Anda di halaman 1dari 2

APRESIASI KARYA “SUKAN - BESBOL”

oleh Pengkarya, S

Karya ini bertemakan “Sukan” dan pengkarya telah menekankan sukan besbol dengan
menggunakan aliran seni pop. Dari segi deskripsi, pengkarya menampilkan karya dua dimensi dan
mempunyai gabungan imej realistik serta separa abstrak dengan menggunakan imej manusia, bola
besbol, dan sarung tangan(mitt). Karya ini menggunakan unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa,
nilai dan warna serta prinsip rekaan seperti keseimbangan, penegasan, dan harmoni. Pengkarya
telah menggunakan media catan cat akrilik dan menggunakan teknik campuran seperti hard
edge,scumbling dan cetakan.
Dari segi analisis, pengkarya telah mengaplikasikan unsur seni seperti rupa, nilai dan warna
dalam karya. Rupa organik jelas kelihatan pada imej manusia yang sedang bermain dan para
penonton. Dalam pada itu, rupa organik juga digunakan iaitu bola besbol. Karya ini juga
diaplikasikan dengan garisan berpancar di bahagian latar belakang. Unsur nilai, iaitu ton cerah dan
gelap dihasilkan pada imej pemain, penonton dan bola besbol bagi mewujudkan kesan ruang
pencahayaan dan kontra pada imej. Selain itu, kepelbagaian warna telah digunakan dalam karya
ini, iaitu warna sejuk seperti biru pada penonton dan warna ungu pada imej pemain serta bola besbol
bagi menimbulkan ton warna. Warna panas pula digunakan pada pada wajah pemain iaitu warna
kuning dan warna merah diaplikasikan di bahagian latar belakang. Kombinasi warna yang pelbagai
ini akan dapat mewujudkan kesan kesatuan dan menimbulkan suasana yang aman,ceria dan
bertenaga.
Komposisi karya ini telah melibatkan penggunaan prinsip rekaan seperti keseimbangan,
pergerakan, dan penegasan. Karya ini mengaplikasikan reka letak imej secara imbangan tidak
semetri bagi imej pemain dan penonton. Selain itu, pergerakan dalam karya diwujudkan melalui
imej bola besbol dan tangan yang saiznya lebih besar daripada penonton dan badan pemain. Hal ini
menunjukkan bahawa pemain tersebut sedang membaling bola besbol ke arah pemukul. Seterusnya,
unsur penegasan juga dilihat melalui penggunaan warna yang kontra pada imej pemain berbanding
para penonton. Hal ini bertujuan agar imej utama lebih jelas kelihatan berbanding imej yang lain.
Dari segi interpretasi, karya ini menggambarkan mesej bahawa sukan besbol merupakan
sukan yang popular dalam kalangan masyarakat. Mesej ini ditonjolkan melalui imej para penonton
yang sedang bersorak dan membawa maksud mereka sedang memberikan semangat kepada pemain
besbol. Dalam pada itu, ekspresi pemain besbol jelas menunjukkan bahawa dia sedang bersemangat
semasa bermain dan penggunaan warna panas menonjolkan aura semangatnya dan keadaan yang
tegang pada ketika itu. Jadi, dengan semangat yang ditonjolkan akan dapat membawa
kecemerlangan bagi pasukan pilihan penonton dan seterusnya menjadikan pasukan tersebut popular
dalam kalangan masyarakat.
Dari aspek pertimbangan, karya ini mempunyai kekuatan dalam aspek pemilihan hal benda
yang sesuai dengan tema sukan. Contohnya, simbol sukan ialah bola besbol dan sarung
tangan(mitt). Gaya penampilan secara separa abstrak pada imej penonton yang sedang menyokong
imej utama iaitu pemain besbol jelas menngambarkan bahawa sukan itu merupakan antara sukan
yang popular dalam kalangan masyarakat. Karya ini menyampaikan maksud tersurat yang mudah
difahami oleh audiens berdasarkan olahan imej hal benda, contohnya pemain dan bola besbol yang
menunjukan sukan besbol. Pengkarya berjaya menyampaikan makna tersirat yang berkaitan dengan
sukan popular iaitu melalui iemj para penonton.
Kesimpulannya, karya catan ini boleh dikatakan berjaya kerana dapat menggambarkan tema
“Sukan” dengan jelas iaitu sukan besbol dan menunjukkan sukan ini popular dalam kalangan
masyarakat melalui pemilihan hal benda.
http://syarafinadiah.blogspot.com/2011/11/catan-catan-adalah-salah-satu-hasil.html
Seni Visual Pra-u
Wednesday, 23 November 2011

Anda mungkin juga menyukai