Anda di halaman 1dari 7

PENGARUH FAKTOR PERSEKITARAN KE ATAS PERBEZAAN PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

Beberapa kajian telah menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak dari aspek


kognitif, bahasa dan sosio-emosi adalah berbeza-beza mengikut persekitaran yang mereka
alami. Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011), menyatakan bahawa kanak-kanak
mampu belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka melalui komunikasi
persekitaran seperti berkomunikasi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa ketika
bermain. Perkara ini telah menjelaskan kepada kita bahawa faktor persekitaran ini
memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pembelajaran kanak-kanak
dalam perkembangan kognitif, bahasa dan sosio-emosi mereka. Secara asasnya, faktor
persekitaran ini terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu faktor ibu bapa atau keluarga,
faktor rakan sebaya, faktor sekolah dan guru dan faktor globalisasi dan media massa.
Namun, dalam mengupas tajuk ini, kita akan lebih membincangkan secara terperinci bagi
faktor ibu bapa atau keluarga seperti latar belakang pendidikan ibu bapa, sosioekonomi
keluarga dan sosiobudaya keluarga kerana menurut Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail
& Norabizah Yusuf (2012), menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting
dalam mencorak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak.

Melihat kepada faktor persekitaran yang pertama iaitu latar belakang pendidikan ibu
bapa. Menurut Teori pemerolehan bahasa perspektif interaksionalis menekankan bahawa
kanak-kanak mampu memperoleh bahasa melalui kemahiran sosial mereka. Hal ini
membuktikan bahawa kemahiran sosial mampu untuk membantu perkembangan bahasa
kanak-kanak. Kemahiran sosial yang dimaksudkan adalah komunikasi kanak-kanak dengan
persekitaran seperti berinteraksi dengan ibu bapa. Maka, latar belakang pendidikan ibu bapa
sudah pasti akan mempengaruhi perkembangan anak-anak mereka. Sebagai contoh,
seorang anak yang ibu bapanya bekerja sebagai seorang guru adalah lebih banyak
menguasai perbendaharaan kata berbanding anak seorang petani. Hal ini kerana,
komunikasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak-anak bagi kedua-dua buah keluarga ini
adalah berbeza disebabkan latar belakang pendidikan ibu bapa mereka yang berbeza. Ibu
bapa yang berjawatan profesional seperti guru akan lebih kerap menggunakan bahasa-
bahasa yang standard ketika berkomunikasi dengan anak mereka agar peguasaan bahasa
yang dimiliki oleh anak mereka akan berkembang dari masa ke masa. Jelaslah di sini
bahawa latar belakang pendidikan ibu bapa mempengaruhi perbezaan perkembangan
bahasa kanak-kanak.

2
Selain itu, menurut Zukina Yusoff (2003), menyatakan bahawa tahap pendidikan ibu
bapa mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Perkara
ini menjelaskan bahawa tahap pendidikan ibu bapa bukan sahaja mempengaruhi
perkembangan bahasa kanak-kanak malah ianya juga mampu mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi ini mempunyai
kemahiran dan pengetahuan untuk membantu anak mereka menyelesaikan masalah yang
dihadapinya di sekolah seperti masalah pelajaran berbanding ibu bapa yang berlatar
belakangkan pendidikan yang rendah. Sebagai contoh, anak mereka kurang faham
mengenai pengiraan matematik menggunakan kaedah bentuk lazim yang diajar di sekolah.
Oleh itu, atas kepakaran dan kemahiran yang dimiliki, ibu bapa tahu bahawa kaedah yang
digunakan oleh guru disekolah adalah kurang sesuai untuk taraf pemikiran anaknya. Maka,
ibu bapa ini telah mengubahsuai cara pembelajaran anaknya dirumah dengan mengajar
pengiraan matematik menggunakan kaedah lain iaitu pengiraan menggunakan bahan
konkrit. Situasi berikut menjelaskan bahawa ibu bapa yang berpendidikan tinggi ini mampu
untuk membuat bimbingan atau tunjuk ajar tambahan kepada anak mereka ketika di rumah
bagi membantu perkembangan kognitif anak mereka.

Menurut Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1896-1934), menyatakan


melalui konsep Scalffolding individu yang lebih mahir seperti ibu bapa boleh mengubahsuai
sokongan yang diberikan dari semasa ke semasa mengikut keupayaan kanak-kanak untuk
membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Maka jalaslah di sini, hasil daripada
sokongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan membantu perkembangan tahap kognitif
anak-anak dari semasa ke semasa melalui proses pembelajaran yang dikendalikan oleh ibu
bapa di rumah. Tuntasnya di sini, latar belakang pendidikan ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam membantu perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Secara
asasnya, perbezaan latar belakang pendidikan ibu bapa dalam sesebuah institusi keluarga
adalah menjadi faktor kepada perbezaan perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif
dan bahasa.

