Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Seni merupakan sesuatu yang amat berkait rapat dengan nilai estetika dan keindahan.
Oleh sebab yang demikian, seni dalam pendidikan adalah menjurus kepada seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses tersebut dapat menyentuh emosi,
imaginasi, ekspresi serta daya kreativiti murid. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori
Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner sebagai tunjang asas pemupukan minda
murid bagi mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong bahawa seni mengambil
peranan yang sangat penting dalam kurikulum yang tersedia. Oleh itu, guru perlu
menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada dalam diri
masing-masing agar kelebihan tersebut dapat diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

2.0 KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai karya yang
diciptakan dengan bakat atau kebolehan mencipta sesuatu yang indah seperti sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain. Menurut Herbert Read (1997) pula, seni didefinisikan sebagai
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik. Oleh itu, seni dalam pendidikan merupakan program pendidikan yang bersistem,
terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi
pendidikan negara. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid dalam
menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Oleh itu, murid diberi
peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti
serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Seni Dalam Pendidikan adalah
bermatlamat untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya serta
mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, di samping berfikiran kreatif dan inovatif. Oleh
itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa seni dalam pendidikan ini berperanan penting bagi
mengembangkan daya imaginasi, estetika dan kreativiti murid sesuai dengan matlamat
pendidikan negara yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segenap aspek
serta mempunyai jati diri yang tinggi.

Seni dalam pendidikan menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, seni
pergerakan dan seni muzik dan ketiga-tiga elemen ini dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Hal ini kerana kaedah yang
digunakan adalah berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan
kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat. (Yusuf Hashim,

1
1996) Dalam pada itu, murid juga akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memahami
isi pembelajaran yang diajar. Sebagai contoh, aktiviti bermain dalam bilik darjah dapat
menjalinkan perhubungan sosial yang baik sesama murid. Ini turut membantu dalam
penyemaian nilai-nilai murni dalam diri murid melalui sifat kerjasama dalam aktiviti
permainan secara kumpulan dan ia juga dapat meningkatkan motivasi untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran dengan penuh fokus. (Ismail Saiman, Johar Jonid,
Manan Sarbini et.al, 2014) Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kesemua elemen seni
dalam pendidikan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiganya ini mempunyai motif dan
tujuan yang jelas dalam menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
yang lebih berkesan.

3.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan antara teori yang penting kerana teori ini
mempunyai hubung kait yang rapat dengan bidang pendidikan. Setiap murid memiliki
pelbagai kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak dan belajar adalah
berlainan berbanding dengan seseorang murid yang lain. Menurut Howard Gardner
(1983), kecerdasan ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau mencipta
barangan yang bernilai dalam satu atau lebih latar budaya. Konsep ini adalah berkaitan
dengan teori kecerdasan pelbagai yang diutarakan oleh Howard Gardner pada tahun
1983. Teori kecerdasan pelbagai telah diaplikasikan secara meluas di negara-negara
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia. Berdasarkan teori
tersebut, setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan domain kecerdasan iaitu
Kecerdasan Verbal-linguistik, Kecerdasan Logik-matematik, Kecerdasan Visual-ruang,
Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan
Intrapersonal dan Kecerdasan Naturalis (Armstrong, 1994) Selain itu, Gardner juga telah
mengemukakan analisis pencapaian manusia dalam lapan domain yang berbeza untuk
mengukuhkan lagi konsep kecerdasan pelbagai.

Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran kerana pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan
antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara
pembelajaran yang berlainan. (Norazura Tukiran, Juliza Adira Ariffin dan Siti Hazwani
Mohamed Rozi, 2010) Pandangan Barat meyakini bahawa unsur-unsur kecerdasan
pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Jasmine (1996), unsur-unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti
pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran, di

2
samping dapat memperkembangkan kecerdasan yang relevan dengan topik
pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan kebolehan murid sekali gus mengembangkan
kecerdasan pelbagai mereka dalam kelapan–lapan domain yang ditekankan.

