Anda di halaman 1dari 2

MELIHAT KEINDAHAN ALAM DARI KACA MATA SENIMAN

Ada lukisan yang berbentuk lanskap diberi sentuhan warna yang tidak dijangka oleh

audiens. Warna untuk pokok dan rumput dijadikan warna merah darah. Awan dan bayangnya

bukan berwarna kelabu. Jalan raya diwarnakan dengan kuning. Penggunaan warna yang luar

biasa telah mengubah keadaan alam sebenar. Barangkali artis hendak mengajar audiens untuk

melihat keindahan alam sebenar bukan menerusi tingkap tetapi melalui lukisannya yang ganjil.

Boleh juga menjadi kepercayaan kita bahawa warna-warna natural boleh dicipta kembali

daripada imaginasi artis untuk membawa satu kejutan kepada orang ramai.

Kesimpulan kepada kita tentang apa yang sepatutnya terjadi memerlukan perubahan

daripada yang asal kepada suatu penemuan baharu. Penemuan ini menghasilkan kelainan

untuk memperlihatkan identiti seniman. Karya Yeoh Jin Leng adalah contoh pencarian kelainan

melalui penampilan warna sebenar ialah warna yang asli. Karya ini mengajak kita berfikir

bahawa sesuatu keaslian dari kreativiti itu adalah suatu yang terbalik dari kebiasaan yang asli.

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?


Karya Yeoh Jin Leng.
Tajuk : “Seberang Takir” Tahun 1964.
Warna minyak di atas kanvas 80 x 59.5 cm
Koleksi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Karya ini mengejek persepsi audiens untuk berfikir bahawa bukan semua warna asal itu
adalah warna semula jadi. Bukan semua langit dan elemen yang lazim kita lihat seperti warna
yang kita fikirkan. Tentu aneh warna kuning jingga yang dipaparkan, tetapi tidak aneh jika ada
rahsia di sebaliknya.

Mohon keizinan menyiar kembali lukisan karya Yeoh Jin Leng atas tujuan apresiasi bagi
mencelik senikan masyarakat. Justeru itu martabat dan penghormatan kepada seniman itu
sentiasa tersebar.
Dipetik dari “Between Generation – 50 Years Across Modert Art In Malaysia”, 2007. Terbitan bersama University of Malaya,
University Sains Malaysia, Valentine Willie Fine Art.

Anda mungkin juga menyukai