Anda di halaman 1dari 130

NILAI MORAL DI SEBALIK PERSEMBAHAN SENI SILAT SENDENG

DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU KAMPUNG SUNGAI


RANGGAM DI JOHOR

MUHAMAD IKMAL DANIEAL BIN MAT JUSOH


D20192091154
MUHAMMAD SHAHREN BIN AMRAN
D20192091203
MUHAMMAD NUR IZWAN BIN ARISMA
D20192091212

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF UNIVERSITI


PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2021
Latihan Ilmiah Kajian Kraf Tradisional, Rupa Dan Identiti

MSP 3033

Disediakan Oleh:
MUHAMAD IKMAL DANIEAL BIN MAT JUSOH D20192091154
MUHAMMAD SHAHREN BIN AMRAN D20192091203
MUHAMMAD NUR IZWAN BIN ARISMA D20192091212

Untuk Perhatian
Drs. Izani Mat il M.Hum.

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF UNIVERSITI


PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2021
i

PENGAKUAN

Kami mengakui kajian ini merupakan hasil kerja kami, kecuali nurkilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Segala bahan dan sumber akan saya

jelaskan dimana sumber tersebut didapati dan sumber itu dirujuk.

Tandatangan : Daniel Tarikh : 31 Desember 2021

Nama : MUHAMAD IKMAL DANIEAL BIN MAT JUSOH


No Matrik : D20192091154

Tandatangan : Shahren Tarikh : 31 Desember 2021

Nama : MUHAMMAD SHAHREN BIN AMRAN


No Matrik : D20192091203

Tandatangan : Izwan Tarikh : 31 Desember 2021

Nama : MUHAMMAD NUR IZWAN BIN ARISMA


No Matrik : D20192091212
ii

SEKALUNG PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang melimpahkan kurniaan rahmat-

Nya kepada kami dan dengan izin-Nya dapat kami dapat menyiapkan kajian kraf ini

yang bertajuk “Nilai Moral Di Sebalik Persembahan Seni Silat Sendeng Dalam

Kalangan Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam Di Johor”. Kajian ini

merupakan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah yang kami hormati dan sanjungi

iaitu Drs. Izani Mat Il. Kajian yang kami lakukan ini adalah sebagai tugasan untuk

meluluskan kami dalam subjek Kajian Kraf Tradisional Rupa dan Identiti (MSP 3033).

Pertama yang paling utama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

kedua ibu bapa kami serta keluarga yang banyak memberikan sokongan dan membantu

dari segi kewangan dan semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Sejak awal lagi saya

tahu bahawa kajian tesis ini memerlukan masa yang banyak untuk dihasilkan.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang memberi kerjasama dalam

memberikan maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini serta bekerjasama dalam

menyelesaikan masalah sepanjang mempelajari ilmu baharu terutama sekali kepada

pensyarah kami iaitu Drs. Izani Mat Il. Hum kerana banyak memberi tunjuk ajar dari

awal hingga akhir pelajaran.


iii

NILAI MORAL DI SEBALIK PERSEMBAHAN SENI SILAT SENDENG


DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU KAMPUNG SUNGAI
RANGGAM DI JOHOR

ABSTRAK

Kajian ini telah dipilih untuk mengkaji tentang Nilai Moral di Sebalik Persembahan
Seni Silat Sendeng Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam Di
Johor. Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng
Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai
Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-
ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu
kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Kajian ini akan menyentuh tentang Persembahan Seni Silat Sendeng Dalam Kalangan
Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam Di Johor. Fokusnya pada tahap nilai
moral oleh masyarakat Kampung. Hal ini akan memberikan gambaran sebenarnya adakah
persembahan Seni Silat Sendeng mempunyai nilai moral mengikut yang sepatutnya
dalam konteks seni. Kajian ini juga mempunyai batasan tempat iaitu dijalankan di
Kampung Sungai Ranggam di Johor.
iv

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGAKUAN I

PENGHARGAAN II

ABSTRAK III

KANDUNGAN IV

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang persoalan 3

1.3 Persoalan kajian 6

1.4 Rumusan persoalan 10

1.5 Batasan kajian 11

1.5.1 Fokus kajian 11

1.5.2 Batasan kajian 12

1.6 Tujuan kajian 13

1.7 Faedah kajian 13

1.8 Tinjauan pustaka 14

1.9 Landasan teori 17


v

1.9.1 Teori kebudayaan 17

1.9.2 Teori kemoralan sosial 18

1.10 Hipotesis 19

1.11 Metodologi 20

1.11.1 Sumber data 21

1.11.1.1 Sumber data primer 21

1.11.1.2 Sumber Data Skunder 21

1.11.1.3 Sumber data tertier 22

1.11.2 Kaedah pengumpulan data 22

1.11.2.1 Kaedah pemerhatian 22

1.11.2.2 Kaedah temu ramah 23

1.11.2.3 Kaedah kajian pustaka 23

1.11.3 Kaedah verifikasi data 23

1.11.3.1 Triangulasi data 24

1.11.3.2 Pemindahan data 24

1.11.3.3 Pergantungan data 24

1.11.3.4 Kaedah analisis data 25

1.12 Penarikan kesimpulan 26


vi

BAB 2 LATAR BELAKANG SEJARAH DAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT

MELAYU KAMPUNG SUNGAI RANGGAM, JOHOR.

2.1 Latar belakang sejarah masyarakat Melayu Kampung Sungai 27

Ranggam

2.2 Latar belakang sosio budaya masyarakat Melayu Kampung 31

Sungai Ranggam

2.2.1 Adat kelahiran masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam 32

2.2.2 Adat perkahwinan masyarakat Melayu Kampung Sungai 34

Ranggam

2.2.3 Adat kematian masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam 38

2.3 Latar belakang pendidikan masyarakat Melayu Kampung Sungai 41

Ranggam

2.4 Latar belakang ekonomi masyarakat Melayu Kampung Sungai 43

Ranggam
vii

2.5 Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu Kampung Sungai 45

Ranggam

2.6 Struktur demografi 47

BAB 3 PERSEMBAHAN SEN SILAT SENDENG DI KAMPUNG SUNGAI

RAGAM, JOHOR.

3.1 Persiapan sebelum persembahan seni silat sendeng di 49

Kampung Sungai Ranggam, Panchor, Muar, Johor

3.1.1 Mengadakan Mesyuarat ahli-ahli 50

3.1.2 Persiapan Peralatan pemakaian 51

3.1.3 Latihan silat sendeng 52

3.2 Semasa Persembahan seni silat sendeng Dijalankan 54

3.2.1 Jenis Asas Tapak Seni Silat Sendeng Yang Dipersembahkan 55

3.2.1.1 Asas Kekuda 56

3.2.1.2 Tapak Menanti/Pasang 57

3.2.1.3 Langkahan Silat Sendeng 57


viii

3.3 Selepas Persembahan Seni Silat Sendeng Dijalankan 64

3.3.1 Memberi Penghormatan 64

3.3.2 Bersalaman Dengan Pengantin 65

3.3.3 Menjamu Selera 65

BAB 4 NILAI MORAL DISEBALIK PERSEMBAHAN SENI SILAT SENDENG

DI KAMPUNG SUNGAI RANGGAM, JOHOR

4.1 Nilai Moral Dalam Kehidupan 67

4.1.1 Nilai Moral Dari Segi Disiplin 69

4.1.2 Nilai Moral Dari Segi Berani 69

4.1.3 Nilai Moral Dari Segi Adab 70

4.1.4 Nilai Moral Dari Segi Hemah Tinggi 71

4.1.5 Nilai Moral Dari Segi Kasih Sayang 71

4.1.6 Nilai Moral Dari Segi Ketaatan 72

4.1.7 Nilai Moral Dari Segi Kesabaran 72

4.1.8 Nilai Moral Dari Segi Kerajinan 73


ix

4.1.9 Nilai Moral Dari Segi Kerjasama 73

4.1.10 Nilai Moral Dari Segi Rasional 74

4.1.11 Nilai Moral Dari Segi Keikhlasan 75

4.1.12 Nilai Moral Dari Segi Keadilan 75

4.1.13 Nilai Moral Dari Segi Bertanggungjawab 76

4.1.14 Nilai Moral Dari Segi Bersederhana 77

4.1.15 Nilai Moral Dari Segi Toleransi 77

4.1.16 Nilai Moral Dari Segi Keagamaan 78

4.2 Nilai Moral Sebelum Persembahan Seni Silat Sendeng 79

4.2.1 Nilai Moral Dari Segi Disiplin 79

4.2.2 Nilai Moral Dari Segi Berani 80

4.2.3 Nilai Moral Dari Segi Adab 80

4.2.4 Nilai Moral Dari Segi Hemah Tinggi 81

4.2.5 Nilai Moral Dari Segi Patriotik 82

4.2.6 Nilai Moral Dari Segi Keagamaan 82

4.3 Nilai Moral Semasa Persembahan Silat Sendeng 83

4.3.1 Nilai Moral Dari Segi Kasih Sayang 83


x

4.3.2 Nilai Moral Dari Segi Ketaatan 84

4.3.3 Nilai Moral Dari Segi Kesabaran 84

4.3.4 Nilai Moral Dari Segi Kerajinan 85

4.3.5 Nilai Moral Dari Segi Kerjasama 86

4.4 Nilai Moral Selepas Persembahan Seni Silat Sendeng 86

4.4.1 Nilai Moral Dari Segi Rasional 86

4.4.2 Nilai Moral Dari Segi Keikhlasan 87

4.4.3 Nilai Moral Dari Segi Bertanggungjawab 87

4.4.4 Nilai Moral Dari Segi Bersederhana 88

4.4.5 Nilai Moral Dari Segi Toleransi 88

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN

5.1 Kesimpulan 96

5.2 Saranan 101


xi

BIBLIOGRAFI 108

LAMPIRAN 112

SENARAI GAMBAR

TAJUK GAMBAR HALAMAN

Gambar 1 Peta Kampung Sungai Ranggam, Johor 30

Gambar 2 Cukur Jambul 33

Gambar 3 Bertungku 34

Gambar 4 Bertunang 36

Gambar 5 Malam Berinai 37

Gambar 6 Bersanding 38

Gambar 7 Memandikan Jenzah 39

Gambar 8 SK Kota Raja 42

Gambar 9 SK Panchor 43
xii

Gambar 10 SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh 43

Gambar 11 Ekonomi Kelapa Sawit 44

Gambar 12 Ekonomi Getah 45

Gambar 13 Bancian Penduduk di Muar 48

Gambar 14 Allahyarham Haji Hamid bin Haji Hamzah

(pengasas Silat Sendeng Muar) 52

Gambar 15 Asas Kekuda 55

Gambar 16 Tapak Tiga Asas 56

Gambar 17 Tapak Tiga Lanjutan 60

Gambar 18 Khusus Untuk Tapak Selari 60

Gambar 19 Khusus Untuk Tapak Serong 61

Gambar 20 Lanjutan (Gabungan) 61

Gambar 21 Tapak Lima 61

Gambar 22 Tapak Lapan(Selari) 62

Gambar 23 Tapak Lapan(Serong) 62

Gambar 24 Langkahan Silat Sendeng 62


xiii

Gambar 25 Disiplin dari segi langkah dan latihan 80

Gambar 26 Berani menghadapi musuh 81

Gambar 27 Pesilat memberikan sembah sebelum memulakan 82

persembahan sebagai adab dalam silat

Gambar 28 Pesilat bergotong-royong 83

Gambar 29 Nilai patriotik dalam diri pesilat-pesilat 84

Gambar 30 Nilai keagamaan dan persembahan 85

Gambar 31 Kasih sayang antara guru dan pesilat 87

Gambar 32 Ketaatan pesilat dengan arahan guru 88

Gambar 33 Kesabaran semasa membuat persembahan 88

Gambar 34 Kerajinan dalam latihan 89

Gambar 35 Kerjasama semasa persembahan 90

Gambar 36 Rasional dari segi mental dan rohai antara pesilat 91

Gambar 37 Latihan waktu malam menunjukkan keikhlasan 92

pesilat dalam seni silat

Gambar 38 Penganjur bermesyuarat dengan pesilat-pesilat 93


xiv

Gambar 39 Mempraktikan setiap langkah dengan merendah diri 94

Gambar 40 Toleransi antara pesilat 95


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seni silat Sendeng berasal dari Muar johor dibawa oleh seorang beretnik bugis yang

Bernama Long bin Kana atau dikenali sebagai Long Mamat yang tinggal di kampung

Padang Muar Johor. Seni silat Sendeng yang dipraktik pada masa kini telah diasaskan

oleh guru utama iaitu Allahyarham Tuan Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah dimana beliau

telah menggadunkan beberapa ilmu persilatan dan permainan alat persilatan yang

dipelajari dari guru-guru serta ninda-nindanya (nenek moyang) termasuk ilmu kebatinan

yang dipelajari dari tuan guru Haji Kiyai saleh dari batu pahat johor serta guru-guru yang

lain sejak awal abad ke-20.

Pada mulanya seni silat ini dikenali sebagai seni silat sendeng muar akan tetapi kini

dinamakan sebagai seni silat Sendeng Malaysia. Legasi seni silat Sendeng telah

diteruskan oleh beberapa guru utama serta Amanah persilatan iaitu Allahyarham Haji

Ismail bin Haji Hamzah, Allahyarham Haji Ismail bin Haji Saidin dan Allahyarham Haji
2

Rosmani bin Abd Samad (Masrizal Rahmat, 2021)1. Seni silat Sendeng diperkenalakan

oleh Allahyarham Guru utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah yang mana perkataan

“Seni Silat Sendeng” mempunyai makna tersirat2.

Secara ringkasnya seni merupakan kehalusan atau kelembutan dari segi gerak

ataupun langkah yang tersusun sewaktu menggayakan atau melakukan sesuatu

pergerakan jasmani terutamanya melalui langkah sembah seni silat tersebut. Silat

membawa makna ketangkasan melalui pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau

menyerang sama ada beraksi secara tangan kosong atau bersenjata. Manakala sendeng

pula membawa makna adunan teknik pukulan dan teknik mengelak atau menyerang

berposisi secara mengiring. Dalam daripada itu, perkataan “sendeng” yang menjadi teras

seni silat ini dimana mencakupi makna yang amat luas baik ari segi istilah, fizikal

mahupun rohaniah. Jika dilihat dari pandangan istilah “sendeng” terdiri daripada dua suku

kata yang dicantumkan iaitu ‘sen’ dan ‘deng’. Sen adalah singkatan daripada ‘senggam’

yang bermaksud kedudukan kukuh, kuat dan rapi. Manakala ‘deng’ atau ‘ding’ berasal

dari perkataan dinding iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Dari segi

sudut fizikal, kedudukan secara menyendeng Ketika menunggu serangan dimana

kedudukan tersebut dapat menghindari serangan daripada musuh terutama pada tujuh

bahagian anggota yang boleh membawa kepada kecederaan teruk atau maut (muka,

halkum, dada, hati, rusuk, perut dan kemaluan). Melalui unsur kerohaniah pula

kedudukan menyendeng adalah lebih selamat dari ancaman musuh yang membuat

serangan jarak jauh dan jika mengenai sekalipun serangan tersebut tidak terlalu kuat atau

1
Diperolehi: Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid. (2021, January 26). Retrieved from
https://www.sendenghajihamid.com/
2
Ibid
3

tepat. Hal ini kerana tempat yang dituju oleh pihak musuh seperti jantung, ulu hati dan

kemaluan telah dipagar dengan kekuda menyendeng terutamanya bahagian bahu malah

bukan itu sahaja akan tetapi serangan pihak musuh juga tidak dapat ditembusi kerana

digalang oleh rahsia “Lam Alif” iaitu pada bentuk badan bila berkekuda mengiring atau

menyendeng. Kedudukan sendeng juga merupakan salah satu cara untuk melepaskan,

mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk serangan ataupun musibah yang

menghampiri kerana falsafah sendeng telah berkata bahawa “capai sebelum sampai dan

bunuh sebelum hidup” (Halim, 2010).

1.2 Latar Belakang Persoalan

Seni silat Sendeng berasal dari Muar Johor yang merupakan ilmu mempertahankan

diri untuk memelihara kehormatan dan maruah bangsa, budaya dan agama. Dalam seni

silat Sendeng ini mempunyai rukun perguruannya tersendiri iaitu mentaati perintah Allah

dan Rasul, menyantuni kedua ibu bapa, guru, kleuarga dan rakan seperguruan,

memelihara maruah dan kehormatan seni silat sendeng dan kerukunan hidup

kekeluargaan dan kemasyarakatan, menjauhi sifat-sifat takbur, ujub, riak, hasad sesama

insan (maksiat batin) dan menghindari dari pertelagahan sesama seperguruan dan

berlawan dengan orang lain melainkan dalam keadaan terdesak serta tercabar, rukun

terakhir ialah menghormati budaya silat melayu yang lain serta seni bela diri bangsa

asing. Seni silat sendeng dalam kalangan masyarakat Melayu kampung Sungai Ranggam

di Johor merupakan budaya peninggalan nenek moyang secara turun temurun. Menurut

falsafah silat atau kata-kata silat oleh Long Syukor 2012, telah berkata bahawa “Seni Silat

Sendeng adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi. Ia dianggap sebagai
4

ilmu yang tertinggi dimana mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam

menerusi setiap pergerakan seni silat tersebut”. Masyarakat Melayu kampung Sungai

Ranggam di Johor mewarisi tiga aliran ilmu seni persilatan iaitu kuntau tiga bulan (kuntau

telok emas), sendeng (pukulan sendeng) dan sendeng tujuh hari. Hal ini lebih

membuktikan lagi mengapa masyarakat melayu kampung sungai Ranggam mewarisi seni

silat ini adalah kerana pada 13 Julai 2009 bertempat di Ledang Johor, seni silat ini telah

disytiharkan oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman (menteri besar Johor) sebagai silat

rasmi negeri Johor.

Seni silat sendeng adalah salah satu budaya seni persilatan yang merupakan warisan

nenek moyang yang ditinggalkan kepada masyarakat kini khususnya masyarakat melayu

kampung Sungai Ranggam. Seni persilatan Sendeng ini sangat unik terutama dari segi

kedudukannya (kekuda) kerana mempunya keistimewaannya tersendiri khususnya

kekuda tersebut yang melambangkan simbol “lam Alif”. Masyarakat Melayu kampung

sungai Ranggam juga menjadikan Seni persilatan sendeng sebagai persembahan iaitu

langkah persembahan silat Melayu asli seperti lela sembah, lompat tiong, lebah

mengurap, lipat pandan, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada, tekpi, pedang

perisai dan tembong. Kebiasaannya persembahan langkah sembah seni pergerakan silat

sendeng ini di persembahkan sewaktu majlis keramaian seperti kenduri perkahwinanan,

majlis diraja, majlis persaraan guru di sekolah, majlis kesukanan dan pembuka majlis

seperti majlis keramaian yang lain.

Ilmu seni silat Sendeng diwarisi atau dipelajari oleh masyarakat Melayu Sungai

Ranggam sama ada lelaki ataupun perempuan kesemuanya boleh mewarisi seni silat

warisan tersebut. Kebiasaannya pesilat lelaki akan diadukan sesama lelaki dan pesilat
5

perempuan diadukan sesama perempuan akan tetapi ada juga kadangkala pesilat diadukan

berlainan jantina yang mana mereka pasti memiliki hubungan darah seperti adik beradik

kerana bertujuan untuk menguji tahap keilmuan yang dimiliki antara satu sama lain. Hal

ini melambangkan masyarakat melayu Sungai Ranggam mempunyai kerhormatan yang

tinggi dimana mereka tidak boleh ditindas atau dizalimi tidak kiralah lelaki ataupun

perempuan. Jelas terbukti masyarakat Melayu Sungai Ranggam sangat menjiwai warisan

ini sehingga mereka terus berjuang untuk mengekalkan seni silat sendeng ini kepada

generasi kini dan seterusnya.

Selain dari persilatan tangan kossong ada juga persilatan sendeng yang

menggunakan senjata atau dikenali dengan permainan senjata silat sendeng. Terdapat seni

silat sendeng menggunakan keris, menggunakan kerambit, tongkat, tembong, tekpi, tuas,

tumbuk lada, pedang, parang dan perisai. Biasanya masyarakat sungai Ranggam

menggunakannya sewaktu persembahan adat istiadat dan majlis keramaian iaitu

persembahan menggunakan senjata. Dalam daripada itu, tidak lengkap jika seni silat

sendeng tidak diiringi alunan muzik tradisi iaitu serunai dan gendang silat. Serunai

berperanan sebagai pembawa irama lagu atau melagukan sesebuah lagu gendang silat

bukan itu sahaja malah serunai juga membangkitkan semangat pesilat sendeng yang

beraksi. Biasanya serunai ditiup secara bergilir-gilir dari dua orang yang ahli dalam

meniup serunai. Berkaitan dengan gendang pula, gendang mempunyai dua iaitu gendang

ibu dan gendang anak. Biasanya terdiri dari empat orang yang memainkan muzik tradisi

ini yang mana dua orang daripada itu memukul gendang, seorang meniup serunai dan

seorang lagi memalu gong. Berdasarkan muzik tersebut terdapat tiga irama atau rentak
6

asas yang dimaiankan semasa mengiringi persembahan seni silat sendeng iaitu gendang

rentai inai, gendang rentak pahlawan dan gendang rentak sendayung.