4.0 PENGGUNAAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PROSES PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

Teori Kecerdasan Pelbagai banyak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran yang menerapkan unsur seni dalam pendidikan. Integrasi seni visual,
muzik dan juga pergerakan dapat meningkatkan perkembangan minda secara holistik
dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Dalam jurnal
yang bertajuk Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar
Di Dalam Kelas, pengkaji telah menggunakan elemen seni dalam mata pelajaran bahasa
Melayu iaitu melalui penggunaan peta minda. Dalam aktiviti tersebut, guru
memperkenalkan beberapa contoh peta minda seperti peta buih, peta alir dan peta pokok
kepada murid dan seterusnya guru meminta murid untuk membina peta minda
berdasarkan isi pembelajaran pada hari tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Daripada aktiviti ini, guru secara tidak langsung telah melatih murid untuk
mengaplikasikan unsur seni visual seperti garisan, warna, rupa bentuk dan ruang supaya
hasil kerja mereka nampak lebih menarik untuk dibentangkan. Malah, guru juga telah
mengaplikasikan Kecerdasan Visual-ruang yang merupakan salah satu daripada lapan
domain dalam Teori Kecerdasan Pelbagai. Oleh itu, jelaslah bahawa seni visual bukan
sahaja perlu diberi pendedahan dalam subjek Pendidikan Seni Visual malah dalam mata
pelajaran lain juga supaya murid berasa lebih seronok untuk menimba ilmu.

Selain itu, Teori Kecerdasan Pelbagai juga dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Pendidikan
Jasmani lebih memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam tajuk Koordinasi, guru
boleh menyuruh murid untuk melakukan pergerakan fizikal seperti berlari, bertepuk
tangan dan menghentak kaki bersama-sama. Oleh itu, guru dapat mengintegrasikan seni
muzik dan seni pergerakan dalam pembelajaran tajuk tersebut dengan melakukan aktiviti
nyanyian sambil melakukan pergerakan. Melalui aktiviti ini, murid dapat menyelaraskan
pergerakan mereka mengikut rentak muzik lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Berikut adalah lirik
lagu “Jika Rasa Gembira’.

3
Jika rasa gembira tepuk tangan (2 kali)
Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk tangan

Jika rasa gembira tepuk paha (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk paha

Jika rasa gembira hentak kaki (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira hentak kaki

Jika rasa gembira buat semua (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira buat semua.

Aktiviti seperti ini dapat mencetuskan perhubungan mesra antara guru dengan murid dan
murid dengan rakan-rakannya. Melalui aktiviti ini juga guru secara tidak langsung telah
menerapkan dua domain dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Kinestatik
dan Kecerdasan Muzik.

5.0 PENUTUP

Konsep integrasi dalam seni dalam pendidikan adalah bertujuan ke arah


pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Hal ini pula disokong oleh pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai yang
menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Ini jelas menunjukkan bahawa
kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh guru berpotensi untuk mengembangkan
kecerdasan pelbagai murid dan melatih murid untuk menggunakan kecerdasan pelbagai
mereka dengan sebaik mungkin. Kemahiran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
juga sangat penting kerana kecenderungan rangsangan berfikir murid adalah lebih
berkesan melalui penghayatan nilai estetika sebegitu. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi
bahawa murid perlu didedahkan dengan tiga bidang seni tersebut dan ia wajar diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengaplikasian Teori Kecerdasan
Pelbagai.

4
RUJUKAN
BUKU

Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tahun 2 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Armstrong, T. (1994). Multiple intelligences in the classroom. Alexandria: Association
for Supervision and Curriculum Development.
Gardner Howard. (1983). Frames of mind: Theory of multiple intelligences. New
York: Basic Books Inc.
Herbert Read. (1997).
Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini et.al. (2014). Seni dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Jasmine, J. (1996). Teaching with multiple intelligence. Westminster: Teacher
Created Materials.
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Yusup Hashim. (1996). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Selangir
Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.

JURNAL

Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd Ariffin dan Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2010).
Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas.
Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2(2), 215-226

Anda mungkin juga menyukai