Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM

MAJLIS MALAM APRESIASI KKNT


(TEMA: BLUE AND BLACK SPARKLE)

KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL


TAHUN 2017
_______________________________________________________

EN.SOFIZAIN BIN ADAM


PENGARAH PROGRAM
MALAM APRESIASI KKNT
TARIKH: 14 OKTOBER 2017

TEMPAT: MARINA ISLAND PANGKOR RESORT, LUMUT, PERAK

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran


kehadrat Allah SWT kerana dengan Taufik dan InayahNya dapat kita
berkumpul dalam majlis makan malam merangkap Majlis Malam
Apresiasi KKNT (Tema: Blue And Black Sparkle) bagi Tahun 2017.
Pertama sekali saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam
ini.

Saya bersyukur program ini dapat dilaksanakan dengan bantuan dari


semua pihak. Majlis Malam Apresiasi KKNT ini adalah salah satu
program yang besar berlangsung di Marina Island Pangkor Resort, Lumut,
Perak. Mengikut tahun-tahun sebelumnya, Majlis Malam Apresiasi
KKNT telah diadakan secara berasingan mengikut program masing-
masing. Tetapi pada tahun ini, majlis ini menggabungkan tiga buah
program yang telah berlangsung iaitu Mesyuarat Pengurusan Strategik,
Bengkel Pemerkasaan Kolej Komuniti Nibong Tebal Tahun 2017
(KKNTeam@1.0) dan Bengkel Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) selama 2 hari ini.

. Secara tidak langsung, dengan penggabungan ini empat program


dapat dilaksanakan serentak dan dapat mengenali antara satu sama lain
dan mengeratkan silaturahim. Saya berasa bertuah kerana diberi
kepecayaaan untuk mengendalikan majlis sebesar ini. Melalui program
ini, saya mendapat pendedahan bagaimana untuk mengendalikan sesuatu
program. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan. Tidak lupa juga ucapan
ribuan terima kasih kepada penasihat program kali ini iaitu En. Rizal
Kasyrno Bin Ghazali kerana beliau telah banyak membantu saya dan
juga rakan-rakan Pensyarah dan Staf Pentadbir Sokongan yang lain.

Hadirin sekalian,

Akhir kata, saya selaku ketua pengarah program ini berasa amat gembira
dan bersyukur kerana empat program serentak ini berjalan dengan lancar
dengan kerjasama semua pihak. Sekali lagi saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih atas kesudian para Pensyarah dan Staf Pentadbir
Sokongan bersama keluarga tersayang sudi hadir ke majlis makan malam
dan Majlis Malam Apresiasi KKNT Tema: Blue And Black Sparkle
bagi Tahun 2017 ini.

Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai