Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1 Cadangan Pengkaryaan 1.

1 Pernyataan Permasalahan Kajian 1

1.1 Pernyataan Permasalahan Kajian

1.1.1 Permasalahan Kajian


Bagi Projek Kajian Seni Visual Penggal 3 2018 ini, pengkarya telah memilih
soalan 1 yang bertemakan “Sukan”. Soalan 1 mengkehendaki pengkarya
menghasilkan sebuah karya seni catan dengan menggunakan gaya Seni Pop (Pop Art)
dalam bentuk dua dimensi(2D). Hasil karya hendaklah dihasilkan di atas kanvas yang
berukuran 24 inci x 36 inci.

1.1.2 Sukan
Menurut kamus dewan edisi ketiga terbitan dewan bahasa dan pustaka, sukan
ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan, kemahiran dan tenaga. Selain
itu, menurut salah seorang penulis blog, iaitu Mohd Ijat, mendefinisikan sukan ialah
segala aktiviti yang diinstitusikan secara kompetitif yang melibatkan penggunaan
tenaga dan kemahiran fizikal yang kompleks iaitu penglihatan seseorang itu didorong
oleh gabungan kepuasan dalaman lalu dikaitkan dengan ganjaran luaran yang
diperoleh melalui sukan itu.
Kesimpulanya, sukan fizikal merupakan sukan yang menggunakan kemahiran
fizikal seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain. Oleh hal
yang demikian, pengkarya telah memilih soalan 1 untuk mengekspresikan kemahiran
pada seseorang pemain dalam bidang sukan yang diceburi olehnya. Pengkarya akan
mengekspresikan gaya seseorang pemain tersebut dengan gaya pop art.

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 1 :Sukan tenis. Gambar 2 :Sukan ragbi


Gambar 3 Gambar 4
SOALAN 1 Cadangan Pengkaryaan 1.1 Pernyataan Permasalahan Kajian 2

Gambar 3 : Sukan bola


Gambar 4 : Sukan renang
sepak
Rajah 1 :Contoh contoh sukan

1.1.3 Sukan Besbol

Sukan besbol (baseball) merupakan sukan jenis ‘pukul dan bola’ yang
dimainkan oleh dua pasukan. Satu pasukan dianggotai oleh sembilan orang pemain.
Besbol dipertandingkan oleh dua pasukan yang bergilir-gilir menyerang iaitu pasukan
memukul (batting) dan pasukan memadang (fielding) serta melempar (pitching).
Matlamat besbol adalah untuk mengumpul jumlah markah dengan
mengelilingi empat tapak (base) yang terletak di penjuru-penjuru segi empat di atas
padang dan seorang pasukan pemukul akan berlari melawan arah jam. Pasukan
pemadang akan cuba menghalang pemukul-pemukul daripada mencatatkan markah
dengan mematikan tiga orang pemain. Selepas tiga orang pemukul dari pasukan
memukul mati (out), jadi pasukan memadang akan menjadi pasukan memukul, dan
sebaliknya untuk pasukan memukul. Pengkarya memilih sukan besbol kerana besbol
dianggap sebagai sukan pasukan yang paling popular di Jepun, Cuba, Korea, Amerika
Syarikat dan negara lain. Sukan besbol pernah menjadi sukan Olimpik pada tahun
1992 tetapi dikeluarkan sejak 2005.
SOALAN 1 Cadangan Pengkaryaan 1.1 Pernyataan Permasalahan Kajian 3

Rajah 2 : Contoh gambar berkaitan sukan besbol

1.1.4 Seni Pop (Pop Art)

Seni pop merupakan satu gerakan yang wujud pada pertengahan tahun 1950an
iaitu di Britain dan Amerika Syarikat. Seni pop merupakan seni yang
menggambarkan imej, objek atau suasana yang berlaku pada masyarakat seharian.
Perkataan ‘Pop’, adalah singkatan dari perkataan popular, manakala ‘art’ adalah seni.
Seni pop berkait rapat dengan sesuatu budaya popular yang disukai ramai pada
sesuatu masa atau zaman. Antara pengkarya yang terkenal ialah Andy Warhol, Roy
SOALAN 1 Cadangan Pengkaryaan 1.1 Pernyataan Permasalahan Kajian 4

Lichtenstein dan ramai lagi.

Rajah 3 : Contoh seni pop

1.1.5 Catan
Menurut kamus dewan edisi keempat, catan membawa maksud lukisan (dengan
cat). Menurut buku Ace Ahead Teks STPM Seni Visual Penggal 1, 2 dan 3 Edisi
Kemas Kini Keluaran Oxford Fajar, catan adalah salah satu hasil seni yang
menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu permukaan. Media basah
terdiri daripada cat seperti cat akrilik, cat poster, cat minyak, dan sebagainya.
Biasanya, permukaan bagi penghasilan catan ialah kertas atau kanvas.
Selain itu, berdasarkan sumber internet terdapat banyak hasil karya seni catan
yang dihasilkan mengikut gerakan aliran seni catan mengikut zaman. Antaranya Seni
Pop karya Roy Lichtenstein, “Blam” (1962). Karya ini menggunakan media catan
iaitu cat minyak. Oleh itu, pengkarya dikehendaki membuat kajian tentang tema
“Sukan” dan menghasilkan karya seni catan tersebut menggunakan cat akrilik untuk
pameran. Karya hendaklah dilukis di atas kanvas yang berukuran 24 inci x 36 inci.
SOALAN 1 Cadangan Pengkaryaan 1.1 Pernyataan Permasalahan Kajian 5

Rajah 4 : Contoh karya catan

1.1.6 Rumusan
Sebagai rumusan, pengkarya telah memahami mengenai maksud sukan, seni pop,
dan catan. Melalui kajian yang dilakukan, pengkarya telah menentukan pemilihan
sukan yang popular dalam kalangan masyarakat iaitu sukan besbol. Pengkarya juga
akan menggunakan media catan cat akrilik dalam menghasilkan karya yang
bertemakan sukan dengan gaya aliran seni pop.

Anda mungkin juga menyukai