Kesimpulannya, seni silat sendeng sangat termasyhur dalam kalangan masyarakat

melayu Sungai Ranggam Johor kerana pengasas seni silat ini juga berasal dari Johor dan

budaya masyarakat melayu dalam seni persilatan ini sangat berpengaruh. Seni silat

sendeng juga sering dipersembahkan pada majlis keramaian dan adat istiadat seperti

pertandingan, perkahwinan, majlis diraja yang bertujuan sebagai pembuka majlis serta

menjadi adat bagi masyarakat melayu. Masyarakat melayu Sungai Ranggam sangat

berpengaruh dengan budaya dan adat seni silat sendeng agar terus berkekalan hingga

generasi seterusnya. Ini lebih membuktikan bahawa masyarakat Melayu sangat

berpengaruh dengan dunia persilatan ini dimana ada segelintir masyarakat tidak dapat

mendengar gendang silat atau serunai silat kerana boleh menyebabkan darah dalam

dirinya terus bersemnagat dan berdiri bulu roma serta tidak dapat mengawalkan diri untuk

bersilat atau menyerang pesilat yang lain.

1.3 Persoalan Kajian

Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif, kerana pendekatan atau kaedah yang

digunakan lebih menekankan Nilai Moral Di Seabalik Persembahan Seni Silat Sendeng

Di Kampung Sungai Ranggam, Johor. Sebagaimana yang diketahui umum, kajian

mengenai seni silat Sendeng ini telah banyak dibuat tetapi perbezaan adalah dari segi

tempat dan etnik yang mungkin berbeza. Oleh hal yang demikian, sebelum sesuatu kajian

itu dijalankan, pengkaji akan mengemukakan persoalan mengenai perkara yang akan

dikaji. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesuatu kajian yang dijalankan seharusnya
7

menepati dengan tajuk yang dipilih. Oleh itu, mengemukakan persolan terlebih dahulu

sebelum sesuatu kajian dijalankan akan memudahkan pengkaji bagi mengelak sebarang

kesilapan dan kekeliruan semasa membuat perolehan data.

Pengkaji telah memilih tajuk untuk mengkaji Nilai Moral Di Sebalik Persembahan

Seni Silat Sendeng Di Kampung Sungai Ranggam, Johor. Kajian ini dipilih kerana pasti

tidak ramai yang mengetahui tentang seni warisan ini lebih-lebih lagi generasi kini yang

tidak tahu akan kewujudan seni warisan ini khusnya di negara kita. Seni silat sendeng

sebenarnya telah lama diamalkan oleh masyarakat terdahulu dan kini yang mana masih

diteruskan akan tetapi ia sangat terhad. Oleh kerana seni warisan ini dipersembahkan

dalam waktu-waktu tertentu sahaja kecuali waktu latihan, kemungkinan ramai generasi

muda tidak mengetahui bagaimana tradisi ini dijalankan. Dengan ini, kajian ini akan

mendedahkan kepada masyarakat tentang bagaimana persembahan seni silat sendeng

akan dipersembahkan.

Selain itu, persoalan kajian ini dipilih juga adalah untuk memberikan pengetahuan

kepada masyarakat khusunya masyarakat melayu Johor berkaitan dengan seni warisan

persembahan seni silat sendeng. Kebanyakan masyarakat Melayu Johor terutama

golongan muda kini tidak mengetahui tentang seni warisan persembahan silat sendeng.

Seharusnya isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana hal sebegini akan menimbulkan

ketidak prihatin masyarakat terhadap sesuatu yang wujud di Malaysia mahupun di sesuatu

tempat. Berdasarkan isu ini, pengkaji telah memilih untuk mengkaji tentang Nilai Moral

Di Sebalik Persembahan Seni Silat Sendeng di Kampung Sungai Ranggam, Johor.

Melalui kajian ini, pengkaji ingin mengetengahkan tentang bagaimana masyarakat

kampung Sungai Ranggam mempersembahkan seni silat sendeng. Dalam warisan tradisi
8

ini, kemungkinan mereka menggunakan beberapa peralatan bersenjata dan permainan alat

muzik tradisi seperti keris, kerambit, tongkat, tembong, tekpi, tuas, tumbuk lada, pedang,

parang dan perisai. Manakala peralatan muzik tradisi pula serunai, gendang ibu dan anak,

serta gong. Berdasarkan perlatan itu juga pengkaji dapat mendedahkan setiap fungsi

peralatan yang mereka gunakan dalam persembahan seni silat sendeng. Makalah dari itu,

melalui kajian ini, pengkaji mendedahkan dan membuka mata masyarakat khusunya

golongan muda tentang cara tradisi persembahan seni silat sendeng dijalankan. Generasi

kini harus tahu bahwa tradisi ini tidak wajar ditelan zaman kerana keunikan tradisi ini

kemungkinan hanya wujud di beberapa buah negari khusunya dalam negara Malaysia.

Kenunikan seni warisan tradisi persembahan seni silat sendeng ini mungkin kurang

membuka mata masyarkat. Namun begitu, tanpa disedari tradisi ini sebenarnya telah

membawa banyak nilai moral. Terdapat banyak nilai moral yang ada seni warisan tradisi

ini. Oleh sebab itulah tradisi ini perlu dikekalkan di negara kita. Nilai moral tersebut

sebenarnya telah wujud bermulanya persembahan seni silat sendeng dipersembahkan

sehingga selesai. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat zaman dahulu gemar

untuk mempersembahkan seni warisan tradisi ini disamping menggunakan peralatan

senjata dan muzik tradisional yang dimiliki. Kini, tradisi ini mungkin kurang dijalankan

dek timbunan ilmu mempertahankan diri seperti muay thai, karate, kungsu dan tinju

Boxing yang mana ianya bergantung kepada masyarakat melayu yang terpengaruh

dengan seni bela diri yang lain atau pengaruh luar. Oeleh sebab itulah warisan tradisi ini

kurang mendapat tempat di hati masyarakat. Walaubagaimanapun tradisi ini perlu

dikekalkan kerana nilai moralnya menjadikan masyarakat dahulu lebih menghargai dan

mengkagumi setiap warisan tradisi yang mereka wujudkan. Makalah dari itu, pengkaji
9

akan mendedahkan beberap nilai moral yang terdapat dalam persembahan seni silat

sendeng.

Nilai moral yang trdapat pada persembahan seni silat sendeng ini, menjadikan

warisan tradisi diteruskan walaupun mungkin tidak semeriah atau seramai dahulu namun

nilai moral yang wujud dalam tradisi ini mampu menjadikan warisan tradisi ini sebagai

satu bentuk persembahan yang sangat positif. Oleh sebab itu, perkara sebegini perlu

dikekalkan sehingga generasi akan dating masih berpeluang untuk mengetahui dan

menjiwai sendiri pengalaman seni silat sendeng. Melalui kajian ini, pengkaji akan

mengemukakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam warisan tradisi seni silat sendeng

supaya warisan tradisi ini menjadi satu contoh yang baik dan pengajaran buat lapisan

masyarakat.

Melalui kajian ini juga, pengkaji akan mengemukakan bagaimana warisan tradisi

seni silat sendeng dijalankan supaya kajian ini dapat membuka mata masyarakat bahawa

ianya sangat penting dan perlu dikekalkan. Bermula dengan sebelum persembahan,

semasa persembahan dan selepas persembahan seni silat sendeng ini pengakaji akan

mendedahkan setiap persembahan yang dilaksanakan dalam warisan tradisi ini. Hal ini

kerana, kemungkinan tidak semua lapisan masyarakat sama ad atua ataupun muda

mengetahui perkara ini apatah lagi mendalami bagaimana warisan tradisi persembahan

seni silat sendeng dilaksanakan. Oleh itu, penting bagi pengkaji untuk memperincikan

setiap persembahan yang dilaksanakan oleh mereka yang terlibat dalam warisan tradisi

ini.

Selari dengan persoalan yang dikemukakan, kajian ini akan menepati kehendak

yang dipilih mengenai warisan tradisi persembahan seni silat sendeng iaitu pendedahan
10

mengenai warisan tradisi persembahan seni silat sendeng, cara persembahan seni silat

sendeng dilaksanakan dan nilai moral yang terdapat dalam warisan tradisi persembahan

silat sendeng tersebut. Ketiga-tiga persoalan ini mampu menyedarkan masyarakat tentang

kewujudan dan kehebatan warisan tradisi ini. Warisan tradisi seni silat sendeng mungkin

berbeza mengikut tempat atau etnik selain orang Melayu, tetapi ianya masih terdapat

persamaan cara perlakasanaan warisan tradisi ini. Oleh hal yang demikian, tujuan kajian

ini dijalankan supaya semua lapisan masyarakat membuka mata tentang warisan-warisan

tradisi yang hebat, unik dimana ianya wujud di Malaysia dan kepentingannya untuk

dikekalkan demi generasi akan datang.

1.4 Rumusan Persolan

Rumusan persoalan ini bertujuan untuk membuat rumusan secara keseluruhan

berkaitan kajian pengkaji dalam menjalankan kajian yang dipilih. Rumusan persolan juga

merupakan matlamat utama keberkesanan dan ketepatan tujuan dalam menghasilkan satu

kajian yang berkualiti dalam menepati ciri-ciri tajuk kajian yang dikaji dan dipilih. Kajian

yang dilakukan akan menjadi satu panduan dalam proses mengkaji tajuk kajian Nilai

Moral Disebalik Persembahan Seni Silat Sendeng Di Kampung Sungai Ranggam, Johor.

1.4.1 Apakah yang dimaksudkan dengan seni silat sendeng di Kampung Sungai

Ranggam, Johor

1.4.2 Bagamanakah proses persembahan seni silat sendeeng sebelum memulakan

persembahan, semasa persembahan dan selepas persembahan di Kampung Sungai

Ranggam, Johor.
11

1.4.3 Apakah nilai moral di sebalik persembahan seni silat sendang dalam masyarakat

melayu di kampung Sungai Ranggam, Johor.

1.5 Batasan Kajian

Batasan kajian adalah bertujuan untuk membataskan atau mengehadkan bidang

kajian kepada satu bidang tertentu agar tidak terlalu luas. Hal ini dikatakan demikian

kerana pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara khusus. Oleh itu

pengkaji membataskan kajian ini agar dapat menghasilkan dapatan kajian yang berkualiti

dan memuaskan. Oleh itu, pengkaji perlu menyatakan had atau batasan kajian untuk

pembaca. Fokus utama pengkaji perlu mengkaji berkaitan nilai moral iaitu Nilai Moral

Di Sebalik Persembahan Seni Silat sendeng dalam kalangan masyarakat Melayu

Kampung Sungai Ranggam di Johor. Dalam menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah

membuat pemerhatian daripada bahan bacaan berkaitan dengan persembahan Seni Silat

Sendeng bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Dalam menyiapkan tugasan

ini juga, pengkaji memulakan kajian dengan berdasarkan pengumpulan maklumat

daripada bahan-bahan rujukan yang berkaitan berkaitan seperti jurnal dan internet.

Pengkaji turut membuat temuduga dengan menggunakan aplikasi Whatsapp untuk

mendapatkan maklumat daripada narasumber yang benar dan sahih.

1.5.1 Fokus Kajian

Kajian ini akan menyentuh tentang tradisi persembahan seni silat yang

memfokuskan pada Nilai Moral Di Sebalik Persembahan Seni Silat sendeng dalam
12

kalangan masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam di Johor dimana ianya

merupakan tradisi turun- temurun bagi masyarakat di kawasan tersebut. Hal ini akan turut

memberikan gambaran sebenarnya adakah persembahan Seni Silat Sendeng menjadi

salah satu nilai moral mengikut yang sepatutnya dalam konteks seni.

1.5.2 Batasan Tempat

Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara

lebih khusus. Oleh itu, pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah

memuaskan. Pengkaji meletakkan skop dan ruang yang agak kecil dalam batasan kajian,

namun begitu keseluruhan aspek dalam teks karya tersebut merupakan intipati yang

menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian kepada skop yang

kecil iaitu pengkaji hanya melakukan analisis pada ruang sosiobudaya dan nilai moral.

Kajian ini akan dijalankan di sebuah kampung iaitu Kampung Sungai Ranggam di

Johor sahaja. Batasan tempat dalam menghasilkan satu kajian oleh pengkaji dimana,

seluruh dunia mengalami wabak penyakit yang berbahaya iaitu covid-19. Hal ini akan

menyukarkan pengkaji dalam mengambil maklumat yang banyak di tempat kajian kerana

keterbatasan masa dalam menemu bual guru silat itu sendiri. Dapatan tinjauan kawasan

kajian, yang dimana di tempat kajian tersebut agak sukar kerana kekuatiran penularan

wabak covid-19 berlaku dan juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh

kerajaan. Perubahan yang diperolehi semasa kajian merupakan dapatan kajian dari

pemerhatian, penghayatan, pengalaman dan penyelidikan pengkaji sendiri.


13

1.6 Tujuan Kajian

Tujuan kajian dibuat adalah untuk mengenal pasti sebab sesuatu kajian itu

dilakukan. Ianya juga bertujuan untuk merungkai beberapa persoalan yang terdapat dalam

sesuatu kajian yang perlu diterokai oleh pengkaji, antara tujuan kajian ini ialah:

1.6.1 Tujuan utama kajian ini ialah untuk memenuhi syarat lulus tugasan kursus

MSP3033 Krraf Tradisional Rupa dan Identiti.

1.6.2 Bertujuan untuk melepasi syarat untuk graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Seni dengan Kepujian, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif sesi 2019.

1.6.3 Bertujuan untuk mengetahui nilai moral disebalik Persembahan Seni Silat

Sendeng dalam kalangan masyarakat melayu Kampung Sungai Ranggam di Johor.

1.7 Faedah Kajian

Setiap kajian mempunyai faedah yang tersendiri dan hasil daripada kajian ini

terdapat banyak faedah yang diperolehi antaranya ialah:

1.7.1 Dengan selesainya kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada generasi

akan datang dalam kalangan Masyarakat Melayu Johor.

1.7.2 Dengan selesainya kajian ini dapat memasukan Persembahan Seni Silat sendeng

dalam persembahan seni bela diri nusantara.

1.7.3 Dengan selesainya kajian ini dapat meletakkan tradisi Nilai Moral di sebalik

persembahan Seni Silat Sendeng dalam kalangan masyarakat melayu Kampung Sungai

Ranggam di Johor dalam peta intelek nusantara.


14

1.8 Tinjauan Pustaka

Tajuk kajian ini adalah berfokuskan kepada persembahan seni silat sendeng yang

dijalankan dimana pengkaji ingin mengkaji tentang persembahan seni silat sendeng ini

kerana adat ini sangat jarang diketahui umum. Tajuk kajian ini adalah hasil daripada

perbincangan dan ketertarikan pengkaji untuk mengenali tradisi ini yang terletak di negeri

Johor. Dalam pada pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat ini, pengkaji akur dengan

etika-etika penyelidikan yang seharusnya pengkaji patuhi. Ini jelas apabila Fine dan

Sandstorm (1988), mengatakan bahawa “pengkaji mestilah menyediakan penerangan

yang menyeluruh tentang tujuan penyelidikan, terutama apabila pengkaji tidak

mempunyai kuasa penuh terhadap subjek dan responden”. Kesemua etika ini adalah bagi

menjamin kualiti dan mutu penyelidikan yang dihasilkan. Selain itu, diharap agar

metodologi kajian ini mencapai objektif dan tujuan yang disasarkan.Di samping itu,

dalam mendapatkan maklumat secara kajian pustaka, pengkaji menjadikan jurnal

“Perubahan Peranan Dan Fungsi Institusi Persilatan Melayu Di Semenanjung Malaysia”

karangan Satoru Tsunashima sebagai rujukan dan jurnal “Memahami Makna Seni dalam

Pencak Silat” oleh Suryo Ediyono, Sahid Teguh Widodo dalam melihat makna seni dalam

pencak silat. Serta “Meor Abdul Rahman: Konsep Tempur Seni Gayong dan Inovasi Silat

Melayu” oleh Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. Rujukan-rujukan ini adalah berkaitan

dengan tajuk pengkaji ingin kaji.

Sinopsis yang terdapat dalam jurnal “Perubahan Peranan Dan Fungsi Institusi

Persilatan Melayu Di Semenanjung Malaysia” karangan Satoru Tsunashima ialah Proses

formalisasi perguruan silat dalam struktur pentadbiran moden ke dalam struktur

pentadbiran sebagai pertubuhan atau persatuan berdaftar menyebabkan beberapa kesan


15

sosial3. Kesan utama dalam perubahan struktural ini ialah kelunturan peranan silat sebagai

satu dasar sosialisasi dan kewibawaan jati diri dan kewibawaan bangsa Melayu. Fungsi

seperti menjaga keperibadian dan tokoh-tokoh di bawah sistem nilai dan adab dan

pelantar kesebayaan, tidak lagi diutamakan. Bawah sistem pentadbiran baru penekanan

diberikan pada nilai yang seperti penepatan waktu, senaman, persembahan pentas dan

amalan ‘moden’ olah-raga atau sukan.

Sinopsis yang terdapat dalam jurnal “Memahami Makna Seni dalam Pencak Silat”

oleh Suryo Ediyono, Sahid Teguh Widodo adalah Seni bela diri pencak silat sebagai

metode bertarung secara falsafah mengajarkan pendidikan rohani dan fizikal untuk

membantu para peminatnya dalam menghayati nilai-nilai moral yang terdapat di

dalamnya4. Objek material dari penelitian ini adalah pencak silat dan objek formal adalah

falsafah seni atau estetika dari pencak silat tersebut. Penelitian ini bertujuan untuk

mengkaji norma atau perilaku pencak silat, gaya pencak silat, kategori pencak silat dan

peralatannya. Penelitian ini menggunakan metode faktual-historis melalui deskripsi,

analisis, dan sintesis. Hasilnya adalah norma pencak silat yang secara konseptual

ditemukan dalam sikap kinerja, gerak langkah, serangan, dan pertahanan, gaya seni bela

diri yang terdiri dari aspek mental-spiritual, bela diri, seni, dan olahraga, seni dalam seni

bela diri dibahagi menjadi wiraga, wirama, dan wirasa serta peralatan seni bela diri

termasuk penggunaan kostum, senjata khusus, dan pengiring musik tradisional.5

3
Satoru, T. (1970, January 1). Perubahan Peranan Dan fungsi institusi persilatan melayu di
semenanjung Malaysia [GV1112.75. T882 2004 f RB] [microfiche 7478]. Welcome to Repository@USM
- USM Research and Publication. Retrieved December 16, 2021, from http://eprints.usm.my/6314/
4
Ediyono, S., & Widodo, S. T. (2019). Memahami Makna Seni Dalam Pencak Silat. Panggung.
Retrieved December 16, 2021, from https://jurnal.isbi.ac.id/index.php/panggung/article/view/1014
5
Ibid
16

Seterusnya, sinopsis yang terdapat dalam jurnal “Meor Abdul Rahman: Konsep

Tempur Seni Gayong dan Inovasi Silat Melayu” oleh Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah

yang diterbitkan pada tahun 2018, menyatakan pengertian silat selalu berbeza mengikut

pemahaman dan falsafah sesebuah perguruan silat, termasuk daripada aspek tempur.
6
Sejak beberapa dekad lalu, kajian mengenai silat kerap tertumpu pada persoalan seni dan

falsafah mistik. Namun begitu, kurang sekali yang cuba mendalami ilmu tempur orang

Melayu yang terkandung dalam perlakuan silat itu sendiri. Justeru, artikel ini, melalui

pendekatan etnosejarah, cuba mengemukakan beberapa maklumat penting dalam usaha

untuk meneliti konsep tempur orang Melayu dan kepentingannya kepada perkembangan

konsep dan institusi silat berdasarkan kes aliran seni gayong Dato’ Meor Abdul Rahman.

