Anda di halaman 1dari 10

KDP 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2

KUMPULAN : SWK 05

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

TING SIEW HONG D20112054289 086-330081

NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN NORAINI BINTI MOHAMED NOH

TARIKH SERAH : 30 OKTOBER 2012

1
Pecahan III

i Laporan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan isu yang
timbul dari makropengajaran di atas.

Isi kandungan

Meningkatkan Daya Apresiasi Murid Terhadap Hasil Seni

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada e-tutor Puan Noraini Binti
Mohamed Noh, pensyarah UPSI Encik Peter Bong dan Encik Hamden kerana telah memberi
panduan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga ingin dirakamkan kepada rakan sekerja saya Christina Lau
yang menolong saya merakam video, panitia Pendidikan Seni Visual Puan Tang dan Cikgu Tian
yang telah memberi banyak maklumat tentang cara penulisan rancangan pengajaran harian
Pendidikan Seni Visual.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang
banyak mengorbankan masa dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
usaha untuk menolong saya menyiapkan tugasan saya ini.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan daya apresiasi murid terhadap hasil seni
termasuk karya sendiri. Seramai 30 orang murid 2E yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
yang dibuat menunjukkan bahawa murid kurang peka terhadap membuat apresiasi terhadap
hasil seni. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penglibatan
murid semakin memuaskan berbanding dengan sebelumnya. Murid juga menunjukkan sikap
yang lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

2
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Setelah saya mengajar murid 2E membuat karftangan tradisional iaitu gasing mainan,
salah satu isu yang timbul ialah murid 2E tidak pandai menyatakan perasaan mereka terhadap
hasil karya sendiri dan rakan. Apabila saya bertanya soalan tentang bagaimana mereka rasa
tentang hasil karya mereka, mereka tidak menjawab soalan saya. Menurut Siti Nabila (2010)
dalam karyanya “Apresiasi seni” menyatakan bahawa apresiasi seni melibatkan deria
rasa/sentuh dan deria pandang.

Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan
apa yang difikirkan dan dirasakan. Semua ini memerlukan aspek pemahaman murid dari aspek-
aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap
sesuatu hasil seni itu.

Dalam konteks ini, pengetahuan mengenai seni dan perbendaharaan kata yang cukup
mengenai seni amat diperlukan.Oleh itu, saya akan memperkenalkan bahasa seni kepada
murid-murid supaya mereka boleh menggunakannya untuk membuat apresiasi.

Fokus kajian

Seni merupakan visi seorang pelukis, ciptaannya, daya imaginasi dan ekspresinya yang
mencerminkan pelbagai perasaan pelukis itu. Ia adalah gabungan ekspresi emosional serta
visual yang saling bertindak dan manyampaikan maksudnya melalui bayangan yang dicipta. (Dr
Tan Chee Khuan, 1994). Oleh itu, saya menumpukan fokus kajian ini untuk meningkatkan daya
apresiasi murid terhadap hasil seni termasuk karya sendiri dan rakan. Beberapa aktiviti
mengapresiasi karya akan dijalankan supaya boleh mencapai objektif kajian tindakan dan
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Isu keperihatinan

Anggapan bahawa “seni tidak menjamin masa depan atau merupakan subjek kepada
pelajar yang lemah” adalah tidak benar sama sekali. Oleh itu, saya memilih isu yang timbul iaitu
mengapresiasi karya adalah disebabkan saya mendapati masalah ini perlu diambil perhatian.
Ini adalah disebabkan jika seseorang murid tersebut tidak pandai membuat aprisiasi, maka

3
susah bagi mereka menghasilkan karya yang baik. Mereka tidak tahu karya yang macam mana
dikira baik dari sudut kesenian. Dengan ini, mereka tidak akan tahu nilai sesuatu karya seni
walaupun ia berharga berpuluh ribu.

Objektif kajian

Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid supaya mengenali aspek-aspek nilai
estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil
seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil karya sendiri dengan hasil-
hasil lain berdasarkan persepsi visual. Menurut Abdul Ghafar Ibarahim (1982), semasa beliau
mengadakan dialog dengan seniman, Ibrahim Hussein pernah mengatakan bahawa karya seni
mestilah dinikmati dengan dekat seperti kita berkenalan sesama manusia. Oleh itu, apresiasi
adalah penting untuk mengenali sesuatu hasil karya dengan lebih mendalam.

Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran kajian tindakan ini melibatkan 30 orang murid 2E di SJK Chung Hua
Bintulu 2. Murid lelaki seramai 13 orang dan murid perempuan seramai 18 orang. 21 orang di
antara mereka berbangsa Cina dan 9 orang yang lain ialah bumiputera.

