Anda di halaman 1dari 24

Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui

peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik. Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh : Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid

mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.
2

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

Peranan Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Seperti yang kita sedia maklum hari ini, di setiap sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah rendah semestinya terdapat pengajaran

matapelajaran seni. Seni dalam Pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama juga. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.

Seni visual Warna merupakan sesuatu elemen yang sangat penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya
4

wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut member kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personality, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti jingga dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.

Seni muzik Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid
5

akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Seni Pergerakan Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut. Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam

Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
6

setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani/ menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga turut perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan

sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.

Kepentingan

Peranan ekspresi Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Ekspresi ini terdapat dalam bentuk imaginasi, penglibatan diri, emosi, ruang, muzik, dan kinestetik.

Peranan Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu, seronok dan tenang dan kurang seronok dan cemas. Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru. Konsep Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfeda Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasaan yang diguna sampai hari ini. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi Berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasaan (EQ). Bagi membina emosi yang sihat pihak sekolah memerlukan guru yang penyayang dan ceria dan tahap EQ guru yang membina EQ murid. Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat. Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan. Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku.

Peranan Imaginasi Proses imaginasi boleh melibatkan perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi, pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil serta kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kreativiti Kreativiti merupakan pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak. Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembejaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanakkanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Peranan seni dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Major Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna ( seni visual ), irama ( seni muzik ), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran major saya iaitu Bahasa Tamil dimana guru akan mengajar tajuk cerpen dalam bidang kesusasteraan Bahasa Tamil iaitu mengenai cerita haiwan. Guru boleh menceritakan dulu cerpen berkenaan kepada pelajar dengan member penekanan kepada watak utama cerpen iaitu haiwan. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang diceritakan dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah lukisan yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil lukisan yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan drama cerpen tersebut dengan memberi bunyi latar secara spontan, menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan dengan watak haiwan dalam cerpen itu. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka pelajari. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mencipta irama yang akan digunakan untuk mengiringi persembahan mereka. Alatan yang berada di sekeliling boleh digunapakai untuk menghasilkan irama yang diinginkan. Mereka boleh meneroka bunyi-bunyian seperti bunyi botol kaca yang diketuk, bunyi tapak kasut, dan juga sebagainya. Pelajar
10

perlulah mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan sewaktu mengadakan persembahan bagi menjadikannya lebih menarik. Mereka akan berasa seronok menjalankan hasil kreativiti mereka sendiri. Dari segi aspek ruang, pelajar perlulah menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Pemilihan ruang yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan akan

menjadikan persembahan lebih menarik. Sekiranya ruang yang diperlukan tidak mencukupi, mereka boleh mengubah kedudukan meja dan kerusi. Pengalaman yang diperolehi ini akan membantu pelajar dalam kreativiti mereka. Kesimpulannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan daya keyakinan diri melalui penerokaan mereka sendiri terhadap apa yang ada disekeliling mereka. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga

pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.

11

TEORI KONSTURKTIVISME PENDAHULUAN Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan kepada seseorang. Walau bagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar Kamus Dewan

untuk memperoleh ilmu

pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli Kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Manakala aliran Behavioris pula berpendapat bahawa

pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku, iaitu

cara seseorang bertindak

dalam suatu situasi. Dalam psikologi Humanis pula pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Pembelajaran juga merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih di kenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi

12

pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang. Sukatan pengajaran dan pembelajaran itu seharusnya merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi semua murid. Malangnya guru-guru tidak mengikuti kehendak sukatan, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu pengalaman jarang diberi penekanan oleh guru. Didalam proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah Teori Konstruktivisme. Pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu padangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Peranan guru dan pelajar pula saling bersandar diantara satu sama lain di mana guru dilihat sebagai pengawal bilik darjah. Guru juga perlu melihat murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperoleh sesuatu konsep dan pengetahuan.

13

DEFINISI Fahaman konstuktivisme dikatakan bermula daripada usaha Jean Piaget. Walau bagaimanapun terdapat sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan fahaman yang hampir sama iaitu ilmu pengetahuan akan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan kepada pengalaman yang dilalui oleh mereka. Hal ini bermakna sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukannya ilmu pengetahuan yang diterima secara pasif dari luar. Ini disebabkan oleh, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Selain itu, pengetahuan yang sedia ada dalam diri seseorang individu juga merupakan faktor penting dalam penerimaan maklumat baru. Pengetahuan yang sedia ada ini akan menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran individu dan idea baru yang dipelajari akan disimpan secara berhubungan dengan konsep yang sedia ada. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada ini akan diaplikasikan kepada situasi baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia ada. Von Glasersfeld (1995) mengatakan melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Pembinaan ilmu pengetahuan seseorang individu adalah hasil daripada proses modifikasi, penyesuaian, penyusunan dan pengorganisasian struktur pengalaman yang lalu. Dalam proses pembelajaran pula, maklumat baru akan diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian struktur kognitif dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan berlaku apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan struktur kognitif sedia ada untuk membina satu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas.
14