Dengan berpandukan kepada bahan-bahan arkib dan kepustakaan, artikel ini

mencadangkan bahawa sejak dari awal, aliran seni gayong telah menekankan tentang

konsep keberkesanan tempur berasaskan pengertian ‘gayong’. Konsep ini digunakan

untuk mendefinisi semula makna silat Melayu agar bertepatan dengan situasi semasa. Ia

juga dilihat penting kerana dapat mentakrif realiti kepakaran teknikal ilmu perang Melayu

sehingga dilihat mencapai suatu tahap patriotisme bagi aliran seni gayong 7. Dengan

demikian, artikel ini diharap dapat memberikan pencerahan tentang sebahagian daripada

ilmu teknikal orang Melayu yang patut diteliti dan diangkat sebagai warisan kearifan yang

perlu dilestari.

6
Wan Hasbullah, W. M. D. (2018). Meor Abdul Rahman: Konsep Tempur Seni Gayong Dan Inovasi ...
Retrieved December 19, 2021, from https://ijie.um.edu.my/index.php/JPM/article/download/15373/9194/30375
7
Ibid
17

1.9 Landasan Teori

Terdapat beberapa teori yang boleh digunakan untuk membuat kajian yang

dijalankan iaitu:

1.9.1 Teori Kebudayaan

Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal.

Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala

daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75).

Proses pembelajaran budaya berlaku melalui simbol-simbol yang bermakna yang

merupakan elemen penting dalam budaya. Budaya adalah informasi yang dipelajari dan

dikirimkan daripada individu kepada individu dari satu generasi kepada generasi melalui

simbol-simbol yang bermakna. Menurut John J. Macionis (1987:62) pula, budaya dilihat

sebagai kepercayaan, nilai-nilai, tingkah laku dan objek kebendaan yang dikongsi

bersama oleh sekumpulan penduduk yang tertentu. John J. Macionis membahagikan

budaya kepada dua iaitu, budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan

merujuk kepada ciptaan manusia yang nyata dan jelas yang merangkumi segala objek

yang dicipta dalam masyarakat seperti bangunan, seni, peralatan, alat permainan, media

cetak, dan media elektronik dan objek-objek lain yang tegas dan nyata. Budaya bukan

kebendaan pula merujuk kepada ciptaan manusia yang tidak nyata dan tidak jelas yang

meliputi norma, undang-undang dan kepercayaan suatu kumpulan masyarakat.

Cultural materialism merujuk pada pendekatan secara teoritis terhadap factor-faktor

yang bermain dalam perubahan budaya (culture). Raymond William menggunakan kata
18

cultural materialism untuk studinya terhadap komponen yang berpengaruh pada

perubahan kultur, di mana dalam proses sejarah, keperluan sosial, ekonomi, politik, dan

tekanan pemerintahan, memainkan peranan yang penting terhadap penggunaan dan kuasa

atas media. Menurut Raymond William juga di dalam teori kebudayaan beliau, beliau

menyatakan bahawa budaya itu adalah sebuah proses umum dari intelektual, spiritual,

dan perkembangan estetika. Seterusnya yang kedua adalah cara hidup yang khusus baik

dari seseorang manusia ataupun suatu kelompok, dan yang ketiga ianya mengacu kepada

karya-karya atau praktik-praktik intelektual dan khususnya kegiatan-kegiatan yang

bersifat seni8

1.9.2 Teori kemoralan sosial

Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat

dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada

tatahukum,tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab

setiap individubagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan

Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri

seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan

atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga

kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan

pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

8
Ibid.
19

Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh

pemerintah supaya wajib dipatuhi. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara

umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Peraturan ini juga tidak membenarkan

seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh

masyarakatnya. Begitu pun setiap tradisi sebenarnya merangkumi pelbagai moral supaya

nilai dalam kemasyarakatan dapat dikekalkan. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai

motifnya yang tersendiri sama ada ianya memberi manfaat atau sebaliknya. Oleh sebab

itu, pentingnya setiap apa-apa yang dijalankan perlu tahu kebaikan dan keburukan serta

kesan daripadanya 9

1.10 Hipotesis Kajian

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan

hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan

dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian. Hipotesis kajian ini juga

digunakan untuk menjelaskan sesuatu fakta atau perhubungan antara yang ingin dikaji

berdasarkan tajuk kajian iaitu unsur kepercayaan yang terdapat pada nilai moral bagi

masyarakat Melayu di Kampung Sungai Ranggam, Johor. Untuk memudahkan dalam

menjelaskan kajian, mula dengan membentuk jangkaan awal hipotesis. Ia adalah sebagai

panduan dalam mencari data yang perlu bagi menjawab jangkaan awal tadi. Penakrifan

hipotesis akan memberi panduan kepada penyelidikan di dalam mencari data-data yang

9
http://repository.uin-suska.ac.id/6193/3/BAB%20II.pdf, https://pdfcoffee.com/teori-
kemoralan-sosial-dan-teori-keperibadian-muliadoc-pdf-free.html
20

berkaitan dengan tajuk iaitu Nilai Moral Di Sebalik Persembaan Seni Silat Sendeng dalam

kalangan Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam.

Tradisi presembahan seni silat sendeng sebenarnya semakin kurang dijalankan lagi

lagi pada hari hari perkhawinan dan anjuran program kerana tidak dibenarkan membuat

program dengan kuantiti yang ramai sejak pkp di Malaysia. Jika diperkenalkan kepada

generasi kini, mungkin sebilangan sahaja yang mengetahui tentang seni Seni Silat

Sendeng ini. Hal ini kerana mereka tidak didedahkan dengan tradisi ini kerana kurang

sambutan dan kurang ahli untuk melaksanakan pertubuhan silat ini. Namun itu, masih ada

segelintir daripada kanak-kanak atau anak muda yang mengetahui tentang tradisi Seni

Silat Sendeng ini. Oleh hal yang demikian, tradisi ini seharusnya dikekalkan supaya ianya

menjadi tradisi yang unik untuk masyarakat Melayu. Jadi, penulis akan membincangkan

unsur kepercayaan adat bermukun dan proses dari sebelum persembahan, semasa

persembahan dan selepas persembahan yang dapat dimanfaatkan melalui penulisan

ilmiah ini.

1.11 Metodologi Kajian

Metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankankajian

ke atas subjek kajian. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian,

sampel kajian, instrument kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi

menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Metodologi

penyelidikan juga merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan

menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
21

kajian. Metodologi juga menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu

kaedah dan teknik tertententu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu

memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat

huraian tentang proses kajian.Pengkaji mendapati kaedah kualitatif adalah yang paling

sesuai berbanding dengan kaedah lain. Dalam kajian ini, kaedah kualitatif yang

digunakan menjurus kepada kaedah mengumpul data dan maklumat iaitu dalam bentuk

kajian pusaka. Kaedah pengumpulan maklumat telah dijalankan dengan pelbagai cara dan

teknik demi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Dalam proses ini, pengkaji telah

mengambil pendekatan pustaka. Dalam pendekatan pustaka, pengkaji mengkaji secara

terperinci mengenai nilai moral yang terdapat kalangan masayarakat Melayu di Kampung

Sungai Ranggam Muar, Johor.

1.11.1 Sumber Data

1.11.1.1 Sumber Data Primer

Sumber data primer merupakan data utama yang terdiri daripada manusia atau produk

yang dikaji. Dalam kajian ini data primer diperolehi berdasarkan temu bual bersama tok

penghulu yang merupakan ahli seni silat sendeng di kampung sungai Ranggam, Johor.

1.11.1.2 Sumber Data Skunder

Sumber data skunder dikenali sebagai data yang diperolehi daripada sumber data yang

kedua iaitu tulisan-tulisan, buku-buku atau cerita-cerita. Melalui kajian ini, sumber
22

skunder akan diperolehi daripada tulisan, buku dan pendapat daripada narasumber

penduduk setempat.

1.11.1.3 Sumber Data Tertier

Sumber data tertier adalah data yang diperolehi daripada sumber ketiga. Berdasarkan

kajian ini, sumber tertier diperolehi melalui tayangan video dari pelbagai sumber asalkan

berkaitan dengan seni persembahan silat sendeng

1.11.2 Kaedah Pengumpulan Data

Melalui kajian ini, pengumpulan data dilakukan beberapa kaedah antaranya adalah

kaedah temu ramah, kaedah pemerhatian dan kajian Pustaka. \

1.11.2.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah data yang diperolehi dalam bentuk artifak dan tingkah laku

yang dikumpulkan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Sewaktu proses

pemerhatian Teknik rakaman audio visual akan diaplikasikan untuk melancarkan proses

penyelidikan. Makalah dari itu, hasil kajian daripada dapatan ini akan digunakan sebagai

penyokong ataupun dikenali sebagai sokongan yang kuat dalam kajian ini serta

mengukuhkan lagi data atau maklumat yang diperolehi.


23

1.11.2.2 Kaedah Temu Ramah

Kaedah temu ramah dapat dijelaskan sebagai pemerolehan maklumat melalui kaedah

menemu ramah ataupun responden. Dalam kajian ini, kaedah temu ramah akan dijalankan

secara bersemuka serta menggunakan Teknik rakaman audio dengan responden.

Pengaplikasian kaedah ini bertujuan untuk melancarkan proses kajian yang dijalankan

oleh pengkaji disamping mencatat ataupun merekodkan bukti untuk kegunaan kajian.

1.11.2.3 kaedah Kajian Pustaka

Kaedah Kajian Pustaka merupakan kaedah pengumpulan data bercetak dari dokumen-

dokumen, tulisan-tulisan daripada pihak penganjur dan mereka yang terlibat dengan

persembahan seni silat sendeng. Selain daripada data tersebut buku-buku dan kajian

sebelumnya adalah bersesuian dengan kajian akan diambil kira.

1.11.3 Kaedah Verifikasi Data

Setelah proses pengumpulan data dilakukan, kesemua data-data yang diperolehi perlulah

ditentukan kesahannya. Kaedah verifikasi data dapat dilakukan melalui pemerhatian ke

atas empat kriteria iaitu darjah kepercayaannya (credibility), pemindahan

(transferability), pergantungan (dependability), dan pengesahan (confirmability). Data

yang telah dikumpulkan dipastikan darjah kepercayaannya melalui beberapa jenis

pengesahan. Data yang sah diguna pakai manakala data yang diragui digantung sebagai

data yang samar.


24

1.11.3.1 Tringulasi Data

Triangulasi merupakan satu teknik menentukan kesahan data dengan membuat

perbandingan di antara data-data yang diperolehi. Bagi memastikan data yang diperolehi

adalah sah darjah kepercayaannya, beberapa kaedah triangulasi dibuat seperti

pemerhatian dalam tempoh yang panjang, kesesuaian dengan teori yang digunakan,

perbincangan dengan pakar dalam bidang yang bersesuaian dengan sumber data dan

pemeriksaan kembali dalam kalangan pengkaji. Segala data yang diperolehi disesuaikan

dengan data-data yang lain sebagai contoh, foto yang diambil semasa kaedah pemerhatian

disesuaikan dengan teori yang diperoleh daripada buku- buku untuk menentukan kesahan

data.

1.11.3.2 Pemindahan Data

Data-data yang telah disahkan seterusnya dikelompokkan mengikut kelompok sumber.

Sebagai contoh data-data yang berkaitan dengan estetik dikelompokkan dalam sub

estetik. Setelah semua data yang telah diverifikasi terkumpul pengkaji membuat huraian

terperinci (thick description) terhadap data-data yang diperolehi dengan mengaitkan suatu

data dengan suatu data yang lain.

1.11.3.3 Pergantungan Data

Pergantungan data merupakan kriteria verifikasi data yang terakhir sebelum membuat

penafsiran. Pengkaji telah membuat penafsiran dengan melakukan audit kebergantungan


25

di mana ia merupakan pemeriksaan data-data yang diperoleh dengan melihat saling

kebergantungan setiap data sehingga akhirnya membentuk satu dapatan yang dapat

dipercayai. Audit pengesahan digunakan bagi mendapatkan pengesahan melalui rujukan

penyelidik lain, buku-buku, penulisan terdahulu dan sebagainya supaya data yang

diperoleh dapat diguna pakai.

1.11.3.4 Kaedah Analisis Data

Penelitian data-data terkumpul yang telah diverifikasi sama ada data bertulis seperti

dokumen- dokumen, transkrip, pengunjuran, rekod-rekod catatan, dan gambar-gambar

yang dirakam dalam proses mengumpul data dianalisis bagi tujuan menyelesaikan

persoalan kajian yang dikaji.

Proses menganalisis data dimulakan dengan melakukan penelitian ke atas semua

data yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber data. Data yang terkumpul ini

kemudian dirangkumkan dengan memperlihatkan saling berkaitan di antara setiap data.

Data-data ini pula seterusnya disusun ke dalam unit-unit berlainan mengikut kategorinya.

Catatan dilakukan ke atas data-data yang sudah dikelaskan bagi mengelak pengkaji

daripada terlepas pandang, leka, lalai, tertinggal, tersalah tafsir ataupun terlupamaklumat

yang diperolehi. Akhirnya pengkaji membuat huraian dengan menganalisis dan mentafsir

data. Dalam tempoh kajian, data yang dikumpulkan sentiasa dianalisis secara induktif

selama penelitian berlangsung dengan mengolah data - data supaya dapat diterjemahkan

dalam bentuk yang lebih mudah dibaca, difahami dan diinterpretasikan.


26

1.12Penarikan Kesimpulan

Kesimpulan yang dirumuskan hasil daripada kajian yang dijalankan ini adalah

dapat mengetahui perkara mengenai Zapin Padang Sari dengan lebih mendalam lagi.

Tambahan pula, setiap maklumat yang diperolehi sangat membantu dalam penghasilan

kajian ini.

Pencarian maklumat yang diperolehi dapat membantu proses membuat kajian

dengan baik. Pencarian maklumat dan temubual membantu kami mendapatkan maklumat

yang betul dan sahih. Justeru itu, maklumat yang diperolehi telah kami perincikan bagi

memastikan maklumat adalah sahih supaya kajian yang kami telah siapkan ini

disampaikan dengan betul dan akan memberi manfaat kepada semua orang yang

membacanya.
27

BAB 2

LATAR BELAKANG SEJARAH DAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT

MELAYU KAMPUNG SUNGAI RANGGAM, JOHOR.

2.1 Latar Belakang Sejarah Masyarakat Melayu Di Kampung Sungai Ranggam,

Johor.

Sejarah awal kampung Sungai Ranggam Panchor dalam daerah Muar yang

kebanyakkannya masyarakat dahulu terdiri dalam kalangan orang jawa dan bugis. Pada

Ketika itu tiada pengakutan darat mahupun air yang baik atau lebih canggih. Semua

masyarakat kampung Sungai Ranggam biasanya meneruskan hari-hari mereka melalui

denai-denai semak. Pada permulaannya mereka memperolehi sumber pendapatan melalui

aktiviti pertanian seperti mengambil upah menoreh getah dan menjual sayur-sayuran di

pekan. Pada Ketika dahulu masyarakat kampung Sungai Ranggam mempunyai ramai
28

penduduk akan tetapi kini penduduknya semakin berkurang sedikit demi sedikit kerana

anak-anak mereka keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan yang lebih baik10.

Menurut penduduk dan penghulu kampung Sungai Ranggam, nama asal kampung

tersebut dikenali sebagai kampung sungai Alai dan Ranggam. Kemudian dibahagikan

kepada dua kampung iaitu kampung Sungai Alai dan Kampung Sungai Ranggam.

Kampung Sungai ranggam dinamakan dengan sungai Ranggam kerana berdekatan

dengan kuala sungai yang berhubung dengan sungai Muar. Pada zaman dahulu, orang tua

ada berkata bahawa kuala sungai tersebut selalu menjadi tempat masyarakat untuk

bersantai-santai. Salasilah nama kampung ini diberi kerana ia bersebelahan dengan

sungai11.

Terdapat tokoh masyarakat kampung Sungai Ranggam, iaitu haji Atiman yang

merupakan ahli cawangan UMNO. Beliau banyak menolong penduduk dari segi

keewangan dengan penambahbaikan dalam sistem perparitan dan saliran serta jalan-jalan

utama. Manakala asal usul nama Panchor yang sebenarnya mempunyai pelbagai sejarah

yang tersendiri apabila ia pernah menjadi sebahagian daripada laluan “denai panarikan”

yang digunakan oleh pedagang dahulu kala dimana ia menghubungkan antara pantai barat

dengan semenanjung. Pekan atau kampung panchor ini dipercayai telah ditubuhkan sejak

tahun 1511 lagi iaitu pada zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ditangan penjajah

portugis. Pekan Panchor yang merupakan pekan kampung Sungai Ranggam diwujudkan

selepas kejatuhan melaka dan setelah itu dibuka oleh rombongan daripada Melaka yang

melarikan diri selepas berlakunya serangan daripada portugis. Rombongan ini dipercayai

10
Tok Sajri Bin Samiran, Ketua Kampung, Kampung Sungai Ranggam, 3:00 Petang, 4 Januari 2022
11
Ibid
29

menuju ke Panchor melalui kesang Tasik dan seterusnya menuju ke mudik lalu menuju

pula ke Kawasan hulu hinggalah Kawasan yang dapat kita lihat pada hari ini. Menurut

penghulu Kampung Sungai Ranggam perkara ini dapat dibuktikan dengan wujudnya

makam sultan Alaudin Riayat Shah di kampung Raja dan juga sisa runtuhan kubu tentera

Melaka di kampung Brohol yang terletak jauh dari Kawasan ini12.

Menurut penduduk kampung Sungai Ranggam lagi, daerah Muar, Johor memiliki

banyak kampung antaranya kampung Sungai Alai, Sungai Ranggam, Kampung Brohol,

kampung Olak Sepam, kampung Raja, kamung Selancar, kampung Tanggul Aur,

kampung Terus, Kampung Jawa, kampung Sri Tanjong dan kampung Semasih. Jarak

kampung Sungai Ranggam ke bandar dalam lingkungan 18 hingga 20 kilometer.

Kampung Sungai Ranggam juga bersempadan dengan daerah ledang iaitu kira-kira 5

kilometer. Ia juga bersempadan dengan kampung dan negeri melaka iaitu kira-kira 50

kilometer13.

Kampung Sungai Ranggam sangat berstrategik dimana kedapatan banyak

kemudahan jalan raya yang menghubungkan kampung tersebut ke kampung yang lain

serta bandar. Kampung Sungai Ranggam dikira sangat berstrategik, yang mana memiliki

jalan bertar dan banyak kemudahan-kemudahan seperti pengakutan untuk ke bandar.

Contohnya, terdapat perkhidmatan pengakutan seperti bas mufakat johor yang

memudahkan pendudduk untuk bergerak ke bandar. Kampung Sungai Ranggam Panchor

mempunyai banyak keindahannya seperti terdapatnya pelbagai kebun buah-buahan iaitu

kebun durian yang merupakan sumber tarikan pelancong atau pelawat untuk membeli

12
Ibid
13
Ibid
30

buah-buahan pada musimnya. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat memancing yang

begitu menarik iaitu kuala sungai dimana didalamnya mengandungi kepelbagaian jenis

ikan yang enak dimakan14.

Menurut penduduk kampung Sungai Ranggam, kini majorati penduduk adalah

100% yang bekerja sebagai buruh kelapa sawit dan getah. Dalam daripada itu ada juga

yang bekerja kilang dan bekerja sendiri. Penduduk dikampung Sungai Ranggam adalah

seramai 480 orang yang begitu aktif dalam kegiatan seni tradisi iaitu persembahan seni

silat sendeng. Akan tetapi itu semuanya dulu sewaktu bebasnya wabak covid-19. Kini

kurang penyertaan persembahan seni silat sendeng dalam kalangan masyarakat kerana

wabak tersebut15.

Gambar 1: Peta Kampung Sungai Ranggam, Johor

Sumber :
https://www.google.com/maps/place/Masjid+Kampung+Sungai+Ranggam/@2.1722287,102.6
708546,17z/data=!4m5!3m4!1s0x31d1ced47ecbd313:0x2ba4c7cf66b2983b!8m2!3d2.1722287
!4d102.6730433

14
Ibid
15
Ibid
31

2.2 Latar Belakang Sosio Budaya Masyarakat Melayu Kampung Sungai

Ranggam, Johor.

Sosiobudaya masyarakat melayu di kampung Sungai Ranggam lebih kepada adat

dan tradisi. Setiap negeri semestinya memiliki ciri-ciri budaya dan tradisi yang tersendiri

serta melambangkan identiti mereka. Untuk mencapai kelestarian masyarakat dalam

perkampungan Sungai Ranggam, terdapat amalan dan tradisi dari aspek adat resam, ritual,

pantang larang, makanan, perubatan. Bahasa, pakaian, rekreasi, kesenian, Pendidikan dan

agama. Perkara sedemikian merupakan aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian

mereka. Masyarakat kampung Sungai Ranggam adalah masyarakat yang mempunyai

personality budaya dan pelbagai khususnya dari aspek kesenian tradisi. Hal ini dikatakan

demikian kerana untuk mengekalkan adat turun temurun dan boleh dilihat melalui

tatacara kehidupan tradisi dalam masyarakat16.

