Anda di halaman 1dari 27

1.

Pengenalan

Dalam bahagian ini, latar belakang dan definisi konsep akan dihuraikan.
1.1 Latar Belakang
Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khusus digunakan dalam
karangan atau percakapan seharian bagi mengukuhkan maksud perkara yang
diungkapkan. Selain itu, ragam bahasa juga dapat mempertingkatkan kefahaman
pendengar atau pembaca. Seterusnya, ragam bahasa juga didapati sebagai bahasa tertentu
yang digunakan bagi menyatakan sesuatu perkara dengan pelbagai bentuk mahupun cara.
Seperti manusia, bahasa juga mempunyai ragamnya. Melalui penggunaan bahasa
membolehkan manusia dapat berhubung antara satu sama lain untuk menyampaikan
sesuatu makna, pendapat , perasaan dan lain-lain. Hal ini demikian kerana bahasa itu hak
masyarakat dan masyarakatlah yang menentukan penggunaan sesuatu bahasa tersebut.
Masalah yang dapat dikesan dalam penggunaan ragam bahasa oleh masyarakat
sejagat adalah disebabkan mereka kurang memahami ragam-ragam utama bahasa
Melayu dan yang lebih penting sekali mereka tidak tahu untuk membezakan masa yang
sesuai dalam penggunaan ragam bahasa formal dengan ragam bahasa tidak formal .
Jelaslah bahawa dalam sesuatu perbualan, proses interaksi mestilah mengambil kira
faktor umur seseorang sama ada tua atau muda, hubungan di antara penutur dengan
pendengar . Contohnya, perbualan di antara anak dengan bapa dan guru dengan murid.
Justeru itu, masyarakat perlu didedahkan kepentingan penggunaan ragam bahasa yang
betul agar dapat diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat.

1.2

Definisi Konsep

Menurut Bachman (1990) , ragam bahasa adalah variasi bahasa menurut


pemakaian yang berbeza-beza menurut topik yang dibicarakan, menurut hubungan
penutur, kawan penutur, orang yang dibicarakan, serta menurut medium penutur.
Menurut Zaba dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu (1965)
mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam
kalangan atau pertuturan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya
kepada pemahaman pendengar dan pembaca.
Kesimpulannya, ragam bahasa memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan manusia.

2.0

3.0

Objektif Kajian
a.

Mengenalpasti dan menyenaraikan ragam bahasa dalam novel a+b

b.

[tunas].
Menjelaskan makna dan fungsi ragam bahasa dalam novel a+b[tunas]

Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini adalah untuk:

a.

Untuk menyediakan satu profil lengkap berkaitan ragam bahasa sebagai


rujukan kepada para pembaca dan pengkaji akan datang.

b.

Untuk memperlihat kepelbagaian ragam bahasa yang digunakan oleh


penulis dalam novel a+b[tunas] yang menarik minat pembaca.

4.0

Skop Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan ragam bahasa dalam novel a+b[tunas]

karya Hlovate yang mempunyai sebanyak 78 bab dan pengkaji telah mengkaji
keseluruhan ragam bahasa yang terdapat dalam novel. Pengkaji telah mengenalpasti dan
menyenaraikan ragam bahasa yang terdapat dalam novel a+b[tunas]. Pengkaji telah
menjelaskan makna dan fungsi ragam bahasa dalam novel a+b[tunas].
5.0

Batasan Kajian
Dalam batasan kajian ini pengkaji telah berjaya mengkaji dan mendalami ragam

bahasa yang terdapat dalam novel a+b[tunas] karya Hlovate yang mempunyai sebanyak
78 bab dan pengkaji telah mengkaji keselurhan ragam bahasa yang terdapat dalam setiap
bab. Pengkaji tidak mengkaji keseluruhan novel yang berada di pasaran.

6.0

Kaedah Kajian

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data
akan dihuraikan.
6.1

Pengumpulan Data
a.

Kaedah Kepustakaan
Kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan.
Pengkaji memanfaatkan institusi seperti perpustakaan, laman
sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan
bertulis dan bukan bertulis.

Pengkaji mendapatkan maklumat

dengan cara merujuk buku teks dan rujukan di perputakaan untuk


mendapatkan maklumat tambahan.
b.

