Anda di halaman 1dari 8

7.

0 DAPATAN KAJIAN

Pengkaji menghuraikan dapatan kajian dalam bahagian ini berdasarkan objektif

kajian yang ditetapkan, iaitu mengenal pasti dan menyenaraikan ayat aktif tak transitif

yang digunakan dalam novel “Darah Titik di Semantan”, mengkategorikan ayat aktif

tak transitif mengikut jenis dan menjelaskan perbezaan antara ayat aktif tak transitif

dengan pelengkap, ayat aktif tak transitif dengan penerang dan juga ayat aktif tak

transitif dengan frasa keterangan.

7.1 Penggunaan Ayat Aktif Tak Transitif dalam novel “ Darah Titik di

Semantan”

Terdapat banyak ayat aktif tak transitif telah digunakan dalam

pengkaryaan novel “Darah Titik di Semantan”. Ayat aktif tak transitif merupakan

ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek.

Kebanyakan kata kerja tersebut adalah dalam bentuk kata tunggal atau yang

menerima awalan ber- dan ter- serta awalan meN- yang tidak memerlukan objek

atau pelengkap seterusnya.

Hasil kajian teks pengkaji menunjukkan bahawa ayat aktif tak transitif

merupakan yang digunakan dalam novel tersebut dapat dikategorikan kepada tuga

jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan pelengkap, ayat aktif tak transitif dengan

penerang dan juga ayat aktif tak transitif dengan frasa keterangan.
Jadual 1 : Senarai ayat aktif tak transitif yang digunakan dalam novel “ Darah

Titik di Semantan”

Bil. Contoh Ayat Aktif Tak Transitif Halaman

1 Mulanya kami berempat sekawan itu tidak berkata apa-apa. 1

2 Datuk Bahaman bercerita kepada kami tantang pahlawan- 1

pahlawan Melayu yang terbilang.

3 Dia bekerja dengan Datuk Bahaman. 2

4 Kira-kira 40 meter di hadapan, Mat Lela berdiri menunggu 2

kami di simpang jalan ke tebing sungai.

5 Dia menjadi jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman untuk 2

membantu Hassan Tahmid, jurutulis yang berasal dari pekan.

6 “Kami akan bersama-sama Datuk.” 8

7 “Dia masih bermesyuarat dengan Datuk Bahaman.” 11

8 Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian. 14

9 Kami bergerak cepat ke rumah Rahman. 15

10 Kami akan berunding dahulu sebelum meneruskan kerja 15

menggali kubu di Lubuk Sengarat itu.

11 Kemudian, dia bersyarah panjang. 17

12 Tukang sihir itu bermain silap mata. 17

13 Rahman tersenyum girang. 21

14 Kami berempat saling berpandangan sesama sendiri. 20

15 Kita bersetuju kerana semua orang takut berkawal seorang diri 26

di pangkal merbau berdarah ini.

16 Sebelah petang kita berkawal di kubu saja sehingga senja. 27


17 Kami bangun dan bergerak keluar dari hujung. 28

18 Lepas main, kita berjalan ke kubu-kubu orang. 28

19 Kemudian, kami berehat-rehat di dalam kubu. 30

20 Dia pula menuju ke sebelah hulu. 34

7.2 Jenis Ayat Aktif Tak Transitif


Terdapat 3 jenis ayat aktif tak transitif yang digunakan dalam novel

“Darah Titik di Semantan”, iaitu ayat aktif tak transitif dengan pelengkap, ayat

aktif tak transitif dengan penerang dan juga ayat aktif tak transitif dengan frasa

keterangan.

Jadual 2 : Jenis Ayat Aktif Tak Transitif dan Contoh Penggunaan dalam

novel “Darah Titik Di Semantan”

Jenis Ayat Aktif Contoh Penggunaan Ayat Aktif Tak Transitif

Tak Transitif

Ayat Aktif Tak 1. Mulanya kami berempat sekawan itu tidak berkata

Transitif dengan apa-apa.

Pelengkap 2. Dia menjadi jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman

untuk membantu Hassan Tahmid, jurutulis yang berasal

dari pekan.

3. “Kami akan bersama-sama Datuk.”

4. Kami berempat saling berpandangan sesama sendiri.

5. Dia pula menuju ke sebelah hulu.

Ayat Aktif Tak 1. Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin

Transitif dengan pakaian.

penerangan 2. Tukang sihir itu bermain silap mata.

Ayat Aktif Tak 1. Datuk Bahaman bercerita kepada kami tentang


Transitif dengan pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang.

frasa keterangan 2. Dia bekerja dengan Datuk Bahaman

3. Kira-kira 40 meter di hadapan, Mat Lela berdiri

menunggu kami di simpang jalan ke tebing sungai.

4. “Dia masih bermesyuarat dengan Datuk Bahaman.”

5. Kami bergerak cepat ke Rumah Rahman.

6. Kami akan berunding dahulu sebelum meneruskan

kerja menggali kubu di Lubuk Sengarat itu.

7. Kemudian, dia bersyarah panjang.

8. Rahman tersenyum girang.

9. Kita bersetuju kerana semua orang takut berkawal

seorang diri di pangkal merbau berdarah ini.

10. Sebelah petang kita berkawal di kubu saja sehingga

senja.

11. Kami bangun dan bergerak keluar dari hujung.

12. Lepas main, kita berjalan ke kubu-kubu orang.

13. Kemudian, kami berehat-rehat di dalam kubu.

7.2.1 Ayat Aktif Tak Transitif dengan Pelengkap

Berdasarkan jadual 2, ayat aktif tak transitif dengan pelengkap merupakan

ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh unsur
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap ialah unsur yang

hadir selepas kata kerja tak transitif dan unsur pelengkap ini tidak boleh

digugurkan serta dipasifkan. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek

disebabkan objek hadir selepas kata kerja aktif transitif dan boleh dipasifkan.

Tanpa pelengkap selepas kata kerja aktif tak transitif yang mesti diikuti oleh unsur

pelengkap, ayat tidak akan mempunyai maksud yang sempurna atau gramatis.

Contohnya :

1. Dia menjadi jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman untuk membantu

Hassan Tahmid, jurutulis yang berasal dari pekan.

2. Dia pula menuju ke sebelah hulu.

7.2.2 Ayat Aktif Tak Transitif dengan Penerang

Selain itu, ayat aktif tak transitif dengan penerang pula ditakrifkan sebagai

ayat yang mengandungi kata tak transitif yang diikuti oleh kata nama atau frasa

nama. Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada nama bagi sesuatu

manakala frasa nama ialah frasa yang intinya terdiri daripada kata nama. Kata

nama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah pelengkap

kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan

ayat tersebut. Kata nama dan frasa nama tersebut juga bukannya objek kerana

ayat tersebut tidak dapat dipasifkan.

Contohnya :
1. Tukang sihir itu bermain silap mata.

7.2.3 Ayat Aktif Tak Transitif dengan Frasa Keterangan

Di samping itu, ayat aktif tak transitif dengan frasa keterangan ialah ayat

yang mengandungi kata kerja tak transitif oleh frasa keterangan dalam konstituen

predikat. Frasa keterangan merupakan frasa yang berfungsi untuk menerangkan

frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dalam ayat dan kata adverba. Dalam

pembentukan ayat aktif tak transitif, frasa keterangan hadir pada akhir ayat dan

merupakan bahagian daripada predikat. Oleh sebab itu, kehadiran frasa

keterangan dalam ayat tersebut adalah untuk memberikan maklumat tambahan

bagi frasa utama predikat. Walau bagaimanapun, frasa keterangan juga

merupakan unsur pilihan yang boleh digugurkan.

Contohnya :

1. Sebelah petang kita berkawal di kubu saja sehingga senja.

2. Kami bangun dan bergerak keluar dari hujung.


7.3 Perbezaan antara Jenis Ayat Aktif Tak Transitif

Terdapat beberapa perbezaan antara tiga jenis ayat aktif tak transitif , iaitu

dari segi pembentukan ayat dan pengguguran terhadap keterangan.

Jadual 3 : Perbezaan antara tiga jenis ayat aktif tak transitif

Perbezaan Jenis Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat Aktif Tak Ayat Aktif Tak Ayat Aktif Tak

Transitif dengan Transitif dengan Transitif dengan

Pelengkap Penerang Frasa Keterangan

Pembentukan Kata kerja tak Kata kerja tak Kata kerja tak

Ayat transitif mesti diikuti transitif diikuti transitif diikuti

oleh unsur pelengkap dengan kata nama oleh frasa

untuk dan frasa nama keterangan dalam

menyempurnakan konstituen predikat

ayat

Pengguguran Unsur pelengkap Unsur penerang Frasa keterangan

tidak dapat boleh digugurkan boleh digugurkan


Terhadap
digugurkan
Keterangan

Anda mungkin juga menyukai