Selain itu, masyarakat Sungai Ranggam juga bergiat aktif dalam persembahan seni

silat sendeng yang merupakan seni mempertahankan diri dari turun temurun atau juga

disebut tradisi. Pada asalnya, masyarakat Sungai Ranggam mengamalkan seni silat

sendeng tidak lebih dari mempertahankan diri dari pihak musuh, membela agama, bangsa

dan negara. Hakikat sebenarnya, seni silat sendeng melambangkan identiti masyarakat

melayu. Melalui setiap pergerakan Langkah, kekuda, buah silat, bunga Langkah sembah

seni silat sendeng mengandungi makna tersendiri yang berkait rapat dengan masyarakat

melayu khususnya di kampung Sungai Ranggam. Dengan amalan tradisi ini, masyarakat

16
Amran Bin Haroun, Penduduk Kampung, Kampung Sungai Ranggam, 6:00 Petang, 6 Januari
2022
32

Sungai Ranggam dikenali di negeri Johor sebagai masyarakat yang mementingkan seni

silat tradisi yang diguna hanya untuk hal-hal yang baik sahaja17.

2.2.1 Adat Kelahiran Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam, Johor

Dalam adat istiadat masyarakat Kampung Sungai Ranggam, Johor didapati

masyarakat ini mengamalkan adat kelahiran selepas seorang ibu melahirkan anak. Cukur

jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru

dalam keluarga. Sambil para hadirin berselawat dan berzikir, bayi didukung oleh bapa

atau datuknya kemudian hadirin bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi. Adat ini

ialah adat bercukur kepala bayi dan rambutnya akan diletakkan ke dalam sebuah mangkuk

yang berisi air atau dimasukkan ke dalam tempurung kelapa muda. Dalam sesetengah

keluarga, mereka mengikut adat yang mana gegelung rambut akan ditimbang dan emas

atau wang yang setimpal didermakan mengikut beratnya kepada orang-orang miskin yang

memerlukannya 18. Selain itu, semasa adat bercukur diadakan majlis doa selamat dan

jamuan makan juga diadakan untuk meraikan kelahiran baharu yang diamalkan tradisi

turun temurun.

17
Ibid
18
Diperolehi: https://arnamee.blogspot.com/2018/06/cukur-jambul-rambut-bayi-dan-ain-
bayi.html
33

Gambar 2: Cukur Jambul

Sumber : https://my.theasianparent.com/cukur-jambul-bayi

Selain itu, adat berpantang juga menjadi kebiasaan bagi Masyarakat Melayu

Kampung Sungai Ranggam Johor. Wanita yang telah bersalin akan menjalani tempoh

berpantang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka

akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya selama

tempoh 44 hari. Dalam tempoh ini wanita dilarang makan makanan mengikut

kehendaknya dan tidak boleh melakukan apa-apa kerja sepanjang tempoh tersebut.

Selama berpantang, wanita akan diberi makan ubat-ubatan tradisi dan bertungku.

Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal 19.

19
Diperolehi: https://www.hmetro.com.my/WM/2020/03/560573/berpantang-pulih-kerosakan
34

Gambar 3: Bertungku

Sumber : https://www.mingguanwanita.my/cara-bertungku-dengan-betul-wajib-kena-

dekat-4-bahagian-badan-barulah-hasilnya-perut-kempis-dan-tak-buncit/

2.2.2 Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam, Johor

Adat perkahwinan di Kampung Sungai Ranggam Johor masih mengamalkan adat

perkahwinan yang diamalkan sejak dahulu lagi dan sehingga kini masyarakat di kampung

ini masih meneruskan adat dan budaya tersebut. Walaupun zaman ini adat perkahwinan

telah banyak mendapat pengaruh daripada Barat, namun masih ada masyarakat kampung

yang mengamalkan tradisi adat perkahwinan turun temurun. Mengikut adat dan budaya

di kampung ini rata-rata memulakan langkah dengan merisik iaitu perkara yang wajar

dilakukan oleh pihak lelaki untuk menikahi gadis orang negeri Johor. Tujuan merisik ini

adalah untuk memastikan gadis yang ingin dijadikan isteri itu sudah berpunya atau belum.
35

Bukan itu sahaja, adat merisik ini juga memberi ruang dan peluang bagi kedua dua ibu

bapa lelaki dan perempuan untuk berkenalan antara satu sama lain20.

Seterusnya, setelah pasangan mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk disatukan,

rombongan meminang pula dihantar oleh pihak lelaki untuk meminang pasangannya.

Rombongan meminang yang dihantar oleh pihak lelaki ini biasanya dilakukan oleh

keluarga terdekat sebelah lelaki. Ketika ini, perbincangan dan rundingan dilakukan

berkenaan dengan adat bertunang pula21.

Setelah membuat perbincangan dan rundingan dalam rombongan meminang

sebelum ini, bertunang merupakan langkah seterusnya yang dilakukan oleh pihak lelaki

kepada pihak perempuan. Adat tersebut dilakukan dengan menyarungkan cincin tanda

iaitu cincin tunang kepada si perempuan oleh ibu kepada pihak lelaki tersebut. Hantaran

untuk majlis bertunang pula kebiasaannya bergantung kepada hasil perbincangan dalam

rombongan meminang sebelum ini. Di Kampung Sungai Ranggam, Johor kebiasaannya

hantaran yang telah dibuat pada majlis pertunangan tidak perlu lagi hantaran pada waktu

bernikah nanti. Namun itu, terdapat juga sesetengah masyarakat yang ingin membawa

hantaran sekali lagi ketika bernikah nanti22.

20
Diperolehi: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35772/1/35772.pdf
21
Ibid.
22
Diperolehi: https://docplayer.info/72532793-Adat-perkahwinan-kaum-melayu.html
36

Gambar 4: Bertunang

Sumber : https://says.com/my/seismik/viral-gadis-pakai-baju-kurung-simple-tshirt-di-

majlis-pertunangan

Malam berinai ialah malam dimana bakal pengantin perempuan akan memakai inai

pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah ukiran inai pada tangan dan tapak

tangan23. Manakala bagi pengantin lelaki pula inai akan dipakai pada jari kelingking, jari

manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja

Kebiasaannya malam berinai akan diadakan pada sebelah malam selepas solat Isyak

di Kampung Sungai Ranggam, Johor bagi persediaan untuk majlis akad nikah pada

keesokan harinya. Akad nikah pula biasa dijalankan di rumah pengantin perempuan tetapi

ada juga sesetengah orang kampung yang menjalankan akad nikah di masjid berdekatan.

Selepas akad nikah, majlis kecil-kecilan juga diadakan bagi meraikan pasangan pengantin

bersama-sama keluarga dan sahabat-sahabat terdekat24.

23
Diperolehi: https://mykahwinblog.wordpress.com/2016/12/15/adat-perkahwinan-melayu-
malam-berinai/
24
Ibid
37

Gambar 5: Malam berinai

Sumber : https://mykahwinblog.wordpress.com/2016/12/15/adat-perkahwinan-melayu-

malam-berinai/

Majlis Kahwin dan Adat Bersanding pula ialah persandingan pengantin seumpama

raja dan permaisuri. Pengantin akan diraikan bagai raja sehari di atas pelamin dan pada

waktu itu juga majlis kahwin diadakan untuk disertai oleh tetamu-tetamu yang dijemput.

Tetamu-tetamu yang hadir itu pula kebiasaannya akan memberi hadiah sebagai ucapan

tahniah kepada pengantin manakala keluarga pengantin pula akan memberi cendera hati

kepada tetamu sebagai ucapan terima kasih. Selepas majlis kahwin selesai diadakan di

rumah pengantin perempuan, Adat Bertandang pula akan diadakan di rumah pengantin

lelaki sebagai langkah terakhir yang dikenali sebagai majlis menyambut menantu.

Kebiasaannya di Kampung Sungai Ranggam Johor ini, majlis menyambut menantu

diadakan secara kecil-kecilan sahaja sebagai memenuhi adat bertandang yang telah lama

dijalankan sejak dahulu lagi25.

25
Diperolehi: http://malaysiakuterbilang.blogspot.com/2015/11/adat-istiadat-perkahwinan-
masyarakat.html
38

Gambar 6: Bersanding

Sumber : https://story.wedding.com.my/blog/adat-perkahwinan-melayu-101-

bersanding/

2.2.3 Adat Kematian Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam, Johor

Adat kematian dalam masyarakat Melayu Sungai Ranggam, Johor kebiasaannya

mewajibkan dengan menuruti cara pengebumian yang disertakan dengan Al-Quran dan

As-Sunnah dan diselitkan juga sedikit dengan adat-adat kemelayuan. Semasa kematian

berlaku, ahli keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam atau tok siak dan jiran

yang terdekat. Hal ini adalah untuk meminta bantuan menguruskan jenazah dan bagi

menghebahkan tentang kematian si mati. Setelah kematian ini dihebah, pengurusan

jenazah akan dilakukan. Pengurusan jenazah seperti memandikan si mati adalah mengikut

jantina manakala penanaman dilakukan kaum lelaki. Setelah itu, jenazah akan diletakkan

di bahagian tengah rumah dan bahagian kepala hingga kaki ditutup dengan kain. Asasnya,

bahagian kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangan si mati di kiamkan
39

iaitu tangan kanan di tindih di atas tangan kiri ke dada. Mereka yang melawat si mati

tidak kira perempuan mahupun lelaki akan beramai-ramai membaca bacaan ayat-ayat suci

Al-Quran seperti Yaasin kepada si mati26.

Di samping itu, adat membakar kemenyan sering dilakukan apabila mengadakan

upacara kematian pada zaman kepercayaan orang Melayu terdahulu. Kini, adat tersebut

tidak lagi diamalkan kerana ianya dikatakan mempunyai unsur-unsur kurafat. Selain itu,

proses memandikan jenazah akan dilakukan terlebih dahulu melalui upacara mandi wajib

yang akan dilakukan mengikut jantina si mati. Setelah selesai memandikan si mati,

jenazah dikafankan dan membenarkan ahli keluarga terdekat serta muhrim bagi si mati

untuk mengucup jenazah sebagai tanda penghormatan terakhir. Selepas itu, jenazah akan

dimasukkan ke dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan yang diiringi oleh

beberapa kaum lelaki27.

Gambar 7: Memandikan jenazah

Sumber : https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/08/488243/belajar-urus-jenazah

26
Diperolehi: https://sites.google.com/site/httpsmasyarakatmelayucom/home/adat-resam-
masyarakat-melayu/kelahiran/perkhawinan/kematian
27
Ibid
40

Adat pengebumian jenazah akan dilakukan setelah dibawa ke tanah perkuburan.

Tanah perkuburan tersebut digali mengikut kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan

oleh syariat Islam. Tambahan pula, hukum mengebumikan jenazah dan menguruskan

jenazah ialah fardhu kifayah. Semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan digalakkan

untuk berjalan di hadapan iringan jenazah. Menurut sumber, pantang larang bagi wanita

yang kematian suami, mereka dilarang untuk memakai celak, berwangi-wangian,

memakai baju berwarna-warni, berinai dan tidak boleh menyikat rambut kecuali bebas

daripada haid. Selain itu, semasa di tanah perkuburan, mereka dilarang untuk bercakap

kuat walaupun berzikir atau membaca Al- Quran ketika menghantar jenazah kerana bagi

memberi ruang keinsafan kepada merekauntuk memikirkan kejadian yang berlaku kepada

si mati. Terdapat banyak lagi pantang larang ketika di tanah perkuburan seperti kawasan

perkuburan tidak boleh dipagari dengan pagar besi yang terlalu mahal dan tidak boleh

menulis di atas kubur dengan dakwat emas. Selain itu, mereka juga tidak boleh duduk di

atas kawasan perkuburan dan tidak boleh berselipar atau berkasut ketika berjalan di tepi

kubur melainkan rumput di kawasan tersebut yang mempunyai duri 28.

Setelah selesai upacara pengebumian, adat selepas kematian akan dilakukan iaitu

mengadakan kenduri arwah atau dinamakan tahlil dan bacaan doa selamat yang diadakan

oleh keluarga si mati. Kebiasaannya, tahlil ini akan dilakukan pada hari pertama, ketiga,

ketujuh, dan keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuan tahlil tersebut diadakan

adalah untuk mendoakan kesejahteraan arwah yang berada di alam barzakh. Tambahan

pula, terdapat juga adat turun temurun masyarakat Melayu iaitu menimbus kubur si mati

28
Ibid
41

dengan batu-batuan kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas

seratus hari si mati meninggal dunia29.

2.3 Latar Belakang pendidikan Masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam

Muar, Johor.

Masyarakat Kampung Sungai Ranggam menerima pendidikan secara formal,

informal dan tidak formal. Pembelajaran yang dijalankan secara formal di kendalikan

oleh sesebuah institusi pendidikan. Pendidikan formal terdiri daripada empat peringkat

iaitu pra sekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pengajian tinggi.

Terdapat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Panchor dan Sekolah

Kebangsaan menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan sultan Alauddin Riayat

Shah! Pagoh30. Di samping itu, di Pachor terdapat juga institusi pengajian tinggi iaitu

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang menempatkan pelajar diploma dan ijazah.

Terdapat juga beberapa buah taska dan tabika. Masyarakat Kampung Sungai Ranggam,

menerima pembelajaran secara langsung yang di kendalikan oleh institusi-institusi

pendidikan yang bertauliah. Program pembelajaran berasaskan sukatan pembelajaran

atau kurikulum yang sudah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah

dilembagakan pembelajaran mereka biasanya di laksanakan dalam bangunan yang siap

prasarana yang lengkap oleh guru atau pendidik yang terlatih dan bertauliah. Pendidikan

formal yang mereka dapat melibatkan penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif

29
Ibid
30
Tok Sajri Bin Samiran, Ketua Kampung, Kampung Sungai Ranggam, 3:00 Petang, 4 Januari 2022
42

seperti SPM, STPM, UPSR dan lain-lain31. Pendidikan formal yang mereka terima

keseluruhannya menekankan secara langsung empat aspek kognitif, afektif, rohani dan

psikomotor. Masyarakat Kampung Sungai Ranggam juga menerima pembelajaran secara

tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran atau dikenali sebagai

pembelajaran secara informal. Kota Raja yang berada di dalam pekan Panchor. Selain itu,

terdapat juga sekolah Pembelajaran seperti ini diserap secara tidak sedar dari persekitaran

melalui pemerhatian, pengalaman dan perbualan tanpa menetapkan isi pelajaran atau

bahan apa yang perlu dikuasai. Misalnya, mendapat pengetahuan daripada didikan dan

asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, keluarga dan menonton

televisyen32.

Gambar 8: SK KOTA RAJA

Sumber : http://jbb5038skkr.blogspot.com/

31
Ibid
32
Ibid
43

Gambar 9: SK PANCHOR

Sumber : http://skpanchormuar.blogspot.com/2018/02/

GAMBAR 10: SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1 PAGOH

Sumber : http://smksars1pagoh.blogspot.com/p/sejarah.html

2.4 Latar Belakang Ekonomi Kampung Sungai Ranggam, Muar, Johor.

Menurut maklumat kajian yang diperolehi, penduduk Sungai Ranggam adalah

sebahagian besarnya berasaskan pertanian kelapa sawit dan getah. Kelapa sawit sesuai

ditanam di kawasan anah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut. Kampung

Sungai Ranggam merupakan kampung yang mempunyai tanah gambut yang kurang dari

satu meter ke dalam. Jadi, pertumbuhan kelapa sawit dan getah amatlah efektif di kawasan
44

ini. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa masyarakat kampung Sungai Ranggam

menjalankan aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah adalah sebagai aktiviti ekonomi

dan sumber utama pencarian kepada penduduk Kampung Sungai Ranggam. 33

GAMBAR 11: Ekonomi kelapa Sawit

Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/07/710975/sawit-punca-rezeki-

bantu-pembangunan-negara

33
Sumber tidak formal Kampung Sungai Ranggam
https://www.sinarharian.com.my/article/14478/BERITA/Nasional/Eksport-getah-asli-dikurangkan-
200000-hingga-300000-tan-metrik, https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/07/710975/sawit-
punca-rezeki-bantu-pembangunan-negara
45

GAMBAR 12: Ekonomi getah

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/14478/BERITA/Nasional/Eksport-

getah-asli-dikurangkan-200000-hingga-300000-tan-metrik

2.5 Sistem Kekeluargaan Masyarakat Melayu Di Kampung Sungai Ranggam,

Muar, Johor.

Keinginan sesuatu kelompok atau kekeluargaan pendukung budaya untuk

memaparkan keistimewaan atau keunikan budayanya bukanlah sesuatu yang aneh. Dalam

masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam ini terdapat dua sistem kekeluargaan iaitu

sistem keluarga asas dan keluarga luas. Keluargaasas adalah keluarga yang terdiri

daripada ahli keluarga sahaja, manakala keluarga luas bermaksud hubungan interaksi

bersama saudara mara antara generasi pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. . Keluarga

merupakan unit asas di mana ianya adalah untuk mendapat sokongan dengan

mendapatkan zuriat dari hasil perkahwinan sebagai menyambung keturunan. Dalam


46

masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam, mereka bermula daripada keluarga asas

dan terbentuklah keluarga yang besar menjadi ahli dalam masyarakat.34 Bagi masyarakat

Melayu Kampung Sungai Ranggam, kaum mereka memegang kata sepakat bahawa

keluarga merupakan satu konsep sejagat yang bekerjasama dalam memperluaskan

ekonomi dan pengembangan zuriat. Dalam sistem kekeluargaan kaum ini, nilai mematuhi

peraturan keluarga adalah nilai kerjasama. Di dalam keluarga terdapat orang dewasa

daripada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan maka keputusan yang dibuat adalah

keputusan orang tua mereka. Selain itu, keluarga juga merupakan satu institusi yang mana

setiap anggota memainkan peranan yang berbeza. Kepercayaan dan keprihatinan ini

dipegang erat dalam sistem keluarga masyarakat Melayu Kampung Sungai Ranggam

kerana ianya akan diturunkan dan dipraktikkan oleh generasi yang akan datang. Sama

seperti perkampungan lain,penduduk Kampung Sungai Ranggam mempunyai sistem

organisasi yang teratur dan sistematik yang berperanan memajukan Kampung Sungai

Ranggam serta menjaga kebajikan penduduk di Kampung. Walaupun Kampung Sungai

Ranggam mempunyai ramai penduduk tetapi penduduk kampung tersebut sentiasa tolong

menolong antara satu sama lain malah masyarakatnya mudah dijaga dan dikawal kerana

kurang masalah dari segi sosial, moral terutama yang melibatkan golongan muda.

Terdapat seorang ketua kampung yang berperanan sebagai menjaga kebajikan penduduk

kampung. Penghulu dan ketua kampung merupakan orang perantaraan di antara kerajaan

dengan penduduk Sungai Ranggam.35 Selain ketua kampung dan penghulu, terdapat juga

timbalan ketua kampung yang berperanan membantu penghulu, ketua kampung dan

34
ibid
35
ibid
47

timbalan ketua kampung, terdapat ahli jawatan kuasa kecil yang berperanan membantu

penghulu dan ketua kampung dan ketua kampung dalam mengurus hal ehwal dalam

kampung32.

2.6 Struktur Demografi Masyarakat Kampung Sungai Ranggam Muar, Johor

Daerah Muar mempunyai seramai 134640 ribu orang penduduk. Kaum Melayu

merupakan kaum yang terbesar 60% diikuti dengan kaum Cina, kaum India dan lain-lain

kaum. Sebahagian daripada taburan penduduk tersebut, bagi Kawasan Kampung Sungai

Ranggammempunyai jumlah penduduk seramai ialah seramai 430 pada tahun 2022. Dari

jumlah itu seramai 273 orang terdiri daripada lelaki dan 157orang adalah perempuan. 36

36
ibid
48

Gambar 13: menunjukkan bancian penduduk di Muar

Sumber : https://ms.zhujiworld.com/my/971239-muar/
49

BAB 3

PERSEMBAHAN SENI SILAT SENDENG DI KAMPUNG SUNGAI

RANGGAM, PANCHOR, MUAR, JOHOR

3.1 Persiapan Sebelum Persembahan Seni Silat Sendeng Di Kampung Sungai

Ranggam, Panchor, Muar, Johor

Sebelum menjalankan persembahan seni silat sendeng ini kebiasaanya ada tatacara

dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pesilat sebelum menjalankan persembahan nanti.

Persiapan sebelum persembahan ini penting bagi menambah keyakinan,semangat dan jati

diri fizal serta mental pesilat semasa mempersembahkan Silat dikhalayak ramai.

