Anda di halaman 1dari 17

KURSUS:

EPPM2073 PENGANTAR PEMASARAN

SET DAN SESI:

SET 3 SESI 2018/2019

TAJUK:

PROJEK PEMASARAN: MYCAFE EXQUISITE & DELICACY

NAMA PENSYARAH:

ENCIK MOHD SUHAIMI BIN AHMAD

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NUR RABIAH BINTI ZULKIFLI A163024

2. NOR AISYA BINTI MOHD ZAINI A163769

3. NUR ASYIKIN BINTI MD SUNTONG A163284

4. MUHAMMAD SHAFIQ BIN OTHMAN A168330


ISI KANDUNGAN

1.0 LATAR BELAKANG / PROFAIL PERNIAGAAN .............................................................. 2


1.1 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN ............................................................................ 3
1.2 LOKASI PERNIAGAAN ........................................................................................................... 4
2.0 SEGMENTASI DAN SASARAN PASARAN ........................................................................ 6
2.1 SEGMENTASI PASARAN ........................................................................................................ 6
2.1.1 SEGMENTASI MENGGUNAKAN ASAS GEOGRAFI .......................................... 6
2.1.2 SEGMENTASI MENGGUNAKAN ASAS DEMOGRAFI.............................................. 6
2.2 SASARAN PASARAN................................................................................................................ 7
3.0 STRATEGI PEMASARAN ..................................................................................................... 8
4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN STRATEGI PEMASARAN MYCAFE .................... 12
4.1 KEKUATAN ....................................................................................................................... 12
4.2 KELEMAHAN .................................................................................................................... 14
5.0 KESIMPULAN ....................................................................................................................... 15
6.0 LAMPIRAN............................................................................................................................. 16

1
1.0 LATAR BELAKANG / PROFAIL PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : MyCafe Exquisite & Delicacy


Alamat Perniagaan :1. Bookworm Café Aras 4, Bangunan Perpusataan Tun Sri
Lanang, 43600, 43600 Bangi, Selangor.
Produk Keluaran : Biskut, Pastri, Roti, Donut dan Minuman Primer Coffee dan
Teh
: Bookworm – Oden, Shawarma, Roti Sandwich, Air kotak
minuman.

MyCafe merupakan sebuah restoran ala barat yang beroperasi di Universiti Kebangsaan
Malaysia ( UKM ). MyCafe mula beroperasi di UKM pada tahun 2018. Café ini
diwujudkan bagi memenuhi keperluan para pelajar yang memerlukan minuman dan
makanan khususnya pada lewat malam. Namun begitu, MyCafe tidak hanya beroperasi
pada lewat malam sahaja malahan restoran ini juga beroperasi pada siang hari. Waktu
beroperasi restoran ini selama 24 jam. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai sebarang masalah
untuk mendapatkan makanan ringan mereka tanpa perlu keluar daripada kawasan UKM.
Objektif restoran ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajar yang terpaksa berlapar
semasa mengulang kaji pelajaran pada lewat malam. Waktu operasi MyCafe ada sedikit
perubahan pada bulan Ramadhan di mana restoran ini mula beroperasi pada pukul 3 petang
sehingga 6 pagi. Semasa pembukaan restoran ini, restoran ini beroperasi di tiga tempat iaitu
di Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Za’ba dan Kiosk Komuniti FEP.

2
Namun begitu, Kiosk Komuniti FEP terpaksa dirobohkan atas sebab-sebab tertentu.
Oleh itu, MyCafe mengambil inisiatif baru dengan menjalankan operasi perniagaan di
dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang ( PTSL ). PTSL menyediakan satu ruangan atau kiosk
untuk mereka menjalankan operasi perniagaan mereka. MyCafe melihat dan mengambil
peluang ini sebaik mungkin untuk meluaskan operasi perniagaan mereka dari segi produk,
pelanggan dan sebagainya. Kedai baru yang dibuka dilihat mempunyai ruang yang lebih
besar. Oleh itu, pihak MyCafe menambah produk mereka seperti oden ( makanan Jepun )
dan sebagainya. Kedai tersebut diberi nama Bookworm Café @ PTSL. Bookworm café
dilihat iniasitif yang berjaya kerana mereka berjaya menarik perhatian para pelajar seluruh
UKM untuk mendapatkan makanan mereka di situ. Oleh itu, MyCafe dilihat mengambil
peluang-peluang yang ada untuk meluaskan pasaran dan produk mereka

