Anda di halaman 1dari 12

Isi kandungan

no Tajuk Muka surat

1 Penghargaan 1

2 Pengenalan 2

3 Kaijan seni visual dua dimensi 3-5

4 Pengenalan 6

5 Kajian Seni Visual Tiga Dimensi 7-8

6 Penutup 9

Rujukan 10
Penghargaan

Bersyukur saya kerana dapat juga memenuhi segala skop tugasan dalam masa yang
telah ditetapkan bagi tugasan penulisan akademik dua dimensi asas seni visual.Jutaan
terima kasih kepada selaku pensyarah Tuan Haji Shukri Bin Mat Yaacob kerana beliau
banyak membantu saya dalam tempoh menyempurnakan tugasan diberi.Terima kasih
juga kepada ibu saya yang banyak memberi sumbangan segala kebutuhan yang
diperlukan sepanjang tugasan .Rakan taulan juga tidak dilupakan mereka banyak
memberi dorongan yang kuat kepada sya agar dapat menyempurnkan segalan tugas

Kesimpulannya saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan yang
ada pada tugasan ini sepanjang tempohnya.

1
Pengenalan

karya dihasilkan Mohamed Hoessin Enas. Media digunakannya ialah cat minyak atas
kanvas yang berukuran 113 ×88 cm memfokuskan tema figuratif menggambarkan
potret seorang gadis berkulit sawo matang ,mata yang bulat besar merakamkan sgadis
berpakaian kebudayaan masyarakat Korea . Dari segi raut wajahnya mirip dengan
rupa gadis masyarakat Melayu.Dapat diperkukuhkan lagi melalui rambut yang hitam
pekat ,bentuk mata yang bulat tidak memiliki mata sepet seperti wanita korea
normalnya dan bibir yang tebal merah merona .Dapat dilihat pada tangannya yang
jelas menampakkan sebentuk cincin dapat disimpulkan gadis ini telah berkahwin .

2
1
Kajian Seni Visual Dua Dimensi

Nama pengkarya: Mohammed Hoessin Bin Enas

Tajuk Karya : ( Gadis Korea)

Tahun karya: 1963

Media: Cat Minyak Atas Kanvas

Saiz Karya: 113×88

Unsur-unsur seni

Daripada karya diatas pada gaya lukisan realisime jelas diketahui melalui karya
berupa realistik adalah cara pengkarya mengeksperiasikan luahannya terhadap
sesuatu.Pengkarya banyak mengaplikasikan unsur seni dalam lukisan melalui

3
penggunaan warna yang dramatik iaitu warna merah terang.Warna merah
melambangkan kekuatan ,pemberani ,dan tabah .

Dalam konteks penggunaan warna juga baik pengkarya berjaya membawakan


gabungan warna sejuk dan warna panas melalui karyangnya dapat diterjemahkan gadis
korea itu seperti dalam mengalami perasaan suram .Penggunaan ton yang tepat dapat
menghasilkan karya seolah-olah hidup dan kelihatan sangat neutral .

Seterusnya teknik sapuan yang digunakan juga bagus kerana telah meghasilkan
bentuk mata yang bulat besar yang menunjukkan sebahagian kejelitaan yang terdapat
pada gadis korea beserta garisan yang begitu lembut menimbulkan keayuan dan
kelembutannya melalui pembawaan lukisan pipi yang terlihat jelas keanjalan
naturalnya.Garisan bermula pada bahu baju hingga kain juga menonjolkannya dalam
gaya kedudukan yang sopan -santun .

Selain itu ,detail unsur jalinan tampak yang diaplikasikan melalui jalinan pada setiap
bahagian kedutan baju dan kainnya tidak terlihat kaku seolah-olah seperti nyata
sekali.Jenis rupa oganik iaitu rupa rekaan wajah yang terlihat seperti tiga
dimensi.Ruang cetek jelas kelihatan melalui jarak yang begitu dekat bersamaan
dengan latar belakang.tiga dimensi ialah bntuk catan yang dicapai dalam penghasilan
lukisan ini yang fokusnya pada bentuk kepala dan sedikit pada lenggok badannya.

Prinsip seni

prinsip penegasan iaitu beliau secara jelas ingin menfoskuskan pada bahagian
pemakaian baju tradisional korea yang dikenakan menujukkan identiti yang ingin
dicapai dalam lukisan untuk menggambarkan gadis yang berwarganegara korea . Di
samping ,terdapat juga kontra yang ditonjolkanlkan melalui penggunaan warna merah
dan ton berwrna putih menampakkan kontra antara terang dan malap .

4
Garisan -garisan yang terbentuk keseluhuran pakain yang berkedut memiliki unsur
pergerakan walaupun keadaan badan dalam situasi duduk diatas kerusi
menampakkan makna yang tersendiri dan tidak dibuat-buat.keseimbangannya terlihat
simetri kerana kedudukan ditengah manakala kesatuan juga dinilai daripada
keseluruhan setiap unsur dan prinsip yang sentiasa seiring dan berkait aantranya
menjadikan karya yang memiliki keseragaman .akhir sekali,kepelbagain wujud
daripada penggunaan pelbagai gaya ,nilai yang diterapkan,garisan ,rupa dan warna
dalam satu gubahan berbentuk karya ilusi.

