Anda di halaman 1dari 6

SETELAH HUJAN BERHENTI

Karya: Asrul Effendi Bin Kamaruzzaman

Kesepian …. Entah mengapa? Menjenguk di hatinya dengan tiba-tiba. Sambil memeluk tubuh dia
melontarkan pandangan sedalam-dalamnya. Ke arah laut yang tenang membiru. Angin yang
bertiup sepoi-sepoi bahasa terasa nyaman dan dingin. Menyapu seluruh pangkalan.

Sekali-sekala dia dikejutkan dengan suara deruan ombak membelah pantai. Gadis yang
bernama Saltina itu mengerti akan laut. Sama seperti kehidupan manusia di dunia yang sementara
ini. Pasang surut silih berganti. Ada ketikanya laut tenang walau berombak tanpa putus.
Adakalanya laut bergelora ganas sehingga menenggelamkan.

Kehidupan. Apabila berbicara tentangnya macam laut juga. Penuh dengan warna-warna
suka duka. Saltina menarik nafas panjang apabila mengingatkan semua itu. Dengan tiba-tiba sahaja
dia teringat akan kata-kata pujangga. Apabila burung-burung telah pulang ke sarang maka
matahari bertukar warna buah pinang masak menandakan senja melabuhkan tirainya menyambut
malam. Segala suka duka yang dilayari hari ini dihimpunkan menjadi pengalaman untuk
meneruskan kehidupan pada hari esok.

Dia akur dengan kenyataan. Sebagai seorang wanita insan yang lemah dan pasrah dengan
takdir yang ditentukan Tuhan. Seperti wanita lain yang dipinjamkan Tuhan sementara di dunia ini
dia juga punya hati dan perasaan. Mahu dibelai dengan kasih sayang dari seorang yang bernama
lelaki. Macam Adam dan Hawa. Tapi …. Entahlah dia berasa lemah apabila berhadapan dengan
hakikat itu.

Dari raut wajah Saltina yang halus dan cantik itu jelas terpancar harapan. Jauh di sudut
hatinya tak siapa yang tahu. Dia kehausan umpama musafir yang terdampar di padang pasir terik
dahagakan air. Itulah diibaratkan pada dirinya. Serentak dengan itu juga tercermin di laut biru
kisah-kisah silam yang pernah dialaminya. Ya! Angguk di hati kecilnya. Inilah yang dinamakan
kehidupan. Selagi diizinkan Tuhan bernafas dugaan dan rintangan harus ditempuhi. Rela atau tidak
sudah ditentukan Tuhan. Kalau tidak bukan hidup namanya.

“Assalamualaikum!” Kedengaran suara memberi salam. Lamunannya yang jauh melayang


itu lantas terhenti. Dia berpaling ke arah suara itu. Azman. Tercegat berdiri memandang wajahnya.
“Waalaikumsalam! Awak rupanya, Azman. Ingatkan siapa tadi!” dia membalas sambil
mengangguk-anggukkan kepala.

“Maafkan saya. Buat apa kat sini?” tanya Azman.

“Oh, tak mengapa!” Saltina sebaliknya menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.


Senyuman manis terukir di wajahnya.

“Saja tengok laut,” katanya lagi.

“Saltina suka pada laut?” Azman menyoal sambil mengangkat kepala memandang wajahnya.

“Ya, Azman! Bila tengok laut jiwa saya damai dan tenteram,” ucapnya pada Azman.

“Walaupun adakalanya bergelombang. Saltina tak takut,” Azman menambah.

“Itu sudah permainan laut. Nelayan yang mencari rezeki di laut macam awak tentu lebih arif,
bukan,” balasnya pula.

“Benar kata awak tu. Sejak dari kecil hingga sekarang laut tidak dapat dipisahkan dalam hidup
saya. Laut banyak mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan dalam hidup ini.” Kata-kata yang
keluar daripada mulut Azman.

Saltina lantas diam. Sabar dan tabah apabila mengalami kegagalan dalam hidup. Tidak tercapai
apa yang diimpikan dan dicita-citakan. Setiap yang Tuhan berikan ada hikmahnya. Dia berasakan
seperti mendapat semangat baru. Apabila mendengar kata-kata Azman itu. Anak jati
perkampungan nelayan ini. Kuala Jerlang namanya.

Hari-hari silih berganti. Datang dan pergi tak terasa. Terlalu cepat dirasakan tanpa menunggu dan
menghulurkan salam. Ibarat kapal yang berlalu pergi meninggalkan pelabuhan. Kerinduan ….
Kesepian …. Kesunyian …. Itulah antara yang bergurindam di hati seorang gadis bernama Saltina.
Dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri tidak pasti. Mengapa dia berasa amat rindu, sepi dan sunyi
sekali.

Cuaca nampak cerah hari ini. Di kaki langit matahari bersinar indah. Memancarkan cahayanya ke
seluruh alam. Bayu yang datang dari arah laut berhembus perlahan dan nyaman. Dingin. Jelas
terasa menyapu kulit gadis yang gebu dan halus itu. Pohon-pohon nyiur melambai-lambai.
Mengikut rentak tiupan bayu laut.
“Baru balik, Azman?” tanya Pak Sidek Ketua Kampung Kuala Jerlang.

“Ya, tok!” angguk Azman.

“Banyak dapat ikan?” soalnya lagi.

“Alhamdulillah, tok. Ada jugak rezeki hari ni. Tok dari mana ni?” Azman sebaliknya menjawab.

“Dari balai raya. Oh ya! Sebelum aku lupa besok kita ada mesyuarat,” kata Pak Sidek pula.

“Mesyuarat? Mesyuarat apa, tok?” ucapnya.

“Mesyuarat pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan yang baru. Aku harap
kau dapat datang petang besok pukul 2.00 di balai raya,” terang Pak Sidek lagi.

“Insya-Allah, tok,” Azman membalas.

“Baiklah, Azman! Aku minta diri dulu. Kita jumpa petang besok. Assalamualaikum!” dia memberi
salam sambil berjabat tangan dengan Azman.

“Waalaikumsalam!” jawab Azman.

Sayup-sayup kedengaran suara ombak menghempas pantai. Buih-buih memutih berapungan


membasahi gigian. Saltina menarik nafas panjang. Laut kelihatan tenang membiru. Dia
mengamatinya dengan dalam-dalam. Ada waktunya dia berasakan hidup ini seperti meniti kerikil-
kerikil tajam. Perlu dilalui dengan tabah dan kuat. Dia sendiri tidak pasti. Bilakah akan berakhir
penantiannya selama ini. Bilakah sinar cahaya akan menerangi kehidupannya. Yang selama ini
kehidupannya diselubungi dengan kegelapan.

“Saltina …!” tegur Azman lembut.

“Azman! Tak sangka kita berjumpa lagi di sini. Awak dari mana ni?” ujarnya.

“Dari mana lagi. Kalau bukan dari laut. Cari rezeki. Jauh nampaknya awak mengelamun,” Azman
bersuara.

“Awak kata saya mengelamun?” katanya sambil ketawa kecil.

“Yalah!” Azman membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.


“Saya tengok awak tak berkelip-kelip tengok laut. Macam sedang memikirkan sesuatu,”
sambungnya lagi.

“Tak ada apa-apa yang saya fikirkan, Azman. Cuma memikirkan tentang keindahan laut ciptaan
Tuhan,” tambah Saltina.

“Baiklah, Saltina! Saya pergi dulu. Sebelum tu saya minta maaf kalau asyik mengganggu awak
yang suka tengok laut,” dia berkata.

“Minta maaf? Awak tak ada salah dengan saya. Kenapa perlu minta maaf,” Saltina membalas.

“Yalah! Manalah tahu kan mengganggu apa yang awak fikirkan tentang laut,” jelasnya pada
Saltina.

“Sudahlah, Azman. Mulai hari ni saya minta awak jangan lagi sebut minta maaf pada saya setiap
kali kita berjumpa. Rimas saya. Boleh?” Dia mengeluarkan nada suara yang bunyinya bergurau.

“Yalah! Saya minta diri dulu. Kita jumpa lagi!” kata Azman. Dia sebaliknya membalas hanya
dengan mengangguk-anggukkan kepala sahaja.

Saltina memerhatikan pemuda yang bernama Azman itu berlalu pergi sehingga hilang dari
pandangan mata. Dia kembali semula memandang laut biru. Angin yang tadinya bertiup perlahan
tiba-tiba bertukar rentak menjadi kencang. Rambut Saltina yang panjang hitam ikal mayang
sehingga mencecah paras bahu itu mengerbang apabila ditiup angin.

Malam. Kedinginan terasa membungkus seluruh suasana. Angin bertiup perlahan. Desiran ombak
menghempas pantai. Di kaki langit hitam bulan dan bintang indah berkerlipan. Melalui jendela
yang terbuka luas Saltina melemparkan pandangan ke arah laut yang tidak kelihatan. Ditutupi
kegelapan malam. Hanya sayup-sayup kedengaran bunyi suara ombak membelah pantai.

Perlahan-lahan dia menarik nafas panjang. Entah kenapa. Tiba-tiba dia teringat semua lelaki yang
pernah hadir dalam hidupnya. Tapi malangnya mereka ibarat setitis embun pagi. Yang membasahi
dedaunan hijau cuma seketika hilang apabila terbit matahari. Dia cuba melupakan kisah-kisah
silam pahit yang pernah dialaminya. Namun gagal jua. Semakin dia cuba melupakannya semakin
itu juga kuat menendang-nendang di perasaannya. Yang dibalut sepi tanpa kehadiran seorang
lelaki di sisinya.
Dia tetap pasrah dan redha. Dengan segala ketentuan Tuhan terhadap dirinya. Manusia hanya
mampu merancang. Tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jodoh pertemuan adalah di
tangan Tuhan. Memang pedih rasanya. Seperti ditikam sembilu tajam apabila cinta terputus di
tengah jalan. Terpaksa berpisah dengan orang yang disayangi. Tapi sudah suratan takdir yang
terpaksa diterima.

Jenis Ragam Bahasa Contoh Ayat


Bahasa Melampau ● Kesepian …. Entah mengapa? Menjenguk di
● mengatakan sesuatu perkara itu secara hatinya dengan tiba-tiba.
berlebih-lebihan melebihi apa yang sepatutnya
● melontarkan pandangan
hingga kadang-kadang tidak diterima akal.
● Menyapu seluruh pangkalan

● suara deruan ombak membelah pantai

● Dia kehausan umpama musafir yang


terdampar di padang pasir terik dahagakan air.

● juga tercermin di laut biru kisah-kisah silam


yang pernah dialaminya.

● Itu sudah permainan laut.

● Ada waktunya dia berasakan hidup ini


seperti meniti kerikil-kerikil tajam.

● Kedinginan terasa membungkus seluruh


suasana

● Desiran ombak menghempas pantai.

● mereka ibarat setitis embun pagi. Yang


membasahi dedaunan hijau cuma seketika
hilang apabila terbit matahari.

● Seperti ditikam sembilu tajam apabila cinta


terputus di tengah jalan.

Bahasa Merendah ● Sebagai seorang wanita insan yang lemah


● mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan dan pasrah dengan takdir yang ditentukan
kurang yang bertujuan untuk merendah diri. Tuhan.
● Saya minta diri dulu.
● Dia tetap pasrah dan redha. Dengan segala
ketentuan Tuhan terhadap dirinya.
● Alhamdulillah, tok. Ada jugak rezeki hari ni
Bahasa Naik ● Dia akur dengan kenyataan. Sebagai seorang
● Bahasa yang ragamnya menguatkan tujuan wanita insan yang lemah dan pasrah dengan
kata dengan membawakan ke hadapan hati takdir yang ditentukan Tuhan. Seperti wanita
pembaca gambaran fikiran yang beransur naik lain yang dipinjamkan Tuhan sementara di
dari dataran yang kendur kepada dataran yang dunia ini dia juga punya hati dan perasaan.
semakin terik dan tegang (Za’ba, 1951). Mahu dibelai dengan kasih sayang dari
seorang yang bernama lelaki.
Bahasa Berulang ● Kerinduan …. Kesepian …. Kesunyian ….
● Ragam bahasa yang menggunakan Itulah antara yang bergurindam di hati seorang
perkataan, frasa atau ayat secara berulang- gadis bernama Saltina.
ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan ● Dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri tidak pasti.
maksud sesuatu yang hendak ditekankan oleh
● Mengapa dia berasa amat rindu, sepi dan
penutur.
sunyi sekali.

Anda mungkin juga menyukai