Seterusnya, sosioekonomi keluarga juga merupakan antara pengaruh faktor


persekitaran ke atas perbezaan perkembangan kanak-kanak. Sosioekonomi merujuk
kepada ekonomi atau taraf hidup sesebuah keluarga tersebut sama ada kaya, sederhana
atau miskin. Menurut Elina Kahar (2005), status sosioekonomi keluarga merupakan salah
satu faktor dalam menentukan peningkatan atau penurunan prestasi akademik pelajar. Hal
ini kerana bagi sesebuah keluarga yang berstatus berpendapatan tinggi, ibu bapa mampu
menyediakan pelbagai kemudahan seperti kelas bimbingan khas, buku dan komputer untuk
membantu anak-anak mereka menigkatkan tahap pemikiran mereka. Namun, perkara ini

3
berentangan bagi keluarga golongan berpendapatan rendah. Kanak-kanak yang datang
daripada golongan yang miskin ini biasanya terpaksa membuat kerja-kerja rumah dan
membantu ibu mereka untuk mencari rezeki bagi menampung keluarga mereka sebaik
sahaja balik daripada sekolah. Maka, situasi tersebut menjelaskan bahawa taraf pemikiran
bagi anak-anak keluarga miskin ini adalah lebih terhad berbanding kanak-kanak yang
datang daripada keluarga yang kaya kerana kurangnya sokongan luar atau persekitaran
untuk membantu perkembangan kognitif mereka.

Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1896-1934) melalui konsep Zon


Perkembangan Proksimal (ZPD) menjelaskan bahawa kanak-kanak mampu meningkatkan
tahap memikiran mereka melalui bantuan orang yang lebih pakar dan mahir. Maka, kanak-
kanak yang datang daripada golongan yang berpendapatan tinggi ini telah diberikan kelas
bimbingan khas yang mempunyai guru yang pakar oleh ibu bapa mereka bagi memastikan
anak mereka ini mampu untuk berfikir ke aras pemikiran yang lebih tinggi daripada tahap
kemampuan yang sedia ada. Hal ini kerana proses pembelajaran di sekolah adalah tidak
cukup untuk meningkatkan tahap pemikiran anak-anak mereka. Tetapi, bagi golongan
kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang miskin mereka hanya bergantung kepada
proses pembelajaran yang telah diberikan disekolah kerana tidak mampu untuk menampung
pembiayaan kelas bimbingan khas. Maka, perkara ini menjelaskan bahawa wujudnya jurang
perbezaan tahap pemikiran di antara kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang
kaya dan kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang miskin. Oleh itu, jelaslah di sini
bahawa faktor sosioekonomi keluarga menjadi punca kepada perbezaan perkembangan
kanak-kanak dari aspek kognitif.

Tambahan pula, sosiobudaya keluarga juga merupakan salah satu faktor perbezaan
perkembangan kanak-kanak. Sosiobudaya keluarga merujuk kepada amalan dan gaya
hidup bagi sesebuah keluarga seperti cara ibu bapa mendidik anak-anak di rumah. Menurut
Mustafa Daut (2004), menyatakan bahawa ibu bapa memerlukan tiga set kepakaran untuk
menyempurnakan amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa iaitu sikap
keibubapaan, ilmu keibubapaan dan kemahiran keibubapaan. Maka, perkara ini
membuktikan bahawa ibu bapa memerlukan pendidikan keibubapaan untuk diaplikasikan
dalam institusi keluarga bagi menjamin perkembangan anak-anak mereka terjamin dari
masa ke masa. Namun, pada hari ini kita melihat pelbagai cara dan taknik didikan ibu bapa
dalam membantu perkembangan kanak-kanak yang akhirnya mengakibatkan berlakunya
perbezaan perkembangan kanak-kanak.

4
Sebagai contoh melalui aspek perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, ibu bapa
yang mempunyai kemahiran, ilmu dan sikap keibubapaan tidak akan menghalang atau
mengkritik anak mereka yang berusia 5 tahun untuk membantunya mengemas rumah.
Tetapi, membenarkan anaknya membantu bukan untuk melakukan kerja yang berat seperti
menyapu lantai sebalinya menggantikan dengan kerja-kerja yang lebih mudah seperti
mengemaskan mainan yang bersepah di lantai. Namun, bagi ibu bapa yang kurang
mempunyai kemahiran, ilmu dan sikap keibubapaan akan menghalang atau mengkritik anak
mereka untuk membantunya mengemas rumah atas alasan umur mereka belum cukup
untuk melakukan kerja seperti mengemas rumah. Maka, perkara inilah yang akan
mengakibatkan berlakunya perbezaan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Hal ini
kerana menurut tahap perkembangan psikologi Erik Erikson (1902-1994), menyatakan
bahawa kanak-kanak berusia sekitar 5 hingga 6 tahun mempunyai sifat ingin menerokai dan
melakukan perkara yang tidak setimpal dengan usianya. Namun, apabila mereka mendapat
halangan atau kritikan daripada seseorang individu, mereka akan gagal mengatasi tahap ini
yang akhirnya mengakibatkan timbul rasa rendah diri, kurang yakin dan tidak suka mencuba
terhadap diri mereka. Manakala, bagi mereka yang berjaya menghadapi tahap ini mereka
akan lebih berdikari, yakin dan sentiasa berusaha dalam melakukan sesuatu perkara.
Jelaslah disini bahawa perbezaan cara didikan ibu bapa di rumah wujudnya perbezaan
perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Secara tuntasnya dapatlah disimpulkan bahawa faktor persekitaran seperti latar