Kaedah Kajian Teks


Pengkaji telah mengkaji kepelbagaian ragam bahasa yang terdapat
dalam novel tersebut. Pengkaji telah mengenal pasti dan
menyenaraikan ragam bahasa yang terdapat dalam novel. Selain
itu, pengkaji juga telah menjelaskan makna dan fungsi ragam
bahasa yang terdapat dalam novel.
Semua maklumat telah dikumpul dan diagihkan untuk dianalisis
oleh pengkaji.

6.2

Penganalisisan Data

Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan jadual, graf dan


deskriptif. Jadual digunakan untuk menyenaraikan ragam bahasa yang
terkandung dalam novel a+b[tunas]. Selain itu, graf pula digunakan untuk
menunjukkan kekerapan ragam bahasa yang terkandung dalam novel
manakala huraian secara deskriptif digunakan untuk dipaparkan dalam
bentuk teks.

7.0

Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengenalpasti dan
menyenaraikan jenis ragam bahasa serta menjelaskan makna dan fungsi yang
terdapat dalam novel a+b[tunas] karya Hlovate.

Dalam novel ini terdapat

pelbagai ragam bahasa yang dikarang oleh penulis. Bahagian yang berikut
memaparkan huraian yang berkaitan dengan dua aspek ini.
7.1

Mengenalpasti dan menyenaraikan jenis ragam bahasa yang terdapat


dalam novel a+b[tunas].
Ragam bahasa banyak digunakan oleh penulis dalam novel a+b[tunas]
dalam menyatakan sesuatu perkara dalam variasi bentuk dan cara. Setelah
di kaji dengan teliti dan dikumpul maklumat berkenaan ragam bahasa,
hampir 100 ragam bahasa yang telah dikenal pasti. Namun, hanya
beberapa ragam bahasa saja yang dapat disenaraikan. Tambahan pula,

terdapat 2 jenis ragam bahasa yang tidak dinyatakan oleh pengarang dalam
novelnya seperti ragam bahasa terbalik dan ragam bahasa tempelak.
Antara jenis ragam bahasa yang terdapat dalam novel yang dikaji ialah:
JADUAL 1: RAGAM BAHASA SINDIRAN

BAB

MUKA SURAT

AYAT

Dasar perut belanga la kau ni.

16

Nak mandi lama-lama suruh bapak kau buat bilik air


sendiri.
41

173

Mentang-mentang cuti panjang. Kau bina badan, ye.

Jadual 1 menunjukkan ragam bahasa sindiran yang terdapat dalam novel


a+b[tunas]. Dialog yang digunakan seperti Dasar perut belanga la kau ni. Bertujuan
untuk menyindir rakan yang sentiasa lapar tanpa kenal erti kenyang. Selain itu, dialog
Nak mandi lama-lama suruh bapak kau buat bilik air sendiri. Sindiran terhadap
rakan mereka yang mengambil masa yang lama menggunakan bilik air kerana mereka
juga ingin menggunakannya. Di samping itu, dialog sindiran seperti Mentangmentang kau cuti panjang. Kau bina badan ye. Bertujuan untuk menyindir
rakannya yang semakin berisi badan setelah sekian lama bercuti. Bahasa sindiran ini
memerlukan orang yang ditujukan itu mengerti agar maksud sindiran itu dapat dirasai.

JADUAL 2: RAGAM BAHASA MENGEJEK

BAB

MUKA SURAT

28

AYAT
Aku ingat anak orang kaya semua rosak akhlak. Kurt
ketawa.
Ooo saya ingat selama ini awak bertudung bersopan!

26

107
Rupanya lagi teruk daripada budak tepi jalan.

Kajian ini menunjukkan ragam bahasa mengejek yang terdapat dalam novel
a+b[tunas]. Sebagai contoh, Aku ingat anak orang kaya semua rosak akhlak.
Sebenarnya membawa maksud mereka beranggapan bahawa anak orang kaya
mempunyai gaya hidup yang bebas dan tidak mengikut syariat islam seperti menutup
aurat dan menjaga iktilad antara lelaki dan perempuan apabila terdapat anak orang kaya
yang mengamalkan syariat Islam sebaiknya. Seterusnya, dialog Ooosaya ingat
selama ini awak bertudung bersopan! Rupanya lagi teruk daripada budak tepi
jalan. Ialah dialog sindiran yang diujarkan oleh Mama Leha terhadap Addin setelah dia
ditangkap basah bersama Kucai semasa menyambut ulang tahun kelahiran mereka
bersama.

JADUAL 3: RAGAM BAHASA MERAJUK

BAB

MUKA SURAT

AYAT

23

94

Blahlah korangperli aku! Kurt menarik muka masam.


Aku bukan anak orang kaya maca kau orang. Bukan anak

24

98
lordmesti ramai yang undi Eve punya
Jadual 3 menunjukkan ragam bahasa merajuk yang terdapat dalam novel

a+b[tunas]. Sebagai contoh, dialog Blahlah korangperli aku! yang dilontarkan


Kurt kepada Kuai kerana memerlinya berkaitan calon Ketua Pelajar. Selain itu, dialog
Aku bukan anak orang kaya macam kau orang. Bukan anak lordmesti ramai
yang undi Eve punya yang diujarkan oleh Addin apabila disoal oleh DN sama ada
undian sebagai Ketua Pelajar Perempuan berpihak kepadanya atau tidak.
JADUAL 4: RAGAM BAHASA HERDIK

BAB

MUKA SURAT

AYAT
Ingat ni sekolah bapak kau, eh? Bukan kau sorang anak orang

9
kaya kat sini. Tapi dia orang reti jugak makan nasi kawah.
Sendiri jatuh pun nak salahkan orang ke?Jalan tak tengok kiri

13

54
kanan memang jadi macam tu.
Sehina-hina manusia tepi jalan tu, mulut dia orang lagi mulia

14

59
tau tak?

Kajian ini menunjukkan ragam bahasa herdik dinyatakan oleh pengarang dalam
novel a+b[tunas]. Dialog Ingat ni sekolah bapak kau, eh? Bukan kau sorang anak
orang kaya kat sini. Tapi dia orang reti jugak makan nasi kawah. yang dilontarkan

terhadap Eve kerana terlalu cerewet dan geli untuk menjamah nasi kawah yang
disediakan di Dewan Makan. Seterusnya, dialog Sehina-hina manusia tepi jalan tu,
mulut dia orang lagi mulia tau tak? yang dikatakan oleh Addin dalam keadaan marah
apabila Eve dengan sesuka hati menghina dirinya hingga membabitkan keluarganya
sekali.
JADUAL 5: RAGAM BAHASA BESAR/MELAMPAU
BAB

MUKA SURAT

13

50

AYAT
Homework sejarah aku bertingkat-tingkat. Macam kena buat
kajian purba.

14

57

Kalau jarum jatuh ke lantai pun boleh didengar.


Muka Addin dah nak naik hijau jadi Incredible Hulk. Mata

58

249
Benz dah macam nak keluar laser Superman.

Jadual 5 menunjukkan ragam bahasa melampau. Sebagai contoh, dialog


Homework Sejarah aku bertingkat-tingkat,macam kena buat kajian purba. yang
digunakan oleh seorang pelajar sekolah yang menggambarkan kerja sekolah yang
diterima oleh mereka secara berlebih-lebihan. Selain itu, kata-kata yang digunakan oleh
penulis dalam menggambarkan sesuatu keadaan yang terlalu sunyi seperti kalau jarum
jatuh ke lantai pun boleh didengar. Seterusnya, gambaran yang dibuat oleh penulis
seperti Muka Addin dah nak naik hijau jadi Incredible Hulk. Benz dah macam
nak keluar laser Superman. terhadap reaksi wajah Addin dan Benz apabila menjadi
bahan jenaka oleh Fisha semasa sesi pembelajaran fizik.

JADUAL 6: RAGAM BAHASA NAIK


BA

MUKA
AYAT

SURAT
Perkara macam ni memang tak sepatutnya terjadi, Puan. Setiap
pelajar sepatutnya maklum tentang peraturan sekolah dan asrama.

18

73
Kita nak melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental,
fizikal, sahsiah dan rohani.
Kalau lagi sekali kau sembur minyak wangi tu sampai aku sekali

20

81

kena tempias dia, memang aku campak botol minyak wangi tu


masuk tangki Indah Water.

Kajian ini menunjukkan ragam bahasa naik yang dinyatakan oleh penulis dalam
novelnya. Sebagai contoh, Perkara macam ni memang tak sepatutnya terjadi, Puan.
Setiap pelajar sepatutnya maklum tentang peraturan sekolah dan asrama. Kita nak
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental, fizikal, sahsiah dan rohani.
Dialog Mama leha kepada Puan Nazirah berkenaan perlanggaran disiplin yang telah
dilakukan oleh Addin. Seterusnya, dialog Kalau lagi sekali kau sembur minyak wangi
tu sampai aku sekali kena tempias dia, memang aku campak botol minyak wangi tu
masuk tangki Indah Water. yang diujarkan oleh Kurt kepada Eve kerana tidak habishabis menyembur minyak wangi sehingga satu kelas berbau wangiannya.
JADUAL 7: RAGAM BAHASA TURUN
BAB

MUKA SURAT

AYAT

18

74

FaudziNoranakalnya budak ni

Kajian ini menunjukkan ragam bahasa turun yang digunakan oleh pengarang
dalam noval a+b[tunas]. Dialog yang digunakan seperti FaudziNoranakalnya
budak ini yang diujarkan oleh Puan Nazirah apabila beliau mengetahui alasan sebenar
Addin memotong rambut pendek seperti lelaki kerana rimas dan bukannya kerana kutu.
JADUAL 8: RAGAM BAHASA SERUAN/KELUHAN
BAB

MUKA SURAT

AYAT

13

52

Habis baju aku tau!

63

280

Allah! Memang mati la aku.

Jadual 8 menunjukkan ragam bahasa seruan/keluhan yang terdapat dalam novel.


Sebagai contoh, dialog Habis baju aku tau! yang dilontarkan oleh Eve kepada pelajar
perempuan yang tanpa sengaja telah menumpahkan air sirap ke bajunya. Seterusnya,
dialog Allah! Memang mati la aku. yang diujarkan oleh Fisha apabila pasangannya
untuk malam annual dinner adalah Ojan.
JADUAL 9: RAGAM BAHASA BERULANG

BAB

MUKA SURAT

AYAT
Sibuk dengan itu, sibuk dengan ini. Sibuk dengan kerja

23

93

rumah, sibuk dengan kerja asrama, sibuk dengan kerja

25

103

kokurikulum, sibuk dengan segala macam benda.


Memang mereka sahabat-sahabat yang baik. Yang sangat

baik. Yang tak hipokrit. Yang tak berkira langsung-langsung,


hatta satu kuman pun tidak.
Jadual 9 menunjukkan ragam bahasa berulang yang terdapat dalam novel. Sebagai
contoh pengulangan perkataan sibuk dengan yang ditunjukkan oleh contoh di atas pada
bab 23 dan muka surat 93. Selain itu, pengulangan perkataan yang seperti yang
ditunjukkan oleh contoh di atas pada bab 25 dan muka surat 103 yang terkandung dalam
novel a+b[tunas].
JADUAL 10: RAGAM BAHASA JENAKA
BAB

MUKA SURAT

12

47

AYAT
Hampeh! Bosan berchenta aku satu hari melangut kira retak
atas siling dekat bilik tu.
Kalau macam ni la gaya kau fikir nanti waktu reunion
kelas lagi sepuluh tahun orang lain datang bawak anak, kau

59

258
bawak briefcase je, Addin. Pae pula menyela dengan sengih
selamba.
Kajian ini menunjukkan ragam bahasa jenaka yang terdapat dalam novel

a+b[tunas]. Sebagai contoh, dialog Hampeh! Bosan berchenta aku satu hari
melangut kira retak atas siling dalam bilik tu. Yang diujarkan oleh Reza mengenai
tahap kebosanan yang terlalu kritikal yang di alaminya atau dia benar-benar mengira
retak atas siling dalam biliknya. Seterusnya, dialog Kalau macam ni la gaya kau
fikir nanti waktu reunion kelas lagi sepuluh tahun orang lain datang bawak
anak, kau bawak briefcase je, Addin. Yang dilontarkan oleh Pae apabila Addin

menukar topik perbualan apabila di soal oleh Fisha pada umur berapa dia akan
berkahwin.
JADUAL 11: RAGAM BAHASA BUKAN
BAB
31

MUKA SURAT
132

24

98

AYAT
Bukan dia prejudis
Aku bukan anak orang kaya maca kau orang. Bukan
anak lordmesti ramai yang undi Eve punya

Kajian ini menunjukkan ragam bahasa bukan yang terdapat dalam novel
a+b[tunas]. Sebagai contoh, bukan dia prejudis sebenarnya menunjukkan bahawa dia
sebenarnya prejudis manakala dialog yang diujarkan Addin kepada DN membawa
maksud yang bertentangan seperti aku bukan anak orang kaya(sebenarnya, dia
anak orang kaya) dan bukan anak lord(sebenarnya dia memang anak lord).
JADUAL 12: RAGAM BAHASA BERTIMBAL
BAB
26

MUKA SURAT
107

AYAT
Kita berdiri sama-sama, jatuh bangun sama-sama la.

Jadual 12 menunjukkan penggunaan ragam bahasa bertimbal yang


digunakan oleh pengarang dalam novelnya. Sebagai contoh, dialog Kita berdiri samasama, jatuh bangun sama-sama la. Yang diujarkan oleh Kurt kepada Addin dan Kucai
apabila mereka bertiga dilucutkan daripada bertanding dalam pemilihan Pemimpin
Pelajar oleh Mama Leha.
JADUAL 13: RAGAM BAHASA PERTANYAAN INGKAR

BAB
44

MUKA SURAT
181

AYAT
Siapa tak takut SPM oi!!!
What the? Addin dengan Kucai adik beradik? Anak Exco

27

120

kerajaan negeri? Yang selama ni aku pandang rendah


kerana duduk dengan nenek? Good!

Jadual 13 menunjukkan ragam bahasa pertanyaan ingkar yang terdapat dalam


novel a+b[tunas]. Sebagai contoh, siapa tak takut SPM oi!! Merupakan pertanyaan
yang tidak perlu dijawab supaya dibiarkan pendengar memberikan jawapan. Selain itu,
monolog What the? Addin dengan Kucai adik beradik? Anak Exco kerajaan
negeri? Yang selama ni aku pandang rendah kerana duduk dengan nenek? Good!
yang diujarkan oleh Eviena setelah mendapat tahu kebenaran mengenai hubungan dan
status Addin dan Kucai. Pertanyaan yang disoalkan oleh Eviana dijawab sendiri olehnya
JADUAL 14: RAGAM BAHASA MENGGIAT
BAB

MUKA SURAT

20

79

AYAT
Addin muka toya tak berperasaan. Kau lagi suka jadi
gila ke lagi suka tak mandi sampai minggu depan.

Jadual 14 menunjukkan ragam bahasa menggiat yang terdapat dalam novel


a+b[tunas]. Sebagai contoh, dialog Kau lagi suka jadi gila ke lagi suka tak mandi
sampai minggu depan. Yang diujarkan oleh Addin kepada Jen dan Pae kerana
menggelarnya gila dengan idea bernasnya dan mereka lebih sanggup tidak mandi berharihari kerana air tiada berbanding menerima idea Addin.
JADUAL 15: RAGAM BAHASA KECIL/MERENDAH

BAB

MUKA SURAT

AYAT
Doa tu senjata bagi orang mukmin sebab kita kena
ingat biar apa pun jadi daripada Allah kita datang

34

140

dan kepada Allah kita akan kembali. Kena ingat tu.


Jadi setiap kali sebelum kita nak belajar, nak baca
buku, nak buat apa apa doa dulu

Jadual 6 menunjukkan ragam bahasa kecil/merendah yang terdapat dalam


novel. Sebagai contoh, Doa tu senjata bagi orang mukmin sebab kita kena ingat
biar apa pun jadi daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan
kembali. Kena ingat tu. Jadi setiap kali sebelum kita nak belajar, nak baca buku,
nak buat apa apa doa dulu yang memberi maksud betapa kerdilnya manusia dan
perlunya kita merendah diri kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa sebelum memulakan
sesuatu pekerjaan.

7.2

Menjelaskan makna dan fungsi ragam bahasa dalam novel a+b[tunas] karya
Hlovate.
a)

Ragam Bahasa Sindiran


(i)

Bahasa sindiran ialah ungkapan yang maksudnya tidak


disebut dengan tepat tetapi dikiaskan kepada perkara yang
lain.

(ii)

Jika orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu


dapat dirasakannya.
Contohnya:

Nak mandi lama-lama suruh bapak kau buat bilik


air sendiri.
- Menyindir rakannya yang mandi terlalu lama
sehingga orang yang menunggu di belakang berasa
bosan dan penat.

b)

Ragam Bahasa Menggiat


(i)

Bahasa menggiat ialah susunan kata yang seakan-akan


bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan.

(ii)

Tujuan bahasa menggiat adalah untuk bergurau atau


mengusik seseorang tetapi boleh menjadi sungguh-sungguh
sehingga menyebabkan orang berkenaan malu.
Contohnya:

Addin muka toya tak berperasaan. Kau lagi suka


jadi gila ke lagi suka tak mandi sampai minggu
depan.
-

c)

Ragam Bahasa Mengejek


(i)

Bahasa mengejek ialah susunan kata yang mengata pihakpihak tertentu dengan perkataan ejekan yang tepat dan
disertai dengan aksi.

(ii)

Tujuannya adalah untuk menampakkan kelemahan atau


keburukan pihak yang diejek supaya mereka kelihatan
bodoh dan menjadi bahan ketawa.

(iii)

Pihak yang diejek pula berasa malu dan marah.


Contohnya:

Aku ingat anak orang kaya semua rosak akhlak.

Kurt ketawa.
Ooo saya ingat selama ini awak bertudung
bersopan! Rupanya lagi teruk daripada budak tepi
jalan.
-

d)

Ragam Bahasa Merajuk


(i)

Bahasa merajuk ialah susunan kata yang seakan-akan


bahasa terbalik tetapi maksudnya tidaklah terbalik

(ii)

Bahasa merajuk digunakan untuk menunjukkan perasaan


menarik diri atau kecil hati disebabkan sesuatu perkara
yang dirasakan menghina dan tidak patut dilakukan.
Contohnya:

Blahlah korangperli aku! Kurt menarik muka

masam.
Aku bukan anak orang kaya maca kau orang.
Bukan anak lordmesti ramai yang undi Eve
punya
-

e)

Ragam Bahasa Tempelak


(i)

Bahasa tempelak ialah susunan kata yang digunakan untuk


menempelak seseorang kerana tidak mahu mematuhi
nasihat

yang

diberikan.

Kemudian,

perkara

yang

dinasihatinya itu benar-benar terjadi


(ii)

Bahasa tempelak bertujuan untuk menyedarkan orang yang


berkenaan supaya beringat-ingat pada masa akan datang.
Contohnya:

Nak kata parents kita orang demand, tak pernah


pun. Tapi cikgu-cikgu sendiri yang takut sangat

dengan title Exco itu


Susah duduk dengan orang kepala besar ni. Macam
kolej ni bapak dia punya je
-

f)

Ragam Bahasa Herdik


(i)

Bahasa herdik ialah susunan kata yang seakan-akan bahasa


tempelak tetapi tujuannya adalah untuk menunjukkan
keasalahan pada masa itu juga, bukannya kesalahan yang
lalu.

(ii)

Biasanya perkataan yang digunakan agak kasar dan


mengandungi sedikit nada mengejek.
Contohnya:

Apa engkau nak, ha?


Ingat ni sekolah bapak kau, eh? Bukan kau sorang
anak orang kaya kat sini. Tapi dia orang reti jugak
makan nasi kawah.
-

g)

Ragam Bahasa Besar/Melampau


(i)

Bahasa melampau ialah susunan kata yang menggambarkan


sesuatu seacar berlebih-lebih daripada yang sepatutnya
sehingga kadangkala sukar diterima akal.

(ii)

Ragam bahasa jenis ini banyak digunakan dalam penulisan


sastera dan lirik lagu.

(iii)

Perkataan atau ayat yang digunakan adalah melampau


tetapi maksudnya bukanlah bersungguh-sungguh.
Contohnya:

Homework sejarah aku bertingkat-tingkat. Macam

kena buat kajian purba.


Kalau jarum jatuh ke lantai pun boleh didengar.

h)

Ragam Bahasa Merendah


(i)

Bahasa merendah ialah susunan kata yang menyifatkan


sesuatu perkara itu kecil; berlawanan dengan bahasa besar.

(ii)

Bahasa kecil digunakan untuk menunjukkan perasaan


rendah diri.
Contohnya:

Doa tu senjata bagi orang mukmin sebab kita


kena ingat biar apa pun jadi daripada Allah kita
datang dan kepada Allah kita akan kembali. Kena
ingat tu. Jadi setiap kali sebelum kita nak belajar,
nak baca buku, nak buat apa apa doa dulu
-

i)

Ragam Bahasa Naik


(i)

Bahasa naik ialah susunan kata untuk menggambarkan


sesuatu peristiwa daripada tahap rendah, naik ke tahap yang
tinggi dan sesterusnya ke tahap yang semakin tinggi.

(ii)

Ungkapan

ini

membawa

pembaca

selangkah

demi

selangkah ke kemuncak, iaitu perkara yang hendak


disebutkannya.
Contohnya:

Perkara macam ni memang tak sepatutnya terjadi,


Puan. Setiap pelajar sepatutnya maklum tentang
peraturan sekolah dan asrama. Kita nak melahirkan
pelajar yang cemerlang dari segi mental, fizikal,

sahsiah dan rohani.


Dalam hati Addin bengkek. Amende la yang kau
merapu tu Mama Leha ooii! Tadi masa lalu depan
GT1-13 dia nampak Eve dengan muka mengejek.
Spirogira asbestos kau Eve!!! Kau kantoikan aku!!!
Dah taka da kerja lain ke yang rajin sangat nak jadi

kaki tripod kaki retort ni? Aku tau la nak ajar kau
macam mana nanti!
j)

Ragam Bahasa Turun


(i)

Bahasa turun ialah susunan kata untuk menggambarkan


sesuatu peristiwa daripada tahap kemuncak, kemudian

menurun dari satu tahap ke satu tahap, sehingga tahap yang


rendah.
(ii)

Bahasa

turun

lazimnya

mengandungi

unsur

yang

menggelikan hati, sama ada disengajakan atau tidak.


Contohnya:

FaudziNoranakalnya budak ni
kau orang taja semua ni kek makan bagi
hadiah lagi aku tak tau la nak balas budi kau
orang macam mana.

k)

Ragam Bahasa Pertanyaan Ingkar


(i)

Pertanyaan ingkar ialah susunan kata berbentuk pertanyaan


tetapi bukannya disebabkan orang yang bertanya itu tidak
tahu.

(ii)

Pertanyaan itu merupakan gaya percakapan yang seolaholah bertujuan untuk menguatkan benarnya jawapan yang
sudah diketahui.
Contohnya:

Siapa tak takut SPM oi!!!


-

What the? Addin dengan Kucai adik beradik?


Anak Exco kerajaan negeri? Yang selama ni aku
pandang rendah kerana duduk dengan nenek?
Good!
-

l)

Ragam Bahasa Seruan / Keluhan


(i)

Bahasa seruan ialah bahasa yang digunakan untuk


melahirkan perasaan dengan mengeluh

(ii)

Penutur tidak menghabiskan kata-kata tetapi ucapannya itu


difahami oleh audiens.
Contohnya:

m)

Bapak dia saman dalam mahkamah nanti.


Karang kena cekup dengan Pak Guard!
-

Ragam Bahasa Berulang


(i)

Bahasa berulang ialah bahasa yang mengulang perkataan,


rangkai kata atau ayat untuk menguatkan sesuatu yang
hendak ditekankan
Contohnya:

Sibuk dengan itu, sibuk dengan ini. Sibuk dengan


kerja rumah, sibuk dengan kerja asrama, sibuk
dengan kerja kokurikulum, sibuk dengan segala

macam benda.
Memang mereka sahabat-sahabat yang baik. Yang
sangat baik. Yang tak hipokrit. Yang tak berkira
langsung-langsung, hatta satu kuman pun tidak.
-

n)

Ragam Bahasa Bertimbal


(i)

Bahasa bertimbal ialah susunan kata yang menghadapkan


dua fikiran yang pendek dan dekat-dekat.

(ii)

Dua fikiran atau isi tersebut seolah-olah bertentangan atau


betul-betul bertentangan.
Contohnya:

o)

Kita berdiri sama-sama, jatuh bangun sama-sama la.


-

Ragam Bahasa Jenaka


(i)

Bahasa jenaka ialah susunan kata yang menggunakan satu


perkataan dengan dua makna untuk berjenaka atau
bergurau. Kadang-kadang ada juga yang membawa maksud
sungguh-sungguh

Contohnya:

p)

Hampeh! Bosan berchenta aku satu hari melangut


kira retak atas siling dekat bilik tu.
Aku dye rambut dia colour fluorescent green
-

Ragam Bahasa Bukan


(i)

Bahasa bukan ialah ragam bahasa yang menggunakan


ungkapan dengan kata nafi bukan

(ii)

Bahasa bukan bertujuan untuk menyatakan maksud yang


bertentangan dengannya.
Contohnya:

Bukan semua orang mampu


Bukan dia prejudis
-

Anda mungkin juga menyukai