalam SKPK disamping sebagai
persediaan kepada para peserta semasa sesi pembangunan
soalan yang sebenar.

8. Justifikasi : Secara amnya, objektif utama bengkel kursus pembangunan Soalan


Latihan Kemahiran adalah untuk menyokong pelaksanaan Pembangunan Soalan yang
berkualiti oleh PB awam dan swasta di mana mereka yang akan dilatih ini akan terlibat
sebagai fasilitator dalam mengendalikan sesi pembangunan nanti.

Bengkel kursus ini perlu diadakan di luar kawasan pejabat kerana :


i. Bilangan peserta bengkel kursus yang ramai, iaitu 22 orang bagi setiap sesi
memerlukan penyelarasan dan tumpuan khusus bagi menghasilkan mutu peserta
yang baik dan berketrampilan.
ii. Jadual bengkel kursus yang padat (sehingga malam) memerlukan tempat dan
kemudahan yang selesa bagi setiap peserta supaya dapat memberikan komitmen
sepenuhnya semasa bengkel kursus berlangsung.
iii. Penyertaan peserta bengkel kursus dari seluruh negara menyebabkan keperluan
Jabatan menyediakan kemudahan makan-minum dan penginapan semasa
bengkel kursus diadakan.
iv. Pelaksanaan aktiviti bengkel kursus tidak sesuai dijalankan di kawasan pejabat
kerana ruang yang terhad serta memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi setiap
peserta untuk menampung kos makan-minum, penginapan serta
pengangkutan/perjalanan harian.
v. Kos pelaksanaan aktiviti bengkel kursus yang diberikan secara pakej berdasarkan
harga pukal termasuk makan dan minum, penginapan serta kemudahan bengkel
adalah lebih murah dan menjimatkan.

8. Kandungan Kursus : Jadual Kursus disertakan

9. Anggaran Perbelanjaan : RM 16,000.00


Kos yang terlibat adalah melibatkan bayaran kemudahan dan pakej hotel (penginapan,
makan & minum dan ruang latihan), bahan latihan/percetakan, sewaan peralatan,
tuntutan perjalanan pengajar serta elaun lebih masa pengajar terlibat. Peruntukan
program Pembangunan Soalan Latihan Kemahiran ini menggunakan peruntukan
Pembangunan JPK bagi RMK11 dengan menggunakan kod aktiviti P4603200030022,
sebanyak RM50,000.00

10. Pengajar/Fasilitator : 1. En. Mohd Ozahir Bin Mat Palal


Pengajar Kursus Soalan, CIAST
2. Pn. Mahani Binti Mokhtar
Pengajar Kursus Soalan,CIAST

11. Dokumen Sokongan : 1) Perbandingan harga tiga (3)


sebutharga hotel

12. Kesimpulan : Cadangan menjalankan aktiviti bengkel, taklimat serta bengkel


kursus pembangunan soalan latihan kemahiran adalah amat penting bagi memberikan
kefahaman dan melahirkan fasilitator/pembangun Soalan yang terlatih dan kompeten di
semua PB JPK seterusnya menghasilkan produk tenaga mahir yang berkualiti.

2
13. Syor :

Justeru itu, Unit Pembangunan Fasilitator memohon pertimbangan dan kelulusan


Pengarah CIAST, bagi menjalankan aktiviti Bengkel Kursus Pembangunan Soalan
Latihan Kemahiran pada 12 Mac hingga 16 Mac 2018 ini bertempat di UiTM
Hospitality Management Sdn. Bhd./Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam
Selangor dengan kos sebanyak RM 13,560.00 berdasarkan justifikasi di atas agar
bengkel kursus yang dirancang menjadi lebih efektif dan efisien.

14. Keputusan Pengarah CIAST

Saya BERSETUJU/ TIDAK BERSETUJU meluluskan permohonan ini.

ULASAN:
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

………………………………………………………….
(DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N.)
Pengarah CIAST
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Tarikh :................................................

Anda mungkin juga menyukai