belakang pendidikan ibu bapa, sosioekonomi keluarga dan sosiobudaya keluarga mampu
mempengaruhi perkembangan kognitif, bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak. Perbezaan
latar belakang pendidikan, sosiaekonomi dan sosiobudaya bagi setiap keluarga akan
membentuk perkembangan kanak-kanak yang berbeza dari aspek kognitif, bahasa dan
sosio-emosi. Maka, perkara ini akan menjadi punca kepada lahirnya pelajar yang
mempunyai taraf kognitif, bahasa dan sosio-emosi yang berbeza di sekolah. Selain itu,
pengaruh faktor persekitaran terhadap perbezaan perkembangan kanak-kanak ini jelas
berkait rapat dengan konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh,
perkembangan berlaku mengikut perbezaan individu. Hal ini menjelaskan bahawa tidak
semua kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia mengalami perkembangan yang sama. Ada di
kalangan mereka akan mengalami perkembangan kognitif yang mendahului daripada
usianya. Namun, semua ini adalah masih bergantung kepada faktor persekitaran. Jelaslah di
sini bahawa faktor perkembangan persekitaran ini berkait rapat dengan konsep dan prinsip
asas perkembangan kanak-kanak.

5
Seterusnya melihat pula kepada implikasi perbezaan perkembangan kanak-kanak
terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru di bilik darjah. Implikasi yang pertama
ialah guru-guru di sekolah perlu bersedia untuk melaksanakan proses pembelajaran di kelas
dengan mengamalkan konsep penerimaan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap
kognitif yang rendah. Guru harus memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar yang
lemah di samping tidak mengabaikan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang baik.
Sebagai contoh, apabila guru-guru ini memberi latihan atau soalan kepada para pelajar,
guru-guru perlu membimbing dan memberi sokongan kepada para pelajar yang lemah tetpi
guru juga harus sentiasa memantau para pelajar yang mempunyai prestasi yang baik ketika
mereka menjawab soalan. Hal ini kerana, menurut Teori perkembangan kognitif Lev
Vygotsky (1896-1934) melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) menjelaskan
bahawa kanak-kanak memerlukan bantuan untuk mencapai tahap kebolehan maksimum
masing-masing. Oleh itu, dengan memberi tumpuan dan sokongan yang lebih kepada para
pelajar yang lemah ini sememangnya para guru mampu untuk membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak secara sama rata.

Selain itu, implikasi yang kedua ialah dengan mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan di dalam kelas seperti pembelajaran melalui konsep permainan.
Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011) menyatakan bahawa aktiviti bermain dalam
pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu elemen yang sangat penting dalam
pendekatan perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pembelajaran yang berkonsepkan
permaian akan dapat menarik minat semua pelajar sama ada golongan lemah mahupan
yang berprestasi baik. Oleh itu, dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan di dalam kelas semua kategori pelajar mampu untuk mengembangkan
tahap perkembanagn kognitif, bahasa dan sosioemosi mereka. Hal ini kerana proses
perkembangan kognitif, bahasa dan sosioemosi mereka akan berlaku ketika interaksi
mereka bersama guru, rakan sebaya dan persekitaran. Maka, jelaslah bahawa implikasi
perbezaan perkembangan kanak-kanak terhadap P&P guru di bilik darjah ialah mewujudkan
pembelajaran yang menyeronokkan.

6
Rujukan

Barnes, P. (1995). Personal, social and emotional development of children. USA:


Three
Cambridge Center.

Cowie, H & Peter, K.H. (1991). Understanding children’s development. USA:


Three
Cambridge Center.

Elina kahar. (2005). Tinjauan dimensi sikap, status sosioekonomi keluarga dan prestasi
akademik PMR di Semporna Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Md. Nordin. (2015). Perkembangan kanak-
kanak.
Selangor, Malaysia: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mustafa Daut. (2004). Pendidikan keibubapaan: satu pengenalan ringkas. Dicapai pada
25
Ogos 2015. Daripada http://repo.uum.edu.my/1887/1/42.pdf.

Noresah Baharom et al. (Ed). (2013). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan kanak-kanak (penilaian secara portfolio).


Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa
dan
literasi bagi pendidikan prasekolah: Jurnal pendidikan Bahasa Melayu. 1. 1-15.

Zakaria Stapa. Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor persekitaran
sosial
dan hubungannya dengan pembentukan jati diri: Jurnal hadhari special edition. 155-
175.

7
Zukina Yusoff. (2003). Hubungan antara latar belakang keluarga dengan
pencapaian
akademik pelajar melayu dalam PMR. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai