Anda di halaman 1dari 13

1103/2

Bahasa
Melayu
Tingkatan Empat
Peperiksaan ½ Tahun
Kertas 2
2021
2½ jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHAHBANDAR HUSSAIN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN EMPAT 2021

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi sembilan soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak.

1
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

Soalan 1 - Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan satu kata kerja
transitif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan
menggunakan perkataan itu sebagai kata nama khas atau peribahasa.

Proses untuk menghasilkan arang kayu bakau ini memerlukan kepakaran tenaga kerja
yang unik dan mencabar. Secara ringkasnya, proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur
yang berbentuk iglu dibahagikan kepada tiga peringkat yang memakan masa kira-kira
sebulan. Peringkat pertama bermula dengan pembakaran “api besar” selama sepuluh hari.
Peringkat kedua pula pembakaran dengan “api kecil” selama sepuluh hari lagi. Pada
peringkat ketiga, pintu dapur ditutup sepenuhnya selama sepuluh hari untuk proses
penyejukan. Peringkat ini merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi
memastikan arang di dalam relau tidak terbakar hingga menjadi abu.

( Dipetik daripada Arang Kayu Bakau di


Kuala Sepetang, buku teks ting.4 Kementerian
Pendidikan Malaysia)

[6 markah]

Soalan 2 - Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis-jenis ayat yang bergaris berikut sama
ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

Masyarakat Malaysia gemar bermain dam pada masa lapang. .Jangan membazir masa
dengan perkara yang tidak berfaedah.Oleh itu permainan ini amat digalakkan untuk mengisi
masa lapang. Di manakah permainan ini boleh dilakukan? Mereka boleh bermain bersama-
sama keluarga atau rakan sama ada di rumah atau di wakaf yang terdapat di taman.Permainan
ini menguji kepintaran pemain dalam mengatur stategi untuk mengalahkan pihak
lawan.Sudahkah anda bersedia? Ayuh,kita bertarung minda!

(Dipetik dan diubah suai daripada Buku


Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5,muka
surat 22)
[ 6 markah ]

2
Soalan 3: Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas
kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Gejala rasuah semakin membarah di kalangan masyarakat khususnya penjawat awam.


Persoalannya apakah tindakan sepatutnya diambil bagi menghentikan gejala rasuah, selain
daripada mengenakan hukuman berat terhadap penerima dan pemberi rasuah. Jika usaha
membenteras gejala rasuah tidak dimulakan pada peringkat awal terutama di sekolah dan
institusi pengajian tinggi (IPT), generasi muda akan beranggapan perlakuan rasuah sebagai
amalan biasa. Kes yang membabitkan isu menjual MyKad dan sijil kelahiran kepada rakyat
asing merupakan di antara kes yang membimbangkan pihak berkuasa. Penjawat awam
sepatutnya membina kerjaya dan memperkasa intergriti serta memperkukuhkan aspek
kepemimpinan, sekaligus menjadi contoh kepada masyarakat serta penjawat awam lain agar
mempersiapkan diri mengambil tanggung jawab lebih besar suatu hari nanti. Rata-rata gejala
rasuah berlaku membabitkan pegawai kerajaan terutama bahagian penguat kuasa yang sudah
pasti berada di barisan hadapan dan menjaga ‘pintu masuk’ utama negara. Banyak kaedah-
kaedah diperkenal bagi mengekang gejala rasuah seperti butiran data asid deoksiribonukleik
(DNA) ke dalam sijil setiap warganegara atau penggunaan kamera badan pada pegawai
penguat kuasa. Usaha ini menjadi antara langkah paling baik sekali bagi mengatasi
penyalahgunaan kuasa kakitangan, walaupun mungkin membabitkan kos yang tinggi. Justeru,
perkara utama perlu dilakukan adalah menyemai budaya bencikan rasuah dari peringkat awal
lagi dengan didikan dan kesedaran bermula sejak dari kecil.

Dipetik dan diubah suai dari Berita Harian,


8 Oktober 2019 “Gejala Rasuah Gugat Integriti Generasi Muda”

[13 markah]

3
Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis petikan
tersebut semula dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka
Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar Laksamana kaki Kertala
sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari
datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang
kakinya pada tubuh Laksamana.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”


Dalam antologi Jaket Kulit Kijang
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Soalan 5: Peribahasa

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan dua peribahasa lain yang sama
maksud dengan dengan peribahasa yang bercetak tebal.

Fandi : Semalam, saya ternampak seekor ular berhampiran dengan bangunan


terbengkalai itu.

Durga Dewi : Eeeii… takutlah saya! Saya juga bimbang akan keselamatan
dan kesihatan penduduk kampung.

