Anda di halaman 1dari 18

Masalah Pembelajaran

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK  


 Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi
tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa
kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang
tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang


menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk
melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi.
Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek
penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha
tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka
dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh
meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek
kanak -kanak.

 Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah
membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang
membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan
keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan
bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik
yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.

Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah
dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak
ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah.  Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa
masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang
tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak
bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang
menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar
tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa
mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan
pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi
akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang
memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

Punca -punca masalah pembelajaran  

Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada
dua kategori :
 1. punca biologi                2. Punca psikososial

Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak
dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis )
dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).

 Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam
darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah
pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko
anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.

Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat ,
kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak
-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan
unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara
teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca -punca kegagalan dalam pelajaran
telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan
kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara
punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-
anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat
menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca.
Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan
lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul
dengan rakan-rakan sebayanya.

Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat
menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan
yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-
kanak tersebut. Setelah  mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru
dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca.
Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap
pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan
dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya.
Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu
bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga
kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini
sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki
pendengarannya.

Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi
akademiknya merosot.

Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana  kebolehan berfikir, tumpuan
perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah
lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.  Kanak-kanak berusia
lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya
masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan
menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak
yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah
satu.

Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan
kanak-kanak terencat akal yang  mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian
IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi
kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang
kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

 Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik
sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan kemas dan membaca
dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak
membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh
gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya
seperti permainan komputer dan lukisan.

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin


menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis
gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya
membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang
kali.

 Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

 Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran  perlu mendapatkan riwayat
yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya  kerosakan otak seperti
yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,
penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama
ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh
dikaitkan dengan faktor baka.

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh
menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih
resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap
jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika
pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang
dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.

Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran  , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin
mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu
juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan.
penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu.
Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian
yang sewajarnya.
 Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang
mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan
(elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti
ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat
-maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi
pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan
seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.

Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak
sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini
sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak
-kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat
stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid
-murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points
dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.

Masalah membaca  

 Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya.
Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu
perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran
membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .

Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak
-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya
mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya
mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.
Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk
membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh
mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau
melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan
tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong.
Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan
yang tertulis.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording )
dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )

Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.


Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi
gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula
mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh
mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah
cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini
berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna
setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam
buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya
sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau
singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini
kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan
pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-
kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang
dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn
kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi
akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca
akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya,
prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.         

Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan
dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang
memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran.
Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak
memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak
membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak
disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana
kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan
mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba
ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya.
Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

 Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca
dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang
lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti
galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah
serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang
sekelilingnya.

Kanak -kanak hiperaktif 

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat ,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya
dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif
sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau ,
tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat.
Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa
terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa
menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada
murid ini sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak
-kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan
tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one
opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat
atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar
kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan
agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan 

Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat
menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih
banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh
menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap
mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini
boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering
diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.

Gangguan Emosi 

Gangguan emosi boleh menyebabkan  seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.
Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran
kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada
gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara
mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..

 Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di
sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang
berura-ura untuk berpisah.  Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang
meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi
perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah
emosinya. 

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan
kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu.
Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
berkenaan.

Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi
kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan
sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang
sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi
masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan
akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.

Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu
para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian
berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.

Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya.
Saya pun memberikan pandangan berikut ;

1. Pemerhatian
2. Pentafsiran rekod prestasi
3. Pentafsiran rekod profil
4. Ujian kertas dan pensel
5. Temu bual dengan guru darjah
6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.
PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara
ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi,
ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.

Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :

1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak


2. Pemerhatian di luar bilik darjah
3. Pemerhatian tingkah laku
PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid
dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.

Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan
membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.

Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik,
perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat
membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai
penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.

REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang
diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

UJIAN KERTAS dan PENSEL


Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji
penguasaan bahasa murid.

TEMU BUAL dengan GURU DARJAH


Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak
dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat  maklumat seperti kehadiran, pencapaian
akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.

TEMU BUAL dengan IBU BAPA


Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid
di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu
bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan,
penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

Sekian,

MASALAH PEMBELAJARAN
1.0 PENGENALAN

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak
berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam
mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.

Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga
dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya,
tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai
bagi mereka.
2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di
mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca
yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada
ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau
kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990

Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai
yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat
keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian
sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku,
persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak
akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin
wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau
gangguan emosi.

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang


kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan
penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh
kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan


biokimia dan persekitaran.

3.1 Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil
alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku
semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku
disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan
jangkitan seperti meningitis.

3.2 Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah
pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah
pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah
pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

3.3 Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran.


Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang
boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

3.4 Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh
menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana
kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran
yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi
boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima


pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh
itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

4.0 Ciri-ciri Pelajar Bermasalah Pembelajaran

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial
dan emosi dan tingkah laku.

4.1 Ciri Kognitif

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan,


perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi
kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

4.2 Ciri Akademik

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan,
tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling
nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah
yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.

Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan


seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah
dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam
perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran
memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz,
kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang
tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih
rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira
menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan
dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk


belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada
ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna
ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar
bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah,
tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan
pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

4.3 Ciri Sosial dan Emosi

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting
dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran
melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara
signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan
mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara
berkesan.

4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan,
diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai
teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk
mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya
pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya
yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan
kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka
bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

4.3.2 Motivasi

Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah
pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya
dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila
gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa
lemahnya motivasi mereka.

4.4 Ciri Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah
terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering
digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah
tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar
lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif
terhadap penilaian kendiri pelajar.

5.0 JENIS-JENIS PENAKSIRAN

Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah pembelajaran, penaksiran perlu
dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang digunakan ialah penaksiran formal, penaksiran dalam bilik
darjah dan response to intervention (RTI).

5.1 Penaksiran Formal

5.1.1 Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan
dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan
untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu
tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama.

5.1.2 Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan dibandingkan dengan kriteria
yang telah ditentukan. Contohnya, ujian memandu di mana pelajar perlu menunjukkan kecekapan yg
telah ditetapkan sebelum dia diluluskan. Prestasi seseorang itu tidak akan dibandingkan dengan
prestasi orang lain. URK ini boleh dibandingkan dengan satu kriteria yang telah ditetapkan terlebih
dahulu.

5.2 Penaksiran dalam Bilik Darjah

5.2.1 Pengukuran Berasaskan Kurikulum (CBM)

Istilah Pengukuran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Measurement) difahamkan secara


umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan kurikulum tempatan. Item yang digunakan
dalam penaksiran diambil dari kurikulum sekolah.

CBM digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar pada masa akan
datang, memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian berasaskan kurikulum
berperanan untuk melihat kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian. Ia
dikatakan sah dan ada kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan
ada kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama. Namun begitu CBM
ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana ia diuji berdasarkan kurikulum,
berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan murid mengetahui apa yang hendak
dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di samping itu juga berkesan untuk merekod kemajuan
pelajar.

5.2.2 Portfolio

Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan


dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan
perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. . Ia
merupakan satu koleksi produk iaitu sampel kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail.
Koleksi produk ini menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan
ke atas pelajar dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh produk yang
boleh dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan sebagainya.

5.2.3 Pemerhatian

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran, pemerhatian akan


dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia
dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian
adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh
faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya
seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan
dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya merekodkan apa yang dilihat
sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi yang sama atau berbeza.

5.4 Response To Intervention (RTI)

Response To Intervention (RTI) digunakan untuk mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran


bagi menentukan intervensi awal. Ini dapat dicapai melalui penilaian respon pelajar mencapai
matlamat. Terdapat 3 peringkat model RTI:

1. Penyaringan pelajar berisiko (screening for at-risk students)


2. Memantau tanggapan/ respon kepada pengajaran (monitoring of responsiveness to
instruction)
3. Penentuan arah tindakan (determination of the course of action)

6.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan
pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan.
Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan
strategi pengajaran.
6.1 Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan
banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan
kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa
memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian
secara aktif.

6.2 Strategi Pengajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi
pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi
sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan,
bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara
strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

7.0 Pilihan Penempatan Pendidikan

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan
salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan
itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan
perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan
kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:

7.1 Bilik Darjah Biasa

Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama.
Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang
lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk
memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah
pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian
kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.

7.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar
bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau
mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan
pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan
mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran
secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

7.3 Bilik Sumber
Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber
untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber
membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang
spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah.
Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama
dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran
individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang
ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

7.4 Bilik Darjah Berasingan

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak
melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang
mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada
pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran,
menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas
berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep
kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas
biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak
dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan
kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan
keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang
memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam


pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.

Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI
yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran
formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang
ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi
memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

SU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA


DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
 DI MALAYSIA
oleh 
HJ. ABD. RAZAK DALI, P.K.T., ED.D., M.A. , Cert. Ed.
 Bukit Jambul
Pulau Pinang 
Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkat
masyarakat di nergara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang
diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan
dilakukan terhadapnya. Mungkin kita tidak nampak isu dan masalah yang sebenar berkaitan dengan
ilmu, pengajaran dan pembelajaran membaca? salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling
serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca dan ini berlaku di kalangan semua lapisan
masyarakat Malaysia. Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan
tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini
sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat
bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan negara lain. 
Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk
menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai
masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan silibus
pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-
sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun.
"Pelajar tidak suka membaca."
"Pelajar tidak berminat membaca."
"Pelajart tidak mahu membaca."
"Pelajar malas membaca."
Tetapi ramai yang tidak mahu mengakui hakikat yang sebenarnya bahawa setelah tamat pengajian SRP,
SPM, STPM, Ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan kedoktoran pelajar-pelajar di Malaysia masih
tidak TAHU membaca. Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada masalah pembacaan
tetapi yang dilaung-laungkan kerap berfokus kepada masalah minat dan tabiat membaca sahaja. Kita
perlu tahu bahawa kebolehan dan kemahiran membaca tidak berteraskan kepada minat dan tabiat
membaca sahaja. Untuk menjadikan seseorang itu berminat serta mempunyai tabiat membaca yang
positif kita perlu pertimbangkan faktor-faktor lain yang berkaitan dengannya sama seriusnya dengan
minat dan tabiat membaca mereka.
MEMECAH TRADISI PENGAJARAN MEMBACA
 
Setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah,
menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru
yang dapat diterima oleh pelajar. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima
apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil
pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan
elemen-elemen proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ada guru yang
memburukkan lagi proses pengajaran membaca dengan mendekatinya pula mekanikal. Ini kerap
berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang berlaku proses mengajar membaca.
Ilmu membaca perlu dititikberatkan bukannya proses membaca.
Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang
tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada
amalan bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru mempelarainya di sekolah
dahulu. Amalan pengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal
tanpa berani membuat keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya
Untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh
dan tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada
apa yang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan
berbuat demikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru
membaca yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu
pengajaran membaca (yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang
mengajar subjek bahasa sahaja).
 
Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita membaca kita perlu tahu
bahawa tujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi maklumat dengan pembacanya dan pembaca
pula akan membentuk semula isi teks supaya mereka dapat menerima dan memahami
maklumatnya. Pada asasnya untuk mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh
mengcam, menggunakan dan mencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan
maklumat daripada pengalaman lalu tentang tajuk yang dibacanya, dan dengan pengetahuan tentang
proses membaca. Pembaca juga harus boleh membuat inferens kepada makna yang dibuat oleh penulis.
Antara faktor utama yang boleh memungkinkan proses pembacaan itu menjadi satu aktiviti yang
berjaya ialah pembaca harus mempunyai sikap yang positif. Kedua, pembacaan yang dilakukan itu
perlulah berasaskan kepada kefahaman tentang konsep pemerosesan mental. Pemprosesan konsep ini
boleh dilakukan oleh seorang pembaca yang cekap ketika dia berusaha membentuk makna; dan jika
dilakukan dengan mahir dia boleh memahami keseluruhan teks yang dibacanya itu dengan berkesan
(proses metakognisyen). Ketiga, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca yang sebenarnya.
 
Bila kita mengajar membaca sebenarnya kita mengajar bagaimana pelajar dapat membentuk sikap
terhadap isi kandungan yang ditulis oleh penulis. Guru harus dapat menumpukan perhatian pembaca
kepada bagaimana penulis meluahkan pengalaman, pengetahuan dan pendapatnya ke dalam
bukunya. Penulis mempunyai perhubungan yang rapat dengan pembaca kerana kedua-dua mempunyai
pandangan dan sikapyang sama pengalaman, pemprosesan maklumat, pembinaan isi kandungan, tujuan
membaca kemahiran menulis dan membaca. Kesemua ini saling terikat dalam usaha membina
pengalaman dan kemahiran yang berkesan dan berjaya dalam pembacaan. 
 