1.1 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN

Pengurus Operasi

Penolong Pengurus Operasi

Pekerja Pekerja

Perniagaan terdiri daripada seorang pengurus operasi, seorang penolong pengurus


operasi dan dua orang pekerja. Tugas individu-individu dalam carta oganisasi untuk
memastikan semua hal ehwal operasi perniagaan berjalan dengan lancar.

3
1.2 LOKASI PERNIAGAAN
a. Cawangan Bookworm Cafe

Lokasi premis perniagaan Bookworm Café berada pada alamat Aras 4, Bangunan
Perpusataan Tun Sri Lanang, 43600, 43600 Bangi, Selangor.

b. Cawangan Kolej Keris Mas

Lokasi MyCafe di Kolej Keris Mas pula berada di alamat Bangunan Pentadbiran Kolej
Keris Mas, Kolej Keris Mas, 43600, Selangor

4
c. Cawangan Kolej Pendeta Za’ba

Manakala MyCafe di Kolej Pendata Za’ba pula berada pada alamat Lot 5, Blok
Pentadbiran, Kolej Pendeta Za’ba, 43600, 43600 Bangi, Selangor.

5
2.0 SEGMENTASI DAN SASARAN PASARAN
2.1 SEGMENTASI PASARAN
Pensegmentasian pasaran dilakukan adalah untuk membahagikan sesuatu populasi
kepada kumpulan-kumpulan yang berlainan di mana individu-individu dalam
setiap kumpulan itu mempunyai keperluan yang serupa. Melalui temubual yang dilakukan
terhadap Pengurus MyCafe Exquisite & Delicacy (MyCafe), didapati bahawa Mycafe telah
menggunakan 2 kaedah pensegmentasian iaitu segmentasi menggunakan asas geografi dan
segmentasi menggunakan demografi.

2.1.1 SEGMENTASI MENGGUNAKAN ASAS GEOGRAFI


Segmentasi ini merupakan kaedah di mana ia membahagikan pasaran kepada unit-unit
atau kumpulan geografi yang berbeza berdasarkan lokasi seperti mengikut wilayah,
negeri, mukim, bandar, daerah ataupun taman perumahan. Syarikat mungkin bercadang
untuk beroperasi di beberapa kawasan sahaja atau beroperasi di kesemua kawasan tetapi
memberi perhatian kepada perbezaan geografi dari segi keperluan dan kehendak.
Seperti yang boleh dikaitkan dengan MyCafe Exquisite & Delicacy, kafe ini telah
beroperasi di sekitar kawasan di dalam UKM seperti di Kolej Keris Mas dan Kolej
Pendeta Za’ba. Kafe ini lebih tertumpu kepada beberapa kawasan sahaja untuk
memenuhi segala keperluan dan kehendak dari sasaran pelanggannya.
Kafe tersebut ditubuhkan dalam UKM adalah kerana bilangan pelajar yang ramai dan
selera pelajar yang lebih gemar kepada Primer Coffee & Tea memandangkan ada
sebilangan pelajar yang tidak tidur untuk menyiapkan tugasan, jadi aneka Coffee adalah
tarikan utama bagi mereka untuk berjaga malam.

2.1.2 SEGMENTASI MENGGUNAKAN ASAS DEMOGRAFI


Asas demografi boleh membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan dengan
menggunakan pembolehubah yang menghuraikan tentang individu seperti jantina,
umur, saiz keluarga dan kitaran hayat keluarga, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan
agama. Demografi merupakan satu asas segmentasi yang paling popular untuk
melakukan pemetakan pengguna kerana keperluan, kehendak dan kadar penggunaan
pengguna kebiasaannya berbeza mengikut demografi mereka. Maklumat ini penting
untuk diketahui sebelum asas-asas segmentasi yang lain boleh digunakan secara efektif
dalam membuat penilaian saiz pasaran.