Merancang Tindakan

Berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran telah didapati bahawa


tidak ada seorang murid pun boleh menggunakan bahasa seni untuk mengapresiasi karya
mereka. Maka, saya akan memberi beberapa keping lukisan untuk membuat perbincangan
apresiasi bersama.

Tinjauan Masalah

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya mendapati bahawa


murid susah untuk mencerita dengan menggunakan bahasa seni seperti garisan dan latar
belakang karya tersebut. Cuma beberapa orang murid yang pandai sebutkan warna yang
terdapat dalam lukisan tersebut.

4
Analisis Tinjauan Masalah

Perkembangan pengetahuan, kemahiran, ataupun sikap murid dalam kebanyakan mata


pelajaran dapat diukur dengan senarai semak secara formal atau tidak formal (Yap Yee Khiong,
Wan Chwee Seng, Ismail Abu bakar, 1987). Dengan ini, saya menggunakan kaedah menyoal
untuk mendapat data yang dikehendaki. Berikut merupakan data yang dikumpul.

Apresiasi tentang: Jumlah murid yang pandai membuat apresiasi


warna 6
garisan 1
latar belakang 0

MenjalankanTindakan

Guru seni harus membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis kepada para pelajar dalam
menilai sesuatu karya seni. Dengan ini, saya memberi contoh lukisan Dr. Zalkaria bin Ali
sebagai topik perbincangan antara saya dan murid-murid. Berikut merupakan lukisan Dr.
Zalkaria yang bertajuk “ Wind”. Lukisan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak.

Wind 1991

5
Langkah 1

Mula-mula, saya membuat pengenalan tentang lukisan ini. Lukisan ini dihasilkan pada
tahun 1991. Lukisan ini menggambarkan Bukit Batu Kapur di Perlis. Sesebuah lukisan pada
mulanya adalah untuk dinikmati. Kemudian peminat dapat pergi lebih jauh menganalisis
persoalan-persoalan yang dirakamkan di dalam karya tersebut.(Ong Chong King, Jaafar Taib,
1985). Oleh itu, saya memulakan analisis dari segi warna. Lukisan ini menggunakan warna yang
jelas iaitu hijau, hitam, putih dan coklat. Terdapat juga campuran warna yang dipakai iaitu warna
sejuk yang menunjukkan tempat tersebut terlindung daripada cahaya matahari.

Garisan pada lukisan ini jelas kelihatan. Kita boleh nampak rumput kering di celah-celah
batu. Garisan boleh didapati pada dinding dan pepohon di celah batuan. Garisan ini
menunjukkan kesan-kesan hakisan dan bentuk fizikal batu agak tajam.

Lukisan ini juga memberi satu gambaran yang sunyi di dalam hutan iaitu di atas bukit
yang agak tinggi dan terpinggir. Ia juga menunjukkan suatu tempat yang jauh dari pencemaran.
Udaranya segar dan kawasan hutan ini masih mengekalkan keasliannya. Menurut Ong Chong
King dan Rosli Mat 1991, sebuah hasil seni yang sempurna baik dari segi idea, konsep, jalinan
warna dan sebagainya bukan sahaja memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada diri artis
itu sendiri malah turut memberikan sumbangan yang amat besar kepada dunia seni
keseluruhannya.

Selain daripada itu, saya juga akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang
Dr. Zalkaria bin Ali dengan tujuan memperkenalkan pelukis tempatan kepada murid. Dr.
Zalkaria bin Ali dilahirkan di Kampung Batu, Rembau, Negeri Sembilan pada 1946. Beliau
merupakan seorang pelukis yang berpendidikan tinggi sebab telah menghabiskan 20 tahun di
Universiti Amerika Syarikat. Berikut merupakan gambar Dr. Zalkaria bin Ali.

Dr. ZakariaBin Ali

6
Langkah 2

Seterusnya, saya akan mengambil lukisan- lukisan dari murid-murid tahun 3-6. Saya
memilih 10 keping lukisan yang dihasilkan oleh murid-murid tahun 3-6 pada tahun ini. Di antara
10 keping lukisan tersebut, 3 keping ialah lukisan yang mendapat tempat pertama dalam
pertandingan melukis, 4 keping ialah hasil lukisan dari abang atau kakak murid tahun 2E dan 3
keping lagi ialah lukisan yang dibuat sebarangan atau tidak diwarna dengan betul serta lukisan
yang tidak siap.