Persembahan ini akan memberikan pengalaman yang terbaik bagi mereka yang turut serta

melibatkan diri dalam persembahan seni Silat Sendeng. Secara tidak langsung para

penonton yang tertunggu untuk menyaksikan persembahan Silat Sendeng ini akan lebih

teruja dan bersemangat semasa semasa menyasikannya. Antaranya persiapan-persiapan

awal sebelum persembahan seni silat sendeng ini dipersembahkan ialah :


50

3.1.1 Mengadakan Mesyuarat Ahli-Ahli

Mesyuarat diertikan dalam Kamus Dewan (2010) sebagai perundingan untuk

membincangkan sesuatu, atau untuk mencari sesuatu ketetapan. Dalam bahasa Arab,

mesyuarat bermakna berhimpun, berkummpul untuk berbincang bagi mencapai kata

sepakat bagi melakukan sesuatu pekerjaan. Tujuan mesyuarat adalah untuk memudahkan

penyampaian dan penukaran maklumat serta hala tuju perancangan 37.

Penduduk Kampung Sungai Ranggam yang terlibat berkaitan pengurusan

persembahan seni silat sendeng, selalunya akan berkumpul untuk membincangkan

mengenai proses perjalanan dan perancangan sepanjang tempoh persediaan sekiranya

mengadakan persembahan seni silat sendeng di majlis- majlis kahwin. Mesyuarat ini

sering dilakukan di bilik mesyuarat kampung Sungai Ranggam bagi menjemput semua

orang yang terlibat untuk berbincang bersama. Kebiasaannya mereka akan berbincang

mengenai atucara, perancangan awal, asas tapak seni silat yang akan digunakan yang akan

dijalankan38. Hal ini kerana setiap asas tapak seni silat sendeng ini mempunya

pergerakkan yang dipelajari iaitu asas kekuda, tapak menanti/pasang dan langkahan silat.

Hal ini demikian kerana seni silat sendeng ini lebih menjurus kepada budaya santun,

ketangkasan dan semangat jati diri. Aktiviti ini adalah baik dan mampu menyatupadukan

umat melayu untuk memberi semangat dan kekuatan untuk meyemai patriotik dan

sayangkan warisan bangsa.

37
Diperoleh: Kamus Dewan Bahasa,2010 https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mesyuarat
38
Amran Bin Haroun, Penduduk Kampung, Kampung Sungai Ranggam, 6:00 Petang, 6 Januari
2022
51

3.1.2 Persiapan Peralatan Pemakaian

Sebelum bermulanya persembahan seni silat sendeng, terdapat beberapa persiapan

awal yang dilakukan. Antaranya ialah pakaian pencak silat terutamanya di semenanjung

Malaysia kebiasaanya ilah baju Melayu bewarna hitam. selain itu kain sarong akan

dipakai oleh ahli silat serta disisipkan keris pada bahagian pinggan sebagai senjata

mereka. Pakaian lengkat mereka ialah tengkolok ataupun tanjak yang diikat dengan cara

yang berbeza mengikut pangkat. Mereka juga memakai sampin dipinggang dan kemudian

diikat dengan bengkung atau tali pinggan. Warna bengkung berbeza mengikut pangkat

seseorang itu39.

Simbolik pakaian dan peralatan silat iaitu keris. Keris merupakan alat kebesaran

raja-raja melayu sebagai lambang kedaulatan, kebesaran dan kekuatan. Semasa

persembahan silat dilakukan keris merupakan senjata bagi mempertahankan diri. Selain

itu tengkolok bertujuan untuk menutup kepala manakala sampin melambangkan keunikan

baju melayu semasa memakainya dan melambangkan gaya masyarakat melayu40.

39
ibid
40
ibid
52

Gambar 14 : Allahyarham Haji Hamid bin Haji Hamzah (pengasas Silat Sendeng Muar)

Sumber: http://heybrass.blogspot.com/p/sejarah.html

3.1.3 Latihan Silat Sendeng

Sebelum memulakan persembahan silat, pesilat perlu bersedia dengan penuh

keyakinan. Dengan ini, pesilat perlu membuat latihan berkali kali sebaik sebelum

persembahan. Pada masa dahulu pembelajaran Seni Silat Sendeng lebih menumpukan

kepada aspek seni bela diri ataupun lebih dikenali sebagai “pukul”. Berdasarkan prinsip,

menyerang adalah sebaik-baik belaan, latihan-latihan Seni Silat Sendeng pada ketika itu

lebih menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului serangan musuh. Prinsip

ini diterjemahkan di dalam bentuk teknik beladiri yang 99 peratus menyerang dan 1

peratus menunggu41.

Dalam ertikata lain, pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya

memintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang

41
Diperolehi: http://heybrass.blogspot.com/p/sejarah.html
53

bersedia untuk menyerang. Isyarat ini juga disimpulkan di dalam falsafah yang berbunyi

"Dalam terang ada cahaya, dalam kilat ada kilau, dalam seni ada halus, dalam silat ada

silau,dalam gayang ada gerak, dalam gerak ada bayang.Pesilat Sendeng akan dapat

mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu kemahiran untuk mengenal punca punca

gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan tangan, kaki ataupun mana-mana bahagian

tubuh. Secara khusus, pergerakan halus dikenali sebagai gerak manakala pergerakan

kasar pula dikenali sebagai gayang.

Bagi membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu

memahami konsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul.

Konsep mendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak engkau

gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan

aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang. Dalam keadaan

musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya. Sebab itulah walaupun pada

dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan lawan itu dapat dipintas

dan akhirnya pesilat Sendeng yang memukul42.

Selain daripada itu, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapat

mengunakan akal yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat menghadapi

musuh ini disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi Gerak, gayang, pantas, berani,

berakal. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal pada kita. Konsep

mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman seperti yang

42
ibid
54

ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di pukul,

yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang disakitkan."

Akhirnya, seorang pesilat Sendeng yang telah benar-benar mahir dan memahami

konsep mendahului serangan akan mencapai tahap dimana "Penamat belajar mengelak,

tak payah mengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis” dan "Capai sebelum

sampai dan bunuh sebelum hidup."Sendeng dalam erti kata lain juga bermaksud ialah

sandar. Pukulan Sendeng yang dilakukan secara lazimnya menyandar atau menumpang

kepada kekuatan, kelajuan, kemarahan dan kemaraan pihak lawan. Falsafah Sendeng

berbunyi 'cepat datang cepat pula jatuh, besar yang datang besar perginya'. Falsafah ini

mengariskan konsep di dalam Seni Silat Sendeng di mana pesilat membela diri secara

relatif dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan pihak lawan. Terdapat juga

falsafah Sendeng yang berbunyi "Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati. Dia datang

sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia sepikul”43.

3.2 Semasa Persembahan Seni Silat Sendeng Dijalankan

Seni Silat Sendeng sering kali dipersembahkan pada waktu-waktu tertentu seperti

majlis perkahwinan, majlis makan malam, ataupun majlis-majlis rasmi seperti ketibaan

orang bernama, majlis sekolah dan lain-lain lagi. Sebelum tibanya waktu untuk

memulakan persembahan seni silat sendeng, tidak kira dimana tempat untuk membuat

persembahan, pesilat-pesilat ini lazimnya akan membaca doa contohnya al-Fatihah

supaya proses persembahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan

43
ibid
55

malah dilapangkan dada sewaktu persembahan dilakukan serta memperolehi keberkatan

semasa melakukan persembahan. Hal ini merupakan sesuatu perkara yang wajar

dilakukan sebelum melakukan segala sesuatu aktiviti bagi orang yang beragama islam.

Sekiranya berada di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, pengurus akan

memberikan arahan kepada orang ramai supaya memberi ruang yang sedikit besar

sebagai tempat persembahan dilakukan. Sesetengah majlis, seorang wakil akan

menceritakan sejarah seni silat sendeng ini semasa persembahan silat giat dijalankan

supaya masyarakat sedang menonton kenal dan memahami tentang latar belakang seni

silat sendeng tersebut44.

Gambar 15: Persembahan Silat Sendeng kenduri perkahwinan

Diperolehi : https://www.youtube.com/watch?v=nkmq6mBSb3U

3.2.1 Jenis Asas Tapak Seni Silat Sendeng Yang Dipersembahkan

Setiap persembahan seni silat mempunyai asas tapak tersendiri dan dilakukan

dengan cara yang betul. Bagi seni silat sendeng, antara asas tapak yang sering

dipersembahkan ialah Asas Kekuda dan Tapat Menanti/Pasang.

44
Tok Sajri Bin Samiran, Ketua Kampung, Kampung Sungai Ranggam, 3:00 Petang, 4 Januari 2022
56

3.2.1.1 Asas Kekuda

Asas Kekuda merupakan langkah dasar kedudukan silat yang berfungsi

mengukuhkan kedudukan, keseimbangan badan dan latihan menguatkan otot-otot kaki.

Ianya ibarat tapak sesuatu bangunan dan tiang bagi ilmu beladiri. Seharusnya, asas

kekuda ini dipraktikan dengan serius agar ianya tidak pincang dan mengganggu proses

pembelajaran yang seterusnya. Antara latihan bagi mengukuhkan asas kekuda adalah

seperti duduk dalam keadaan berkekuda dalam suatu tempoh yang panjang,

menggunakan beban tambahan seperti rakan berdiri di atas kekuda pesilat, mendaki dan

berlari menuruni bukit, pasang kekuda di pantai sambil menahan hentaman ombak yang

kuat, Berlatih di bawah air terjun dgn menahan kekuda sambil menerima terjahan air yg

menimpa tubuh dan mengatur pernafasan ketika keadaan berkekuda.

Gambar 16 : Asas Kekuda

Diperoleh : http://chulahitam.blogspot.com/2011/07/tapak-silat.html
57

3.2.1.2 Tapak Menanti/Pasang

Tapak Menanti/Pasang merupakan kesinambungan dari Asas Kekuda dimana

pesilat membuka tapak kekuda dalam keadaan bersedia menghadapi serangan musuh dari

pelbagai arah, keadaan dan lokasi pertempuran. Maknanya, pesilat bukan lagi hanya

fokus kepada kekukuhan tapak dan keseimbangan badan, tetapi pesilat perlu peka juga

kepada Gaya Menanti iaitu gerak laku dimana letaknya tangan pesilat sebagai hadangan

kpd musuh. Dalam ilmu Seni Silat Sendeng terdapat 7 Gaya Menanti iaitu Seni, Kombat,

Serang, Harimau, Rajawali, Naga Bora dan Lam Alif.

Seterusnya ialah Pandangan Mata dimana sepanjang pertarungan, mata adalah aset

yg paling penting. Pesilat mampu membaca gerak musuh melalui Petanda Gerak. Melalui

lirikan mata musuh juga kita boleh mengagak arah serangan musuh dan bila musuh

hendak menyerang. Yang terakhir ialah Aturan Nafas yang sangat penting dilakukan agar

pesilat menjadi tenang dan waras dalam melakukan apa-apa tindakan. Pesilat perlu peka

terhadap aturan nafas musuh. Semakin kuat dadanya berombak, semakin kurang

warasnya. Saat musuh melepaskan serangan ketika mereka menarik nafas panjang.

Dengan mengetahui Rahsia Nafas juga, pesilat mampu meramalkan titik kelemahan

musuh.

3.2.1.3 Langkahan Silat Sendeng

Pada amnya, langkah merupakan suatu kaedah yang sangat penting dalam ilmu

persilatan terutamanya ketika mempertahankan diri. Namun begitu, langkah bukan

sekadar menggerakkan tangan dan badan sahaja ketika melakukan serangan dan belaan.
58

Malahan, langkah memerlukan kemahiran yang perlu dipelajari dan diasah iaitu dengan

memindahkan berat badan ke atas salah satu daripada kaki pesilat sama ada kaki kiri

ataupun kanan.

Oleh itu, langkahan silat sendeng ini dikenali sebagai suatu pergerakan transisi iaitu

dari sebuah kedudukan tapak menanti berkekuda ke kedudukan tapak menanti yang lain.

Hal ini bertujuan bagi mencari peluang dan juga ruang ke atas pihak lawan. Seperti yang

diketahui, langkahan silat sendeng yang berjaya menghindar dan menyukarkan pihak

lawan ke atas diri pesilat dianggap sebagai langkahan silat sendeng yang baik kerana

mampu membuka ruang untuk memberi serangan balas dengan sempurna. Hal ini

bertepatan dengan falsafah yang terdapat dalam seni silat sendeng tersebut iaitu ‘tangan

itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis’. Falsafah tersebut memberi

pengertian bahawa setiap pesilat sendeng telah dilatih bagi melakukan dua kerja secara

serentak bagi setiap serangan yang dimulakan iaitu dengan menghindar serangan serta

memberi serangan balas. Selain itu, asas kekuda, tapak menanti dan juga langkahan silat

sendeng merupakan suatu yang sama tetapi tidak serupa. Hal ini kerana, apabila ianya

bergerak dinamakan langkahan, apabila diam dinamakan asas kekuda dan apabila

bersedia untuk membeli dan menjual akan dinamakan tapak menanti. Namun begitu,

langkahan silat sendeng merupakan suatu yang tersusun dan bersistematik kerana

merangkumi aspek konsep keseimbangan (kekuda), hala tuju (arah), aras, penggunaan

ruang, gerak kaki yang tersusun (pola langkah), limbai (ayunan tangan), dan aturan

nafas45.

45
Azizan Ibrahim, pengamal bela diri, Kelantan, 2.30 petang 18 Januari 2022
59

Selain itu, langkahan, kekuda, jalan, gerak, garik, sikap dan juga arah perlu

diketahui bagi memudahkan setiap pesilat dalam melakukan setiap pergerakan dengan

lebih sempurna. Asas bagi melangkah adalah seperti maju, undur, dan hindar, manakala

asas geraknya adalah geser, seret dan angkat46.

Terdapat juga pelbagai bentuk langkahan silat sendeng seperti langkah Jantan

(Angkat Panjang), Langkah Betina (Angkat Pendek), Langkah Beranak (Seret), Hereng

Ketam (Geser), Langkah Yoi (Lompat Kijang), Melingkar (Melilit/Silang) dan Singgah

(Tumpang). Selanjutnya, arah bagi langkahan silat sendeng adalah dengan mengikut

lapan arah mata angin dan bergantung juga kepada konsep penetapan jarak antara pesilat,

musuh dan bentuk gerakan musuh. Walaubagaimanapun, setiap pesilat perlulah peka dan

mengaplikasikan setiap langkah yang telah diajarkan bagi mempertahankan diri dan

melawan pihak musuh kerana pada zahirnya pihak musuh dilihat mudah untuk dilawan

tetapi pada realitinya adalah sangat menyukarkan. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan

asas kekuda, tapak menanti dan langkahan silat sendeng ini, wujudnya konsep langkah

dalam silat yang mempunyai teknik gerak langkah tertentu yang dinamakan Langkah

Segaris, Langkah Dua, Langkah Tiga, Langkah Empat, Langkah Lima, Langkah Tujuh

dan seterusnya47.

Seterusnya, terdapat beberapa tapak silat yang membuktikan bahawa langkahan

silat sendeng ini adalah sangat tersusun dan bersistematik. Tapak dua (Tapak Lurus) yang

juga dikenali sebagai Tapak Asas adalah digunakan ketika bertempur. Pada tapak ini,

setiap pergerakan adalah terhad kepada langkah maju dan langkah mundur sahaja. Tapak

46
ibid
47
ibid
60

ini juga tidak dianggap sebagai tapak mutlak disebabkan kedudukan tapak yang terlalu

ringkas. Selain itu, setiap buah pukulan dan kuncian adalah berdasarkan tapak dua ini.

Tapak tiga pula turut dikenali sebagai Tapak Perang ataupun Tapak laksamana yang

diguna pakai atau diaplikasikan dalam setiap gerakan menyerang atau memberi serangan

balas48.

Tapak ini boleh digabungkan dengan tapak empat bagi membentuk tapak tujuh atau

tapak lapan. Contoh bagi tapak tiga adalah seperti di bawah:

Gambar 17 : Tapak Tiga Asas Gambar 18 : Tapak Tiga Lanjutan

Sumber: http://chulahitam.blogspot.com/2011/07/tapak-silat.html

Tapak empat pula turut dikenali sebagai Tapak Empat Penjuru ataupun Pecah

Empat Mata Angin yang digunakan dan diaplikasikan ketika melakukan pergerakan

menghindar ataupun mengelak. Tapak empat ini boleh dipecahkan kepada tapak lapan,

tapak 12 dan tapak 16. Contoh bagi tapak empat adalah seperti di bawah:

48
ibid
61

Gambar 19 : Khusus untuk Tapak Selari

Gambar 20 : Khusus untuk Tapak Serong

Gambar 21: Lanjutan (Gabungan)

Sumber: http://chulahitam.blogspot.com/2011/07/tapak-silat.html

Bagi tapak lima pula dikenali sebagai Tapak Lelayang yang turut merupakan tapak

yang sesuai digunakan ketika berhadapan dengan pihak lawan yang lebih tinggi ataupun

berkemahiran dalam menggunakan serangan kaki. Conyoh bagi tapak lima adalah seperti

di bawah:
62

Gambar 22: Tapak Lima

Sumber: http://chulahitam.blogspot.com/2011/07/tapak-silat.html

Tapak lapan pula merupakan gabungan ataupun kombinasi daripada tapak tiga

ataupun tapak empat. Tapak lapan ini sangat sesuai digunakan sewaktu pertempuran yang

melibatkan lebih ramai musuh yang menyerang dari pelbagai arah. Contoh bagi tapak

lapan adalah seperti di bawah:

Gambar 23: Tapak Lapan (Selari) Gambar 24: Tapak Lapan (Serong)

Sumber: http://chulahitam.blogspot.com/2011/07/tapak-silat.html
63

Walaubagaimanapun, gambar di bawah ini menunjukkan langkahan silat sendeng

yang boleh dilihat dari segi keududukan badan yang menyendeng dan beberapa teknik

dan juga tapak yang telah diaplikasikan.

Gambar 25: Langkahan Silat Sendeng

Sumber: https://www.scribd.com/document/116909218/Mac-2009
64

3.3 Selepas Persembahan Seni Silat Sendeng Dijalankan

Setelah persembahan seni silat sendeng dipersembahkan, terdapat beberapa aktiviti

yang kebiasaannya akan dilakukan oleh para pesilat. Antara aktiviti yang dilakukan ialah

seperti memberi penghormatan dalam kalangan para pesilat, bersalaman dengan

pengantin dan seterusnya menjamu selera. Aktiviti yang dijalankan ialah bertujuan untuk

menghormati antara satu sama lain dan menghargai setiap usaha yang telah dilakukan.

Hal ini juga membuktikan bahawa para pesilat yang kaya dengan adab dan juga sikap

sopan santun yang telah dibentuk dalam diri mereka49.

3.3.1 Memberi Penghormatan

Secara umumnya, penghormatan ini dilakukan bertujuan agar mereka yang diberi

penghormatan berasa dihargai dan menjadikan hubungan persaudaraan semakin erat.

Penghormatan juga kebiasaannya dilakukan dengan saudara ataupun kawan seperti yang

dilakukan oleh para pesilat setelah melakukan persembahan silat sendeng. Setiap para

pesilat akan memberi penghormatan sesama sendiri bagi menunjukkan rasa

penghormatan tanpa mempunyai layanan yang berbeza. Hal ini bertujuan menjadikan

hubungan para pesilat menjadi semakin akrab dan tidak berpuak. Penghormatan yang

dilakukan ini juga menunjukkan bahawa para pesilat mudah didekati untuk bergaul dan

juga tidak sombong. Setiap ahli akan memberi penghormatan tanpa mengira sama ada

ahli baru ataupun yang lama. Penghormatan yang diberikan juga menunjukkan bahawa

49
Amran bin Haroun, Penduduk Kampung, Kampung Sungai Ranggam, 10 pagi, 15 Januari 2022
65

setiap pesilat sudah diterapkan dengan akhlak yang baik dan menjadikan mereka sangat

beradab50.

3.3.2 Bersalaman Dengan Pengantin

Amnya, salam menunjukkan makna sejahtera ataupun penyataan hormat yang

biasanya dilakukan dengan bersalaman ataupun berjabat tangan. Bersalam ini juga

dilakukan bagi menunjukkan tanda pertemuan secara rasmi tanpa mengira agama dan

juga bangsa. Kebiasaannya, aktiviti bersalaman ini dilakukan antara para pesilat dengan

pengantin lelaki setelah para pesilat selesai melakukan persembahan silat sendeng. Hal

ini bertujuan bagi menunjukkan rasa hormat dan juga penghargaan di atas hari

kebahagiaan pengantin. Bersalam juga menunjukkan permulaan pertemuan antara para

pesilat dengan pengantin yang dilakukan dengan bersalaman. Aktiviti ini menunjukkan

bahawa setiap ahli silat sangat berakhlak mulia dan menghormati pasangan pengantin51.

