Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada PN.


Rashihah Binti Hj Muhammad, Pensyarah bagi subjek (PSV1044) kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga ingin diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu saya dalam penghasilan tugasan ini.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam proses penghasilan penulisan ini. Terima kasih.
BIL ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. PENULISAN KARYA 3D
3. PENULISAN KARYA 2D
4. PENUTUP
5. RUJUKAN
PENGENALAN

Istilah apresiasi pada asalnya berasal daripada bahasa Inggeris iaitu dari perkataan
“appreciation” yang bermaksud penghargaan dan penilaian. Apresiasi merupakan aktiviti
penilaian yang berupa penghargaan terhadap sesuatu perkara seperti karya seni atau pun
karya sastera. Apresiasi juga adalah pengiktirafan atau penghargaan terhadap sesuatu dari
segi istilah bahasa. Manakala apresiasi dalam seni visual ialah penghayatan dan proses
menilai terhadap aspek-aspek tertentu seperti unsur seni dan prinsip rekaan serta makna
dalam sesebuah. Menurut Hornby (1985), pengertian apresiasi merujuk kepada pengertian
pengenalan dan pemahaman yang tepat, pertimbangan, penilaian, dan pernyataan yang
memberikan penilaian. Menurut seorang lagi tokoh iaitu Albert R. Candler (1975), apresiasi
adalah aktiviti mentafsir dan menyedari sepenuhnya tentang selok-belok karya seni, dan
menjadi sensitif terhadap fenomena estetika dan seni, sehingga mereka dapat menikmati dan
menilai kerja dengan baik. Dalam menghargai aktiviti, seorang itu menjalankan aktiviti mencari
pengalaman estetika, jadi motivasi yang timbul adalah motivasi pengalaman estetika.
KARYA 3D

“PERPADUAN”
2020
WAN MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN WAN MOHD RUDIN
KAYU DAN KERTAS

Karya di atas merupakan karya ciptaan saya iaitu Wan Muhammad Naqiuddin Bin Wan
Mohd Rudin daripada unit PSV 3. Karya yang ringkas diatas dihasilkan dengan menggunakan
kayu dan kertas yang dikitar semula. Arca ini diberi tajuk Perpaduan. Arca berbentuk futuristik
ini telah digabungkan dengan tema permainan tradisional iaitu sepak takraw. Karya ini
menceritakan tentang bagaimana perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang
kaum dapat disatukan melalui sukan permainan sepak takraw. Jika dilihat dengan mata kasar,
terdapat bentuk bulat yang melambangkan bola takraw dan bentuk “S” yang melambangkan
kepala dua orang sedang menanduk bola tersebut. Pengkarya telah menggunakan pelbagai
teknik dalam menghasilkan arca ini seperti memotong, membentuk dan melicinkan kayu
dimana teknik ini digunakan untuk meghasilkan bentuk pada bahagian tengah arca . Selain
itu, teknik mencantum juga dilakukan iaitu mencantum bahagian-bahagian tertentu untuk
membentuk sebuah arca yang siap dengan menggunakan gam. Akhir sekali teknik mewarna
juga dilakukan untuk kemasan iaitu mewarna menggunakan spray warna.

Unsur seni yang terdapat di dalam karya ini adalah warna, karya ini mengunakan
warna panas dan warna neutral iaitu warna merah, kuning dan putih. Selain itu, unsur seni
yang lain ialah jalinan. Dimana dapat dilihat pada kayu iaitu jalinan pada permukaan kayu
yang digunakan.

Prisnsip rekaan pula ialah Imbangan iaitu imbangan simetri kerana bentuk di sebelah
kanan dan sebelah kiri adalah sama. Selain itu, ialah kepelbagaian dimana terdapat bentuk
yang berbeza pada arca iaitu bentuk bulat dan bentuk huruf S.
KARYA 2D

“KELINGAI IBAN”
2020
WAN MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN WAN MOHD RUDIN
CETAKAN SUTERA SARING

Karya di atas merupakan karya ciptaan saya iaitu Wan Muhammad Naqiuddin Bin Wan
Mohd Rudin daripada unit PSV 3. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan teknik cetakan
sutera saring. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan blok sutera saring, cat akrilik, sekuji
dan kertas. Tema bagi karya cetakan ini ialah motif daripada kaum iban. Karya ini diberi nama
Kelingai Iban kerana ia diilhamkan daripada tatu kaum iban. Kelingai Iban merupakan
perkataan dalam bahasa Iban yang membawa maksud tatu Iban.

unsur seni yang terdapat dalam karya cetakan ini adalah garisan. Dimana kita dapat
lihat terdapat garisan nipis dan garisan tebal. Disamping itu, terdapat unsur seni yang lain iaitu
warna. Dimana pengkarya telah mengunakan warna hitam atau warna neutral dan warna
panas iaitu warna kuning.

Prinsip rekaan ialah kepelbagaian dari segi garisan yang digunakan. Dimana terdapat
garisan tebal dan nipis, melengkung di dalam karya cetakanini. Selain itu, prinsip rekaan yang
lain adalah penegasan dimana penegasan yang kita dapat lihat di dalam karya ini adalah rupa
yang menggunakan warna kuning kerana ia dapat dilihat dengan jelas. Akhir sekali ialah
kontra kerana warna rupa kuning bertentangan dengan warna hitam.
PENUTUP

Kesimpulan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah dapat meningkatkan
kefahaman saya dalam mengaprisiasi suatu karya yang dihasilkan. Selain itu, saya juga dapat
memahami dengan lebih mendalam tentang bahasa seni visual. Akhir sekali, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan semua yang telah membantu saya
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan karya ini.
RUJUKAN

Albert R. Candler (1975), Definisi apresiasi. “apresiasi seni visual”

Hornby (1985), definisi apresiasi seni “logical operation such as defining, valuing and
explaining”

Fatin Nurzaila. (2010). Pendidikan Seni Visual (Apresiasi Seni). Retreved 23 March 2020
http://bmpsv2009.blogspot.com/2010/11/pendidikan-seni-visual-apresiasi-seni.html

Anda mungkin juga menyukai