6
MyCafe menggunakan pendidikan sebagai segmentasi asas demografi kerana terdapat
ramai pelajar yang sedang menyambung pengajian dan belajar sehingga lewat malam. Oleh
itu, hal ini boleh menjadikan suatu peluang kepada Cafe ini untuk meletakkan sasaran
pasaran mereka iaitu golongan pelajar dalam keluaran pelbagai air minuman dan biskut.

2.2 SASARAN PASARAN


Sasaran pasaran merupakan elemen penting yang harus diutamakan oleh MyCafe UKM
dalam menghasilkan pelbagai keluaran jenis minuman dan biskut. Pada dasarnya,
segmentasi pasar merupakan suatu strategi berorientasikan kepada pelanggan. Dengan
melaksanakan segmentasi pasaran, kegiatan pemasaran dapat dilakukan dengan lebih
terarah dan proses pemasaran dapat dilakukan secara efektif dan efisien. Terdapat tiga
golongan yang disasarkan oleh MyCafe iaitu para pelajar, para pensyarah dan staff-staff
dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Produk keluaran MyCafe yang telah
dihasilkan disasarkan kepada ketiga-tiga golongan tersebut. Golongan ini merupakan
golongan utama yang disasarkan kerana mereka merupakan sebahagian warga UKM
tempat terletaknya Cafe yang dibuka.

7
3.0 STRATEGI PEMASARAN

Pemasaran merupakan proses perancangan dan pelaksanaan keseluruhan aktiviti dalam


pengagihan produk daripada pengeluar kepada pengguna bagi tujuan meningkatkan jualan
produk. Untuk memastikan produk yang dikeluarkan mendapat keuntungan yang tinggi,
produk yang dihasilkan mestilah memenuhi kehendak pengguna pada masa kini. Pemasaran
yang berkesan dapat membantu syarikat untuk memaksimakan untung. Strategi pemasaran
juga dimaksudkan sebagai kaedah yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan untuk mencapai
matlamat tertentu. Hal ini kerana potensi sesebuah syarikat untuk memasarkan produknya akan
terbatas sekiranya produk yang dihasilkan tidak diketahui umum disebabkan strategi
pemasaran yang lemah. Strategi pemasaran memainkan peranan penting dalam sesebuah
perniagaan kerana ia berfungsi dalam menentukan nilai ekonomi perniagaan terutama sekali
dalam menentukan harga produk. Terdapat pelbagai kaedah untuk memasarkan produk
antaranya ialah harga, produk, promosi, tempat, orang proses dan fizikal. Kaedah ini lebih
dikenali sebagai 7P.

a. PRODUK
Produk yang hendak ditawarkan hendaklah menarik perhatian pelanggan atau bakal
pelanggan supaya mereka menyedari kewujudan produk dalam pasaran. pengeluar perlu
memastikan produk yang dihasilkan mempunyai nilai tambah yang membezakan produk
mereka daripada pesaing contohnya dari segi pembungkusan dan pelabelan produk yang
menarik bagi menarik minat pengguna. Pembungkusan penting untuk melindungi produk
daripada rosak ketika pengendalian dan pengedaran. Sebagai contoh Mycafe menjual
pelbagai jenis minuman dan biskut pelbagai perisa bagi menarik minat pembeli untuk
membeli produk yang dihasilkan. Minuman dan biskut yang pelbagai perisa tersebut
menyebabkan pembeli mempunyai banyak pilihan untuk memilih produk mana yang
digemari mereka. Selain itu, pembungkusan Mycafe yang menarik juga menarik minat
pembeli untuk membeli. Mycafe meletakkan label perniagaannya dan maklumat produk
pada bekas air dan plastik biskut yang disediakan bagi memberikan maklumat berkaitan
produk tersebut.

8
b. PROMOSI
Promosi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti meningkatkan kesedaran pelanggan
terhadap sesuatu produk atau jenama, menjana jualan dan juga membina kesetiaan terhadap
sesuatu jenama. Pengiklanan pula adalah strategi promosi, kaedah komunikasi satu hala
untuk memberitahu pelanggan maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan
bagaimana untuk mendapatkannya di pasaran. Promosi merupakan perkara penting dan
paling mencabar dalam kaedah pemasaran. Media sosial masa kini merupakan platform
utama bukan sahaja bagi tujuan bersosial malahan dalam bisnes juga. Mycafe turut
menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk mereka menerusi Facebook,
Instagram dan Whatsapp. Oleh kerana Mycafe boleh memasukkan foto,grafik, video dalam
media sosial, ini menjadi saluran yang baik untuk mengekspesikan nilai jenama mereka
dalam pelbagai cara. Selain itu, Mycafe juga turut menggunakan poster dan flyers untuk
mempromosikan produk mereka. Mereka juga turut melektakkan kain rentang bercetak di
hadapan kedai untuk tujuan promosi. Poster diletakkan di sesetengah tempat di kolej atau
fakulti yang menjadi tempat tumpuan ramai.

c. HARGA
Setiap harga produk yang ditetapkan hendaklah menampung kos pengeluaran atau
perbelanjaan operasi dan mempunyai untung yang berpatutan. Terdapat pelbagai cara yang
digunakan dalam menetapkan harga produk antaranya ialah harga kompetitif, harga tambah
kos, harga tokokan dan harga permintaan. Mycafe menggunakan harga tambah kos dalam
menetapkan harga produknya. Kaedah ini menggunakan kaedah tambah kos. Ini bagi
memastikan supaya nilai harga yang ditetapkan bukan sahaja melebihi kos overhed tetapi
juga memberi keuntungan yang diperlukan. Sekiranya kos overhed tidak tepat,
berkemungkinan keuntungan yang bakal diperoleh juga rendah.

9
d. TEMPAT
Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk supaya dapat sampai kepada
pengguna akhir. Ia boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung. Langsung bermaksud
produk dijual terus kepada pelanggan melalui bersemuka, surat atau dalam talian manakala
tidak langsung membawa maksud menggunakan saluran pertengahan seperti pengedar,
pemborong dan peruncit untuk mengedar produk tetapi harga tokokan kepada pihak
pengantara. Kaedah alternatif seperti pasaran dalam talian juga boleh digunakan untuk
menjual produk secara terus kepada pelanggan yang disasarkan. Penggunaan tempat yang
betul akan membolehkan untuk menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan
dan memaksimumkan keuntungan kerana produk telah sampai kepada pengguna akhir yang
betul pada waktu yang tepat bagi perniagaan Mycafe, ia dibuat menggunakan kaedah
langsung iaitu terus kepada pembeli. Mycafe terdapat 2 tempat di UKM iaitu di kolej kedian
pelajar. Lokasi tersebut dikatakan strategik kerana berhampiran dengan kediaman pelajar
yang menjadi sasaran pelanggan bagi Mycafe itu sendiri. Pemilihan lokasi yang strategik
membolehkan perniagaan menjana keuntungan yang tinggi.

e. ORANG
Untuk menarik perhatian pelanggan, semua pekerja memainkan peranan untuk
mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan jaminan supaya pelanggan membeli produk
yang ditawarkan. Pekerja perlu dilatih dan diberikan kemahiran yang diperlukan supaya
pekerja memahami objektif perniagaan yang disediakan. Ini termasuklah jurujual,
perkhidmatan pelanggan, staf teknikal dan sokongan juga perlu berpengetahuan supaya
mereka dapat membantu untuk mempromosi produk atau perkhidmatandengan lebih baik
kepada pelanggan yang berpotensi. Sikap jurujual yang mesra dan ramah akan memberik
keselesaan kepada pembeli untuk membuat pembelian. Selain itu, pelanggan juga
merupakan orang penting dalam perniagaan. Pelanggan yang menggunakan produk dan
berpuas hati dengan pembelian akan memperkenalkan produk yang mereka guan kepada
kenalan mereka. Gabungan pekerja dan pelanggan yang baik akan membantu perniagaan
menjana keuntungan yang lumayan.