3.3.3 Menjamu Selera

Setelah selesai melakukan persembahan silat sendeng, para pesilat akan diberi

penghargaan di atas semangat dan usaha dalam melakukan persembahan. Setiap pesilat

akan dihidangkan makanan bagi menjamu selera dan bertujuan untuk menghargai setiap

50
ibid
51
ibid
66

persembahan dari pesilat. Hal ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan tenaga

kepada mereka untuk terus melakukan latihan serta senang berurusan di hari kemudian52.

52
ibid
67

BAB 4

NILAI MORAL DISEBALIK PERSEMBAHAN SENI SILAT SENDENG DI

KAMPUNG SUNGAI RANGGAM, JOHOR

4.1 Nilai Moral Dalam Kehidupan

Nilai ialah konsep, dalaman ataupun luaran yang bertujuan untuk membezakan

seseorang individu, perwatakan, ciri-ciri sesuatu kumpulan, ataupun keinginan yang

mempengaruhi pemilihan sesuatu cara hidup mereka, matlamat dan tujuan sesuatu

perlakuan itu. Nilai juga dikata sebagai apa sahaja yang dirasai oleh manusia, kehendak

atau hasrat yang ditetapkan oleh pandangan akal dan disimpulkan baik dalam kehidupan

manusia. Misalnya nilai-nilai baik adalah benar, amanah, dan jujur manakala nilai buruk

seperti berdusta, menipu dan dengki.


68

Menurut Amini Amir (2007), nilai ialah sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan

atau keburukan53. Nilai kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun

neutral. Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai.

Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu. Nilai Islam misalnya

berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai

murni, positif dan akhlak. Nilai murni juga perlu rakyat Malaysia amalkan bagi

menjayakan lagi agenda perpaduan kaum. Antaranya ialah kerjasama, tolak ansur,

taat setia, ikhlas, berprasangka baik, tolong-menolong, bersimpati, berfikiran terbuka,

bersatu, dan memahami persamaan dan perbezaan.

Moral diertikan sebagai ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu

perbuatan, sikap atau kelakuan yang diukur dari segi baik dan buruk sesuatu akhlak.

Moral dalam konteks Islam juga membawa maksud akhlak, budi pekerti atau watak.

Istilah moral pula berasal daripada bahasa Latin mores bermaksud keadaan satu-

satu tindakan manusia, sama ada secara individu atau kelompok. Pengertian moral

meliputi perbuatan, tingkah laku atau ucapan seseorang semasa berinteraksi dengan

manusia lain. Dalam moral diatur segala perbuatan yang dinilai baik dan perlu dilakukan,

dan perbuatan yang dinilai tidak baik perlu dihindari. Generasi muda perlu diterapkan

dengan nilai-nilai murni dalam usaha mencorakkan warna kehidupan masyarakat

berbilang kaum di Malaysia.

53
Diperolehi:
https://www.researchgate.net/publication/345770142_KEFAHAMAN_NILAI_ETIKA_DAN_MORAL_PELAJ
AR_DI_INSTITUSI_PENGAJIAN_TINGGI_SATU_SOROTAN_LITERATUR
69

4.1.1 Nilai Moral Dari Segi Disiplin

Definisi disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi

undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan

cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan

tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan

hormat menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong,

dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta

sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin

diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah

mustahak dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bertatasusila,

bersatu padu, demokratik, adil, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-

individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang

bergerak ke arah kemajuan.

4.1.2 Nilai Moral Dari Segi Berani

Definisi berani ialah sifat yang mendorong manusia bertindak dengan penuh

tanggunggjawap, cekal hati, tabah dan sabar untuk mempertahankan kebenaran yang

dihadapi. Berani juga merupakan satu sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah

kepada setiap manusia yang dijadikan Nya. Berani merupakan satu kekuatan tersembunyi
70

yang wujud dalam diri setiap manusia untuk menghadapi cabaran dan masalah kehidupan.

Kekuatan tersebut mungkin ditonjolkan melalui pemikiran dan tindakan seseorang.

Berani juga diibaratkan sebagai pedang sakti manusia untuk menangkis segala rintangan

dan halangan yang akan menyekat seseorang untuk terus mara ke arah mencapai cita-cita

atau hajatnya.

4.1.3 Nilai Moral Dari Segi Adab

Adab dalam kehidupan adalah sesuatu yang penting bagi setiap insan kerana ia

melambangkan sesuatu perilaku yang sangat baik termasuk kesopanan dan kesusilaan

yang menjadi amalan sehari-hari yang perlu diikuti khusunya kaum melayu yang

beragama Islam. Walaubagaimanapun, hakikat adab adalah cerminan peribadi individu

dengan agama Islam dimana ia menekankan Pendidikan atau moral yang sempurna.

Terdapat pelbagai adab dalam kehidup yang boleh dicontohi adalah adab bersama tuhan,

adab sesama insan dan adab terhadap diri sendiri. Adab terhadap diri sendiri bermulanya

apabila seseorang memperakui sifat dwi-naluri dalam dirinya iaitu rasional dan haiwan.

Adab juga bermaksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan

santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab

mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam

tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya

terhadap beberapa konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab dengan

mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.


71

4.1.4 Nilai Moral Dari Segi Hemah Tinggi

Definisi hemah tinggi ialah beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam

pergaulan seharian. Masyarakat perlu mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang

mulia ketika berada di perantauan kerana kita membawa imej negara. Ciri-ciri seseorang

yang berhemah tinggi ialah berbudi bahasa dalam interaksi, berkelakuan sopan, ramah

tamah, mudah menyesuaikan diri dalam situasi baru dan tidak memilih status dalam

pergaulan.

4.1.5 Nilai Moral Dari Segi Kasih Sayang

Definisi kasih sayang ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Kasih sayang lahir dari hati yang ikhlas

dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain. Perasaan sayang sesama manusia akan

melahirkan suasana yang harmoni manakala sayang kepada alam akan menjadikan

persekitaran terpelihara. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anak-anak agar

kehidupan lebih sejahtera.

Kasih sayang adalah suatu perasaan universal dan perasaan ini menyelubungi

keseluruhan kehidupan manusia dan juga haiwan. Manusia dan haiwan memiliki perasaan

kasih sayang dalam menjalinkan perhubungan sesamanya. Perasaan kasih sayang

mengeratkan perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam

fauna dan juga manusia dengan alam flora.


72

4.1.6 Nilai Moral Dari Segi Ketaatan

Ketaatan dapat didefinisikan sebagai menjalankan perintah, arahan atau perintah

seseorang di kuasa atau otoritas . Semua individu melalui pelbagai jenis ketaatan dalam

pelbagai tetapan seperti sekolah, tempat kerja, dan sebagainya. Untuk mematuhi,

seseorang tidak semestinya perlu bersetuju dengan orang yang berkuasa atau

menganggapnya sebagai betul. Orang biasanya mengikuti perintah sama ada untuk

mengelakkan hukuman atau tidak untuk mendapatkannya.

4.1.7 Nilai Moral Dari Segi Kesabaran

Menurut kamus dewan edisi keempat, kesabaran bermaksud sifat seseorang yang

sanggup menahan penderitaan ataupun seseorang yang tidak terburu-buru dan sentiasa

tenang. Sabar dalam konteks Islam pula adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu

dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad SAW, ini kerana sifat

sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam. Kesabaran merupakan sifat

yang sangat mulia disisi Islam kerana orang yang ada sifat kesabaran sentiasa berada

didalam ketenangan, ketenteraman dan mampu menahan diri dari bencana dan juga ujian

yang mendatang54.

54
Diperoleh: PENDIDIKAN ISLAM SECARA UMUM, 2021,
http://076115citu.blogspot.com/2009/04/indahnya-sabar.html
73

4.1.8 Nilai Moral Dari Segi Kerajinan

Menurut kamus dewan edisi keempat rajin bermaksud sikap yang suka berkerja atau

melakukan sesuatu, giat, bersungguh-sungguh dan tegun dalam melakukan sesuatu

perkara. Sebagai contoh sentiasa menjalankan tugas dengan cekap, efektif dan produktif

bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang55. Berkat usaha yang berterusan penuh

dengan semangat ketekunan, kecekalan, dan kegigihan akhirnya usahanya itu

membuahkan hasil. Islam amat menggalakkan manusia bekerja dan mencari rezeki bagi

meneruskan kelangsungan hidup. Setiap individu yang mempunyai kemampuan dan

keupayaan dari segi fizikal dan mental adalah dituntut agar bekerja. Islam amat memuji

pekerja yang mahir lagi profesional sebaliknya menegah manusia daripada sifat malas

dan meminta-minta. Bekerja boleh menjadi ibadah yang terbaik kerana ia juga merupakan

sunah Nabi. Islam menyukai orang yang kepenatan di dalam mencari rezeki yang halal

kerana ia juga dikira sebagai ibadah sebaliknya mengecam mereka yang menganggur dan

menjadi beban kepada masyarakat.

4.1.9 Nilai Moral Dari Segi Kerjasama

Kerjasama ialah usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada

peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Sifat ini tidak

boleh dinafikan kepentingannya dalam kehidupan seseorang kerana ia berfungsi untuk

membina sahsiah dan keperibadian yang baik. Akhlak yang seimbang merangkumi

55
Diperolehi: https://www.pmo.gov.my/ms/mengenai-kami/kod-etika/
74

kesepaduan dari aspek fizikal dan spiritual56. Menurut teori keperibadian mulia pula

kerjasama bermaksud sifat yang suka membantu, bertanggunjawab, rajin,

hormatmenghormati dan sebagainya. Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara

Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Tanpa perpaduan dalam kalangan

masyarakat,negara akan menjadi hur-hara dan tidak stabil. Akibatnya,pembangunan

sektor ekonomi,politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan

dalam kalangan pelbagai pihak. Hakikatnya, beberapa langkah proaktif boleh diambil

bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam

kalangan masyarakat.

4.1.10 Nilai Moral Dari Segi Rasional

Berfikir secara rasional dan mempunyai pemikiran yang positif serta realistik

sememangnya amat penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan mental

seseorang individu. Kita sering terdengar ungkapan bahawa diri kita ini adalah apa yang

kita fikirkan. Jika kita fikirkan kegembiraan, maka kita akan berasa gembira. Dan jika

kita fikirkan kesedihan, maka kita akan menjadi sedih dan gundah gulana, serta mungkin

akan terus menangis.

56
Diperolehi:
http://eprints.uthm.edu.my/1654/1/24p%20NORAZRI%20BIN%20MOHD%20ZAIDIN.pdf
75

4.1.11 Nilai Moral Dari Segi Keikhlasan

Ikhlas bermaksud memurnikan tujuan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah

SWT dari hal-hal yang dapat mengotorinya. Dalam erti kata lain , Ikhlas adalah

menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya tujuan dalam segala bentuk ketaatan

contohnya solat , puasa , zakat dan sebagainya. Semua itu dilakukan kerana Allah semata-

mata. Ikhlas dari segi bahasa bermaksud bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu itu

tidak kotor. Maka bagi orang yang Ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni

hanya untuk Allah SWT sahaja dengan menyembahNya dan tidak menyekutukanNya

dengan sesuatu yang lain serta tidak riak dalam beramal.

Menurut kamus pula, ikhlas diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja iaitu bebas.

Ikhlas dikatakan bebas kerana apabila kita melakukan sesuatu itu amalan dengan ikhlas

maka kita akan bebas dari godaan syaitan khususnya. Ikhlas dari sudut istilah ialah Ikhlas

dalam berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT sahaja dalam beramal tanpa

menyekutukanNya dengan yang lain serta memurnikan niat daripada kotoran yang

merosak. Dalam konteks yang lain pula istilah Ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap

ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan diqasadkan (niat)

untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari riak, ujub atau

inginkan pujian manusia.

4.1.12 Nilai Moral Dari Segi Keadilan

Definisi keadilan ialah tindakan atau keputusan yang saksama serta tidak berat

sebelah. Antara kepentingan nilai moral keadilan ialah tidak menjejaskan kepentingan
76

orang lain, dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat, mengelakkan

pelajar melakukan sesuatu kesalahan dengan sesuka hati dan tiada unsur pilih kasih dalam

memberi ilmu kepada semua orang. Antara contoh nilai moral keadilan ialah hakim perlu

bersikap adil apabila membuat keputusan di dalam mahkamah 57. Islam amat menuntut

umatnya berlaku adil dalam segala hal. Takrifan keadilan dalam Islam merangkumi

maksud keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak

meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Secara keseluruhan, keadilan ini

bermakna tidak berlaku sebarang bentuk penindasan, tidak ada yang berkepentingan,

tidak menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang

lain.

4.1.13 Nilai Moral Dari Segi Bertanggungjawab

Secara umumnya, tanggungjawab bermaksud kewajipan yang dipikul oleh

seseorang, segala yang wajib perlu ditanggung 58. Tanggungjawab terhadap diri sendiri

pula merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas

serta kewajipan dengan sempurna. Tanggungjawab seseorang kepada dirinya sendiri

terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek lahiriah dan batiniah. Dari segi aspek lahiriah,

seseorang itu harus berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah

ilmu, kesihatan diri dan maruah diri.

57
Diperolehi: http://malarselvadoray.blogspot.com/2016/09/keadilan-tindakan-dan-
keputusanyang.html
58
ibid
77

4.1.14 Nilai Moral Dari Segi Bersederhana

Sifat bersederhana ialah suatu sifat yang mengakui kebenaran dan menerima

kebenaran tersebut, tiada rasa sombong dengan segala yang adapada dirinya dan merasa

rela hati kerana dapat menerima kebenaran atau pandangan tidak kira daripada

sesiapapun. Ianya terhasil daripada kemanusiaan iman. Mereka yang rendah hati

sebenarnya dan mampu berusaha untuk diri sendiri dan mampu membantu mereka yang

memerlukan, dan mereka tidak terdorong untuk bermegah, dan bertindaklah lebih dari

bercakap. Bersederhana bukanlah untuk berfikir akan kekurangan diri sendiri, tetapi

untuk memikirkan apa yang kurang dari diri. Mereka yang biasanya dalam golongan

rendah diri dan rendah hati akan sedar akan keadaan semasa, mengekalkan silaturrahim,

memudahkan membuat keputusan, tidak mementingkan diri sendiri, mendengar,

berhatihati, bersedia, memiliki kelebihan fikiran. Seterusnya, sifat besederhana dalam

bidang ilmu bukan menjadi penghalang kepada ahli akademik untuk mendapat ilmu

daripada seseorang yang lebih mudah daripada usianya. Hal ini adalah kerana usia bukan

penentu atau ukuran tahap keilmuan seseorang. besederhana bagi mendapatkan ilmu

perlu bagi mengelakkan diri daripada sifat yang tercela.

4.1.15 Nilai Moral Dari Segi Toleransi

Toleransi merujuk kepada tindakan dan kesan bertoleransi . Oleh itu, toleransi

didasarkan pada rasa hormat terhadap yang lain atau untuk apa yang berbeza dari yang

lain, dan dapat menampakkan dirinya sebagai tindakan memanjakan terhadap sesuatu

yang tidak diinginkan atau tidak dapat dicegah, atau sebagai kenyataan bertahan atau
78

bertahan seseorang atau sesuatu. Toleransi adalah nilai moral yang menunjukkan

penghormatan penuh terhadap yang lain, terhadap idea, amalan atau kepercayaan mereka,

tidak kira sama ada mereka bertembung atau berbeza dari kita. Dalam pengertian ini,

toleransi juga merupakan pengakuan terhadap perbezaan yang wujud dalam sifat

manusia, kepelbagaian budaya, agama atau cara menjadi atau bertindak. Oleh itu,

toleransi adalah sikap asas bagi kehidupan dalam masyarakat. Seseorang yang

bertoleransi boleh menerima pendapat atau tingkah laku yang berbeza daripada yang

dibentuk oleh persekitaran sosialnya atau oleh prinsip moralnya.

4.1.16 Nilai Moral Dari Segi Keagamaan

Nilai keagamaan merupakan nilai yang mewakili prinsip dan tingkah laku yang

dianut oleh orang mengikut agama atau dogma yang mereka anut atau percaya. Nilai

agama dalam kehidupan setiap insan menyerupai nilai etika dan semua yang dianggap

betul dari segi sosial, seperti rasa hormat dan kejujuran yang diajarkan di rumah, di

sekolah dan dalam masyarakat itu sendiri secara amnya. Nila agama merupakan nilai

yang dikhususkan untuk membuat manusia berusaha mengubah tingkah laku mereka

dalam mengahadapi perasaan marah, jahat, iri hati, memetingkan diri sendiri, sombong

dan angkuh atau perasaan negative yang lainnya seperti tidak menyukai perdamaian,

kebaikan, cinta dan rasa hormat terhadap masyrakat atau insan yang lain.
79

4.2 Nilai Moral Sebelum Persembahan Seni Silat Sendeng

Secara tidak langsung nilai moral telah wujud sebelum pelaksaan persembahan seni

silat Sendeng lagi. Tanpa disedari, nilai moral ini memberi kebaikan kepada mereka yang

terlibat. Bermula daripada penganjur, tuan guru hingga pesilat yang turut serta dalam

persembahan seni silat Sendeng di Kampung Sungai Ranggam. Terdapat nilai moral yang

boleh diambil melalui persembahan seni silat Sendeng, antaranya ialah disiplin semasa

latihan, berani dalam menghadapai segala rintangan dan musuh, adab dengan guru

semasa berlatih dengan guru dan masyarakat, berhemah semasa menjalankan tugas yang

diberikan, semangat patriotik untuk memperjuangkan warisan seni silat sendeng,

mementingkan nilai keagamaan yang tinggi supaya tidak terpesong, nilai kasih sayang

antara ahli silat dan masyarakat, pesilat perlu menerapkan nilai ketaatan terhadap arahan

dari ketua ataupun guru, nilai kesabaran yang diamati oleh pesilat-pesilat semasa

melakukan persembahan dan latihan, pesilat yang rajin berlatih, kerjasama antara pesilat,

nilai rasional semasa melakukan persembahan silat, pesilat-pesilat mengikhlaskan diri

dari segala apa jua gerakan persembahan, nilai bertanggungjawab guru terhadap pesilat,

nilai sederhana dalam diri pesilat, nilai toleransi antara pesilat-pesilat bagi mengelakkan

selisih faham.

4.2.1 Nilai Moral Dari Segi Disiplin

Silat Sendeng tidak asing lagi dengan adab dan adat yang terkandung dalam setiap

pergerakan yang bakal dilakukan. Terdapat beberapa aspek penting yang menjadi wadah

utama dalam menjadikan pesilat itu mahir dalam pergerakan silat. Hal ini kerana dalam
80

silat sendang pesilat mestilah konsisten berlatih untuk menjadi benar-benar mahir dan

memahami konsep mendahului serangan. Sekiranya pesilat berjaya mendisiplinkan diri

dengan cara mendisiplinkan diri seperti sentiasa hadir ke latihan Silat Sendeng ini,

mereka akan akan mencapai tahap dimana “Penamat belajar mengelak, tak payah

mengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis” dan “Capai sebelum sampai dan

bunuh sebelum hidup.” Oleh hal yang demikian, moral silat sendeng dari segi disiplin

dalam kehidupan ialah membolehkan seseorang untuk konsisiten dalam melakukan

sesuatu sehingga menjadi mahir dalam perkara yang dilakukan. Sikap putus asa ini tiada

dalam kamus latihan Silat Sendeng bagi memahirkan pesilat mencapai tahap yang

tertinggi.

Gambar 25: Disiplin dari segi langkah dan latihan

Sumber : https://youtu.be/rK0ECqtE-ZU

4.2.2 Nilai Moral Dari Segi Berani

Silat Sendeng merupakan seni bela diri yang mampu melahirkan pesilat yang berani

dalam menghadapai segala rintangan dan musuh. Hal ini kerana latihan-latihan dalam

Seni Silat Sendeng ini lebih menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului
81

serangan musuh. Sekiranya pesilat berjaya menguasai silat ini dengan baik, sudah pasti

mereka akan berani menyerang musuh terlebih dahulu sebelum mereka diapa-apakan oleh

musuh. Bukan itu nilai keberanian ini juga dapat dipupuk melalui falsafah yang

menyatakan bahawa pesilat Sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya

memintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang

bersedia untuk menyerang. Saat menghadapi musuh ini disimpulkan didalam falsafah

yang berbunyi ‘Gerak, gayang, pantas, berani, berakal’. Dengan cara ini, nilai berani

dapat dipupuk melalui keberanian yang telah disemai dalam diri pesilat. Hal ini

membolehkan pesilat tidak mempunyai rasa gusar apabila berhadapan dengan musuh

sekaligus berani dan bijak dalam mengatur langkah bagi mengalahkan musuh.

Gambar 26: Berani menghadapi musuh

Sumber : https://youtu.be/yfCU--HENpo

4.2.3 Nilai Moral Dari Segi Adab

Silat Sendeng amat mementingkan adab bagi setiap pesilat terutamanya adab

dengan guru. Hal ini penting bagi mendapat berkat ilmu yang diajar oleh guru mereka

dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sekiranya diancam bahaya. Menurut
82

Haji Abdul Hamid melalui kata-katanya “Kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah

timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba. Kerana setinggi manapun ilmunya

tetapi tiada berkat, ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi

mudarat.” Hal ini menekankan bahawa untuk mendapatkan ilmu yang berkualti seseorang

pesilat hendaklah sering mencari dan medapatkan tunjuk ajar dari guru mereka. Dengan

cara ini pesilat akan lebih menghormati dan beradab dengan guru supaya mereka akan

menjadi lebih kuat dan hebat. Mereka juga wajib menyantuni guru mereka supaya ilmu

yang diajarkan menjadi lebih berkat. Dalam sesebuah kehidupan sekiranya kita beradab,

orang lain juga akan membantu kita dengan ikhlas. Hal ini selari dengan Silat Sendeng

yang amat menekankan adab dengan guru untuk memperoleh berkat.

Gambar 27 : Pesilat memberikan sembah sebelum memulakan persembahan sebagai

adab dalam silat

Sumber : https://youtu.be/o12J2ZjNZTM

4.2.4 Nilai Moral Dari Segi Hemah Tinggi

Terdapat nilai moral dari segi berhemah tinggi dalam Persembahan Silat Sendeng,

Muar, Johor. Nilai moral berhemah tinggi didefinisikan sebagai sikap beradab sopan dan
83

berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Nilai tersebut haruslah diterapkan di

kalangan anak muda. contohnya, anak muda haruslah mengambil bahagian dalam aktiviti

gotong royong di dalam masyarakat setempat. Penduduk kampung Sungai Ranggam

melakukan aktiviti gotong royong. Dalam aktiviti gotong royong, setiausaha

membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada kumpulan wanita

dan kumpulan lelaki supaya kerja lebih teratur dan memudahkan mereka melakukan

gotong royong. Hal ini kerana, masyarakat dapat menjalinkan hubungan silaturahim

antara penduduk Sungai Ranggam dan ahli kumpulan silat Sendeng. Hubungan

silaturahim akan terjalin disamping bersama-sama menyiapkan tugasan yang telah

diberikan. Ibarat pepatah mengatakan “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,”

Gambar 28 : Pesilat bergotong-royong

Sumber : https://kabare.id/berita/pendekar-silat-gotong-royong-bersihkan-pesekitaran

4.2.5 Nilai Moral Dari Segi Patriotik

Silat Sendeng membolehkan ahlinya menjadi lebih bersemangat patriotik untuk

menjaga keamanan tanah air negara kita daripada dijajah musuh seperti wira-wira negara
84

yang terdahulu. Hal ini kerana Silat Sendeng ini mengajarkan pesilat-pesilat mereka

tentang seni mempertahankan diri. Sekiranya, pesilat-pesilat ini berjaya menguasai seni

bela mempertahankan diri dengan baik, sudah pasti mereka akan gunakan ilmu yang ada

untuk membanteras segala kejahatan dan musuh yang ada dalam negara. Secara tidak

langsung semangat cinta akan negara akan berputik dalam diri mereka dengan cara

melindungi negara dari diancam musuh. Ilmu Silat Sendeng ini juga akan dipastikan oleh

guru-guru mereka untuk digunakan pada jalan yang betul dan akan didenda sekiranya

digunakan dengan salah. Dengan cara ini, mereka akan bijak menggunakan kemahiran

mereka yang betul dengan cara memasuki tentera atau polis untuk mencegah musuh

daripada memusnahkan negara.

Gambar 29 : Nilai patriotik dalam diri pesilat-pesilat

Sumber :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=277182116432552&set=a.11669692581440

6&type=3
85

4.2.6 Nilai Moral Dari Segi Keagamaan

Silat Sendeng ini mempunyai rukun atau dasar asas yang wajib mereka ikuti. Nilai

keagamaan amatlah diterapkan dalam silat ini terutamanya agama Islam seperti mentaati

perintah Allah dan rasul, anjuran dan suruhan Nya serta menghindari segenap larangan

dan cegahan serta yang dicela-Nya. Hal ini menunjukkan bahawa sifat ketuhanan

merupakan aspek pertama yang ditekankan supaya mereka tidak lari dari landasan yang

betul dan mengikut ajaran agama Islam yang benar. Sebagai contoh, menjauhi sifat-sifat

takbur, ujub, riak, hasad sesama insan dan menghindari dari pertelagahan sesama

seperguruan dan berlawan dengan orang lain, melainkan dalam keadaan terdesak dan

tercabar. Nilai-nilai agama banyak diterapkan agar pesilat tidak terpesong daripada

landasan yang lurus. Hal ini secara tidak langsung membolehkan mereka menjadi nilai

dan contoh kepada masyarakat luar untuk menjadi ikutan.

Gambar 30 : Nilai keagamaan dan persembahan

Sumber : https://youtu.be/SDDDxteJNg0
86

4.3 Nilai Moral Semasa Persembahan Silat Sendeng

Persembahan Seni Silat Sendeng sangat rapat dengan amalan nilai moral yang

sering dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara

hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya pelaksanaan aktiviti, Kenduri

Perkahwinan mahupun sesuatu majlis. Dalam pelaksanaan persembahan seni silat

sendeng semasa, terdapat beberapa nilai moral yang telah didapati semasa pelaksanaan

persembahan seni silat sendeng. Persembahan seni silat mendatangkan banyak faedah

kepada masyarakat antaranya persembahan ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim

sesama manusia. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai

aur dengan tebing” merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan

dan kerjasama itu sangat penting dalam sesebuah masyarakat.

4.3.1 Nilai Moral Dari Segi Kasih Sayang

Menurut Erik Erikson, suasana keluarga mempengaruhi perkembangan

keperibadian yang baik. Oleh itu, anak-anak yang mempunyai sifat yang sangat positif

dipercayai dipengaruhi oleh persekitaran sosial mereka yang baik. Ini menjadi asas

perkembangan diri yang sihat, stabil, yakin dan mampu menyesuaikan diri dengan

persekitaran sosial59. Perkara ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat dimana

masyarakat di kampung Sungai Ranggam, Johor sangat menitikberatkan sifat kasih

sayang antara satu sama lain. Justeru dapat kita lihat juga dalam persatuan seni silat

59
Diperolehi: http://pendmoraltingkatan1.weebly.com/19-nilai-kasih-sayang.html
87

sendeng ini, tidak kira guru, pelatih, dan juga pesilat,mereka berkasih sayang tidak kira

pangkat antara guru dan pelatih serta dengan pesilat-pesilat lain.

Gambar 31 : Kasih sayang antara guru dan pesilat

Sumber : https://youtu.be/-T6ArsOQ-Tc

4.3.2 Nilai Moral Dari Segi Ketaatan

Ketaatan dalam seni silat sendeng ini menjurus kepada betapa pentingnya para

pesilat ini untuk sentiasa taat terhadap arahan dari ketua ataupun guru yang melatih silat

sendeng. Hal ini kerana dengan sifat ketaatan kepada ketua akan memberikan rasa

tanggungjawab pada diri untuk sentiasa cekal menerima apa jua aktiviti semasa

latihanlatihan sedang mereka jalankan dan dapat mendisiplinkan diri mereka supaya

sentiasa taat akan arahan yang diberikan.


88

Gambar 32 : Ketaatan pesilat dengan arahan guru

Sumber : https://youtu.be/91JYhbiK4gI

4.3.3 Nilai Moral Dari Segi Kesabaran

Seorang pesilat yang baik sering dikatakan dapat menghidupkan sesebuah seni silat.

Hal ini dapat diketahui, karena wujudnya sifat kesabaran yang diamati oleh pesilat-pesilat

semasa melakukan persembahan. Hal ini juga dikatakan kerana pada hakikatnya adalah

perwujudan dari isi atau makna persembahan silat itu dilakukan secara seragam, pesilat-

pesilat tidak tergopoh-gapah sebaliknya dengan keadaan tenang dan teratur mengikut

langkah yang telah diperlajari. Kesan kesabaran tersebut dapat hadir dalam silat, jika silat

tersebut dilakukan dengan langkah yang betul, malah kesabaran tersebut mampu untuk

mengelakkan diri dan pesilat daripada tercedera semasa melakukan persembahan.

Gambar 33 : Kesabaran semasa membuat persembahan

Sumber : https://youtu.be/OEGcjcjtl9U
89

4.3.4 Nilai Moral Dari Segi Kerajinan

Sikap rajin dalam seni silat sendeng ini bukan sahaja dari aspek latihan, tetapi juga

dari aspek mengekalkan stamina, menjaga penampilan dan juga membantu rakan-rakan

pesilat yang lain. Aspek-aspek tersebut amat penting dalam menjadikan seorang itu

menjadi pesilat yang baik. Pesilat yang rajin berlatih bukan hanya semasa sesi latihan

yang diadakan tetapi juga rajin melakukan latihan intensif secara personal atau bersama-

sama dengan rakan pesilat yang lain di luar waktu latihan. Dengan cara ini, pesilat akan

senang untuk mengingati langkah dan mendalami setiap langkah dan asas yang dipelajari.

Mengekalkan stamina dan menjaga penampilan juga menuntut kerajinan seorang pesilat

dalam melaksanakannya. Tanpa stamina yang stabil, pesilat akan cepat merasa letih dan

tidak dapat memberikan persembahan yang cemerlang. Hal ini akan mempengaruhi mutu

persembahan sesebuah persatuan silat. Rajin dalam menjaga penampilan pula penting

kerana pesilat perlu menampilkan karakter seorang pesilat yang tegas dan berani semasa

membuat persembahan. Oleh itu, pesilat perlulah rajin untuk berlatih supaya penampilan

sebagai seorang pesilat lebih menonjol dan baik.

Gambar 34 : Kerajinan dalam latihan

Sumber : https://youtu.be/AOhBnTZ51lY
90

4.3.5 Nilai Moral Dari Segi Kerjasama

Dapat dilihat dalam seni silat sendeng ini dalam satu pasukan setiap pesilat harus

bekerjasama antara satu sama lain supaya pembawaan jalan cerita persembahan silat

tersebut dapat dipersembahkan dengan baik serta dapat perhatian penonton. Oleh itu,

setiap pesilat perlu membantu pesilat yang kurang berpengalaman supaya mereka dapat

tangkap setiap gerak langkah dengan sempurna.

Gambar 35 : Kerjasama semasa persembahan

Sumber : https://youtu.be/a_Sdxek9N7I

4.4 Nilai Moral Selepas Persembahan Seni Silat Sendeng

Persembahan nilai moral Seni Silat Sendeng mempunyai nilai moral yang kita boleh

dapat selepas pesembahan silat dijalankan. Persembahan silat Sendeng ini juga menjadi

budaya sejak dahulu lagi di kampung Sungai Ranggam. Penduduk Sungai Ranggam

sangat mengkagumi setiap gerak dan langkah semasa persembahan silat dijalankan.

Dalam persembahan selepas, terdapat nilai moral yang telah didapati selepas
91

persembahan silat Sendeng seperti sikap rasional, keikhlasan, keadilan

bertanggungjaawap, merendah diri dan sebagainya.

4.4.1 Nilai Moral Dari Segi Rasional

Dalam seni silat sendeng ini berfikiran secara rasional sangat penting sebelum

melaksanakan sesebuah persembahan. Untuk mempersembahkan sesuatu persembahan,

mental dan rohani dalam diri penari haruslah sentiasa positif. Hal ini kerana adalah

normal bagi mereka merasa gugup dihadapan khalayak ramai. Dengan adanya sikap

rasional ini dalam diri setiap pesilat secara tidak langsung akan menambahkan keyakinan

mereka untuk berdepan situasi sukar yang di mana ada diantara dua pesilat seni silat

sendeng ini.

Gambar 36 : Rasional dari segi mental dan rohai antara pesilat

Sumber : https://youtu.be/SDDDxteJNg0
92

4.4.2 Nilai Moral Dari Segi Keikhlasan

Setelah habis persembahan silat sendeng dilakukan, pesilat-pesilat perlu

mengikhlaskan segala apa jua gerakan persembahan yang dipertonton agar diri mereka

lebih berasa puas hati. Hal ini kerana pesilat silat sendeng ini ingat bahawa keikhlasan

bukan hanya terbatas kepada ibadah-ibadah khusus sahaja seperti solat mahupun zakat.

Tetapi perlu juga dalam amal-amal kebiasaan harian dan juga aktiviti yang dilakukan

kerana bagi insan yang mengerjakan solat, maka insya-Allah akan berikrar dalam

solatnya. Sesudah selesai persembahan silat yang dipersembahkan semua pesilat serta

seluruh ahli kumpulan menzahirkan rasa keikhlasan dalam diri mereka terhadap apa yang

mereka persembahkan kepada penontot. Hal ini kerana ianya juga menjadi titik tambah

kepada kelestarian mahupun kemesraan para pesilat silat sendeng serta penonton yang

hadir menonton persembahan silat sendeng tersebut.

Gambar 37 : Latihan waktu malam menunjukkan keikhlasan pesilat dalam seni silat

Sumber : https://www.facebook.com/SejarahMuar/posts/silat-sendeng-malaysiadari-

muar-ia-menyebaranakjatimuarlong-mamat-adalah-org-bug/193537427662582/
93

4.4.3 Nilai Moral Dari Segi Bertanggungjawab

Dalam persembahan silat sendeng ini konsep nilai moral bertanggungjawab dapat

dilihat apabila penganjur mengadakan mesyuarat bersama-sama kakitangan yang lain

bagi menyuarakan pendapat dan cadangan yang baik. Mereka bertanggungjawab dalam

mengurus sebelum melaksanakan persembahan ini bagi menjamin kelancaran program

yang bakal diadakan. Dengan erti kata lain, mereka membuat persediaan dan perancangan

yang holistik. Persediaan dan perancangan yang rapi itu menunjukkan mereka

bertanggungjawab dalam apa-apa jua situasi yang bakal berlaku.

Gambar 38 : Penganjur bermesyuarat dengan pesilat-pesilat

Sumber : http://kelabcikguhalim111.blogspot.com/2011/09/persembahan-silat-sempena-

hari-jantung.html?m=1

4.4.4 Nilai Moral Dari Segi Bersederhana

Pergerakan dan langkah dalam persembahan silat sendeng dapat ditunjukkan

melalui setiap teknik pergerakan adalah hidup seperti falsafah yang berbunyi “tangan itu

yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis”. Setiap serangan yang dimulakan ia

akan berlapis-lapis sebab pesilat sendeng dilatih melakukan dua kerja serentak. Falsafah
94

Sendeng menekan pergerakan yang hidup "Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati, ada

sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya, ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci

ada pembukanya”. Selain itu juga pergerakan seperti menunduk tanda hormat, dan

ketangkasan gerakan langkah dalam persembahan silat sendeng semuanya mempamerkan

elemen murni merendah diri. Benar sekali bahawa, mereka yang besederhana sebenarnya

sentiasa tidak berlebihan dalam banyak perkara dan tidak menganggap dirinya begitu

istimewa. Apabila sesorang itu mempunyai moral merendah diri dalam dirinya sudah

tentu akan dapat merasai aura yang berbeza semasa persembahan silat sendeng

dipersembahkan dihadapan penonton.

Gambar 39 : Mempraktikan setiap langkah dengan merendah diri

Sumber : https://www.facebook.com/psssm2014/

4.4.5 Nilai Moral Dari Segi Toleransi

Melalui nilai moral dari segi toleransi dalam Persembahan Silat Sendeng, Kampung

Sungai Ranggam, Muar Johor. Nilai moral toleransi didefinisikan sebagai kesanggupan

bertolak ansur, sabar dan mengawal diri sebagai mengelakkan berlakunya pertelingkahan
95

dan perselisihan faham antara ahli kumpulan pesilat demi kesejahteraan hidup bersama.

Penduduk Kampung Sungai Ranggam haruslah saling bertolak ansur dalam

membincangkan sesuatu hal agar lebih adil dan saksama. Dalam persembahan Silat

Sendeng, pesilat diberi peluang untuk menunjukkan gaya persembahan yang adil antara

dua pesilat.

Gambar 40 : Toleransi antara pesilat

Sumber : https://youtu.be/91JYhbiK4gI
96

BAB 5

KESIMPULAN DAN SARANAN

5.1 Kesimpulan

Berdasarkan kajian dan penyelidikan serta analisis yang telah dibuat mengenai

Persembahan Seni Silat Sendeng ini, dapat disimpulkan daripada bab satu hingga bab

empat. Kepelbagaian yang wujud di negara kita ini menjadikan Malaysia sebagai negara

yang unik yang penuh dengan tradisinya. Keunikan inilah yang menjadi kebanggaan dan

menjadi satu tradisi yang tidak boleh dilupakan malah tidak boleh ditelan dek zaman. Hal

ini penting bagi memperkenalkan kepada generasi akan datang tentang kewujudan tradisi

yang unik ini. Oleh sebab itu, persembahan Silat Sendeng ini perlu diteruskan walaupun

zaman serba moden meliputi seluruh dunia termasuk negara ini. Sepanjang menjalani

kajian ini, kami sekumpulan juga mula mengenali segala maklumat dalam persembahan

Silat Sendeng ini. Jika sebelum ini, kami tidak tahu menahu akan kewujudan tradisi ini
97

malah tidak tahu bagaimana ianya dijalankan. Setelah mendapat kajian ini, kami mula

sedar dan mengetahui serba sedikit tentang keunikan persembahan Silat Sendeng ini

dijalankan melalui temu bual oleh salah beberapa orang yang terlibat dalam silat sendeng

ini dan dengan mendapatkan maklumat melalui pelbagai media seperti jurnal, buku, surat

khabar dan internet. Hal ini bagi membantu kami untuk menyiapkan kajian ini melalui

sumber yang betul mengenai persembahan ini. Walaupun ini jarang diketahui oleh

masyarakat semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tentang kewujudan persembahan

Silat Sendeng dilakukan kini, namun masih ada pihak yang masih menjaga dan

menjalankan tradisi ini60. Berdasarkan kajian yang dilakukan, masyarakat Melayu di

Kampung Sungai Ranggam mempunyai ahli kumpulan silat Sendeng yang tangkas dan

berani. Silat Sendeng ini telah menjadi simbolik kepada budaya mereka. Oleh kerana

disebabkan perubahan budaya, Perembahan Silat Sendeng dari segi bentuk serta

pergerakannya tetapi masih mempunyai simbol. Dari segi rohaniah kedudukan

menyendeng dikatakan selamat dari ancaman ‘permainan jauh ‘dan seandainya kena

hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di ‘tujui’ nya (seperti

jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi

kerana digalang oleh rahsia ‘Lam Alif ‘yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan

mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan

‘permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan. Hanya segelintir kecil sahaja yang masih

memelihara gerak tari tradisi tersebut yang dijalankan oleh organisasi61. Melalui

pengkajian yang telah dilakukan ini, dapat dirumuskan bahawa dalam dunia kesenian,

60
Diperolehi: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/283393/silat-
sendeng-pikat-orang-muda
61
Diperolehi: http://heybrass.blogspot.com/p/sejarah.html
98

wajar bagi semua pihak untuk menjaga identiti kebudayaan dan kesenian terutamanya

masyarakat Melayu di Kampung Sungai Ranggam seperti mana masyarakat lain.

Kesenian ini merupakan kesenian Persembahan silat sendeng yang boleh ditonjolkan

kepada pelancong yaug merupakan produk kebudayaan masyarakat Melayu. Selain itu,

keaslian Silat Sendeng ini perlu mendapat hak perlindungan oleh masyarkat khasnya

masyarakat Melayu di Kampung Sungai Ranggam. Perlindungan ini penting kerana Silat

Sendeng merupakan salah satu produk kesenian yang melambangkan identiti budaya

masyarakat Melayu. Di dalam penyelidikan ini juga, kami mendapati golongan muda

pada masa kini kurang berminat dengan persembahan apa jua Silat kerana perubahan

hidup pada masa kini. Pengkaji melihat golongan muda lebih berminat dengan tarian

moden terutamanya tarian yang datang dari Negara barat. Tarian-tarian moden ini telah

mengubah persepsi golongan muda terhadap tradisional mereka sendiri dan menyisihkan

tarian tradisional tersebut semata-mata ingin mengagungkan tarian dari barat yang lebih

moden. Dengan adanya sumber penyelidikan seperti ini kami berharap agar golongan

muda menjadikan penyelidikan ini sebagai bahan bacaan dan boleh dijadikan panduan

dalam mengekalkan tradisi turun temurun sehingga ke generasi seterusnya.