Fandi : Baik kita laporkan hal ini kepada Tuk Ketua Nazri. Bolehlah beliau
menghubungi pihak yang berkenaan untuk bertindak.

Mun Chew : Setuju. Keadaan seperti ini tidak boleh kita biarkan. Pemilik bangunan
terbengkalai itu juga mesti diberitahu tentang hal ini.

Durga Dewi : Kita mesti bertindak segera. Sukar untuk kita atasi masalah ini kalau keadaan
bertambah teruk, bak kata pepatah, belukar sudah menjadi rimba.

Mun Chew : Bahaya sungguh, Fandi. Saya sependapat dengan Durga Dewi. Kita mesti
mengambil Tindakan secepat mungkin, jangan sudah terperosok, baru
hendak membaiki lantai.

4
[4 Markah]

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

Soalan 6 - Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kerajaan telah mengorak langkah dengan menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej
vokasional. Tindakan meningkatkan tahap kelulusan sijil kepada diploma mampi melonjakkan keyakinan
pelajra yang selama ini beranggapan bahawa bidang ini tiada masa hadapan. Kita harus sedar bahawa
bukan semua pelajar mampu mengikuti aliran akademik, maka suatu alternatif patut diberikan kepada
pelajar yang berminat dengan kemahiran. Di samping itu, bagi memastikan lulusan kolej vokasional
mendapat perkerjaan selepas tamat belajar, jalinan kerjasma antara koleh vokasional dengan syarikat
swasta atau kerajaan amat perlu untuk memenuhi kehendak pasaran.

Sesungguhnya, bidang latihan kemahiran merupakan usaha penting dalam pembangunan modal
insan yang mampu mentransfomasikan ekonomi negara. Oleh itu, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
turut memberikan peluang kepada remaja mempelajari bidang kemahiran. Sistem pendidikan dari Jerman
itu merupakan wadah menjana tenaga mahir negara yang menggabungkan latihan praktikal di industri dan
pengetahuan teori di pusat latihan. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia memperluas
Program Perintis Industri Menengah Atas (PIMA) di semua sekolah bermula pada tahun 2018. Program
ini menetapkan 70 peratus pembelajaran di industri dan 30 peratus pengajian akademik.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Ayuh Perkasakan Bidang Kemahiran
Oleh Samat Buang Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pustaka )

5
Bahan 2

Gagal dalam peperikasaa sering kali dikaitkan sebagai penamat oleh sesetengah anak muda.
Mereka beranggapan bahawa keputusan yang tidak cemerlang akan memutuskan rezeki pada masa
hadapan. Terdapat beberpa langkah bagi mengatasi masalah ini. Sebenarnya, mereka boleh meneruskan
pengajian seandainya pelajar berkenaan mempunyai kemampuan untuk meneroka bidang kemahiran di
pelbagai pusat kemahiran di negara ini. Antaranya Kolej Komuniti, Institut kemahiran Mara, Institut
Pertanian Malaysia, Institut Latihan Perindustrian, Institut Belia Negara dan Pusat Giat Mara.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bo;leh memohon secara dalam talian atau datang sendiri
ke pusat tersebut. Sijil kemahiran dalam pelbagai bidang seperti masakan, teknologi, pembuatan,
pendawaian dan sebagainya ditawarkan di pusat latihan tersebut. Pelajar-pelajar yang memiliki sijil
tersebut berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma atau ijazah.
Golongna ini boleh mengikuti kursus yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan mereka.
Kejayaan tidak datang dengan mudah asalkan mereka berusaha dan bersikap optimissudah pasti kejayaan
akan menjadi milik mereka juga.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Gagal Bukan Noktah Kehidupan’Oleh Wan Roslina Wan Ismail
Pelita Bahasa Bil.7 2020Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mentransformasikan ekonomi negara.


[2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua
bahan tersebut.
[3 markah]

(iii) Pelbagai pusat latihan kemahiran disediakan oleh pihak kerajaan kepada golongan
muda agar mereka dapat memenuhi pasaran pekerjaan.

Pada pendapat anda, apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang
sebelum mereka memasuki bidang perkerjaan?
[3 markah]

(iv) Kumpulan anda diminta menyiapkan tugasan oleh guru anda tentang peluang-peluang
kerjaya bagi lepasan pusat-pusat latihan kemahiran di negara ini.

Cadangkan langkah- langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan.


[4 markah]

6
Soalan 7: Petikan Sastera

Baca Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Seusai melafazkan kalimah syahadah, sebaik-baik saja matanya terpejam di atas ribaan
Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap, padamlah
satu-satunya pelita yang selama ini menerangi hati dan fikiran kami. Seluruh kampung
murung dan berbalam, laksana terkatupnya sebuah jendela tempat kami mengenal dunia.

