Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN

Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah pengeluaran modal insan yang sihat dan cergas. Transformasi pendidikan turut melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual. Kepentingan mata pelajaran ini diperkenalkan bagi memberikan keseimbangan modal insan yang meminati aspek rohani, intelek dan emosi dalam mempersembahkan karya seni mereka. Pendidikan Seni yang diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Negara bermaksud satu bentuk program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ianya merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Sementara itu, menurut pandangan Feldman (1996) menyatakan bahawa, pendidikan seni merupakan satu usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Sementara itu, dari sudut pandangan Siow Heng Loke (2005), Pendidikan Seni merupakan satu kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni dengan mempelajari sejarah dan antropologi seni yang membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang asli, di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Rangkuman daripada pandangan tokoh kesenian ini membawa kepada definisi yang mudah iaitu, Pendidikan Seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi

diri, masyarakat serta negara melalui gabungan elemen kerohanian, emosi serta intelek dalam menghasilkan produk kesenian mereka.

Melalui gabungan elemen tersebut, seseorang guru pendidikan seni di sekolah berperanan sebagai pemudah cara atau penyampai yang baik kepada para pelajar. Sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Fenomena ini turut diperjelaskan oleh Robert W.Ott. (1991), yang menyatakan bahawa hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Secara tidak langsung juga, melalui proses penyampaian pengajaran yang baik akan membawa kepada perkembangan kognitif para pelajar dengan lebih mudah untuk menterjemahkan hasil kesenian mereka melalui gabungan jalinan kesenian tersebut. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyediakan wording yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Muridmurid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.

Guru Pendidikan Seni juga berperanan sebagai pembimbing kepada para pelajar. Pembimbing kepada pelajar sini bermaksud bertindak sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar untuk dikongsikan dan diaplikasikan oleh setiap pelajar dalam kelas pendidikan seni. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Menurut Chang Hon Woon (1994), proses bimbingan fasilitator berlaku apabila ianya dijalankan didalam bentuk kumpulan dengan pelajar digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya. Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dalam kalangan 2

pelajar. Contohnya, sebagai seorang pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam Pembelajaran dan Pengajaran(P&P) Seni Visual. Misalannya, seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.

Peranan yang seterusnya sebagai guru pendidikan seni dalam P&P Seni Visual ialah proses pengekalan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Menurut Mohd Nasir Ibrahim dan Prof Madya Iberahim Hassan (2003), proses pengekalan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar. Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Pendekatan untuk pengekalan pembelajaran yang berkesan dengan cara setiap murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Melalui cara ini, emosi dan kognitif pelajar itu dapat dikembangkan dan diselaraskan dengan suasana pembelajaran bagi melahirkan sebuah karya seni yang baik dan menarik. Rangkuman peranan guru pendidikan seni di sekolah ini membawa kepada beberapa pendekatan dalam penghasilan karya seni melalui kaedah Chapman yang meliputi jana idea, olahan idea dan olahan bahan.

2.0

PROSES ARTISTIK KAEDAH CHAPMAN.

Seperkara yang sangat signifikan dalam konteks pembelajaran seni, khususnya dalam aktiviti melukis ialah proses artistik. Proses artistik ialah proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea (proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka. Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978), menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah dari segi kaedah dan tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya melalui tiga langkah seperti melalui kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea). Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Menurut Muliyadi Mahamood (1995) menyatakan bahawa, di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Fenomena ini menjelaskan bahawa setiap pengkarya/pelajar menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea dan sumber yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan sumber idea bagi memenuhi sesuatu tema untuk menghasilkan sebuah karya.

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya. Tambahan pula, menurut Green, L. & Mitchell, R. (1997) menyatakan bahawa, seseorang pelajar sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian, meneroka, menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya. Setelah selesai melalui empat proses awal tersebut, setiap pelajar akan cuba menghargai hasil kerja seni mereka sendiri dan meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika sesebuah karya. Secara tidak langsung ini dapat menunjukkan seni adalah jambatan untuk menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Mereka turut mengenali budaya sosial keturunan nenek moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini melalui penghasilan sesebuah karya. 4

Rajah 1.0 Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Berdasarkan gambar rajah 1.0, lukisan yang dihasilkan oleh pelajar sekolah rendah tersebut menunjukkan Penjanaan Idea (Inception of Idea) digunakan. Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Penjanaan Idea ini diserlahkan melalui gambaran objektif lukisan yang menjelaskan permandangan terbenamnya matahari diufuk barat melalui persekitaran tepi pantai. Pelukis menjelaskan haluan perjalanan lukisannya melalui gambaran pantulan cahaya matahari di atas permukaan lautan dengan pergerakan burung-burung yang berhijrah kembali ke sangkarnya apabila perubahan cuaca dari pagi ke malam. Pelukis juga cuba menjelaskan tujuan lukisannya melalui gambaran kebesaran alam ciptaan Pencipta dengan menunjukkan pergerakan air lautan membentuk ombak secara beralunalun serta permisahan air lautan dengan kawasan daratan yang ditunjukkan melalui permandangan tepi pantai.

Jelaslah membuktikan bahawa, mata pelajara Pendidikan Seni turut melibatkan kemahiran para pelajar dalam aspek kognitif serta kreativiti. Melalui kemahiran ini, para pelajar digalakan untuk sentiasa mengembangkan pemahaman serta pemikiran mereka dengan keadaan alam sekitar untuk dihubungkaitkan dalam pembelajaran mereka. Tambahan pula, mereka sangat dititikberatkan untuk sentiasa berfikiran kreatif bagi menghasilkan satu kesenian dengan rangkuman aspek tersebut. Kreativiti yang dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau 5

mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Menurut Siow Heng Loke (2005) menyatakan bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk/karya.

Selain itu juga, Chapman turut menjelaskan kaedah penghasilan Seni Visual melalui pendekatan Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement). Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan idea kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Simpson, J.W. (1998) pula menjelaskan bahawa, proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses pengolahan dan pemurnian yang biasanya diulang beberapa kali membawa kepada penghasilan kreativiti yang tinggi. Kreativiti yang tinggi ini bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada pelajar sekolah rendah kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika guru ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri mereka, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi.

Pengolahan dan Permurnian dalam kaedah penghasilan karya Seni Visual pelajar banyak diaplikasikan ketika para pelajar cuba untuk menghasilkan lukisan yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej dalam lukisan atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. 6

Kesesuaian imej dan visual itu dipilih berdasarkan tema dan objektif yang sudah dipahatkan dalam kotak pemikiran pelajar/pengkarya seni melalui kaedah penjanaan idea. Reiner,B. & Smith R.A. (1992) pula menyatakan bahawa, gabungan kedua-dua kaedah ini akan membawa pelajar/pengkarya menghasilkan sesuatu hasil lukisan yang jauh lebih kemas dan cantik apabila berlakunya proses permurnian secara berulang kali. Pengaplikasian kaedah penjanaan idea ini turut melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri para pelajar. Pelajar yang menghasilkan karya Seni Visual akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan mereka. Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Rajah : 2.0 Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Berdasarkan gambar rajah 2.0, karya yang dihasilkan oleh pelajar ini melalui kaedah pengolahan idea dapat diperhatikan apabila pelajar turut menghasilkan karya seni yang bertemakan permandangan alam sekitar. Melalui kaedah ini, para pelajar cuba mendapatkan idea kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Keadaan ini ditunjukkan melalui permandangan sungai 7

yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan ditepi sungai. Idea kajian yang sistematik ini ditonjolkan apabila ketenangan aliran air sungai yang dikelilingi pokok-pokok jelas menyerlahkan kepada pengolahan idea pelajar/pengkarya dengan ketenangan serta keindahan alam sekitar walaupun terdapat beberapa pokok tumbang sujud menghempap bumi. Lukisan ini bersesuaian dengan tema dan objektif penghasilan seperti lukisan yang pertama turut menggambarkan keindahan alam sekitar. Penghasilan karya ini bagi peringkat kanak-kanak sekolah rendah dianggap sangat signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik seperti yang ditunjukkan dalam penggulangan gambar pokok-pokok disekeliling sungai. Pengulangan gambar tersebut untuk memurnikan idea pelajar tersebut yang cuba menyampaikan keindahan alam sekitar melalui kebersihan air sungai dengan kesuburan tumbuhan di dalam hutan.

Kaedah yang ketiga cuba diterapkan oleh Chapman dalam penghasilan karya Seni Visual dijelaskan melalui Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium). Kaedah ini lebih banyak tertumpu kepada pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya/pelajar akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Menurut Mazlan Mohamad. (1996) menjelaskan bahawa, seseorang guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Atas sebab itulah, seorang pelajar perlulah mempelbagaikan perkembangan artistik mereka melalui bantuan guru Pendidikan Seni Visual. Perkembangan artistik menggunakan kaedah kemahiran bermula apabila bahan yang digunakan diselenggara dari peringkat scribbling ke representasi. Menurut Mohd Azhar Abd Hamid (2004) menyatakan bahawa, kebiasaannya, seseorang pelajar yang mempunyai faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan kanak-kanak 8

dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Rajah 3.0.1

Rajah 3.0.2 Rajah : 3.0

Rajah 3.0.3

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Sebagai contohnya berdasarkan gambar rajah 3.0, 2 jenis lukisan dihasilkan oleh para pelajar berdasarkan penggunaan olahan bahan yang berbeza yang turut mempunyai objektif dan haluan melalui gabungan kaedah penjanaan idea dan pengolahan idea. Melalui Rajah 3.0.1, pelajar menggunakan bahan jenis warna krayon gabungan dengan warna kayu manakala Rajah 3.0.2 9

dengan 3.0.3 menggunakan bahan jenis warna air. Penghasilan karya menggunakan warna jenis krayon dan kayu lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan warna jenis air. Penggunaan bahan jenis krayon menyebabkan hasil karya pelajar tampak lebih menyerlah kerana proses penekanan ketika menggunakannya berbanding menggunakan warna jenis air. Pemilihan bahan ini oleh pelajar sekolah rendah disebabkan kerana alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanakkanak daripada berus dan warna yang selalunya menyebabkan karya yang dihasilkan menjadi tidak kemas. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan.

Melalui gabungan ketiga-tiga kaedah yang cuba diterapkan oleh Chapman, seorang guru Pendidikan Seni Visual perlulah bertindak sebagai seorang pengurus kepada anak didiknya. Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Menurut Robert W.Ott. (1991), antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah menguruskan rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian dan mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus karya dan hasil kerja murid, serta mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual. Kehadiran ciri-ciri ini akan membantu para guru untuk membimbing para pelajar menyempurnakan hasil karya mereka menggunakan kaedah-kaedah yang diilhamkan oleh Chapman.

10

4.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat meransang dan mengenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan muridmurid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang

menginspirasikan.

(2804 patah perkataan)

11

Anda mungkin juga menyukai