CIRI-CIRI PENBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Kaedah pengajaran konstuktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri yang telah dikenal pasti. Ciri yang pertama ialah, murid berpeluang untuk mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep secara menyeluruh. Murid bebas membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada demi mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang untuk berkongsi persepsi antara satu sama lain. Hal ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang sama berdasarkan perbandingan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan yang wujud. Kedua ialah, murid akan lebih menghormati pandangan alternatif yang diutarakan oleh rakan sebaya. Pengalaman yang sama atau hampir sama membuatkan murid menghargai sebarang pendapat rakan-rakan yang lain. Justeru itu, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, murid perlu merancang strategi, berfikir, menjana idea dan akhirnya menilai aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Seterusnya pembelajaran berpusatkan murid berlaku dimana murid akan lebih berperanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan guru berperanan sebagai pembimbing ataupun fasilitator. Oleh itu murid dapat mencari makna terutamanya dalam merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Kaedah pengajaran ini bersifat hands-on dan minds-on sekaligus memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar.

15

Ketiga, penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dikalangan pelajar dapat dipraktikan. Hal Ini kerana guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasikan sendiri sesuatu pengetahuan itu berdasarkan pengalaman sendiri. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan baru, maka mereka akan lebih faham dan boleh mengaplikasikannya dalam semua situasi. Disebabkan murid terlibat secara langsung dengan aktif, maka mereka akan lebih ingat semua konsep yang telah diajar. Melalui pendekatan ini, murid akan membina sendiri kefahaman. Kesannya murid akan lebih yakin dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Tambahan lagi, melalui kaedah pengajaran ini, pembelajaran secara koperatif dapat dilaksanakan. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama ( Slavin, 1982 ). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakanrakan yang lain. Ganjaran akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan

kefahaman masing-masing dan memainkan peranan yang berbeza secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian sesuatu pembelajaran itu akan menjadi bertambah seronok. Seterusnya murid juga digalakan untuk berdialog, berhujah dan berkomunikasi berkaitan dapatan yang diperolehi. Perkara ini boleh dilaksanakan apabila guru itu mengalakkan soalan dan idea daripada murid dan mengunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Murid juga seharusnya dirangsang untuk berkomunikasi dimana kesannya secara langsung dapat mengalakkan murid berinteraksi secara aktif
16

dan positif. Kemahiran sosial dapat diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru. Oleh kerana mereka terlibat secara terus menerus, mereka akan lebih memahami, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok dan ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dilakukan dalam suasana yang tidak terancam.

17

KELEBIHAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, hal ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu perkara. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial dan komunikasi ini diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.Dalam pembelajaran secara konstruktivisme juga, murid dapat membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran yang mendatang.
18

PERANAN GURU KONSTRUKTIVISME Pengamal teori konstuktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana setiap individu itu penting dan mempunyai peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu, keadaan ini secara langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri. Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabungjalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari itu, guru juga perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru, sebaliknya mengambil kira, menilai, mengukur keterlibatan murid dan kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang telah disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam menghadapi situasi dimana wujudnya murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai soalan yang mencapah sebagai rangsangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru disamping mengalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis
19

Dari sudut konstruktivisme juga, guru perlu mengubah peranannya di dalam bilik darjah. Guru seharusnya berperanan sebagai seorang pelajar atau penyelidik. Hal ini sekaligus dapat membantu guru untuk memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Guru juga seharusnya berperanan sebagai pengurus dimana murid diterima sebagai individu yang amat penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Guru seharusnya mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajaran dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Oleh yang demikan guru akan berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menbina pengetahuan yang baru. Dari itu, setiap seorang pelajar akan mempunyai peranannya yang tersendiri dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan harus diberi kepada menyediakan murid dengan peluang untuk membina pengetahuan dan kemahiran (KPM 1995) Seorang guru dikatakan telah mempratikkan pendekatan konstruktivisme didalam pembelajaran dan pengajaran jika (1)murid berpeluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep, (2) murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain, (3) semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah, (4) aktiviti berasaskan hands-on dan mind-on (5) guru mementingkan kemahiran berfikir yang tinggi (6) murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut (7) murid boleh menghubungkait idea asal

dengan idea yang baru dibina (8) guru banyak mengemukakan soalan yang boleh merangsang untuk berfikir secara kreatif dan kritis (9) guru prihatin terhadap keperluan ,

20

kebolehan dan minat pelajar dan (10) guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.(KPM, 1995) PERANAN MURID KONSTRUKTIVISME Pakar-pakar teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid sekali-sekala tidak akan menganggap guru hanya pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan perangsang bagi mereka untuk berfikir dan berkomunikasi. Ilmu baru yang terbentuk adalah berasaskan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan di kalangan mereka selain mengadaptasikan setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan wujudnya lontaran-lontaran idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan suasana dingin dikalangan pelajar itu sendiri. Oleh yang demikian, pembelajaran yang melibatkan pembinaan makna dapat dilakukan. Makna dapat dibina oleh pelajar daripada apa yang didengar dan dilihat. Pembinaan makna ini melibatkan proses yang aktif dan berpanjangan Murid juga perlu mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan sesuatu isu secara kritis, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Murid juga boleh mengunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh

menyelesaikan masalah yang timbul. Murid juga perlu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau

21

mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, maka murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang lebih kukuh dan kefahaman yang lebih jelas. Disamping itu, murid juga digalakkan mencabar hipotesis yang telah di buat dan berbincang untuk membuat ramalan. Murid seharusnya diberikan banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan di dalam kumpulan. Kesannya murid akan lebih kreatif dan kritis dalam sesi pembelajaran yang berlaku. KESIMPULAN Kesimpulannya, pendekatan Teori Konstruktivisme mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk diaplikasikan sebagai alat kognitif yang baik. Pendekatan ini sangat sesuai bagi pembelajaran yang melibatkan pengetahuan dan pengenalan sebelum pengetahuan lanjutan dalam persekitaran proses pembelajaran. Pendekatan

konstruktivisme yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan ialah lebih berbentuk pendekatan berpusatkan pelajar. Pendekatan Konstruktivisme yang berbentuk dinamik, membolehkan pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran untuk membuat interpretasi makna yang sesuai dengan konteks pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pendekatan seperti pelajar

Konstruktivisme yang melibatkan penglibatan yang aktif para pelajar menyatakan idea, penulisan secara kritis boleh meningkatkan pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Oleh itu, pendekatan Konstruktivisme merangsang minda dan dapat membantu pelajar memperoleh dan menguasai pengetahuan dengan kaedah yang mudah.
22

Pendekatan ini juga mengalakkan pelajar untuk pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.

mendapatkan pemahaman dan

Disamping itu, konsep kerjasama dan pembelajaran dalam kumpulan juga dapat diterapkn melalui pembelajaran mengunakan teori ini. Ahli Konstruktivis percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Slavin (1983), mendapati bahawa pembelajaran Kontruktivisme telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada matapelajaran yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan Konstruktivisme juga pelajar dari pelbagai kebolehan

bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, melalui teori ini, potensi pelajar dapat ditingkatkan sekaligus matlamat pendidikan dapat dicapai sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara

23

5.0 Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar yang saya buat adalah puppet. Puppet yang dibuat adalah bertemakan haiwan iaitu puppet yang saya mereka bentuk adalah ulat. Puppet adalah senang dan murah untuk direka bentuk. Kita boleh gunakan pelbagai bahan untuk membentuk satu puppet. Kita juga boleh menggunakan sarung kaki yang telah digunakan dengan kreatifnya. Cara membuat puppet : Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan satu puppet daripada sarung kaki adalah sarung kaki, gam, gunting, papan kertas, kapur, butang sebagai mata dan lain-lain yang diperlukan untuk menghias puppet. 1. Mencetak keluar bentuk mulut daripada printer dan potong bentuk tersebut dalam papan kertas yang tebal. Selepas itu, lipatkan kertas itu supaya menjadi bentuk mulut. 2. Kemudian, masukkan bentuk mulut yang dilipatkan ke dalam sarung kaki supaya lengkung mulut pandang pada hujung sarung kaki. Ubah suai saiz bentuk mulut jika ianya besar supaya tidak meregangkan sarung kaki. Masukkan tangan ke dalam sarung kaki seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah A. 3. Keluarkan tangan dari sarung kaki dan letakkan sarung kaki itu atas meja dan dileperkan. Potong sarung kaki yang berlebihan yang terdapat disekeliling papan kertas card board.

24

4. Potong lagi satu bentuk mulut dalam warna merah ataupun merah jambu untuk dijadikan mulut dan lekatkan atas mulut yang dibuat daripada papan kertas card board. Potong dan lekatkan lidah, mata, telinga dan lain-lain lagi yang diperlukan untuk menghias puppet. 5. Tambahkan kaki-kaki kecil untuk dijadikan sebagai kaki ulat. Warnakan sarung kaki dengan warna kuning muda supaya boleh Nampak sebagai ulat yang sebenar.

25

Anda mungkin juga menyukai