Anda di halaman 1dari 11

Bahagian B : Penulisan Akademik

Bincangkan Intergrasi kecerdasan pelbagai dalam SDP dan perkaitannya dengan subjek major anda.
1.0 Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkembang minda kanakkanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Tujuan utama penggabungan tiga seni utama ini adalah untuk membantu dalam pembentukan modal insan yang berupa holistik dan menyeluruh. Integrasi pula lebih menjurus kepada kesepaduan. Kesepaduan dalam konteks KBSR membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilainilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh yang memupuk pembangunan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Proses integrasi dapat dijalankan melalui lima kaedah pengajaran iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penerapan, pemulihan dan penggayaaan. Dalam konteks teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner dalam bukunya Frames of Mind (1983) mendefinisikan kecerdasan sebagai ...........an intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings. Kecerdasan pelbagai meliputi kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar dan kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan di samping membuat sesuatu perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Dalam teori kecerdasan pelbagai, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kemahiran iaitu kemahiran verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestatik, muzik, interpersonal, intarpersonal dan naturalis. (Rujuk rajah 1.0.1)

Kecerdasan Kinestatik

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan Naturalis

Kecerdasan VisualRuang

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan VerbalLinguistik

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan LogikMatematik

Rajah 1.0.1: Jenis Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner dalam bukunya Frames of Mind (1983)

1.1.

Kepentingan Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Seni dalam Pendidikan Pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam seni dalam pendidikan adalah penting

dalam usaha memperkukuh dan memantapkan lagi kefahaman murid tentang topik yang diajari. Terdapat beberapa faktor pengintegrasian teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran seharian murid. Salah satu daripadanya ialah sebagai usaha menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan keperluan murid. Di samping menghasilkan murid yang seimbang, model kecerdasan pelbagai juga turut membantu kita mengajakkan fokus dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generik yang lebih penting dan berguna kepada murid. Pengintegrasian kecerdasan pelbagai juga penting dalam seni dalam pendidikan dalam usaha memupuk penerimaan persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Menurut Mohd. Johari Abdul Hamid (2004), sikap pelajar yang kurang atau tidak berminat dengan subjek pendidikan seni serta tanggapan mereka bahawa subjek ini hanya sesuai untuk pelajarpelajar yang mempunyai bakat dan kemahiran sahaja sedangkan jumlah murid demikian adalah sedikit merupakan tunjang isu dan permasalahan dalam bidang ini. Maka dengan penerapan kecerdasan pelbagai, seseorang guru boleh memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Selain daripada itu, pengintegrasian ini juga mampu mempelbagaikan cara penilaian murid. penilaian yang diadakan terhadap murid akan lebih bersifat adil kerana mengambil kira kelapan-lapan kecerdasan pelbagai dan di sini murid berpeluang untuk menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu isi kandungan atau kemahiran dalam pelbagai cara. Dengan ini guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid serta dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan lebih berkesan mengikut keperluan murid. (PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)

Teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner menekankan kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar dan kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, murid yang menggunakan kecerdasan muzik menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengari. Michael (1983) menyatakan bahawa selain dari memperkembang minat dan bakat, pendidikan seni dapat mendorong dan mendidik murid-murid melahirkan idea-idea kreatif melalui pengajaran asas dan prinsip rekaan. Ternyata kewibawaan seni dalam pendidikan tidak diragukan sama sekali. Namun elemen pendidikan itu sendiri tidak dapat dimanifestasikan melalui pendekatan dan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengintegrasian teori kecerdasan pelbagai dalam seni dalam pendidikan juga berpotensi meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Murid lebih mengetahui bagaimana mengenal pasti minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan lebih berkesan. Pandangan Feldman(1996) tentang seni dalm pendidikan ini cukup menarik iaitu .an enterprise that encompasses teaching and learning to make and understand art, as well as finding out about the world and ourselves through art. Beliau melihat seni bukan sahaja sebagai pengajaran yang menghasilkan seni tetapi juga mata pelajaran yang mengajar kita mengenali dunia dan potensi diri kita. Kenyataan beliau jelas menyokong pernyataan bahawa pengintegrasian teori kecerdasan dalam seni dalam pendidikan membolehkan murid membuat penyataan diri yang jujur dan mengenali tahap potensi diri masing-masing. Pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam seni dalam pendidikan juga mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. Guru akan mula mengambil tanggungjawab secara kolaboratif ke atas pembelajaran murid. Dengan ini guru pendidikan seni visual akan mula sedar bahawa peranan mereka adalah untuk melengkapkan perkembangan diri seseorang murid melalui nilainilai peribadi dan pemupukan kesedaran terhadap kegunaan seni dalam kehidupan seharian serta penghargaan karya seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa

dan negara. Dalam proses penghasilan karya seni, penglibatan murid bukan sahaja menumpu kepada memperkembangkan perasaan estetik dan daya kreatif malahan boleh mewujudkan kepuasan dan kesedaran terhadap bakat dan kemampuan diri dalam bidang seni. Sifat-sifat ini akan menjadikan murid lebih berperasaan, bersikap sederhana dan berkemampuan dalam kehidupan. (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, 1991, bil 10).