31 Ogos 1957- ketika bulan merdeka sangat terang di langit, kami beriktikaf di surau.
Sesuai dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami
meraikan merdeka dengan dua matlamat: rezeki dan merdeka.

Surau penuh sesak-kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil, khusus
untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkan kata-katanya: Perihal
lurusnya hati Melayu,berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah, segala debar
cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata semangat anak muda itu:
“Tanah Melayu pasti merdeka”

Dipetik daripada cerpen 'Cinta Ahmad Mutawakkil'


oleh Zainal Rashid Ahmad
Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

7
Bahan 2

TANAH INI

Tamadun bangsa yang megah terbina Gugurnya pahlawan bangsa


inilah segenggam tanah airku berkorban nyawa dan raga
gunung-ganang pemasak bumi dijentik semangat merdeka
buminya memuntahkan emas mereka bangkit kerana tidak rela
berbakti kepada setiap insan pertiwi hidup sengsara.
dalam dakapan kasih.

Lima abad dalam sejarah Aku anak bangsa


kebebasan watan diragut tanpa rela sesekali tidak rela
darah dihirup tanpa belas sejarah duka berlaku semula
sekeping tanah direbut kerana tanah ini sekepal cuma.
hanya kerana kuasa dan nafsu bermaharajalela.

Aisyah Nabilah Muhammad Rifky,


Kajang, Selangor.
Dewan Siswa, bil.10 2020

8
Bahan 3

SYAIR ANAK MERDEKA

Lima puluh tahun negara merdeka Merdeka kita merdeka di minda


Masa yang lalu dingat sentiasa Pentingkan ilmu bukannya benda
Susah derita pejuang bangsa Tingkatkan usaha berlipat ganda
Menentang penjajah tak kita masa. Kukuhkah iman di dalam dada.
Masih kuingat ketika dulu Ingat pesanku anak merdeka
Bendera berkibar di tangan tuanku Janganlah alpa janganlah leka
Laungan keramat menusuk di kalbu Pertahankan negara sekalipun terluka
Itulah bukti merdeka negaraku. Jangan terjajah kali kedua.

Tidak sedikit pejuang yang gugur Bukti merdeka di tangan kita


Berani mereka di medan tempur Berusaha gigih majukan negara
Rela berkorban bakti nan luhur Tidak mengharap ehsan semata
Tersebut namamu terkenal masyhur. Membangun dalam acuan kita.

Mereka berjuang kerana bangsa Tingkatkan ilmu dan juga agama


Semangat tak luntur jiwa perkasa Iman dan amal usahakan bersama
Jasa pejuang diingat sentiasa Merdeka kita lebih bermakna
Kita hargai sepanjang masa. Pertahankan ia selama-lama.

Apa ertinya kita merdeka


Jika fikiran sentiasa leka
Lebih sedihnya ada derhaka
Budaya penjajah itu yang disuka.

Abdul Halim Ali,


Tanjung Malim, Perak.
Dis 2009

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud perihal lurusnya. [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan -kesan negatif yang telah berlaku
semasa tanah air kita dijajah.
[ 4 markah ]

9
(iii) Kemerdekaan sesebuah negara harus dikekalkan oleh semua pihak demi
memastikan keamanan negara.

Pada pandangan anda, apakah usaha - usaha yang boleh dilakukan bagi
memastikan negara kita bebas daripada dijajah semula?

[ 3 markah ]

(iv) Baru- baru ini, anda telah mengadakan lawatan muhibbah ke beberapa buah
negara bergolak iaitu Palestin, Syiria dan Iran. Anda mendapati banyak kerosakan
dan kemusnahan yang telah berlaku di sana kesan daripada peperangan. Situasi
dan keadaan tersebut telah menyebabkan infrastruktur asas, tempat tinggal, alatan
perubatan dan makanan mereka terjejas. Rakyat di negara tersebut mengalami
pelbagai kesukaran sehingga membawa ada yang mmbawa kepada kematian.

