Anda di halaman 1dari 3

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan


pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan
pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi meningkatkan kreativit dan daya
imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya
dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.
Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. murid -murid akan
belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat
atau "sequential. Aktiviti seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana
setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan
melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini
pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan
rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula
mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam
pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan
setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi
pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.
SEN DALAM PENDDKAN / SDP
Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan
diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi,
ekspresi. nkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek
penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan
pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang
menyeluruh.

Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta
kursus
- Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta
menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses
pembelajaran;
- Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan
pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;
- Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan
imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan;
- Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk
memperoleh pengetahuan dan pengalaman
- Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata
pelajaran lain
- Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan.

KONSEP DAN LATAR BELAKANG
Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran
dan perkembangan kanak-kanak.

Kefahaman dalam ketiga tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan,
memperoleh pengalaman dan ekspresi.

Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata
pelajaran lain.

Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa
mengira latar belakang, bakat atau kebolehan.

ntegrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan
dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi
kendiri seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-
kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina
pengetahuan secara aktif.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi
peranan yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai

Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Kepentingan Seni dalam pendidikan
Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan
diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

ntegrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

FAEDAH SEN DALAM PENDDKAN
- Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar
- Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi
- Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
- Belajar cara belajar aplikasi informasi secara berkesan
- Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan "Lateral Leaps

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran
- Teori Konstruktivisme
- Teori Kecerdasan pelbagai
- Teori Behaviorisme Sosial
- Teori Perkembangan
- Teori Otak Kiri Otak Kanan
- Teori Pemprosesan Maklumat
hLLp//ralslngLhesofLvolumeblogspoLcom/2008/07/senldalampendldlkansdphLml

Anda mungkin juga menyukai