5
Kajian Seni Arca Tiga Dimensi

Pengenalan

Sebagai mana kita mengetahui seni arca ialah mempunyai keistimewaan tersendiri
hasil karya yang diluahkan dalam penyataan berbentuk tiga deminsi yang boleh kita
lihat dan sentuh sehingga 360 darjah .Hal ini dilanjutkan pengulasan seni arca . Arca
diatas diciptakan oleh seniman terkenal iaitu Anthony Lau atau lebih detail dihasilkan
pada 1967 .Media utama yang digunakan dalam penghasilan karya beliau diatas
adalah daripada rod besi berbentuk bulat dengan saiz berukuran 75.5cm.Selain untuk
teknik yang diaplikasikan ialah teknik kimpalan dengan sempurna yang berjaya
menimbulkan pandangan fokus kepada rimbunan rimba yang tandus kering .

Perspektif yang jelas ditonjolkan gaya pengkarya membina berdasarkan peniruan


terhadap alam, iaitu daripada rod besi yang dibentukkan menjadi ranting . Pementasan
arca berada pada gaya aliran konstruktivisme abstrak yang memerlukan penghayatan
mendalam dalam mentafsirkan makna disebalik penciptaan karyanya

6
Nama pengkarya: Anthony lau

Tajuk Karya : Rimba

Tahun karya: 1967

Media: Arca besi

Tema: landskap serta ruang

Unsur -Unsur Seni

Secara analisisnya berdasarkan karya kita dapat mengenalpasti terdapat pelbagai


unsur seni.Antaranya bentuk pengolahannya lebih kepada konstruksi ulangan
kerangka yang berbentuk ' U ' berserta bentuk menegak dengan berfokuskan
bahagian rod besi.Selain itu penggunaan ruang menerusi jarak ,ukuran susunan rod
besi yang meninggi rendah , jarang, dan padat menonjolkan kesan tembus cahaya
dengan secara bersamaan menimbulkan unsur seni garisan yang berbeza - beza dan
seperti naik turun.

7
Pengkarya juga menggunakan Unsur Rupa dalam pengolahan karyanya iaitu
merupakan rupa geometri yang berstruktur pada bentuk rod besi yang menampilkan
tiga dimensi dan bayang - bayang daripada besi yang menegak .arca diatas tergolong
dalam jalinan sentuh kerana boleh dirasai melalui sentuhan serta dapat dilihat secara
360 darjah

Selanjutnya dari segi warna tidak dapat dijelaskan oleh kerana dalam pengolahan
karya tidak melibatkan penggunaan unsur warna ini mungkin disebabkan pengkarya
ingin menyampaikan imej alam rimba yang tandus tiada keceriaan .

Prinsip Rekaan

pengkarya menampakkan kesatuan jika diteliti melalui susunan yang menampakkan


keseragaman paada permukaan .pengkarya juga memaparkan keharmonian
melibatkan bentuk ulangan huruf ' U ' secara tertib meninggalkan kesan menarik pada
sudut mata pemerhati.karya ini juga mengaplikasikan prinsip pergerakan menampilkan
kesan visual realistik daripada keadaan rod besi tinggi rendah .pengkarya juga
menyelitkan prinsip kesatuan dalam satu tema alam semulajadi bagi mewakili segala
unsur menjadikan hasil dalam karyanya kelihatan lengkap,teratur dan seragam .Di
samping itu terdapat keseimbangan yang simetri kerana kedudukan arca ini dapat
teguh berdiri dan tidak jatuh ketika diletakkan diatas permukaan rata

Merujuk karya ini secara keseluruhannya kita dapat dikonklusikan bahawa pengkarya
ingin memberi luahan kecintaannya pada alam sekitar yang bertujuan menyampaikan
mesej kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi.namun prinsip
kepelbagain tidak terlalu menonjol hanya sedikit yang diaplikasikan.penegasan
menerusi terjemahan arca ini ialah fokus utama yang ingin disampaikan terletak pada
kepadatan susunan besi yang terlihat imej sebagai rimbunan rimba.

8
Penutup

Kesimpulanya kedua-dua pengakarya sangat hebat dalam menghasilkan karya yang


mempunyai makna nilai estetika yang tersendiri dalam gaya yang donjolkan masing-
masing .Justeru dapat kita nilai keperibadiannya mereka yang peka terhadap sekeliling
melalui karya yang dihasilkan mereka sangat menitikberatkan segala komposisi dari
sudut kenyataan realiti yang ingin diterapkan dalam karyanya dalam pelbagia bentuk
seperti ilusi dan arca yang menarik.

9
Rujukan

1. Faizalsidek.(2015).Hoessein enas dalam koleksi balai seni

Blog.http://faizalsidik.blogspot.com/2015/05/hoessein-enas-dalam-koleksi-balai-
seni.html

2. Oniegonzalez.(2012). Art work asperiasi karya


Blog.http://oniegonzalez93.blogspot.com/2012/05/sy-nak-kongsi-sket-psal-
assignment2-ni.html

3. Balai seni negara.(2020).Karya Gadis korea


Facebook.https://www.facebook.com/nationalartgallerymalaysia/photos/a.93946173619
9786/2135350693277545/?type=3

4. Maisarahsaminin.(2017).Gadis korea Hoessin enas


https://www.scribd.com/presentation/364900164/Gadis-Korea-Hossein-Enas

5. Mohd kamal abdul aziz.(2016).Kritikan Seni Dari Perspektif Sosiobudaya


http://studentsrepo.um.edu.my/6733/1/kamal.pdf

6.NorlidaYazid.(2013).Seni Arca

https://www.scribd.com/presentation/131881699/SENI-ARCA

10
11

Anda mungkin juga menyukai