10
f. PROSES
Ini adalah elemen dalaman untuk meletakkan satu sistem yang efektif dan bersesuaian
dalam proses mengendalikan produk dan perkhidmatan anda kepada pengguna akhir. Hasil
yang diperoleh akan meningkatkan jualan dan produktiviti. Sistem ini termasuklah proses
penghasilan sehinggalah kepada penguruskan pertanyaan dan maklum balas pelanggan.
Sebuah perniagaan yang baik akan menggunakan Prosedur Pengoperasian Standard (SOP)
dalam menjalankan tugasan tertentu. SOP merupakan langkah atau piawaian yang betul
untuk menguruskan sesebuah produk. Penggunaan prosedur yang betul dalam perniagaan
mampu mengekalkan nama baik perniagaan sekaligus membolehkan syarikat menjana
keuntungan secara tidak langsung kerana kepercayaan dan kesetiaan yang tinggi pengguna
kepada syarikat. Sebagai contoh Mycafe menggunakan kaedah yang betul dalam
mengendalikan semua produknya iaitu tidak menggunakan bahan yang baik dan halal
dalam pembuatan biskut menyebabkan pengguna yakin dan terus membuat pembelian
dengan mereka.

g. FIZIKAL
Elemen yang terakhir iaitu elemen fizikal seperti okasi perniagaan akan memberi impak
untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Susun aute Mycafe yang kemas dan teratur
memberi keselesaan kepada pelanggan yang berkunjung ke situ. Café tersebut juga
dilengkapi dengan pendingin hawa memberikan suasana yang nyaman kepada pelanggan
untuk menikmati hidangan. Selain itu, seperti yang dinyatakan. Nama, logo dan symbol
yang bertepatan yang diletakkan membolehkan pelanggan untuk mengingati produk
tersebut. Logo Mycafe yang ringkas dan mudah menjadikan ia kelihatan kemas dan mudah
dilihat oleh pengguna walaupun dilihat dari jauh.

11
4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN STRATEGI PEMASARAN MYCAFE

4.1 KEKUATAN

Apabila syarikat MyCafe memasarkan kafenya melalui poster, ‘flyers’ atau risalah,
mereka menggunakan kaedah pengiklanan di mana mereka sudah mempunyai target
pasaran yang tetap iaitu pelajar atau warga UKM itu sendiri. Pembiayaan yang
dikeluarkan jauh lebih efektif kerana jualan yang dilakukan adalah penjualan yang
berulang (repeat sales) dengan target pasaran yang cukup jelas.

Melalui poster, orang ramai khususnya pelajar boleh menetapkan tempo dalam bacaan.
Mereka tahu akan kewujudan myCafe dan mudah terbayang produk yang dijual
mereka, Media yang boleh dikaji semula, pembaca boleh dengan tenang, membaca
iklan dan boleh membaca semula bahagian mengikut kehendaknya.
Kerana sifat mesej yang dicetak adalah kekal dan kekuatan utamanya boleh digunakan
sebagai bukti. MyCafe memasarkan produk mereka di kebanyakan fakulti dan warga
UKM menjadi cakna akan kewujudan kedai tersebut di cawangan yang telah
ditetapkan.

Pembungkusan produk-produk myCafe yang menarik juga turut menarik perhatian


pengguna. Pengaruh media sosial dalam kalangan golongan muda termasuk mahasiswa
untuk mengunjungi kafe-kafe yang cantik menjadi ‘trend’ sejak kebelakangan ini.
MyCafe menawarkan produk inspirasi pada harga yang lebih mesra pelajar contohnya
aiskrim sundae ala-ala keluaran Mc Donald dalam pelbagai perisa, kopi seperti syarikat
Starbucks serta biskut cip seperti keluaran Subway. Hal ini sedikit sebanyak menarik
para pelajar untuk membeli produk mereka pada harga yang berbaloi dan kualiti yang
baik.

12
Kekuatan utama myCafe terletak pada lokasinya yang strategik. Pemilihan penempatan
cawangan di kolej-kolej besar seperti Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za’ba serta
satu cawangan di Perpustakaan Tun Sri Lanang yang merupakan pusat ataupun jantung
UKM menjamin penjualan yang berulang. Jadi, pada hakikatnya myCafe ini sudah
dikenali oleh seluruh warga UKM yang mengunjungi PTSL dan pasti sudah menempah
tempat di hati pengguna. Lebih-lebih lagi myCafe mempunyai ruang tempat yang
cantik dan kelihatan premium berbanding kedai-kedai atau kafe yang terdapat dalam
UKM. Suasana yang agak nyaman dan cantik menjamin pengguna untuk datang
kembali ke kafe dan sesuai dijadikan tempat bergambar bagi pelanggan.