Pelajar perlu diberi motivasi melalui pengajaran yang terancang dan tersusun. Guru memotivasikan
pelajar dengan memberikan tugasan yang berjaya dilaksanakan oleh pelajar secara mengintegrasikan
apa yang hendak dipelajarinya itu dengan aktiviti yang sebenar. Kelemahan yang berlaku ialah semasa
di sekolah rendah guru merancang pengajaran membaca berpandukan kepada pembacaan satu teks asas
sepanjang tahun melalui kelas bahasa. Di situlah fokus pembelajaran membaca tanpa pelajar berpeluang
meluaskan kemahiran kepada bentuk bahan bacaan yang bebeza.
 
Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif
terhadap peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak
bergantung pada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu
membaca?", dan b) tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini
teknik utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina
konsep yang tepat dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang
bermakna. Menyeru dan menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan
yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan
dan tunjuk ajar yang berkesan.
Semua pelajar akan melalui proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran juga harus turut
berubah daripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih sukar iaitu dari keseronokan membaca
cerita beralih kepada konsep tentang fungsi membaca dan pelbagai reaksi yang mereka ketemui dalam
sesuatu bahan bacaan (Lihat Rajah 5).
Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks. Keupayaan
untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada pelajar
tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila
kita mengajar membaca tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan
pembaca mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin
pelajar tahu bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana
guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana
maklumat dapat diterbitkan dari teks. 
Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan KLINIK MEMBACA. Cara pembacaan di ajar ia itu
cara membaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan bahagian-bahagian buku.
MEMBANTU PELAJAR MENGGUNAKAN STRATEGI MEMAHAMI TEKS
Sesuatu proses kefahaman teks bacaan yang berkesan berfokus pada cara-cara dan penaakulan yang
digunakan untuk mengeluarkan maklumat, dan bukannya pandangan pembaca terhadap isi kandungan
teks. Tujuan perlakuan kefahaman ialah untuk membolehkan pembaca sedar tentang cara membaca dan
penaakulan yang digunakan itu di bawah kawalannya sendiri. Kita mahu pelajar tahu bagaimana untuk
menggunakan pengetahuan latar dan membuat telahan dan inferens semasa mereka membaca.  Kita juga
mahu pembaca boleh dan tahu memantau pembacaan mereka dan menggunakan strategi yang dapat
memecah halangan terhadap pembinaan makna semasa mereka membaca. Kita juga mahu pembaca
menyusun dan menilai hasil daripada apa yang telah mereka baca.
Peranan guru dalam pengajaran strategi ialah untuk mewujudkan satu suasana pengajaran yang
menegaskan bahawa dalam pembacaan teks yang bersambungan penggunaan strategi membaca yang
tepat adalah langkah yang penting. Guru dapat mengukuhkan proses kefahaman membaca seseorang
pelajar itu dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana strategi yang sama juga digunakan oleh
penulis semasa mereka menulis teks. Pengajaran dalam proses kefahaman membaca bermula dengan
kefahaman mendengar pada peringkat permulaan literasi dan meningkat sedikit demi sedikit kepada
proses-proses yang lebih kompleks dan jenis bahan bacacan yang lebih tinggi.
PEMBACA HARI INI
Sikap dan kesedaran keperluan membaca di kalangan ramai pelajar kita di semua peringkat pengajian
adalah terlalu rendah, mudah dan cetek. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi, sungguhpun
mereka telah berada di menara gading, hanya yang asas sahaja. Kebolehan membaca rata-rata terhad
kepada bahan bukan ilmiah dan berbentuk naratif. Penguasaan dan kelancaran bahasa mereka tidak
mendalam kerana ramai yang masih lagi tidak berupaya untuk berfungsi dalam bahasa akademik,
bahasa sains dan bahasa teknologi. Kelemahan ini bertambah apabila pembaca mempunyai pengetahuan
am yang terlalu sempit dan ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berinteraksi dengan
penulis. Semua ini disebabkan pelajar terlalu bergantung pada nota-nota guru dan buku ulangkaji dan
mereka enggan membaca buku-buku ilmiah yang boleh didapati dalam jumlah yang besar di
perpustakaan di seluruh negara.
GURU HARI INI
Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru
bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran
yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau
itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses
pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang
guru harus boleh lakukan sungguhpun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu. (Lihat
Rajah 6).
Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang
guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran
juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa
buku teks digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah
bilakah pelajar betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca
dengan penuh perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu
penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman. 
Lalu kita akan bertanya - tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima
oleh guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang
pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata
pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan
guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima
pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Dengan ilmu yang ada mereka
berupaya memberi penjelasan dan penerangan yang betul kepada soalan-soalan seperti ini:
 a. Apakah definisi membaca?
 b. Apakah faktor yang mempengaruhi membaca?
 c. Bagaimana proses membaca itu berlaku?
d. Apakah erti kefahaman dalam pembacaan dan perbezaannya dengan proses membaca?
e. Apakah kemahiran dan strategi yang perlu diajar bagi pelajar yang mempunyai latar
belakang, kebolehan, pengetahuan, dan matlamat membaca yang berbeza?
PENGAJARAN MEMBACA HARI INI
Di mana dan bila harus dimulakan pengajaran membaca? Perlukah pengajaran membaca itu diasingkan
dari pengajaran bahasa? Bagaimanakah dapat dibezakan pengajaran membaca dengan pembacaan
bahan ilmiah? Ini adalah antara persoalan yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran membaca. Kita
percaya bahawa sistem pendidikan di sekolah rendah telah berjaya melengkapi pelajar dengan
kemahiran mekanis membaca. 
Oleh itu di mana salahnya kita? Mungkin apabila pelajar meningkat ke sekolah menengah pengajaran
membaca masih lagi tertumpu kepada kemahiran yang dipelajari di sekolah rendah. Apabila tiba pada
satu tahap, sudah pasti kemahiran membaca yang lebih kompleks perlu diajar dan dipraktikkan kerana
inilah caranya untuk membolehkan pelajar membaca dengan berkesan dan berjaya. Mereka tidak akan
berasa takut untuk menghadapi buku-buku ilmiah yang lebih kompleks dan padat dengan maklumat.
RUMUSAN
Kalau guru tidak tahu dan tidak mahu membaca maka lebih ramai pelajar yang tidak mahu dan tidak
tahu membaca. Pelajar tidak mahu membaca kerana membaca buku teks itu selalu dianggap
susah. Mereka tidak mahu membaca kerana mereka tidak kenal buku, dan mereka juga tidak mahu
membaca kerana penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris mereka lemah (Lihat Rajah 7). Pelajar lebih
mementingkan bacaan nota yang guru sediakan atau nota komersial. Kepada mereka, ini boleh
menjamin kelulusan peperiksaan yang cemerlang dan inilah yang sangat digalakkan oleh guru, ibu dan
bapa.
Pelajar di Malaysia rata-rata tidak diberi tunjuk ajar tentang kemahiran membaca pada tahap yang
tinggi dan lebih kompleks dan berkesan untuk membaca buku-buku teks dan buku ilmiah iaitu
menggunakan petunjuk, tanda-tanda, ciri-ciri dan sifat-sifat yang disediakan di dalam buku. Buku ulang
kaji dan nota guru tidak mempunyai sifat-sifat dan bahagian seperti yang terdapat dalam buku teks dan
buku ilmiah. Membaca buku ulang kaji dan nota guru tidak boleh digolongkan sebagai latihan
kemahiran membaca buku kerana ia bukanya buku dalam erti kata sebenar. Buku teks dan buku ilmiah
yang sempurna banyak memberi petujuk kepada pembaca untuk membaca secara kritikal.
Kita harus percaya sehingga hari ini ramai guru mempunyai pengetahuan yang samar-samar tentang
membaca kerana sebilangan besarnya tidak pernah mengikuti kursus tentang ilmu membaca dan
pengajaran membaca. Program pendidikan guru di peringkat diploma, sarjana muda tidak mewajibkan
guru mengambil kursus-kursus dalam bidang ini. Yang dikesalkan di IPTA dan di maktab-maktab
perguruan tidak ditawarkan bidang Pengkhususan Ilmu Membaca dan Pengajaran Membaca. Pelajar-
pelajar program Diploma Pendidikan di maktab perguruan menerima pengetahuan asas tentang
membaca melalui kursus bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Yang lebih serius ialah guru-guru yang
pengkhususan mereka mata pelajaran sains, teknikal, perdagangan dan kejuruteraan tidak menerima
sebarang pendedehan tentang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Inilah situasi yang ada pada
hari ini tentang Ilmu Membaca. 

Anda mungkin juga menyukai