Selain itu, kajian ini boleh dirumuskan dilihat dari aspek kekayaan seni dan budaya

kaum Melayu tentang gerak persembahan Silat Sendeng yang digunakan dalam

persembahan seperti majlis kahwin dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan masyarakat

Melayu di Kampung Sungai Ranggam yang memiliki simbol dan makna tertentu. Silat

sendeng merupakan kesenian yang lahir dan berkembang di masyarakat Melayu yang di

asaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar,

Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau
99

serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan

persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.. Dari bentuk

pengajiannya dapat dikategorikan ke dalam bentuk seni pertunjukan yang memiliki

pengaruh besar dari budaya Melayu dan pengaruh ajaran agama Islam. Hal ini dapat

dilihat pada pengajian dalam persembahan Silat Sendeng yang telah kami kaji, terdapat

banyak nilai moral yang boleh kita jadikan pengajaran dan dicontohi dalam kehidupan

seharian walaupun penceritaan yang di nyatakan tidak sama dengan kehidupan seharian

kita. Pengkajian yang dijalankan ini tercapai apabila pengkaji menganalisis semua nilai

moral yang terdapat dalam setiap lengguk tarinya dan mereka yang mempersembahkan

pergerakkan Silat Sendeng itu adalah bergantung kepada tujuan persembahan itu. Sudah

pastinya, setiap gerakkan dan tatacara ini membawa maksud tertentu. Di samping itu,

kami sebagai pengkaji mengambil usaha menjalankan kajian ini mengenai silat sendeng

masyarakat Melayu di Kampung Sungai Ranggam, sebagai salah satu usaha kami untuk

memulihara dan memberikan penekanan terutama terhadap generasi sekarang dan kepada

generasi akan datang untuk mengenali dan membuat bacaan mengenai nilai moral yang

terdapat dalam Silat Sendeng.

Nilai Moral disebalik Persembahan Silat Sendeng di Kampung Sungai Ranggam

dapat dijadikan sebagai panduan kepada kita semua supaya membentuk sahsiah yang

mulia. Nilai – nilai moral ini penting dalam kehidupan kita kerana sesungguhnya akhlak

yang mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama. Nilai moral disebalik

Silat Sendeng di Kampung Sungai Ranggam jika tidak diterapkan, maka tidak akan

membentuknya insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Seterusnya, jika nilai moral ini dapat diterapkan maka akan membentuknya masyarakat
100

yang berpegang teguh kepada agama dan berpegang teguh terhadap prinsip kehidupan.

Setiap lapisan masyarakat di negara ini perlu menerapkan nilai moral yang terdapat pada

persembahan Silat Sendeng ke dalam diri individu. Melalui ibu bapa, penerapan nilai

moral ini akan mendidik jiwa anak – anak supaya mereka didedahkan dengan nilai – nilai

moral dalam kehidupan pada peringkat awal. Hal ini kerana ibu bapa merupakan suri

teladan bagi anak – anak mereka. Contohnya jika ibu bapa menerapkan nilai – nilai moral

yang terdapat dalam doktrin agama ke dalam jiwa anak – anak, maka akan terbentuknya

ciri keperibadian yang mulia dalam diri anak – anak. Oleh itu, dengan penerapan nilai

moral ini akan memberi banyak manfaat sekiranya nilai moral dapat ditanam dalam diri

anak masing-masing. Maka dengan itu, sebagai kesimpulan akhir daripada kajian ini para

pengkaji amat bersyukur, berterima kasih dan berpuas hati dengan hasil kajian yang telah

dibuat mengenai Nilai Moral disebalik Persembahan Seni Silat Sendeng di Kampung

Sungai Ranggam. Para pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para

responden kerana banyak membantu dan memberi kerjasama dalam pengumpulan data

kajian selama kajian ini dilaksanakan. Maklumat yang diperoleh akan dijadikan sebagai

ilmu pengetahuan mengenai persembahan Silat Sendeng. Seterusnya para pengkaji juga

berterima kasih kepada pensyarah bagi khusus MSP3033 Kraf Tradisional Rupa dan

Identiti iaitu Dr. Izani bin Mat Il yang selalu membantu dan memberi tunjuk ajar kepada

kami dalam menyelesaikan kajian ini.


101

5.2 Saranan

Mengikut tajuk yang dikaji, terdapat pelbagai pendedahan ilmu pengetahuan

mengenai persembahan seni silat Sendeng yang masih dikekalkan hingga kini.

Sungguhpun begitu, dek kerana zaman yang semakin lama semakin moden menyebabkan

seni tradisi persembahan seni silat Sendeng telah dilupakan oleh sesetengah golongan

terutamanya generasi kini. Seandainya persembahan seni silat Sendeng tidak dipelihara

dan dikekalkan kemungkinan besar generasi akan datang akan ketinggalan serta tidak

akan mengetahui bahawa seni silat Sendeng ini wujud dalam masyarakat Melayu.

Walhalnya seni silat Sendeng adalah satu-satunya seni tradisi turun temurun yang

memiliki identiti tersendiri dalam sesebuah persembahan untuk masyarakat Melayu

khususnya di kampung Sungai Ranggam daerah Muar, Johor. Pendedahan ini perlu

diperluas dan dipergiatkan lagi agar seni tradisi persembahan seni silat Sendeng dikenali

terpelihara dan dikenali dalam masyarakat Melayu khususnya kepada generasi muda yang

kurang pendedahan dan kurang pengetahuan mengenai kehebatan persembahan seni silat

Sendeng sejak turun temurun lagi dimana menjadi satu kebanggan Ketika masyarakat

Melayu daerah Muar pada zaman dahulu.

Kami sebagai pengkaji adalah sangat mengharapkan agar seni tradisi iaitu

persembahan seni silat Sendeng ini dapat menambahkan lagi pengetahuan semua lapisan

masyarakat mengenai metodologi mempertahankan diri dalam silat Sendeng terutamanya

golongan-golongan muda dikawasan masyarakat luar yang kurang mengetahui tentang

kewujudan seni tradisi ini. Seni persembahan Silat Sendeng ini perlu dipelihara agar nilai

estatikanya dapat dikekalkan hingga kini malah bukan itu sahaja seni persembahan silat

Sendeng ini perlu dikembangkan lagi sehingga kemuncak dunia agar masyarakat tidak
102

melupakan warisan tradisi sebagaimana masyarakat diluar negara bangga dengan budaya

mereka. Perkara ini akan menjadikan seni persembahan silat Sendeng dikenali dalam

konteks masyarakat melayu di kampung Sungai Ranggam malah ia turut terkenal diluar

Kawasan tersebut. Dalam memikul amanah menjaga dan memelihara seni silat Sendeng

agar lebih berkembang, ia bergantung kepada semua pihak yang berkaitan dimana mereka

seharusnya bertindak dengan proaktif dan sewajarnya.

Dalam konteks seni dan budaya Malaysia didapati bahawa persembahan seni silat

Sendeng ini berkait rapat dengan pelbagai seni dan budaya yang ada di negara kita.

Terdapat beberapa saranan atau pendapat yang dapat diberikan agar persembahan Seni

Silat Sendeng dapat diperluaskan lagi kepada umum agar masyarakat tidak melupakan

keunikan dan kehebatan yang terkandung dalam kaum melayu. Antaranya ialah

mengadakan satu program kebudayaan atau program cinta budaya di negeri Johor untuk

mengangkat seni persembahan silat Sendeng agar lebih diketahui oleh masyarakat

terutamanya golongan muda. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan muda pada

masa kini membesar dengan persekitaran yang terdedah dengan budaya luar dan

penggunaan media elektronik yang canggih. Disebabkan hal seumpama ini golongan

muda mudah melupakan seni kebudayaan yang perlu dikekalkan.

Dalam daripada itu, persembahan Seni Silat Sendeng ini merupakan satu adat yang

sentiasa dilakukan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pada Ketika dahulu,

masyarakat Melayu ini sering mempersembahkan Seni Silat Sendeng menerusi majlis-

majlis rasmi seperti kenduri, adat istiadat dan adu ketangkasan dalam Latihan.

Persembahan ini mempunyai keunikan dan kehebatan yang asli dalam warisan tradisi.

Akan tetapi, kini jelas lagi terbukti kita dapat lihat terdapat sesetengah masyarakat
103

Melayu terutamanya golongan muda mula melupakan seni persembahan silat Sendeng

kerana majoriti masyarakat kurang diberi pendedahan minat yang mendalam terhadap

persembahan ini. Hanya sekadar teruja sewaktu melihat persembahan tersebut dan

selepas pulang minat didalam hati itu kian pudar umpama belajar sekadar mendengar

melalui telinga kanan dan keluar melalui telinga kiri. Orang ramai yang terdiri daripada

golongan dewasa, golongan remaja serta kanak-kanak pada era kontemporari ini, kurang

mempunyai minat terhadap seni warisan persembahan Seni Silat Sendeng kerana

puncanya adalah perkembangan teknologi moden masa kini serta pengaruh luar yang

membuatkan masyarakat kini sangat kagum dengannya. Oleh itu pelbagai pihak yang

berkaitan haruslah bertindak dengan usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk minat

dalam masyarakat supaya persembahan Seni Silat Sending tidak ditelan zaman.

Terdapat, beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk

memelihara seni persembahan Seni Silat Sendeng anataranya ialah pihak kerajaan yang

perlu mengadakan program kebudayaan untuk mengembagkan kebudayaan setempat.

Perkara ini akan menyebabkan semua masyarakat terdedah dengan warisan budaya

khususnya di negeri johor itu sendiri yang memperkenalkan Seni Silat Sendeng. Pihak

kerajaan juga boleh mengadakan aktiviti pameran atau persembahan Seni Silat Sendeng

di dalam negeri mahupun luar negeri supaya prsembahan tersebut dikenali semua lapisan

masyarakat tidak kira umur, bangsa dan agama.

Dengan ini, masyarakat pasti akan lebih mengenali dan menjiwai seni warisan yang

terdapat dalam sesuatu kamu. Usaha pihak kerajaan dengan menjemput pesilat-pesilat

untuk membuat persembaham seni silat Sendeng dalam majlis istiadat dan majlis

kerasmian merupakan kaedah yang berkesan dimana ia mampu mengembangkan lagi seni
104

dan kebudayaaan masyarakat Melayu. Hal ini kerana, sesetengah majlis-majlis rasmi

pada masa kini kurang menjemput pesilat bagi mempersembahkan Seni Silat Sendeng

yang melambangkan warisan seni kebudayaan di negara kita. Oleh hal yang demikian,

persembahan Seni Silat Sendeng ini perlulah dipelihara dan dikekalkan keunikannya

untuk genersi akan datang.

Di samping itu, Institusi Pendidikan juga salah satu usaha bagi mengekalkan dan

memelihara warisan budaya seni persembahan Seni Silat Sendeng. Hal ini kerana institusi

Pendidikan perlulah menubuhkan satu kelab penubuhan iaitu kebudayaan untuk

mahasiswa dan mahasiswi agar mereka dapat bergiat aktif dalam bidang kesenian dan

kebudayaan serta memupuk bakat kesenian dengan lebih mendalam. Penubuhan kelab

tersebut perlulah menitikberatkan terhadap seni dan budaya Malaysia seperti silat

Sendeng. Sebagai contoh, penubuhan khas Akademik Seni Budaya dan Warisan

Kebangsaan (ASWARA) yang menawarkan pengajian dalam bidang kesenian dan

kebudayaan. Penubuhan akademik ini bertujuan untuk memperkasakan lagi warisan

budaya. Perkara ini dapat memupuk minat yang mendalam dalam kalangan generasi

muda unuk lebih menegenali dan meminati seni budaya yang terdapat dalam negara

dalam negara kita serta membolehkan seni budaya negara kita lebih berkembang maju.

Dengan ini, jelaslah peranan setiap instistusi amat penting bagi mengetengahkan seni

kebudayaan persembahan Seni Silat Sendeng kepada generasi muda kini hingga selama-

lamanya.

Peranan daripada pihak media massa amatlah diperlukan bagi memelihara dan

meluaskan lagi pengetahuan yang berkaitan dengan seni kebudayaan kepada setiap

golongan masyarakat. Contohnya, media massa tempatan perlu menyiarkan iklan-iklan


105

yang berunsurkan seni budaya kita dengan lebih kerap dan meluas besertakan mesej yang

berkaitan dengan persembahan tradisional seperti silat Sendeng agar lebih terdedah

kepada masyarakat. Secara tidak langsung akan menyebabkan seni warisan persembahan

silat Sendeng ini terkenal dan pasti akan menarik lebih ramai masyarakat untuk

mengetahui tentang seni persembahan tersebut. Oleh itu, seni dan budaya negara kita juga

akan lebih dikenali oleh pelancong-pelancong yang datan melawat ke negara kita. Hal ini

pasti akan menjadikan persembahan seni silat Sendeng akan lebih dikenali pelbagai

peringkat dan mengangkat martabat kebudayaan masyarakat setempat.

Seni kebudayaan merupakan gambaran identiti dan jati diri sesebuah bangsa

terutamanya bangsa Melayu yang seharusnya dipelihara dan menjadi kebanggaan

masyarakat. Menerusi cabaran era globalisasi ini sangat bergantung kepada insiatif yang

telah diambil oleh semua pihak dalam memastikan seni kebudayaan dapat dipelihara dan

mampu bersaing dengan industri hiburan yang lain. Begitu juga dengan persembahan seni

silat sendeng yang kurang dikenali oleh sesetengah masyarakat disebabkan kurangnya

hebahan tentang kesenian berkenaaan. Perkara ini amat memerlukan Kerjasama dalam

kalangan masyarakat Melayu agar dapat mengangkat martabat kesenian Melayu. Demi

memastikam seni persembahan tradisi ini terus dipelihara, orang melayu perlu melihat

bentuk-bentuk warisan seperti kekuda, langkah, serunai gendang yang ada dalam seni

silat Sendeng sebagai satu komuniti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi

disamping memelihara warisan yang asli.

Selain itu, peranan ibu bapa juga merupakan salah satu cara untuk memelihara

warisan tradisi seni persembahan silat Sendeng. Hal ini kerana ibu bapa adalah guru

pertama dalam masyarakat yang memainkan perana besar untuk mempengaruhi sesuatu
106

khusunya mengenai adat turun temurun. Ibu bapa sememangnya perlu memberi

kerjasama dalam menggalakkan anak-anak untuk mengenali dan mempelajari seni

persembahan silat Sendeng yang dikenali sebagai seni warisan untuk masyarakat Melayu

di Malaysia. Ibu bapa seharusnya menyokong dan memupuk minat anak-anak dengan

lebih mendalam agar anak-anak menjadi bangga dengan warisan tradisi kaum sendiri.

Sesetengah ibu bapa suka menentang sesuatu perkara yang diminati anak-anak

terutamanya mengenai warisan tradisi ini dimana ibu bapa mengatakan “anda

memperolehi apa jika belajar dalam bidang seni warisan, anda dapat berpeluang untuk

bekerja dalam bidang apa jika belajar dalam seni warisan persembahan silat”. Hal ini

kerana ibu apa yang betingkah laku sedemikian beranggapan bahawa mempelajari dan

meminati seni budaya tersebut tidak memberi apa-apa kebaikan kepada anak-anak

mereka.

Penulis mengharapkan lagi agar adanya satu kesinambungan dalam persembahan

Seni Silat Sendeng supaya terus bertahan dan berkekalan dalam satu warisan negara yang

paling berharaga. Persembahan silat Sendeng di kampung Sungai Ranggam , Muar Johor

dapat memberi lebih pengetahuan dan pengkaji berkaitan dengan persembahan seni silat

Sendeng yang jarang diketahui malah diikuti khususnya generasi muda pada era

kontemporari ini. Ini kerana masyarakat Melayu kini kurang kesedaran serta pengetahuan

mengenai kewujudan yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai salah satu

persembahan tradisi masyarakat Melayu yang diadakan sejak dahulu kala. Dalam usaha

memartabatkan persembahan Seni Silat Sendeng yang jelas beridentitikan masyarakat

Melayu yang sebenarnya dimana memerlukan pupukan dan amalan setiap masyarakat
107

mengenai peninggalan warisan nenek moyang agar persembahan seni silat Sendeng

diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya.

Konklusinya, adalah diharapkan masyarakat melayu dan pelbagai pihak seharusnya

menjaga khazanah warisan kebudayaan dengan baik umpama menjaga diri sendiri.

Penghayatan masyarakat melalui warisan ini perlu dijiwai dengan persembahan tersebut

dan bukan sekadar melihat persembahan silat sahaja malah mendalami dan mencari

makna setiap apa yang dipersembahkan sebagai contoh nilai moral dalam falsafah silat

sendeng yang pasti mengingatkan kita kepada sang pencipta. Nilai moral dalam setiap

persembahan mampu mencenderungkan masyarakat kepada akhlak, hukum, adat yang

biasanya mengatur tingkah laku dalam kehidupan. Amalan dan kepercayaan dalam

warisan tradisi ini perlu dipelihara, dihormati dan dikagumi khususnya kaum Melayu agar

terus kekal selamanya.


108

BIBLIOGRAFI

Rujukan Buku

Ismail, A. R. (2008). Seni silat Melayu: Sejarah perkembangan Dan budaya.

Kamil, K., & Johor, Y. W. (2008). Seni silat sendeng: Sejarah Dan kurikulum

pembelajaran.

Mohammad, A. (1999). Panduan Islam terhadap ilmu silat: Tinjauan terhadap seni

silat sendeng.

Rujukan Jurnal

Aziz, A., & Suharmoko, S. (2020). Pengaruh nilai-nilai Pencak Silat terhadap

Kepribadian Siswa madrasah. AL-FIKR: Jurnal Pendidikan Islam, 5(2), 1-9.

doi:10.32489/alfikr.v5i2.21

Beradik, S. S. S. D. (1970, January 1). Perguruan Seni Silat Sendeng Dua Beradik.

PERGURUAN SENI SILAT SENDENG DUA BERADIK. Retrieved January 31,

2022, from http://sendenggunungsakti.blogspot.com/2009/02/perguruan-seni-

silat-sendeng-dua.html
109

Kholis, N. (2016). Aplikasi nilai-nilai luhur pencak silat sarana membentuk moralitas

bangsa. Jurnal SPORTIF : Jurnal Penelitian Pembelajaran, 2(2), 76.

doi:10.29407/js_unpgri.v2i2.508

Pelana, R. (2017). Weight loss in Pencak Silat fighting category. 2nd International

Conference on Sports Science, Health and Physical Education.

doi:10.5220/0007055901070110

Satoru Tsunashima. Persilatan Melayu di Semenanjung Malaysia. (n.d.). Retrieved

January 31, 2022, from

http://eprints.usm.my/6314/1/Perubahan_Peranan_Dan_Fungsi_Institusi.pdf

Silat Sendeng Malaysia. dokumen.tips. (n.d.). Retrieved January 31, 2022, from

https://dokumen.tips/documents/silat-sendeng-malaysia.html

Rujukan Laman Web

Facebook. (n.d.). Retrieved from https://www.facebook.com/SejarahMuar/posts/silat-

sendeng-malaysiadari-muar-ia-menyebaranakjatimuarlong-mamat-adalah-org-

bug/193537427662582/
110

History. Seni Silat Sendeng Malaysia. (n.d.). Retrieved January 31, 2022, from

http://sendengmalaysia.blogspot.com/p/history.html

Izzat, M. (1970, January 1). Pertubuhan Seni silat sendeng. Pertubuhan Seni Silat

Sendeng. Retrieved January 31, 2022, from http://sendengmuar.blogspot.com/

Log in or sign up to view. Facebook. (n.d.). Retrieved January 31, 2022, from

https://www.facebook.com/SejarahMuar/posts/silat-sendeng-malaysiadari-muar-

ia-menyebaranakjatimuarlong-mamat-adalah-org-bug/193537427662582/

Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid. (2021, January 26). Retrieved from

https://www.sendenghajihamid.com/

Persatuan Seni silat Sendeng Haji Hamid. Facebook. (n.d.). Retrieved January 31, 2022,

from https://www.facebook.com/Persatuan-Seni-Silat-Sendeng-Haji-Hamid-

103611826349829/

Pertubuhan Seni silat sendeng Malaysia 2014. Facebook. (n.d.). Retrieved January 31,

2022, from https://www.facebook.com/psssm2014/


111

Silat sendeng is now the official martial arts of Johor. (n.d.). Retrieved from

https://psssmselayang.blogspot.com/2009/07/silat-sendeng-is-now-official-

martial.html

Webinar Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka Sempena Temasya

Pendekar Maya. (2021, August 19). Retrieved from https://youtu.be/rHf6juXUJSo


112

Lampiran
113
114

Anda mungkin juga menyukai