Kafe ini juga turut mempromosi produk ini dengan menawarkan kupon di mana setiap
10 kali pembelian akan ditawarkan percuma satu minuman percuma. Hal ini
memberikan hasil yang baik dimana hubungan antara pelanggan dan kedai menjadi
semakin baik. Ini merupakan taktik jangka panjang yang cukup baik bagi menjamin
pelanggan untuk kembali semula.

13
4.2 KELEMAHAN

Antara kelemahan myCafe terletak pada harganya. Umum tahu produk myCafe
dikira mampu milik bagi pelajar namun apabila berlaku kenaikan harga, syarikat hanya
berdiam dan tidak memaklumkan kepada pelanggan melalui poster ataupun media
sosial tentang kenaikan harga tersebut. Jadi, di situ dapat dilihat kepincangan sistem
pemasaran digital itu sendiri.

Seterusnya, apabila sesuatu produk sudah memasuki pasaran dalam tempoh masa
yang lama, graf jualan produk tersebut mungkin mendatar. Ini adalah perkara biasa
kerana pada satu tahap, kesemua target customer sudah bosan dengan produk tersebut.
Jika myCafe tidak melakukan sebarang perubahan atau perkembangan akan
menyebabkan graf jualannyaakan menurun. Hal ini kerana keadaan pasaran seperti
citarasa pelanggan sentiasa berubah dan myCafe tidak boleh mengharapkan citarasa
pelanggan sentiasa sama dari semasa ke semasa. Jadi disini, myCafe jarang melakukan
pembaharuan bagi menu-menunya dan hal ini merupakan satu lompang kerana
pelanggan sentiasa menantikan sesuatu yang baru.

Bagi kupon yang ditawarkan, jika promosi penjualan tidak berkembang dengan
baik atau pekerja tidak mempromosikan kupon tersebut, ia akan menjadi pembaziran
dalam kos pemasaran.

14
5.0 KESIMPULAN

Strategi pemasaran merupakan suatu cara untuk memasarkan produk yang dihasilkan agar
produk tersebut dapat menarik bakal pembeli. Strategi pemasaran myCafe mempunyai peranan
penting dalam pemasaran bagi mencapai target yang diinginkan. Strategi pemasaran yang
myCafe yang bertindak membuka cawangan dalam UKM itu sendiri sudah menjamin
kelansungan pembeli berterusan kerana UKM merupakan satu kawasan yang cukup besar.
MyCafe telah menganalisis pasaran selari dengan segmentasi pasaran yang dituju.
Kemudiannya, myCafe telah menetapkan harga produk yang sesuai dengan persekitaran dan
perkhidmatan yang diberikan, namun tetap mengingati segmentasi pasaran yang dituju iaitu
warga UKM itu sendiri. Pemasaran tidak langsung melalui pelbagai media baik cetak maupun
elektronik seperti, flyer, brosur, website, dan Facebook menambahkan pengaruh myCafe.
Tambahan pula, myCafe turut menggunakan campuran pemasaran, ataupun marketing mix.
Marketing mix tersebut adalah Product (Produk), Price (Harga), Place (Tempat), Promotion
(Promosi), People (Orang), Physical (Fizikal), Process (Proses)). Hal tersebut saling berkaitan
satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Dengan adanya marketing mix atau campuran
pemasaran 7P, diharapkan myCafe dapat memasarkan produk mereka dengan lebih efektif.
Apa yang paling penting, myCafe perlu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan mereka
seiring dengan strategi pemasaran yang berkesan.

15
6.0 LAMPIRAN

Gambar sekitar sesi temubual bersama salah seorang pekerja MyCafe Exquisite &
Delicacy cawangan Kolej Keris Mas

16

Anda mungkin juga menyukai