Saya memulakan perbincangan dengan menggunakan 3 keping lukisan yang mendapat


tempat pertama dalam pertandingan lukisan. Ramai murid pernah nampak lukisan tersebut
kerana ia pernah dipamerkan di papan kenyataan.

Mula-mula, saya bertanyakan warna lukisan tersebut, ramai murid yang pandai
menyebutkan warnanya. Terdapat juga murid menyatakan warna yang digunakan oleh salah
sekeping lukisan sangat cerah kerana sebahagian lukisan tersebut diwarnakan dengan
menggunakan krayon berkilau.

Kemudian, kami berbincang dari aspek garisan yang digunakan. Ramai juga murid yang
boleh mengatakan bahawa lukisan tersebut mempunyai garisan yang jelas sebab garisan
lukisan tersebut dihasilkan dengan menggunakan pensel 8B.

7
Selepas itu, kami berbincang tentang latar belakang lukisan tersebut, ramai murid yang
boleh memberi pandangan sendiri mungkin kerana mereka pernah berbincang semasa lukisan
ini dipamerkan di papan kenyataan dulu.

Seterusnya, saya mempamerkan lagi lukisan abang atau kakak dari 4 orang murid 2E,
terdapat di antara mereka ini pernah melihat abang mereka menghasilkan lukisan tersebut di
rumah, maka mereka boleh mencerita tentang lukisan tersebut. Ramai juga murid lain pandai
menceritakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada lukisan tersebut.

Akhir sekali, saya mempamerkan 3 keping lukisan yang teruk itu, ramai murid ketawa
dan pandai juga mereka komen lukisan tersebut kurang baik dari segi penggunaan warna,
teknik mewarna, garisan yang tidak seimbang dan sebagainya.

8
Memantau dan Menilai Tindakan

Semasa menjalani langkah-langkah tindakan, saya juga membuat pemantauan dan


penilaian sepanjang aktiviti-aktiviti apresiasi dijalankan. Saya mendapati bahawa semakin ramai
murid yang ingin memberi pandangan mereka. Berikut merupakan analisis yang didapati.

Analisis selepas menjalankan tindakan

Apresiasi tentang: Jumlah murid yang pandai membuat apresiasi


warna 28
garisan 22
latar belakang 16

Cadangan Kajian Seterusnya

Kaedah “Meningkatkan Daya Apresiasi Murid Terhadap Hasil Seni” ini boleh
digunakan oleh kelas lain yang mempunyai masalah yang sama. Bagi murid tahun 2E, mereka
cuma perlu membuat apresiasi seperti biasa pada setiap akhir pengajaran sebab ramai di antara
mereka telah pandai menceritakan pandangan tentang hasil sendiri.

Hasil kerja murid perlu dipamerkan dalam kelas dan dipamerkan di papan kenyataan
dengan tujuan menarik minat murid untuk berbincang sesama diri tentang lukisan yang mereka
hasil. Pameran dibuat bukan semata-mata untuk mempamerkan benda-benda yang cantik
sahaja, ia juga bertujuan untuk mengajar sesuatu kemahiran. (Adam Taib, Tan Tin Su, Fatimah
Haji Nawawi, Foong Har Ling, Mohd. Dali Baba & Zainab Md. Nor,1983). Cara ini boleh
meningkatkan daya apresiasi murid dan meningkatkan keupayaan mengenali aspek-aspek nilai
estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil
seni .

9
Bibliogragi

1 Abdul Ghafar Ibrahim (1982), Dialog Dengan Seniman, Kuala Lumpur: Percetakan
Wando Sdn. Bhd.

2 Adam Taib, Tan Ton Su, Fatimah Haji Nawawi, Foong Har Ling, Mohd. Dali Haji Baba &
Zainab Md. Nor(1983), Pameran Visual, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3 Dr Tan Chee Khuan (1994), Perintis-perintis Seni Lukis Malaysia, Tajaan Shell Malaysia.

4 Ong Chong King, Jaafar Taib (1985), Asas Seni Lukis 1, Selangor Darul Ehsan: BHS
Book Printing Sdn. Bhd.

5 Ong Chong King, Rosli Mat (1991), Asas Seni Lukis 2, Selangor Darul Ehsan: BHS Book
Printing Sdn. Bhd.

6 Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu bakar(1987), Pengukuran Dan Penilaian
Dalam Pendidikan , Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Sumber internet

1 http://zikrihusaini.com/apresiasi-seni/

2 http://www.scribd.com/doc/21197290/Asgment-LENGKAPapresiasi-Dan-Kritikan-Seni-
Jan-09

3 http://www.scribd.com/doc/47464969/APRESIASI-SENI

10

Anda mungkin juga menyukai