1.2.

Pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Kesemua bidang dalam seni dalam pendidikan boleh diintegrasikan kerana kesemua

bidang tersebut mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman murid terhadap topik yang hendak dimuridi. Terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaitu adaptasi ke dalam kurikulum yang sedia ada dan membina kurikulum yang baru. Pengadaptasian ke dalam kurikulum yang sedia ada memperlihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara matapelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu, unsur-unsur nilai murniyang terdapat dalam kecerdasan interpersonal, KBKK yang menekankan kecerdasan logikalmatematik, unsur patriotism yang diterapkan melalui kecerdasan intrapersonal serta penjagaan kebersihan alam sekitar yang turut terdapat dalam kecerdasan naturalis juga boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. Pembinaan kurikulum baru pula akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang yang hendak diintegrasikan seperti gabungan unsur muzik dalam pergerakan yang mewujudkan akrobatik atau gimrama atau gabungan unsur visual dalam matematik yang memwujudkan mata pelajaran geografi. Selain daripada itu, menerusi seni dalam pendidikan juga faktor sosiologi dapat diterapkan dengan sebaik mungkin kerana program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan murid tetapi juga berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Kebanyakan aktiviti yang terdapat dalam seni dalam pendidikan ini menekankan aspek kerjasama yang memungkinkan pekerjaan berkelompok. Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini memmpunyai asas yang boleh menjalin kepada perhubungan semasa manusia yang membawa kepada konsep perpaduan sepertimana yang diungkitkan dalam kecerdasan interpersonal yang menerapkan kemahiran bertindak secara berkesan dengan orang lain.

Pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam seni dalam pendidikan harus melalui beberapa peringkat seperti padanan, percubaan dan peningkatan. Dalam proses padanan, guru harus peka terhadap kehendak murid dan gaya pembelajaran yang sesuai dengan P&P yang ingin dijalankan. Dalam proses ini, guru juga harus memerhati dan mengenal pasti kekuatan diri mereka dan murid itu sendiri. Pengumpulan maklumat mengenai profil kecerdasan murid adalah penting. Seterusnya guru perlu mara ke peringkat percubaan di mana guru perlu melakukan percubaan terhadap strategi pengajaran berdasarkan kecerdasan pelbagai yang dirancang. Dalam pelaksanaan peringkat percubaan ini, empat faktor perlu diambil kira iaitu perancangan yang teliti, persekitaran bilik darjah yang selesa, kesesuaian topik yang diajar dan penilaian yang berbeza berteraskan kecerdasan verbal-linguistik, logik matematik atau kinestatk yang terdapat dalam teori kecerdasan pelbagai. Kemudiannya ialah proses peningkatan yang menekankan kemahiran berfikir. Tumpuan perancangan adalah berteraskan penyelesaian masalah serta memeperluaskan minda murid seleras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. (Modul OUM : Pendidikan Kesihatan). Menurut Abdul Aziz dalam bukunya Kepelbagaian Gaya Pembelajaran, peningkatan pengetahuan yang beransur mengikut kaedah taksonomi Bloom juga digalakkan kerana mampu mencungkil kreativiti dan inovasi murid tersebut. Dalam pada melakukan proses peningkatan, beberapa unsur integrasi seperti penggabungjalinan dan penyerapan dapat dilaksanakan. Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Terdapat beberapa jenis penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam suatu mata pelajaran, penggabunjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran secara merentasi kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran adalah salah satu contoh yang sesuai diaplikasikan dalan seni dalam pendidikan. Kemahiran muzik dapat digabungkan dengan pergerakan mengikut rentak sekali dapat memupuk kecerdasan muzik serta kinestatik dalam diri murid secara serentak. Proses penyerapan ialah proses menyebati dan menyatu padukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran ke mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai peljaran dan bilangan mata pelajaran yang