Sekiranya anda seorang Perdana Menteri yang prihatin dan penuh sifat
kemanusiaan yang tinggi, apakah jenis – jenis bantuan yang boleh disumbangkan
oleh Malaysia bagi membantu rakyat di negara tersebut?
[ 4 markah ]

10
Soalan 8: Novel

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Ketegangan yang tercetus akibat tidak puas hati Doktor Raiha terhadap layanannya
kepada ibu Unong Siron, ibu pesakit muda yang baru selesai menjalani operasinya yang
keenam itu. Tidak sejak PRPK dicerobohi oleh pemuda yang menyamar sebagai doktor
tempoh hari. Dia tidak perlu lagi melaksanakan tugas rutin seperti mengisi borang,
menyelenggarakan jururawat-jururawat muda bawah arahannya. Memastikan mereka
memandikan dan membersihkan para pesakit daripada segala jenis najis atau darah.
Melakukan dressing dan membalut luka pada mana-mana bahagian tubuh pesakit yang
telah dibedah atau mengalami kecederaan kecil. Memeriksa tekanan darah, melayan
karenah para pesakit dan ahli keluarga mereka dan sebagainya.

Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh Felicia apabila bertugas pada
sebelah malam ialah dia perlu memastikan hampir semua pesakit di pusat rawatan itu
akan tidur. Untuk itu, dia tidak lagi perlu berpura-pura menunjukkan ketabahan,
kesabaran dan sikap beramah-tamah dengan para pesakit.

(Dipetik daripada Novel Pantai Kasih


Karya Azmah Nordin Kementerian
Pendidikan Malaysia)

(i) Nyatakan tugas-tugas rutin yang perlu dilakukan oleh Felicia apabila berada di PRPK.
[ 4 markah ]

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latit Talib


b) Di sebalik Dinara , karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya, Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari , karyakarya Sri Rahatu Mohd Yusop

Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan dua peristiwa pada bahagian peleraian dan jelaskan
pengajaran daripada peristiwa tersebut.
[ 6 markah]

11
Soalan 9: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1: Petikan

Wabak COVID-19 merebak ke banyak negara hingga diisytiharkan Kecemasan Kesihatan


Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC). Antara kesannya ialah menyebabkan banyak negara
melaksanakan perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan yang menjejaskan pelbagai
sektor seperti ekonomi, pelancongan dan perdagangan.Situasi ini juga mendesak banyak negara
mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara semua institusi pendidikan dalam usaha
mengelakkan penularan COVID-19.

Penutupan sekolah ini mengubah gaya hidup remaja kerana mereka perlu berada di rumah
dan mengasingkan diri untuk jangka tertentu, sekali gus membataskan aktiviti sosial malahan
boleh menimbulkan cabaran besar bagi kesejahteraan. Remaja mungkin bersedih disebabkan
pelbagai aktiviti harian dan pembelajaran terganggu serta khuatir terhadap masa depan tidak
menentu. Keberadaan di rumah juga memberikan gangguan kepada rutin harian seterusnya
dikaitkan pengambilan makanan mempunyai kuantiti tenaga yang besar dan perubahan waktu
tidur tidak menentu. Pada masa sama, rasa bosan mendengar atau membaca secara berterusan
mengenai COVID-19 daripada media boleh menimbulkan tekanan.
Tekanan mendorong remaja untuk makan secara berlebihan dikenali sebagai 'makan
secara emosional' dan tidur berpanjangan boleh mengganggu kitaran tidur yang boleh
memberikan risiko kepada obesiti remaja. Lebih serius lagi apabila ada sesetengah remaja B40
kurang mempunyai kemudahan pembelajaran, terutama akses internet yang kurang
memberangsangkan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.
Pandangan ini mengetengahkan isu kesejahteraan tingkah laku remaja kesan daripada penutupan
sekolah perlu diberi perhatian segera. Oleh itu, pelbagai langkah disarankan untuk memperbaik
situasi ini. Golongan remaja disaran memperbaik komunikasi kesihatan yang wujud dalam
kalangan remaja terutama berkaitan kesihatan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran
pengetahuan dan amalan remaja dalam situasi pandemik ini.
Sokongan ibu bapa amat penting dalam membantu remaja untuk mendapatkan input
berkaitan kesihatan awam yang betul. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak
supaya sentiasa mengamalkan Standard Operasioan Prosedur (SOP) yang betul supaya mereka
dapat menghindari diri daripada dijangkiti virus Covid-19. Malah, ketidaktentuan situasi ini juga
memerlukan media konsisten dalam menyampaikan mesej secara meluas mengenai kesihatan
awam bagi meningkatkan pengetahuan dan strategi pencegahan COVID-19 serta aktiviti boleh
menyumbang kepada kesejahteraan di rumah. Justeru, penambahbaikan strategi komunikasi ini
memberikan ruang kepada remaja untuk mendapatkan maklumat yang dapat meningkatkan
kesejahteraan remaja.

12
(Dipetik dan diubah suai daripada Remaja Perlu Dibantu
Rancang Aktiviti Sesuai Ketika PKP oleh Muhammad
Syawal Amran, Berita Harian Online, Oktober 2020)
Bahan 2: Grafik

SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai