Anda di halaman 1dari 14

Penghargaan

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK Tunku


Putra, Encik Abdul Rahman bin Mohd Hassan kerana memberikan kebenaran kepada kami
dalam melaksanakan kerja kursus ini. Seterusnya, uacapan terima kasih kepada Guru Kanan
Tingkatan6, Puan Sabariyah binti Asbolah kerana beliau telah memberikan sokongan moral
sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak dilupakan juga buat guru mata pelajaran Bahasa
Melayu, Encik Hussin bin Musa dan Puan Juliana binti Panior yang telah banyak membantu
dan tidak lelah memberikan tunjuk ajar kepada kami selama kerja kursus ini dijalankan.
Begitu juga kepada ibu bapa kami yang membantu dari segi kewangan dan sokongan untuk
kami menyempurnakan kerja kurus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan untuk rakan-rakan sekumpulan yang sama-sama memberikan
kerjasama dan menyumbang idea dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak ketinggalan
ucapan terima kasih buat pihak yang terlibat secara langsung atau tidak lansung dalam kami
menjayakan kerja kursus ini.Diharapkan kerja kursus ini dapat dijadikan panduan dan rujukan
buat para pengkaji seterusnya.
Siti Nurulnaziha binti Husni
Siti Fatimah binti Sulaiman
Lee Jia Ying
Chang Kok Siang
Julai 2016

1.0

Pengenalan
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian iaitu gelaran dalam bahasa Melayu
dan definisi konsep kajian ini.

1.1 Latar Belakang


Kajian gelaran yang dikaji adalah sebahagian daripada kesantunan berbahasa.
Kesantunan berbahasa terbahagi kepada tiga cabang iaitu penggunaan ungkapan bertatasusila,
penggunaan kata ganti nama diri serta penggunaan kata sapaan dan gelaran. Menurut Amat
Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang
digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang
tinggi.
Menurut Asmah Hj. Omar (2007), gelaran dalam bahasa Melayu dibahagikan dalam
beberapa kategori. Kategori-kategori tersebut ialah gelaran kekeluargaan, keturunan,
anugerah, ikhtisas, keagamaan, dan pergaulan biasa.Gelaran seringkali digunakan dalam
cerpen bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan bagi menyenaraikan penggunaan
gelaran dalam cerpen dan melakukan penganalisaan terhadap gelaran tersebut yang diperolehi
melalui kajian teks. Perkara ini akan membolehkan masyarakat mengetahui tentang
kekerapan penggunaan gelaran.
Kajian ini berfokuskan terhadap gelaran yang digunakan dalam cerpen Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul. Kajian ini dilakukan bagi mengetahui kekerapan penggunaan
gelaran dalam antologi tersebut. Tambahan pula, kajian ini juga bertujuan untuk
mengklasifikasikan gelaran mengikut golongannya.

2.0 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a) Mengenal pasti dan menyenaraikan gelaran yang digunakan dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul.
b) Mengklasifikasi gelaran mengikut jenis penggunannya.
c) Menganalisis kekerapan gelaran yang terdapat dalam Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.
3.0 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini adalah untuk :
a) Dijadikan sebagai rujukan dan panduan.
b) Menyedarkan pentingnya penggunaan gelaran dalam kehidupan seharian.
c) Menyediakan satu profil lengkap berkaitan penggunaan gelaran sebagai rujukan
kepada pengkaji yang akan datang.
d) Supaya pengkaji lain dapat lebih memahami tentang penggunaan gelaran dalam
kehidupan.

4.0 Skop Kajian


Fokus kajian ini ialah kepada penggunaan gelaran dalam bahasa Melayu. Gelaran
dalam bahasa Melayu boleh diklasifikasikan kepada gelaran kekeluargaan, pergaulan,
keturunan atau warisan, ketua negara atau negeri, keagamaan, ikhtisas, kurniaan atau
anugerah, kurniaan lain dan jawatan. Perkara ini menunjukkan keunikan dan keistimewaan
gelaran dalam bahasa Melayu.Aspek yang diberikan tertumpu kepada penggunaan gelaran
dalam bahasa Melayu yang khusus dalam cerpen Kaduk, ayam dan Raja, Munsyi dan Jaket
Kijang dari Istanbul. Di samping itu, kajian turut memfokuskan kepada cara menganalisis
kekerapan penggunaan gelaran bahasa Melayu dalam cerpen tersebut, menghuraikan makna
gelaran dan mengklasifikasikan gelaran.
5.0 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis berkaitan dengan gelaran bahasa
Melayu dalam ketiga-tiga cerpen iaitu Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Munsyi dan Kaduk,
Ayam dan Raja. Cerpen ini diselenggarakan oleh Zurinah Hassan, Husna Nazri dan Maskiah
Haji Masrom (2010, 2011 dan 2012). Penulisan ini memfokuskan tentang penggunaan
gelaran dari segi kekerapan, makna gelaran dan jenis gelaran dalam bahasa Melayu. Kajian
ini tertumpu dari muka surat 45 hingga muka surat 82.
6.0 Kaedah Kajian
Kaedah kajian merupakan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalis data
supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan
apa yang dikaji). Kaedah kajian menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan
sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan kaedah kajian adalah untuk
membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian.
a) Kepustakaan
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan yang
menggunakan buku-buku ilmiah untuk dijadikan bahan rujukan. Selain itu, kajian
terhadap Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul juga merupakan kaedah dalam
menghasilkan kerja kursus ini iaitu mencari contoh penggunaan gelaran dalam
masyarakat Melayu.
b) Pengumpulan Data
Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan menggunakan teknik menyenaraikan
gelaran yang didapati dalam antologi. Seterusnya, data dikelaskan mengikut jenis
penggunaanya dalam bahasa Melayu dan kekerapan penggunaan gelaran
dijelaskan dalam bentuk rajah.
7.0 Dapatan Kajian

7.1 Mengenal pasti dan Menyenaraikan Gelaran yang Terdapat Dalam Antalogi.
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan kekerapan gelaran yang dapat digunakan dalam
cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul.
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Gelaran
Abang
Bibik
Bonda
Cik
Cikgu
Datuk
Dr.
Encik
Hajah
Haji
Kak
Nenek
Pak
Paman
Profesor
Puan
Putera
Tauke
Tuan
Yang Berhormat
Jumlah

Kekerapan
2
1
27
5
5
2
11
5
13
6
25
4
1
1
1
1
2
1
4
1
118

Peratus (%)
1.69
0.85
22.88
4.24
4.24
1.69
9.32
4.24
11.01
5.08
21.19
3.39
0.85
0.85
0.85
0.85
1.69
0.85
3.39
0.85
100

Jadual 1 : Kekerapan Gelaran yang Terdapat Dalam Cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul
7.2 Mengklasifikasikan Gelaran Mengikut Jenis Kegunaannya.
1. Gelaran kekeluargaan
- Ditentukan berdasarkan pertalian darah dan ikatan perkahwinan. Dalam antalogi
contoh dapat dilihat menerusi beberapa gelaran yang didapati :

Pak
Bonda
Nenek
Paman
Bibik
Kak
Abang

2. Gelaran pergaulan

- gelaran ini digunakan untuk komunikasi secara formal dan tidak formal. Contoh
dalam antalogi ialah :

Cik
Encik
Tuan
Puan
Tauke

3. Gelaran keturunan atau warisan


- gelaran yang diwarisi oleh seorang anak daripada bapanya. Contoh dalam antalogi
ialah :

Putera

4. Gelaran keagamaan
- Gelaran keagamaan diberikan kepada individu yang telah mengerjakan fardhu haji.
Gelaran mereka ialah :
Haji
Hajah
5. Gelaran ikhtisas
- Gelaran ini diberikan kepada individu berdasarkan pencapaian dalam bidang
akademik. Contoh yang terdapat dalam antologi ialah :
Cikgu
Professor
Doktor
6. Gelaran kurniaan atau anugerah
- Gelaran ini diberikan oleh pemerintah kepada individu sebagai menghargai
sumbangannya kepada negeri atau Negara. Contoh yang terdapat dalam antologi
ialah :
Datuk
Yang Berhormat

7.3 Menganalisis Kekerapan Gelaran yang Terdapat Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.

Bilangan Gelaran

Bilangan Gelaran

10

15

20

25

30

Raj
ah 1 : Kekerapan elaran yang terdapat dalam Cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul
Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1, kekerapan gelaran abang yang dalam Cerpen
Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul ialah dua kali dengan peratusan 1.69%. Hanya
sekali muncul gelaran Bibik dalam cerpen antologi ini dan dengan 0.85%. Kekerapan gelaran
yang paling banyak digunakan dalam cerpen antologi ialah Bonda iaitu 27 kali dengan
22.88%. Penggunaan gelaran Cik dalam cerpen ini sebanyak 5 kali dengan 4.24%.
Penggunaan gelaran Cikgu dalam cerpen ini sebanyak limakali dengan 4.24%.
Seterusnya, penggunaan Datuk ialah dua kali dengan 1.69%. Kekerapan Dr.dalam cerpen
antologi ini juga mempunyai kekerapan yang tinggi iaitu 11 kali dengan 9.32%. Di samping
itu, sebanyak lima kali (4.24%) menggunakan Encik dalam cerpen ini.

Bilangan menggunakan gelaran Hajah juga tinggi dalam cerpen antologi ini iaitu
sebanyak 13 kali dengan 11.01% manakala kekerapan penggunan Haji sebanyak enam kali
dengan 5.08%. Seterusnya, kekerapan yang kedua tinggi dalam Cerpen Antologi Jaket
KulitKijang Dari Istanbul ialah Kak dan 25 kali dengan 21.19%. Kekerapan Nenek dalam
cerpen ini sebanyak empat kali dengan 3.39%.
Tambahan pula, terdapat beberapa gelaran yang digunakan dalam Cerpen Antologi
Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul mempunyai kekerapan yang sama iaitu gelaran Pak, Paman,
Profesor dan Puan dengan peratus 0.85% iaitu hanya sekali masing-masing.
Kekerapan gelaran Putera yang dalam Cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul ialah dua kali dengan 1.69%. Hanya sekali muncul gelaran Tauke dalam cerpen
antologi ini dan dengan 0.85%. Penggunaan gelaran Tuan dalam cerpen ini sebanyak empat
kali dengan 3.39%. Bukan itu sahaja, hanya sekali muncul gelaran Yang Berhormat dalam
cerpen antologi ini dan dengan 0.85%.

7.4 Contoh Ayat yang Menggunakan Gelaran yang Terdapat Dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul.
1. Tuan-tuan
Tuan-tuan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan
yang diimport
hlm 48
2. Datuk
Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku
dahulu.
hlm 53
3. Puan
Puan-puan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan
yang diimport
hlm 48
4. Yang Berhormat

Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup campur tangan dan memujuk pihak
bank untuk meluluskan pinjamannya.
hlm 49
5. Tauke
Assalamualaikum, apa khabar tauke ayam? Mereka berpelukan lalu duduk di
bangsal rehat.
hlm 50
6. Bonda
Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis.
hlm 55
7. Nenek
Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
hlm 56
8. Paman
Masing-masing satu untuk paman seperti Man Bini
hlm 65
9. Bibik
Masing-masing satu untuk bibikku
hlm 65
10. Cik
..seperti Cik Yah, Cik Esah, Cik Nah, Cik Kam dan Cik Alip.
hlm 65
11. Haji
Aku terbayang akan wajah gembira rakan-rrakanku ketika menerima cenderamata
tersebut seperti Haji Marwar.
hlm 66

12. Hajah
Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Hajah Zalehon dan
Hajah Normah.
hlm 68
13. Kakak
Free? Tanya Kak Chah sebagai langkah-langkah berjaga-jaga.
hlm71
14. Encik
Pemandu pelancong, Encik Yuksel, telah memberitahu kami beberapa panduan
berbelanja di Istanbul.
hlm 68
15. Cikgu
Cikgu Juriah sibuk menunjukkan jaket berwarna kuning keemasan kepada Hajah
Normah.
hlm 70
16. Profesor
Aku bercadang untuk membelikan Profesor Siti Zainon sesuatu yang boleh dijadikan
kenang-kenangan.
hlm 66

17. Dr.
Dr Liza sudah pun membayar harga jaket kuning pilihan hati.
hlm 73
18. Abang
Aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik
kerja.
hlm 69
19. Putera
Bukan kerana penangan sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga
yang disebutkan.
hlm 73
8.0 Rumusan Kajian
Kesimpulannya, dapat dibuktikan bahawa penggunaan gelaran sangat penting dalam
kehidupan seharian. Gelaran yang digunakan juga adalah mengikut jenis seperti yang telah
dinyatakan dalam dapatan kajian dalam kajian ini.
Penggunaan gelaran dalam kehidupan seharian adalah penting bagi memastikan setiap
panggilan dan kata sapaan digunakan dengan betul. Hal ini demikian kerana bertepatan
dengan adat dan tradisi orang Melayu yang sememangnya dikenali dengan adat dan sopan
santunnya. Kesopanan adat orang Melayu jelas dilihat dalam gelaran kekeluargaan. Di
samping itu, gelaran juga digunakan untuk membezakan sesuatu status dan mobiliti dalam
masyarakat.
Objektif dalam kajian ini tercapai apabila pengkaji dapat menegnal pasti dan
menyenaraikan gelaran-gelaran yang digunakan dalam antologi, mengklasifikasikan gelaran
mengikut kegunaannya seterusnya menganalisis kekerapan penggunaan gelaran yang terdapat
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
9.0 Penutup
Kajian ini telah memaparkan salah satu tahap perkembangan dalam bahasa Melayu,
iaitu penggunaan gelaran dalam setiap lapisan peringkat masyarakat. Huraian keseluruhan
mendapati bahawa gelaran digunakan dalam kehidupan seharian bukan sahaja dalam

penulisan. Ini menunjukkan bahawa gelaran yang digunakan tidak berubah meskipun bahasa
Melayu semakin moden dan berkembang.
Diharapakan kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada pengkaji lain untuk
melaksanakan kajian terhadap penggunaan gelaran. Pada pandangan pengkaji bahawa
penggunaan gelaran dalam kehidupan seharian dan penulisan adalah sesuatu yang sangat
penting. Diharapkan penggunaan gelaran dalam bahasa Melayu terus digunakan walaupun
bahasa Melayu kini mengalami perubahan dan perkembangan.

Bibliografi
1. Asmah Haji Omar, 2007 . Siri Kesantunan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
2. Bernama. MPN Lancar Buku Panduan Penggunaan Gelaran Professor dlm. Berita
Harian, 14 April 2015.
3. Ensiklopedia Malaysiana Jilid 14 , 1996 . Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.
4. Maskiah Haji Masrom, 2012 . Jaket Kulit dari Istanbul . Kuala Lumpur: Pelangi
Novel Sdn. Bhd.
5. Mohd. Zulkifli bin Hj. Abd Aziz, 1992 .Narazit Selat . Muzium Negara: Persatuan
Muzium Negara.
6. Maksud Gelaran. Diakses pada 6 Jun 2016, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gelaran

7. Diakses pada 6 Jun 2016, daripada


http://lisadypragmatik.blogspot.my/2007/07/pragmatik-oleh-sidon.html
8. Diakses pada 6 Jun 2016, daripada http://arti-definisi-pengertian.info/pengertianklasifikasi-bahasa/

Isi kandungan
Bil.

Perkara

Halaman

1.

Penghargaan

2.

1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang

3.

2.0 Objektif Kajian

4.

3.0 Kepentingan kajian

5.

4.0 Skop kajian

6.

5.0 Batasan Kajian

7.

6.0 Kaedah Kajian

4-5

3-4

8.

7.0 Dapatan Kajian


7.1 Mengenal pasti dan Menyenaraikan Gelaran yang Terdapat Dalam
Antologi.
7.2 Menklasifikasikan Gelaran Mengikut Jenis Kegunaanya.

6-7

7.3 Menganalisis Kekerapan Penggunaan Gelaran Dalam Antologi.

8-9

7.4 Contoh Ayat yang Menggunakan Gelaran Dalam Antologi.


9.

5-6

8.0 Rumusan

10-11
12

10. 9.0 Penutup

12-13

11. Bibliografi

14

12.

15

Lampiran

Kerja Kursus bahasa Melayu


Penggunaan Gelaran dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul

Ahli Kumpulan :
1. Siti Nurulnaziha binti Husni
2. Siti Fatimah binti Sulaiman
3. Lee Jia Ying
4. Chang Kok Siang

Anda mungkin juga menyukai