digunakan adalah fleksibel. Contohnya, guru mengambil lirik lagu bahasa melayu yang berunsur penjagaan kesihatan untuk diajar dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dengan menggunakan kaedah menyanyi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan. Dengan ini kemahiran dari tiga mata pelajaran dapat diterapkan melalui satu sesi pengajaran. (PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) Proses penerapan pula membawa maksud sebagai proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah seperti nilai-nilai murni, nilai kemanusiaan, nilai alam sekitar dan sebagainya. Penerapan nilai ini boleh dijalankan dalam dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan eksplisit. Melalui pendekatan implisit, penerapan nilai dilakukan secara tidak langsung seperti kelakuan atau rutin harian seorang guru yang menjadi ikutan anak muridnya. Pendekatan eksplisit pula diadakan secara luaran di mana pekeliling atau arahan dikeluarkan secara khas untuk dijadikan peraturan dan rutin harian individu. Di dalam bilik darjah, pengajaran pendidikan moral untuk tujuan penerapan nilai dalam diri murid dianggap eksplisit. Dalam pada itu, dalam seni dalam pendidikan, penerapan nilai naturalis boleh dilaksanakan melalui kaedah menghayati dan melukis alam sekitar. Ini akan menjadi salah satu kaedah penerapan implisit yang dijalankan atas muridmurid untuk menghayati secara mendalam keindahan alam semula jadi dan seterusnya turut menerapkan kecerdasan naturalis dalam seni. (Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, 2009, Modul OUM: Seni dalam Pendidikan)

1.3.

Pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup Dalam mengajar kemahiran hidup konsep integrasi yang ditekankan adalah berdasarkan

cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperolehi oleh murid. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti rajah 1.3.1 dengan berdasarkan seni dalam pendidikan.

1.4

Kesimpulan Secara kesimpulannya, teori kecerdasan pelbagai dapat membantu murid untuk

memperolehi apa yang perlu untuk hidup di abad akan dating seperti kemahiran berfikir iaitu kesepaduan teori kecerdasan pelbagai yang digabungkan dengan tahap berfikir Bloom, kemahiran reflektif iaitu murid sepanjang hayat dan kemahiran komunikasi dan kolaboratif. Selain membentuk pemahaman tentang motivasi murid untuk belajar, guru juga berpeluang untuk mereka strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid mengikut domain yang ditetapkan. Pengintegrasian kecerdaan pelbagai dalam seni dalam pendidikan terutamanya menjadikan pengalaman pembelajaran menyeronokkan. Hasil tinjauan yang dibuat ke atas beberapa buah sekolah di amerika syarikat yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran harian beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan dicapai. Antaranya ialah peningkatan skor pencapaian ujian membaca yang meningkat sebanyak 103% dalam setahun. (Modul OUM : Pendidikan Kesihatan) Untuk menjayakan konsep integrasi kecerdasan pelbagai dalam seni dalam pendidikan, beberapa model proses seperti sisipan, jaringan, jalinan, jaringan, kesepaduan dan perkongsian dapat digunakan. Penilaian yang berbeza mengikut pendekatan kecerdasan pelbagai juga dapat memastikan penglibatan yang aktif dalam kalangan murid tanpa berasa tertinggal. Dalam Laporan Unesco Regional Office Of Education In Asia and The Pacific Bangkok, 1983 dalam Technical Working Group Meetings, ditekankan aspek ini bahawa Thus if they see the point of an activity, appreciate its goal and understand what is required of them, young children can perform remarkably well. But when they fail to see the point of an activity through its being highly abstract and divorced from their previous experience, then young children often fail to perform. Apabila guru peka terhadap keperluan murid dalam pembelajaran dan menyelaraskan P&P mengikut teori kecerdasan pelbagai yang memberi keutamaan kepada gaya pembelajaran murid, maka murid akan berasa lebih selesa dan bermotivasi untuk mengikuti pengajaran dalam kelas tersebut. Dengan ini, pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai melalui peringkat pelaksanaan, percubaan dan peningkatan dapat dilaksanakan dengan baik untuk pencapaian objektif pengajaran yang optimum terutamnya dalam seni dalam pendidikan dan dengan mata pelajaran lain.

RUJUKAN
Buku Abd.Hamid, M. J. (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim: Penerbitan UPSI. Day, M. (1983). Children and their Art. USA: Harcourt College Publisher. Denis Lawton, P. G. (1978). Theory and Practice of curriculum studies. London: Routledge Education Books. Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York: Harper & Row. Gardner, H. (1997). Multiple Inteligences as a partner in school improvement. New York, USA: University of Illinois Press. Haliza Hamzah, J. S. (2011). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Hussain, Y. (2013). Terapi dalm Pendidikan Khas. Pekan Ilmu Publisher. Ismail, A. A. (2011). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Pelajar. Pen. Salafi. Pusat perkembangan kurikulum (2001). Teori kecerdasan pelbagai. Kememnterian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur Sang, M. S. (2012). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan Edisi Kedua. Oxford Fajar. Zulkifli Yaakob. (2009). HBEF1403 : Seni dalam Pendidikan. Open University Malaysia

Jurnal (1983). Learning Needs and Problems in Primary Education. Bangkok: UNESCO Regional Office for Education in Asia and the Pacific.

Anda mungkin juga menyukai